Saturday, January 15, 2011

Melahirkan anak yang sihat

Perhatian yang sama telah ditumpukan oleh para doktor terhadap penjagaan pesakit dalam masa 40 minggu hamil sebagaimana perhatian yang pernah ditumpukan dahulu terhadap 14 jam proses bersalin. Penekanan terhadap penjagaan sebelum bersalin ini telah mengurangkan dengan banyaknya jumlah kematian ibu semasa bersalin dan telah banyak menyelamatkan bayi-bayi yang mungkin mati tanpa penjagaan tersebut. Penjagaan sebelum bersalin yang baik adalah begitu penting sehinggakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengadakan dua jawatan kuasa pakar utnuk menimbangkan perkara tersebut. Dalam satu laporan, pakar-pakar itu mengatakan matlamat penjagaan sebelum bersalin "adalah untuk memastikan setiap ibu yang mengandung mengekalkan kesihatan yang baik, mempelajari cara-cara menjaga anak, bersalin secara normal dan melahirkan anak yang sihat." Dengan kata lain, penjagaan sebelum bersalin yang baik adalah ubat pencegah yang paling baik. Akan tetapi, kerjasama setiap ibu yang mengandung dan penasihat perubatannya diperlukan demi mencapai standard yang tinggi.


Dalam tempoh sebelum bersalin, fetus bergantung kepada ibu untuk semua fungsi dan jika ibu sihat, maka bayinya turut sihat dan kuat. Malah, kesihatan bayi
dalam tahun-tahun pertama kehidupannya atau mungkin lebih lama dari itu, sangat dipengaruhi oleh keadaan ibu dalam bulan-bulan sebelum bersalin.

Untuk mendapatkan penjagaan sebelum bersalin yang berkesan, pesakit itu haruslah menemui doktornya seberapa awal yang mungkin apabila hamil dan melakukan lawatan itu dengan tetap dan semakin kerap jedamasanya semasa hamil.Doktor yang baik tidak sahaja akan memeriksa pesakit, malah akan turut menerangkan segala perubahan yang berlaku dalam badannya, menjawab segala pertanyaannya dan menghilangkan sebarang kebimbangan yang mungkin dirasai oleh pesakit. Pesakit mestilah selalu merasakan bahawa ia boleh bertanya sebarang perkara yang merisaukannya kepada doktor. Bukan sengaja mahu membuang masa doktor kerana pertanyaannya itu juga merupakan sebahagian dari tugas doktor untuk cuba menolongnya, memandangkan keadaan emosi wanita itu adalah sama pentingnya dengan keadaan fizikalnya. Tetapi apa yang diberitahu oleh doktor adalah sama pentingnya dengan membaca kerana perkara-perkara yang tidak difahami dengan betul boleh diterangkan melalu percakapan.

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...