Wednesday, December 31, 2014

Welcoming 2015, Happy New Year!

Bye bye 2014...

Kurang sejam je lagi kita membuka jendela 2015. Rasa cepat je masa berlalu.



Sungguh tahun 2014 ni merupakan tahun yang amat menyedihkan bagi rakyat Malaysia. Dengan kehilangan MH370, nahas MH17, bnjir teruk di kawasan Pantai Timur serta terhempasnya pesawat Air Asia QZ8501. Sungguh hebat dugaan Allah kepada kita tahun ini kan. Kita sebagai umatNya hanya mampu berdoa, berdoa dan berdoa. Redha dengan ketentuanNya. Yang pastinya tak boleh dengar orang sebut REMEMBERING MH17 & MH370 wuwuwuw...

Ya Allah...

Dengan dugaan yang Maha Hebat dari Allah SWT membuatkan aku berasa lebih bersyukur. Bersyukur kerana dapat bangun pagi menatap muka suami dan anak-anak. Boleh bercakap. Boleh makan. Boleh membebel. Boleh bawak anak-anak jalan-jalan. Boleh gaduh dengan suami heheh... Bersyukur juga kerana Allah sentiasa memberi peluang untuk aku menjalankan tanggungjawab sebagai umatNya. Berbuat kebaikan dengan sesama Islam.

Kalau nak throwback semua yang telah berlaku memang cerita tiga hari tiga malam pun tak cukup. Anak-anak pun makin membesar. Tak terasa umur pun makin meningkat. Hanif dah Darjah Satu. Adik pulak dah umur setahun 5 bulan. Alhamdulillah...Alhamdulillah...syukur kerana aku masih bersama mereka.

Kita ni manusia. Ada masa kita terlupa untuk rasa bersyukur. Tak lari dari kesilapan. Pabila kita melihat kesusahan dan kepayahan orang lain kita tak pernah untuk cuba merenung diri sendiri. Sebenarnya Allah itu Maha adil. Ada sebab kenapa kita diberi dugaan. Aku pun selalu jugak bila dah diduga tu dok pikir apalah kesalahan atau kesilapan yang aku dah buat? Ibadat kurang ke? Buat jahat ke? Dengki dengan orang ke? Boleh dikatakan nak scan diri sendiri tu lama je sebab kita ni kalau nak menampakkan kesalahan diri sendiri memang susah. Salah orang laju je kita nampak. Tak salah pun kita akan cuba carik salah. Betul tak kan hehhe...


Semoga tahun yang mendatang ini akan membawa lebih kebaikan. Improve diri sendiri untuk jadi orang yang lebih baik. Improve ibadat, improve iman. Mana yang boleh tambah tu kita tambah. Tambah saham akhirat. Kurangkan dosa. Lebihkan mentaati suami...haaah yang ni memang penting untuk isteri-isteri seantero dunia termasuklah dengan tuan punya entri ni...

Okay lagi sentengah jam...Kita jumpa tahun hadapan *muachiked*

TATA....


p/s: azam 2015 nak kembalikan zaman kegemilangan blog ni hahaha

Monday, December 22, 2014

8th Anniversary kami!

22.12.2006 Jumaat, 11 pagi

Seminggu je lagi berakhir sudah tahun 2014. Alhamdulillah...genap 8 tahun hari ni rumahtangga kami di bina.

Saya & Awak!
Semalam, Hari ini...
Esok, Selamanya...
Cinta : Hati : Sayang : Benci : Musuh : Kawan : Sahabat : Imam

Happy anniversary suami!
Saya isterimu selalu!

Bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia yang diberikan. Suami yang Baik serta anak-anak syurga yang comel.

Tuesday, November 25, 2014

Muntah-muntah dan cirit birit

Hari kelima menderita oleh cirit birit yang menyerang. Badan rasa lemah sangat. Otak tak berfungsi. Asal bangun je kau pening sepening pening nya. Macam nak pitam. Semua benda kau nak makan tapi bila beli kau cuma mampu makan 3-4 suap je. Syukur muntah-muntah hari pertama tu dah hilang. Aku pi telan ubat tahan muntah yang dah expired muahahaha.... *ini jangan ikut ok. Aku tak ada pilihan masa tu. Terpaksalah aku telan. Sebelum telan tu tanya hubby dulu boleh tak. Dia kata ubat dalam fridge tak pe lah boleh je. Syukur tak mati kan hahahaha...

Dengan rasa tak larat tu tetap jugak aku membuat dan menghantar brownies yang orang dah order. Apa nak buatttt.... Boleh bayangkan keadaan masa tu dengan angkut anak dua orang pastu drive lagi sampai ke PJ. Cekalkan hati. Lepas tu balik rumah terus memengsankan diri sepuas-puas hati.

Esoknya menghantar pulak Hanif berkhatan. Dalam larat tak larat tu redah je lah. Seperti biasa balik je terus pengsan.

Malam tadi pukul 8 dah pengsan. Alhamdulillah bangun pagi tadi rasa segar sikit. Terus terbayang-bayang briyani kambing hahaha...

Ye misi hari ni mencari briyani kambing. Sebelum tu kena hantar si abang Hanif pegi klinik check up "kukubird" yg dah sunat aritu. Tengok macam dah kecut sikit. Masuk hari ketiga ni baru nak cuci dengan air garam. So far dia ok je. Tak adalah malam malam bangun menangis melalak bagi sebab sakit. Tahan lasak anak bujangku sorang ni. Esok si kecik ni tak tahu pulak macam mana. Tengok macam wayang lagi lebih dari abang.

Saturday, November 22, 2014

Hanif Berkhatan, suka ke duka?

