Biarpun hamil, akan tetapi kita masih boleh bergaya. Namun kasut yang mahu digayakan seharusnya mampu menjanjikan keselesaan. Apatah lagi, kita pasti mahu bergerak dengan mudah ketika hamil. Tanpa kasut yang sesuai. Tanpa kasut yang sesuai, agak sukar untuk merealisasikannya jika anda tidak selesa dengan kasut yang disarungkan.
Malah, jangan pula nanti musibah menimpa gara-gara kasut yang dipakai tanpa sengaja menimbulkan kemalangan. Tersadung atau terjatuh terutamanya ketika menuruni mahupun menaiki tangga sangat berbahaya. Kecelakaan sebegitu boleh menyebabkan trauma kepada bayi malah ia mungkin mencetuskan komplikasi keguguran. Sebagai langkah pencegahan awal dan pada masa yang sama masih berupaya mengekalkan gaya di sepanjang kehamilan, panduan seperti di bawah mungkin dapat membantu.
1. Elak tumit tinggi
Pilih kasut tanpa tumit yang lembut dan lebar. Walau bagaimanapun, jika masih mahu memakai kasut bertumit, pilih kasut dengan ketinggian tumit maksimum 1 hingga 2 inci sahaja. Untuk langkah keselamatan, seelok-eloknya pakai kasut bertumit ini sebelum kandungan mencecah 6 bulan.
2. Tidak perlu mahal
Kaki kita mungkin semakin melebar dan membengkak terutamanya di akhir usia kehamilan. Pada kebiasaannya bengkak ini akan surut selepas melahirkan tetapi lebarnya berkemungkinan kekal. Jadi, usah membazir wang dengan membeli kasut yang mahal dan berharap dapat berterusan memakainya selepas bersalin. Jika hal ini berlaku, ukuran kasut mungkin akan bertambah kepada saiz 1/2 hingga 1.
3. Jenis sarung
Pilihan kasut sebegini adalah langkah bijak kerana kita tidak perlu membongkokkan tubuh ketika memakai atau mengikat tali kasut. Apabila perut semakin membesar, pasti kita semakin sukar membongkok bagi mencapai kaki. Langkah terbaik, beli kasut sarung agar anda boleh terus sarungkannya di saat memerlukan.
4. Daya sokongan kuat
Kasut yang dipilih seharusnya berupaya menyerap hentakan yang kuat. Jadi, pilih tapak kasut yang mencengkam dan hindari kasut dengan tapak yang licin dan mudah tergelincir.
5. Jangan sekadar muat
Beli kasut pada waktu petang atau malam. Ini kerana di waktu sebegini, saiz kaki berada pada tahap maksimum. Dalam pada itu, elakkan membeli kasut yang ketat atau sekadar muat bagi mengelakkan masalah pengaliran darah di bahagian kaki.
6. Kasut sukan
Jika sesuai dengan corak tugasan seharian, anda digalakkan untuk memakai kasut sukan kerana ia lebih menjamin keselesaan dan memberi lebih keseimbangan.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)
RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022) (Filem India paling mahal) HINDI MOVIES Genre: Action, Adventure, Drama, Historical. Stars: N.T Rama Rao...
-
Selalu nak buat biskut takut tak jadi, Ada yang boleh buat kek tapi tak pandai buat bisku dan begitu juga sebaliknya. Tapi tak salah pun ki...
-
Pertama tama sekali sebelum nak mula buat kek atau biskut kita kena fikir nak makan sedap ke tak sedap.Off course la nak sedap. Rugi buat p...
-
Seperti kebiasaannya, sebelum tidur malam super rajin membaca. Terbaca pula kesan dari anemia semasa hamil. Selama ni tak ambik tau sangat ...
No comments:
Post a Comment