Saturday, October 29, 2011

Ceritanya begini

Hari ni genap hari keenam Hanif demam since Ahad pukul 3.30 pagi di mana temperature dia tiba-tiba naik secara mendadak. Makan ubat kebah sekejap then naik balik. Dah pergi hospital dua hari lepas pun tak ada perubahan yang memberangsangkan. Operation Hanif sepatutnya 10 November 2011. On the 3rd kena pergi hospital untuk check lagi. Kalau dia masih dalam keadaan kurang sihat, operation tu kena postpone.

Sesungguhnya kalau boleh tak nak lah tarikh untuk pembedahan tu ditunda. Susah. Kesian sangat kat dia asyik demam je. Bila dia demam, sayalah orang yang paling susah hati. Kena pulak sekarang ni dia tak mau makan. Syukurlah tadi ku bawa dia keluar jadi ada jugak dia makan nasi. Balik tadi terus dia tidur kepenatan. Dari petang tadi sampai laa ni dia asyik nak tidur je.
ini dah tak larat sangat
Ni pun baru je lepas bagi ubat dan terus mandikan dia. Harap-harap demam dia akan turun selepas satu jam. Kalau tak ok jugak memang pergi sepital lah malam nih. Nak menelan pun payah. Minum air pun susah nak telan ape kes. Sampai meleleh-leleh keluar. Mama pulak yang rasa macam nak menangis :(

Thursday, October 20, 2011

Kenapa dengan Eczema?

Gara-gara antibiotik yang doktor bagi dua minggu lepas aku kena gatal-gatal. Mula-mula tu rilek je. Ye lah, just gatal-gatal biasa apa yang nak diherankan sangat. Tapi masuk hari ketiga, keempat, kelima dan seterusnya kegatalan tu dah berpindah kat tempat lain pulak dan dari hari ke hari aku tengok bertambah banyak bintik-bintik merah yang muncul. Pergi klinik doktor juat bagi Calamine Lotion. Aku pun ok aje.

So, aku pun sapulah Calamine Lotion tu kat tempat yang ada bengkak disebabkan gatal tadi tuh. Sungguh menyedihkan sebenarnya sebab terasa gatal tuh fuhh...hanya aku je yang boleh rasa. Time sapu tu rasa best sebab sejuk. Ini time lepas sapu. Waaaa...Seksa beb! At last aku pun pergi hospital sebab dah rasa tak tahan sangat.

Sebelum masuk jumpa doktor aku tanya dulu "dik, kat dalam tu doktor lelaki ke perempuan?" hehehe. Syukurlah mamat Nurse ni kata perempuan. Kalau tidak confirm aku akan suruh dia carik doktor perempuan. Kalau doktor lelaki macam mana aku nak "open-open". Bila doktor perempuan ni check dengan confidentnya dia pun kata "ini, eczema." Wahh, masa tu aku rasa macam tak percaya sebab selama ni yang aku tahu kanak-kanak sahaja yang ada eczema. "Mungkin akk allergic antibitotik ni", sambung doktor tu lagi sambil dia dok belek-belek kegatalan kat badan aku. (pasal tu la aku nak doktor perempuan). Lepas tu dapatlah ubat sapu yang ada "steroid". 

Lepas dua hari nampak macam okey sikit especially di bahagian dada. Lumiglow pun aku sapu jugak hahaha. Belasah je mana ada. Masuk empat hari ubat sapu pun habis. Aku dah tak ada idea nak guna ubat apa. Lumiglow tu pun aku tak sapu dah sebab pedih. Buat masa sekarang ni aku hanya sapu Baby Oil yang ada Aloe Vera dan Vitamin E, brand Johnson & Johnson. Kat peha dengan belakang elok aku tengok tapi yang di dada? Sungguh tidak menggembirakan. Aku memang tak nak tapi ada tahap tu dah tak boleh nak tahan, terpaksalah garu.

Dua tiga hari ni aku dok search apa treatment dan ubat yang sesuai untuk eczema ni. Sekarang ni aku dah tak pakai sabun or shower foam. Fabric softener dan sabun basuh yang aku guna selama ni pun aku tak guna dah untuk baju aku. Risau sungguh dengan keadaan yang macam ni. Kena pulak hubby kata nak baik memang memakan masa, bertambahlah kerisauan itu. Bayangkan bagaimana budak-budak kecik yang kena eczema. Mesti tak boleh nak tidur malam sebab gatal. Kesian kan...

p/s: kena pujuk diri sendiri

Monday, October 17, 2011

Info DIET 21 - 30

21. Puasa dan kesihatan
Berpuasa selang sehari baik untuk penghadan kalori. Apabila badan sentiasa menggunakan tenaga tetapi tiada makanan yang diambil, badan manusia akan mencari sumber tenaga yang lain seperti glukosa daripada simpanan glikogen di dalam limpa, asid lemak daripada lemak yang disimpan, dan akhirnya daripada tisu-tisu protein yang penting. Badan manusia tidak mempunyai masalah untuknbergantung dengan asid lemak, tetapi otak dan sistem saraf bergantung kepada glukosa. Apabila simpanan glukosa ini telah habis, badan manusia mula menghasilkan ketone bodies daripada protein. Kehabisan sumber protein ini boleh menyebabkan kematian. Jadi, amalkan pemakanan yanh berkhasiat apabila berpuasa.