Sejak sebulan yang lepas si hanif ni dok kira hari je bila nak sunat. Hahaha...surprise tak? Dia memang takde rasa takut langsung. Bila jumpa orang je dia cakap nanti 22 haribulan Hanif sunat katanya. Excited betul. Kalau orang cakap sunat tu potong dia kata "taklah...sunat tu doctor bersihkan 'kukubird' je..."

Mula-mula dulu dia takut gak. Bila dah papa dia cerita kata doctor cuma bukak dan bersihkan je dia pun ok. Takut kalau ada worm. Kalau anak korang memang penggeli sesuai guna pendekatan ni.

Majlis berkhatan ramai-ramai ni anjuran Pemuda UMNO Bahagian Pandan di Sekolah Kebangsaan Kampung Cheras Baru. Peserta semuanya 100 orang termasuk Hanif dan 12 orang anak-anak yatim piatu. Semuanya FREE. Satu sen pun tak payah bayar. Selain dari kain pelikat dah tu dapat lagi satu set baju sekolah, kasut dan beg sekolah FREE. Oklah kan hahah....aku memang suka benda free free ni. Rezeki jangan ditolak. Tak cukup dengan tu, bukak akaun SSPN pun free tau. Walaupun hanya RM20. Adalah suara-suara sumbang bercakap "elehhh setakat baju sekolah dengan bukak akaun SSPN free apa lah sangat kan..." Yelah pasal korang tak dapat kan. Cuba kalau dapat. Rozita Che Wan pun tak tolak benda FREE okey walaupun dia boleh bayar tutup sebelah mata je...
Mula-mula sampai
Pagi tadi sampai je kat sekolah dia macam pelik sebab tengok ramai orang. Dok tanya kenapa orang ramai beratur. Dia kata sunat mana boleh orang ramai tengok haha...
3 Jejaka hatiku
Lepas isi borang bagai masuklah ke dalam dewan. Papa jadi peneman. Mama sibuk melayan si kenit yang tak reti duduk diam. Walaupun mama dan papa masih tak beberapa sihat lagi disebabkan muntah-muntah dan cirit birit tetap kita taknak melepaskan keseronokan ni. Gagahkan diri jugak pergi. Serius sangat tak larat. Tapi memikirkan excitement dan experience yang dia dapat nanti tak apalah. Sakit sakit tolak tepi. Laki bini tak makan dari pagi takut nanti terkeluar atas bawah ahaha...
Dah macam YB melawat kawasan
Sesudah pembahagian barang-barang FREE ada taklimat sekejap. Dah habis taklimat masing-masing kena keluar beratur kat depan pintu masuk sekolah untuk perarakan. Siap kompang lagi. Dah macam perarakan pengantin pulak.

Berarak dengan pukulan kompang

Part yang paling best kena siram dengan abang-abang bomba. Menjerit-jerit suka budak-budak ni. Seronok... Hanif memang kagum. Orang sibuk snap ambar ramai-ramai dia pun tak heran. Dok usha abang-abang bomba je. Dia cakap itu abang bomba askar ngeee...
Ready nak kena siram  

Lencun...

Dah kena siram basah kuyup masing-masing tukar baju dan pakai kain pelikat. Dah sejuk-sejuk kurang sikit sakit tu nanti kan...Pastu masuk balik dewan sementara menunggu giliran. Hanif nombor 45. Macam lama je tunggu kan. Tapi tak pun. Bagi aku normal lah. Dia boleh enjoy the moment lama sikit.
Lepas kena siram

Nak amik gambar dengan abang-abang bomba

Snap gambar dengan mama itu penting hehe...

Papa tolong mandikan dan tukar baju, pakai kain pelikat

Bila dah kena bius dia dok pegang-pegang "kukubird" sebab sakit nyut nyut. Dah kena bius duduk kat luar kejap 5 minit sebab ubat bius tu effect dalam masa 5 minit. Jadinya masa tengah sunat tu member relax je makan gula-gula lolipop. Dia tengok je doktor tu buat apa. Tapi tak nampak 100%.

Dah salin baju dan kain pelikat masuk balik dalam dewan tunggu giliran. Makan ubat tahan sakit dengan antibiotik dulu...


Si adik datang je terus terkam abang

Hadif ni memang penghibur hati budak-budak kat dalam tu hehe...

Sempat lagi selfie dengan papa

Dah bius, tanya geng sebelah sakit ke tak

Aku yang tunggu kat luar pulak rasa cuak. Risau dia menangis ke menjerit ke. Nak masuk dalam tak boleh sebab parents tidak dibenarkan masuk. Jadi kami bertiga tunggu je kat luar. Syukur ada sorang brother ni boleh tolong ambikkan gambar masa tengah sunat tu. Adalah kenangan dia tengok masa besar nanti.  Keluar dari Bilik Berkhatan tu muka dia cool je hahaha...Banyak kali aku dengan papa dia cakap "goodboy!!!" So dia pun lagi confident. Tak nangis langsung. Alhamdulillah. Papa dia kata ada budak-budak yang nangis tapi doktor tak bagi keluar selagi tak stop nangis. Ye lah... disebabkan sorang yang nangis dah budak-budak lain pun takut. Gila woo nak kejar budak-budak lari kang...satu hal pulak.

Ni sudah lah ni hahaha...macam cool tak? Mana sakit...kannn

Alhamdulillah sepanjang Majlis Berkhatan ramai-ramai ni semuanya berjalan dengan lancar. Dua hari sebelum ada Majlis bacaan Yasin dan doa selamat agar Majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah everything goes well. Hanif pun okey. Lega rasa hati. 

Dalam perjalanan balik tu dia cakap doktor cucuk sakit. Pastu doktor tak check pun... Rasa tertipu kot dengan papa dia. Then papa explain balik doktor cucuk tu sebab nak kena bagi mati "worm". Bila dah takde "worm'' ''kukubird'' abang bersih lah... Hanif cuma cakap "ooooo...." means dia faham lah tuh. 

