Bertemu lagi kita di topik Tentang Kehamilan, yang mana agak begitu lama saya tak ''update". Entri ini merupakan entri terakhir tentang peringkat perkembangan bayi di dalam perut ibu. Lepas ni ada lagi topik mengenai kehamilan di mana saya akan cuba untuk share dengan kawan-kawan di luar sana.
Pada akhir bulan ke 9, uterus kini mencapai sehingga ke sangkar tulang rusuk dan mungkin menyebabkan sedikit ketidakselesaan. Ibu yang mengandung terpaksa membelakangkan bahunya untuk mengimbangi badannya. Pada masa ini, fetus berukuran 46cm dan beratnya 2500gm. Ia telah mengalami penambahan berat badan yang banyak, iaitu 700gm dalam masa empat minggu sebelumnya. Ini adalah kerana lemak dilonggokkan di bawah kulitnya dan di sekitar bahunya. Fetus telah berisi, dan badannya berbentuk bundar dan mukanya tidak lagi berkedut. Kukunya telah menjangkau hujung jarinya. Jika bayi yang dilahirkan ketika ini, ia mempunyai peluang lebih dari 90 peratus untuk hidup.
Hamil kini berada di tempoh yang genap. Ibu yang mengandung menunggu kelahiran anaknya dengan perasaan gelisah. Bayi itu panjangnya 50cm (20 inci) dan beratnya kira-kira 3,300 (7 Ib 4 oz), bayi lelaki biasanya 100gm (3 oz) lebih berat dari bayi perempuan. Berat bayi yang dilahirkan adalah berbeza-beza dan bagi bayi genap tempohnya yang normal dan sihat, beratnya paling kurang 2,500gm (51/2 Ib) atau sehingga 4,500gm (10 Ib). Kadang-kadang berat bayi lebih dari itu. Kulit-kulitnya masih dilitupi oleh vemix caseosa yang berminyak. Kepalanya dilitupi rambut yang tidak sekata jumlahnya. Tulang-tulang kepala lebih kukuh dan lebih rapat antara satu sama lain tetapi kawasan lembut yang berbentuk ketupat di sebelah atas dahi dan kawasan berbentuk-Y di belakang kepala itu masih boleh dirasa. Kepalanya pada ketika ini berkadar dengan badan, berukuran kira-kira seperempat dari panjang badan. Matanya terbuka tapi biasanya berwarna kebiru-biruan - warna yang kekal muncul kemudiannya. Telinganya pula terkeluar dari kepala dan hidungnya terbentuk dengan baik. Alat jantinanya terbentuk dengan baik dan jika bayi itu lelaki, buah zakarnya berada dalam skrotum.
No comments:
Post a Comment