So far ok je dia. Cuma bila time nak poop tadi papa kena bukak plaster. Terkejut haaah tengok "kukuburd" jadi lain. Soalan dia "why my kukubird like this??" hahaha... lepas tu nangis-nangis kata "i don't want my kukubird like this...!" KEKEKEKE...tergelak dengar okey.

p/s: lain anak lain cara pujuknya...kalau kita cakap sunat tu untuk bersihkan "kukubird" supaya takde "worm" InsyaAllah okey. Bukan amik masa sehari dua je nak fahamkan dia. Lama gak nak explain sebab dia tanya banyak kali....

Thursday, November 13, 2014

Nursery hunting mission

Dah dua tiga minggu dok search sana sini mencari info nursery atau taska yang sesuai untuk Muhammad Hadif. Memang payah mencarik nursery untuk si kenit mama sorang ni. Sebab si adik ni tak macam abang dia. Risau kalau orang lain jaga takut boleh hilang sabar. BTW saya suka nursery Hanif yang lama dulu. Yang tek perfect if nak cerita memang tak cukup satu entri. For me, biasalah takkan nak expect the best bila fees pun ok kan. Nak nasi lemak harga RM1.50 tapi ko nak ayam, ko nak telur mata, ko nak paru...haah agak2 boleh ke dapat? Sah-sah kena bayar extra kan. Jadi macam tu lah konsepnya. 

Selama beberapa minggu ni saya dok search sana sini. Pening tau. Tahun depan mama dah nak start kerja balik. Tapi mencari nursery yang sesuai ni memang sangat payah. Adakah kerana aku dah choosy?? hahaha... Nak fees dalam range tak mahal tak murah. Tapi ahkak nak yang macam Children Playhouse tu ekekeke... Memang statement nak kena penampar!

Berbalik kepada cerita "Nursery Hunting" ni. Actually banyak aspect yang aku survey. Dari segi school fees ke programme ke syllabus ke timing. Bukan apa. I prefer school yang bukak paling awal 8.30 pagi dan sampai petang pukul 4 atau 5. So mama ada masa la nak membuat kerja... Ada sesetengah pre-school sampai setengah hari je. Tak sempat nak buat kerja dah kelam kabut nak balik. Tahun depan abang pulak sekolah rendah dan sekolah agama. Memang pening dibuatnya. Sudahnya mama pun tak kerja nanti. 

Result?

I have not found any Nursery yang sesuai untuk Muhammad Hadif yet. Maknanya kena turun padanglah ni. Kena terjah semua nursery yang ada kat Ampang dan Kampung Pandan ni satu persatu. Ni dah November. Lagi sebulan je dah masuk tahun 2015. 

Semoga aku jumpa apa yang dicari.



Monday, November 3, 2014

Cash out Nuffnang

Dah bertahun aku berblogging tapi tak pernah terfikir untuk cash out income yang dapat dari nuffnang. Lagipun tak banyak pun. Tak lah sedebuk sedebak macam blogger lain yang aktif kecuali untuk 2 tahun lepas. Adalah sikit-sikit tapi still aku malas nak cash out. Tengok je amount tu.

Tapi, since blog aku kena block dengan Google hari itu aku dah tak dapat nak menyaksikan income nuffnang bertambah. Dah lah berblog pun macam tenggelam timbul. Jadi sekarang ni static je lah duit tu kat situ. Semuanya kena bermula dari bawah semula.

Kira sekarang aku buat entri untuk aku sorang je baca. In future anak-anak aku lah maybe. Itupun if depan rajin membaca. Tak semua memori ada dalam ni. Pasalnya tak dan mengarang. Ini pun update guna handphone. Boleh lah dari takde hahaha

Mata dah ngantuk sangat. Sudah tiba masanya untuk aku melelapkan mata. Pukul 2.15 pagi. Nanti drag makin teruk typo! Hahah...

Banyak banyak benda syiling jugak kau telan!

Entri 29 Oktober 2014

"Mengabadikan kisah yang agak tragik tapi kemudian tak beberapa nak tragik. Bila awak dah besar esok awak baca lah apa yang mama tulis ni ye Hanif."

Kisah semalam sedang aku santai menyusukan Hadif dan papa pun lepak dalam bilik main game. Tiba-tiba pintu diketuk bagai nak roboh. Kakak iparku panggil dengan suara cemas kata Hanif telan duit syiling.

Lokasi syiling lepas satu hari

Zupppp...terus darah naik ke kepala. Bukan darah je naik. Kepala pun ting tong. Tak boleh berfikir sekejap. Cuak giler kau!

Aku keluar terus pergi kat dia tanya "kenapa hanif telan duit!!??"

Aku ni satu...kalau panik confirm suara akan jadi tinggi. Padahal badan masa tu menggigil-gigil. Rasa macam nak goncang-goncang je badan Hanif tanya "why?...why?...why?..." haaah macam drama gitu kan haha...

Kak iparku cakap jangan marah dia. Aku memang tak marah cuma di kala situasi cemas yang membuatkan otak lambat berfungsi automatik suara akan meninggi. Walaupun aku ni "First Aider" tapi bila kena batang hidung sendiri dua tiga minit pertama tu pun tak boleh nak berfikir dengan betul.

Papa kata memupuk minat membaca. Tapi dia baca satu mukasurat je haha

Otak aku masa tu takde fikir lain. Hospital...hospital...hospital... Dalam keadaan yang mencemaskan tu papa dengan selamba cakap "bagi telan nasi..."

Aku pandang muka papa dengan kening kerut sejuta. Boleh ke? Yang aku tau tulang ikan boleh lah. Duit syiling mana mungkin. Tapi aku taknak bertekak time tu aku ikutkan jugak. Paksa Hanif telan nasi pastu minum air. Kepal lagi nasi tu dan bagi dia telan pastu minum air.

Lepas tu aku tanya ada lagi tak. Dia geleng-geleng kepala. Maknanya syiling tu dah tak sangkut kat tekak lah tu. Dia cakap "mama...hanif tak nak mati... Hanif tak nak masuk kubur" ahahah...tau takut. Takut tak jumpa mama papa dengan adik dia kata. Agaknya macam mana dia membayangkan mati tu apa? Masuk kubur tu macam mana?

Dapat kawan borak sementara nunggu. Siap borak borak lagi tanya kawan dia buat apa datang hospital. Kawan dia kata tengok nenek. Hanif story lah dia kata "kita nak jumpa doktor sebab kita telan syiling"hahaha

Agak-agak emosi dia stabil aku tanya lah dia telan syiling yang mana. Dia kata 20 sen. AKu macam tak percaya je lalu aku pun susun semua jenis duit. Dia kata semuanya bukan. Kalau bukan maknanya dia telan 5 sen lah. Dia cakap "takkk...hanif telan twenty cents"

Aku berkeras nak bawak pegi hospital, papa kata nanti akan keluar ikut "poop" dia. Semalam aku monitor dia tengok dia ok ke tak. Muntah ke tak. Sakit perut ke tak. Elok je melompat sana sini macam takde apa yang jadi. Siap bawak main kat taman lagi.

Muka cuak nak jumps doktor

Hari ni papa bawak dia pergi HKL. Aku yang tak senang hati sebenarnya. Sebab tak tau lokasi duit syiling tu kat mana. Kat perut kaa...kat dada kaa... Aku nak kepastian. At least bila dah x-ray kita boleh tau syiling tu ada dalam badan dia ke tak.

Disebabkan dia telan semalam hari ni tengok kat x-ray dia lokasi duit tu kat perut dah. Doktor bagi masa sampai esok pagi. Kalau tak keluar jugak kena pergi paediatric HKL untuk tindakan selanjutnya. Mungkin ''mini operation". Berdoalah agar duit tu keluar hari ini kan.

Balik dari hospital dengan happynya si Hanif ni kata "mama...doktor cakap Hanif kena makan banyak. Kena makan banana, papaya, nasik..." Baru je aritu pegi klinik doktor kata jangan makan banyak takut nanti gemuk hahaha...

15 minit selepas makan dia dah mengeluh sakit perut kata nak "poop"... Kebetulan masa tu si Hadif dah merengek nak menyusu. Jadi aku susukanlah dia dulu. Si Abang Hanif pulak aku suruh poop kat atas lantai toilet tuh. Sebenarnya pagi tadi dia nak "poop" tapi sebab tak biasa dan tambahan pulak penggeli tak jadi lah. Ini agaknya dah tak tahan sangat tu yang lancar je kot.

Dah poop tu kena lah check kan. Disebabkan aku menyusukan Hadif jadi yang ambil alih tugas tu ialah papa!!! hahaha...

Lengkap pakainya 

Dengan bersiap macam kerja kat makmal kimia papa memulakan projek mencarik syiling. Akhirnya jumpa syiling tu. Bukan 20 sen tapi syiling 5 sen!!

Syiling 5 sen yang ada dalam perut

ALhamdulillah...syukur sangat. Lega dan senang rasa hati. Aku dah bersiap sedia for the worst. Ye la kena esok tak kuar duit tu sah kena operate. Dah kene operate sapa nak jaga kat sepital. Dah get ready kalau doktor kata operate je aku nak mintak tukar hospital Ampang Puteri. Dapat lah jaga dia bawak Encik Hadif.

Hanif ni memang suka buat experiment. Bila aku tanya kenapa telan duit. Jawapan dia "TAK TAHU"

p/s: kot kot mama lupa kisah awak telan duit macam mana boleh lah baca sini ye nak =)

Thursday, September 25, 2014

Tiada lagi ING di Malaysia

Sebenarnya dah lama aku nak karang entri ni. Tapi disebabkan masa yang terhad dan ketidakrajinan aku postpone lah dulu. Kebetulan di kala ada idea ni bolehlah aku buat.

ING Insurance ni pernah popular suatu ketika dulu. Asal sebut pasal masuk hospital je orang ingat ING. Sebut je medical card pun orang akan ingat ING walaupun masa tu Prudential dah bertapak lama di Malaysia. ING ni glamer disebabkan medical card mereka dengan syarikat-syarikat di Malaysia ni. Untung tau dapat kerja kat company yang best dan dapat medical covered by company.

Okay. Ini ceritanya.


"KUALA LUMPUR 17 Jun - Perniagaan penyedia insurans hayat Malaysia, AIA, telah disepadukan dengan operasi insurans tempatan, ING Group, selepas AIA Group Ltd. memuktamadkan pengambilalihan perniagaan insurans ING di Malaysia pada Disember tahun lepas, demikian menurut AIA dalam satu kenyataan hari ini. Mulai hari ini, perniagaan berkenaan akan beroperasi di bawah lesen dan jenama tunggal yang dikenali sebagai AIA Bhd. Jenama insurans 'ING' akan dikeluarkan dari pasaran.

 Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd, Bill Lisle berkata: "Kami akan terus fokus menyelaraskan produk dan proses kami bagi memastikan standard perkhidmatan yang lebih tinggi bagi 2.6 juta pelanggan kami." Proses penyepaduan AIA-ING bermula 18 Disember tahun lepas apabila AIA Group Ltd. selesai melakukan pengambilalihan perniagaan hayat, insurans am dan manfaat pekerja ING Group di Malaysia. Jualan itu juga termasuk kepentingan 60 peratus ING Group di dalam ING PUBLIC Takaful Ehsan Bhd. yang sedang menjalani pengintegrasian dengan AIA AFG Takaful Bhd dan kini dikenali sebagai AIA PUBLIC Takaful Bhd."

Oeh kerana penggabungan dua syarikat insurans ini makanya AIA dah jadi No 1 market leading insurance company di Malaysia ni.

Strong tak? Strong kan? =)

Wednesday, September 24, 2014

Actually ak tak ada idea nak karang apa hahaha...

Nak cerita memang hari-hari pun ada aktiviti tapi nak menaip tu malas. Nak cerita insurans pun bosan.

Hmmm...

BTW...

Sugarmello dah ada produk baru tau. Tepung Instant Congo Bar. Korang boleh buat sendiri je. Beli tepung yang dah siap pack tinggal tuang je. Nak tak nak? Brownies pun ada jugak tapi kami keluarkan Congo Bar dulu. Biasa korang panggil apa ekk kalau tepung dah siap ni? Premix eh? Hahh tak kisahlah panggil apa pun yang penting amat menyenangkan kerja korang.

Nak berniaga pun boleh. Belian secara runcit atau borong sangat dialu-alukan. Cara-caranya semua ada kat pack tu. Nanti korang ikutlah langkah demi langkah. Mesti berjaya!

Harga ?

RM12

Promosi pengenalan sehingga 01 Oktober 2014 dengan harga RM10 tidak termasuk pos.

Nak tempah PM je Facebook: Sugarmello atau lawat instagram @sugarmello2u

Tepung ni saya yang buat. Jadi Secret Recipe dari saya dan hanya Sugarmello yang ada hehehe...


Monday, September 8, 2014

I love you mommy

Sapa tak sayang mak. Semua orang sayang mak. 

Ye lah masa kecik kita rasa tak sabar nak berdikari tapi percayalah bila korang ada peluang tu kalau boleh tak nak pegi. Nak duduk bawah ketiak mak je. 

Masa kecik kata tak sayang mak. Lawan cakap mak. Tapi bila dah besar, dah dewasa korang akan marah adik-adik korang bila depa lawan cakap mak. Masakan mak paling dirindui. Bergosip dengan mak paling best!

Walaupun kita dah kawen macam aku dah jadi isteri orang dan anak-anak sendiri, masak untuk suami untuk anak-anak, tapi kita tetap anak mak. Bila balik kampung berpeluang nak bermalas-malasan, bermanja-manja dengan mak. Semua makanan mak yang mesti masak. Kita tak nak masak. Makan berselera dengan air tangan mak.

Bila berada jauh dengan mak, masa tu lah kau menung panjang menitip setiap dosa yang telah kau lakukan pada ibumu. Berderai air mata sebab time tu lah kau rasa kau sangat berdosa dan serba salah dengan mak. 

Rindu kan...

Tinggal dengan mak, semuanya mak buat. Dari A ke Z. Walaupun membebel sampai telinga bernanah tapi mak tetap buat dan laksanakan tanggungjawabnya. 

Bila berjauhan bebelan itulah yang paling dirindui...

Itulah emak

Betapa sayangnya mak terhadap kita...

Kasih seorang ibu...

Tiada galang gantinya

I miss you Mommy. I love you mommy.



p/s: entri khas untuk adikku yang pertama kali berjauhan dengan mak semata-mata untuk mencari rezeki...baru kau tahu macam mana kakak n abang rindu dengan mommy...

Wednesday, September 3, 2014

Blogspot atau dot com

Iklan...rehat jap citer pasal nak kurus heheh...

Kembali ke alam nyata. Apasal tetiba dari aleyanazuriq.com ke sitizulaikha.com dan balik jadi aleyanazuriq.blogspot.com?

Sungguh nak cerita panjang berjela. Tapi aku rasa baik guna yang free ni je lah kau tak kecewa. Malas nak pening-pening. Dari beratus visitor sehari nak kawtim balik visitor yang sama sekarang sangat susah. Apetah lagi update blog pun 4 bulan sekali hahaha... Nanti Nuffnang pun tak nak siar iklan pulak. Ni pun dari semalam aku tengok iklan dia pun segan je nak kuar.

Yelah...yelah lepas ni aku aktif.

Sebelum ni bukan tak nak aktif. Aku tak reti lah nak cerita pengalaman hidup ni. Berangan nak upload gambar yang best dalam blog. Sekarang dah jadi pekasam. Tapi kan rasa boleh upload lagi. Tulis je hashtag "throwback" kan...kan...kan...

Aku tak reti nak buat video jadi ini je lah aku pandai ngeee...

Pesanan aku kalau korang nak ada domain sendiri tak yah lah beli dari 3rd party macam GoDaddy ni. Ehh betul ke tak ye? Lebih kurang tu la namanya. Banyak lagi kat Malaysia kompeni jual hosting dan domain. Beli dari depa je. Senang. Aku buat masa sekarang dah tak ready lagi nak guna domain sendiri. Merajuk dengan GoDaddy!

Tuesday, September 2, 2014

Semangat yang hilang

tup..tap...tup...tap

Sekarang dah September. Last update blog bulan April aritu ngeee... Empat bulan sekali baru update blog. Maju jaya sungguh. Tak kerja pun tak ada masa nak update blog tau. Bila ada free time, masa emas tu digunakan untuk merehatkan diri, membaringkan diri dan main game hahah... Hobi katanya.

Nak dapat semangat balik menaip bukan senang. Lagi-lagi di zaman yang segala-galanya SMART. Patutnya boleh je nak berentri dari "smartphone". Tapi guna lappy atau komputer lagi syok. Bebas menaip. Alasan je semua tu kan...

Sebenarnya, kembalinya aku di sini adalah kerana semangat yang hilang timbul kembali. Banyak nak share ni. Jumpa semangat tu di sebalik bantal yang empuk. Ingat senang ke akak memalam ni nak berjaga menaip. Dengan boss kecik Muhammad Hadif yang bila dah tido akan bangun setiap jam, setiap setengah jam hanya kerana nak mengempeng. Kau hangin dak? Hangin tak hangin kau layan je lah. Kau marah menjerit histeria pun kat dia bukannya dia paham. Lagi dia melalak adalah. Sudahnya kau yang surrender. Ni tercongok-congok menaip dengan kelajuan tahap maksima. I try to make it short! Kununlah...

Apa nak story ni ehh.. Lupa lak.

Ooooohh pasal DIET.

Dah lama akak tak cerita pasal Diet Seimbang kan. Pasalnya aku ni pun dah tak seimbang hahaha...

Oklah oklah...serius serius ni.

Nak buat ikrar mulai dari hari ni akak akan merajinkan diri untuk update Diet Seimbang kembali naaa...


Thursday, April 3, 2014

Hobi yang bermanfaat

Bila cerita pasal hobi ni kan. Teringat zaman kecik masa sekolah rendah suka sangat membaca. Sekolah dulu kat kampung. Aku rasa library sekolah tu dah jadi hostel nombor dua. Kalau tak ada latihan olahraga di situlah aku melepak. Buku yang aku suka baca ialah semuanya berkenaan dengan detective story. Kisah 7 Penyiasat, 3 penyiasat dan yang seangkatan dengannya. Pendek kata asal ada penyiasat hujungnya semua habis aku baca.

Balik rumah pun bawak buku cerita. Masa tu tinggal dengan nenek. Pukul 8 malam lepas makan mesti kena belajar. Monitored by pak cikku yang garang. Stenby rotan ekk. Kecut kan. 

Disebabkan aku punya homework dah siap kat sekolah. Nak belajar apa kan? Takkan nak tulis buku teks. Zaman aku dulu sekolah rendah mana ada sains, geografi bagai. Duduk saja nanti kena rotan. Jadinya aku amik buku teks tegakkanlah macam membaca. Kat dalam tu aku selit buku cerita haha... Pandai tak? Khusyuk membaca. Fokus. 

Sedang layan baik punya atuk aku bagi kantoi pulak. Tapi pak cikku tak marah. Syaratnya pegang buku...

Semakin membesar hobi membaca aku ni makin lama makin menghilang. Sebab dah terlalu sibuk bersukan. Terutamanya di sekolah menengah. Sukan..sukan..sukan.. Tapi kalau ada kesempatan selit jugak waktu nak membaca. Samalah cerita penyiasat yang advance sikit. Kalau dah tak ada pinjam je sapa-sapa punya novel cinta. Aku lak jenis tak minat novel cinta. Baca tu memanglah baca tapi akan banyak skip. Agak-agak slow je sesuatu plot tu abaikan. 

Bila habis sekolah lagilah hobi membaca tu terkubur hahah... Dah study. Kerja. Keluar pagi balik malam. Sampai rumah layan TV lagi best dari dok ngadap buku cerita. Mana dan nak pi library. Nak beli lagilah malas. Hahhh semua tu alasan! Bila dah naik bangunan KLCC barulah hobi tu bertandang balik. Lepak kat Kinokuniya membaca. Itupun kalau ada masa lapang je. Jadi rumah nombor 3. 

Dah ada anak lagi ke laut. Syukur aku bukan pengkoleksi novel. Suka pinjam je hahah... Sekarang teknologi makin canggih. Boleh baca buku cerita online. Macam-macam ada. Macam iPad ada iBooks so baca kat situ je lah. Biasa sebelum tidur memang aku membaca sekarang. Bukaklah apa-apa website. Politik ke, isu semasa ke, gossip artis tak layan. Politik dan isu semasa dan sejarah. Suka aku baca penganalisis politik punya karya. Jangan baca yang tidak sihat. I mean analisa politik dengan maki maki. Memang reject jauh-jauh. Dapat dosa free ja. 

Tapikan nak bagitau, hobi yang paling best ialah main "HayDay" hahaha...


(^_<))

Tangani hari pantang dengan jaya

Baru nak citer pasal lepas bersalin. Kestressan masa pantang.

Menjadi kebiasaan bila berpantang kita perempuan ni jadi dara pingitan. Duduk kat rumah je tak keluar. Tak boleh jejak tanah orang tua-tua kata. Ikutlah. Jangan lawan. Curik-curik keluar pun jangan tau. Nanti rasa bersalah kepada diri sendiri. Lagilah kalau nak bawak baby tu. Simpan je hajat tu. Makan pun kena jaga. Tak boleh main bedal je. Tau dak cukup 30 hari aku tak lalu nak memandang roti jagung. Nak muntah. Kalau paksa masuk mulut gak rahang rasa  keras je nak kunyah. Nak kunyah je rasa ngilu. Sampai macam tu skali. 

Hari- hari terakhir pantang lagilah. Makan nasi kosong haha... Tak lalu nak telan lauk pantang.

Saya punya pemikiran lain sikit. Nak cekalkan hati dalam hati selalu kata "takpe berpantang 44 hari je, lepas tu aku akan ada masa seumur hidup (kalau tak beranak lagilah) untuk berjalan menginjakan diri di Tesco, Hero, Jusco, KLCC, MidValley dan di mana-mana". Jadi guna masa dalam pantang tu untuk repair badan yang dah lari alignment hehe... 

Baju berlengan panjang, berstokin tebal, berbengkung fuhhh... Panas pun panas lah. Tahan... Bayangkan kita berada di puncak Gunung Everest yang sejukkkk. 

Kerjaku di rumah. Makan, nyusu baby, main cak cak dengan baby, nengok tv, baring, makan, minum, tidur.... Inilah rutin seharian. Syukurlah boleh masak. Kalau masak pun orang buat mau mati kutu menung je. 

Walaupun agak membosankan tapi aku berjaya menghabiskan hari-hari pantangku dengan jayanya. Caranya?? Jangan kira hari haha... Bila orang tanya dah berapa hari aku pandang muka hubby dan dia yang akan tolong kirakan. 

Ohhh ya...saya berpantang pakai baju panjang berstokin bagai 60 hari, makan jamu 60 hari, tak keluar rumah 59 hari (hari ke-46 pi Tesco hihi), pantang makan 100 hari, pantang tak makan seafood 6 bulan tapi ni dah 7 bulan setengah pun tak makan seafood lagi, pantang tak minum air sejuk sampai hari ini masih bertahan...

(^_<))

Welcome my new life...

Tadaaa....

Rindu...rindu...rindu...

Walaupun tak berkesempatan nak berentri dalam hati melonjak-lonjak nak update entri baru. Dalam kepala fikir bila lah nak update nih. Dah error sana sini.

Sekarang charger lappy pulak masalah. Dah dekat sebulan. Nangis hokeh! Hubby kata nanti dia repair. Hmmmm bila tu tak taulah. Minggu ni pulak sibuk dengan Angsana Burger. Dah tu tak ada air.  Bila hujan lebat banjir pulak. Tambah lagi bumbung kat luar pecah. Haah...bertambah-tambah kerja kan.

Okeylah

Disebabkan rasa membuak-buak so update dari ipad pun boleh.

Okeylah...masa untuk tidur. Esok nak bangun awal. Membaking.

Nanite korang (^_<))


Tuesday, January 28, 2014

Blog yang kembali

Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab dapat balik berentri dengan blog kesayangan ni walaupun hanya blogspot pun jadilah. Sebenarnya blog ni dah kena blog oleh Mr. Google gara-gara expired domain. Dah empat tahun aku guna domain "sitizulaikha.com" dengan Autorenewal every year. Tapi apa jadi dengan tahun ini aku pun tak tahu. Jadi makin tak faham pulak. Rasa nak nangis pun ada. Dok terfikir-fikir je. Kadang-kadang bukanlah selalu update tapi cerita tiga empat tahun lepas tu macam mana nak tulis balik? Itulah kenangan jiwa raga.

Aku bukan jenis yang letak semua aktiviti family ke cuti-cuti ke kat sini. Rasa menyesal pun ye bila dah tukar ke dot com. Ni kali kedua kena. Habis trafik blog ni. Last year pulak tak boleh masuk untuk update payment. Padahal dah masukkan password yang sama. Ok fine if salah buat password baru kan. Itu pun tak boleh jugak. Aku pun pelik laa dengan blogger ni kekadang. Ye lah sebab domain pun 3rd party.

Jadi, buat masa sekarang ni aku sangat serik. Tak nak dah guna domain dorang nih. Biarlah dengan blogspot. Selamat. Cuma bila dah jadi blogspot balik habis effect semua. Mesti korang nampak error sana sini hehe... Buat masa sekarang mak tak sempat nak godek-godek lagi nakkk!

p/s: Verangan nak guna Wordpress (^_^))

Wednesday, January 1, 2014

Tadika Baru Hanif 2014,



Assalammualaikum, 

Alhamdulillah bertemu lagi kita diambang 2014. Salam tahun baru semua. Terasa cepat sangat masa berlalu. Umur pun makin bertambah, anak-anak pulak makin membesar. Tau tau je dah kulit kedut sana sini huhu...takutnya! Ajal makin dekat. Semoga dapatlah melihat anak-anak membesar, sambung belajar, kerja, kahwin dan dapat cucu...Amin....

Harini tarikh cantik 01.01.2014, kalau 01.01.11 lagi cantik. Tapi ok apa. Sape yang tarikh lahirnya hari ni, Selamat Hari Lahir saya ucapkan. Semoga dipanjangkan umur murah rezeki...

Hari ni jugak 1st Orientation Hanif di Tadika baru. Mesti korang tertanya-tanya dia nak ke tak nak kan hehe... Ye lah dah biasa kat Krista Taman Nirwana dua tahun. Kawan pun dah ramai. Cikgu pun dah kenal memang susah gak nak pujuk dia masuk tadika baru ni. Asyik-asyik cakap Nak pergi Krista, takmo Tadika cina... Cara kita dua mak pak jawab dengan explain kat dia yang dia dah besar dan bertukar kat sekolah lain. So dia diam, tak banyak tanya. 

Mula-mula tadi segan, malu semua ada. Maklumlah cikgu cikgi tak kenal lagi. Lama jugak pak dia teman tadi sebab tak nak jauh. Papa dia berdiri tepi pintu dia pun ikut. Dah lama sikit barulah ok. Tapi still gak panggil kita kat luar tu. Takut hilang kot. 

Pagi-pagi masa tengah siapkan dia soalan maut tanya girlfren dia kat Krista macam mana. Maknya ni diam je. Pastu dia sendiri jawab "nanti Hanif ada girlfren baru ehh mama?"... Aku kata "hmmmm..." Dalam hati amboi nakkkk...6 tahun pun tak sampai dah pandai rindu girlfren. Ko janganlah nak bagi mak ni kepala pusing. 
Budak shy shy cat
Okey, berbalik kepada topik di atas. Kenapa saya hantar Hanif ke Tadika Taman Nirwana? Which is tak jauh sangat pun dari Tadika Krista dia. Yang utamanya sebab Tadika Taman Nirwana ni tadika Cina. Saya memang nak hantar hanif sekolah Cina so kena build Chinese foundation yang kuat untuk dia supaya dia ready untuk ke sekolah nanti. Kalau ikutkan memang dah terlambat sebab this year dia dah kira 6 tahun. Kelas Mandarin dia pun dah masuk level 2. Tapi aku discuss personally dengan principal dia then she agreed untuk masukkan dia ke kelas basic mandarin untuk budak 5 tahun. Hanif ni apa pun tak pandai lagi. Memanglah selalu dengar dia shoo sheey shoo sheyy macam cakap cina tapi sebenarnya tak pun. Dia guna bahasa "Ultraman" haaah....ada paham?? Bezalah kan bahasa otomen dengan mandarin. 

My plan for him actually macam ni. Mula-mula saya hantar dia ke Krista untuk kuatkan foundation berdikari, pergaulan dan English dia. Kat rumah pun kita cakap mix English and Malay. Bukanlah aku nak suruh dia cakap English macam bertih jagung. At least apa yang orang cakap dia paham. Manalah tau tetiba dapat kawan omputeh ke mana mana orang arab ke cina ke. Senanglah nak cakap walaupun grammar kelam kabut. Sebab bila dia masuk Tadika dan sekolah rendah at least dia punya English quite strong. So, Alhamdulillah di Krista banyak dia belajar. Lagipun seharian kat sana. Teachers dorang pun semua speak English je dengan depa. Jadinya lama-lama depa pandailah cakap. Sesama sendiri pun cakap English. Jumpa kawan-kawan yang sebaya dia pun campur cakap Melayu-Inggeris. Balik umah pun dia cakap English. Tengok kartun pun paham. Haaahh...itulah maksud aku. Ini esok dah umur 6 tahun pun tak tau "fan" tu apa, letih arrr... So....simple, pendedahan tu penting. 

Dalam computer class
Dan untuk sekolah Cina pulak, memang dah plan lama sejak aku belum kahwin lagi. Merasa susah carik kerja sebab nak kena pandai Mandarin. Lepas tu kalau dapat gaji pun tak sama. Orang yang pandai Mandarin gaji boleh cecah RM500 extra ekk dari orang yang tak pandai cakap Mandarin. Ini bukan diskriminasi. Ini betul. Bunyik macam tak adil kan, tapi fair what. Bukan senang nak belajar bahasa orang. Kalau dari tadika ke sekolah rendah ke sekolah menengah kira 13-14 tahun apa belajar Mandarin. Aku yang tua ni belajar bahasa Mandarin pun tak lepas lagi. Otak dah karat. Biarlah anak den yang belajor. 

Tertanya-tanya lagi nak hantar anak ke Tadika Krista atau Tadika Taman Nirwana?? For me dua-dua pun tak ada beza. Krista memang fun, tak dinafikan. Sape yang pernah anta anak ke Krista taulah macam mana. Apa yang aku boleh cakap Hanif banyak improve and he can speak English well but not like bertih jagung hehe... Untuk Tadika Nirwana ni aku belum boleh bagi review lagi sebab Hanif pun baru je lagi. Krista more to English tapi ada gak belajar Malay Language dan basic agama seperti baca doa etc tu. Untuk Tadika Taman Nirwana pulak ko orang boleh buat pilihan. Sebab kat sini macam elektif. Matapelajaran utama semua sama. Elektifnya tang nak anak ko belajar Mandarin ka Jawi. Haah...pilih antara dua. Macam kita sekolah dulu gak ada pendidikan Moral dengan Agama Islam kan. Saya ambik Mandarin untuk Hanif. 

Untuk fees pulak tak banyak beza. Sama je RM200 sampai 12 tengahari. Cuma yang berbeza fees untuk daycare. Masa kat Krista aku hantar hanif fullday sebulan dalam RM420, kat Taman Nirwana ni RM580 sebulan if sekali dengan Daycare. Mahal kan. Tapi registration fees untuk TTN dalam RM960 dan Krista RM1000 and above but below RM1500. 

Masalah lagi satu, bila kita mak pak melayu anta anak Tadika Cina, main problem ialah homework! Aku tak reti haihhhh... Memang sekolah rendah dulu masuk sekolah cina tapi sekejap je. Aku tau kira nombor jaaa. Itu pun satu sampai sepuluh. Nak masuk sebelas je aku dah pindah sekolah lain :lol: Dah pun discuss dengan principal dia apa solution yang patut dibuat. Dia kata boleh anta Hanif untuk extra class. Just untuk settle homework dia. Dengan cara tu dia akan lebih cepat catch-up. Lagipun beginner kan. Kena push lebih sikit sebab tahun depan Darjah Satu. No more playing. Even ex-pupils kat situ mana yang masuk sekolah cina pun datang kat situ untuk buat homework depa time petang. Pukul 4pm-5.30pm will do dia kata. Fuhh lega sikit dengar. Tak adalah pening nak pikir macam mana nak buat homework. 

So... Dah dapat idea mana nak hantar anak ke pre-school nanti? Rasanya yang ni je aku mampu share buat masa sekarang. Kalau ada info lebih boleh share lagi. Saya ada tulis entri tentang why i chose Krista dan bolehlah baca entri tu untuk more info. Apa-apa pun terpulang kepada kita. What we want them to be. Harap dapat membantu orang yang buntu... Untuk permulaan jangan push sangat terutamanya umur 2-4 tahun. Tak pun bagi bonus add another one year iaitu 5 years umur utk anak-anak kita enjoy their kid's time. Macam Hanif pun saya tak push sangat. Bagi saya just go with the flow InsyaAllah semuanya ok. Zaman sekarang education makin maju. Tadika dah belajar sains dan maths. Ahkak dulu darjah satu pun baru belajar nak tulis ABC heheh... Tergagap gagap nak membaca.

Yang siksa, membayor fees...menggigil nak kuar duit. Pergi sekolah kebangsaan takyah kuar duit banyak pun. Dapat RM100 lagi ada. Rasanya kerajaan kena bagi subsidi untuk tadika nih. Tapi kan Tadika Kemas kan ada mana nak dapat subsidi cik T oiii... Oh...mak lupa huhu. Oklah see you soon.


Happy surveying parents!!!