22. Cara kurangkan berat
- Pastikan kita makan di tempat yang sama (seperti meja makan)
- Makanlah dengan perlahan
- Jangan menonton TV atau membaca sambil makan
- Hitung kalori dan rekodkan apa sahaja yang kita makan

23. Khasiat lengkap buncis
Buncis mengandungi protein dan serat di samping mempunyai kandungan lemak yang rendah. Sayuran ini juga mengandungi vitamin-vitamin dan mineral-mineral penting seperti asam folat, besi dan potassium(kalium) yanh sesuai dijadikan makanan bagi pengamal diet.

24. Yogurt bakar lemak
Yogurt dapat meningkatkan kemampuan tubuh untuk membakar lemak. Ini kerana kalsium yang terkandung di dalamnya dapat membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan. Sebuah kajian di Universiti Tennessee menunjukkan mereka yang mengambil yogurt bebas lemak dalam diet mengalami penurunan berat badan yang ketara dibandingkan dengan mereka yang hanya diet rendah kalori.

25. Bawang putih cegah berat badan naik
Pakar telah membuktikan manfaat baru bawang putih iaitu dapat mencegah penambahan dan membantu menurunkan berat badan. Terdahulu, bawang putih dikatakan efektif dalam mencegah tekanan darah tinggi, mengubati diabetes serta mengurangkan risiko serangan jantung.

26. Kesalahan umum program diet

Berhenti sarapan
Sarapan perlu sebagai pembekal tenaga pada tubuh. Hanya perlu hindari makanan gula.

Makan makanan bebas lemak
Hakikatnya bebas lemak bukanlah beerti rendah kalori.

"Saya hanya makan salad"
Salad mengandungi banyak kalori seperti burger jika diambil dengan keju, roti atau mayonis.

Memilih jus berbanding buah segar
Jus tinggi kalori dan hilang kandungan serat asli berbanding buah segar.

Jauhi makanan tidak sihat
Makanan segera adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan. Jika corak pemakanan tidak sihat terus diamalkan, masalah berat badan berlebihan dijangka akan meningkat dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Beza diet lelaki berbanding wanita
- Lelaki mengambil lebuh banyak makanan yang mengandungi kolesterol berbanding wanita.
- Lelaki umumnya mengambil kadar lemak dan dagung merah yang tinggi dalam diet.
- Merka juga mengambil jauh lebih sesikit buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan berserat.
- Kebanyakan lelaki jarang mengambil sarapan pagi.
- Minum kopi jauh lebih banyak berbanding wanita, biasanya 4 hingga 5 cawan sehari.

29. Jus atau rendah lemak?

Diet jus:
Anda boleh amalkan minum jus setiap hari tanpa makanan berlemak lain. Kemasukan jumlah kalori yang kecil ini dapat membantu menurunkan berat badan.

Diet rendah lemak:
Lemak mengandungi kalori dua kali ganda berbanding karbohidrat dan protein. Secara teori, sekitar 20% kalori dalam tubuh disumbangkan oleh lemak. Hindari makanan yang mengandungi mentega, makanan yang digoreng, keju dan daging.

Kolesterol normal dengan tempe
Tempe dapat membantu menormalkan kadar kolesterol dalam darah. Kalorinya yang relatir rendah, 149 kal per 100gram, tempe membantu pengamal diet rendah kalori. Kandungan karbohidratnya sebanyak 12.7 gram dan sangat sesuai untuk penderita diabetes kerana ia tidak mengandungi gula. Beberapa kajian juga menyatakan kandungan seratnya (diety fiber) mencapai 7.2 gram per 100gram amat baik untuk mengatasi masalah pencernaan.

Sumber: Inspirasi Langsing Secara Sihat

Saturday, October 15, 2011

Info DIET 11 - 20

10. Kenali Tahap Kandungan Kolesterol

Kategori paling rendah
Sayur-sayuran dan buah-buahan
0-10mg bagi setiap 100g makanan

Kategori Rendah
Ikan, keju dan susu
10-30mg bagi setiap 100g makanan

Kategori Sederhana
Ayam, daging, kambing dan sesetengah ikan
30-100mg bagi setiap 100g makanan

Kategori Tinggi
Hati, limpa, udang, sotong dan mentega
100-300mg bagi setiap 100g makanan

12. Tenaga segera sangat lapar
Bila badan lesu kerana lapar, mulakan dengab makanan ringkas sebelum mengambil makanan berat yang lain seperti:-
- buah
- susu
- yogurt
- coklat

13. Bila masa minum kopi
Tubuh memecah separuh dari jumlah kafien keseluruhannya. Ini beerti kafein akan kekal selama kira-kira tiga jam di dalam tubuh sebelum dicernakan atau dikeluarkan. Jika mahu melelapkan mata lebih awal, jangan ambil kafein sekitar jam 7 hingga 8 malam.

14. Pilih susu atau soda?
Satu kajian mendapati bahawa mereka yang minum soda ketika waktu sarapan akan merasa lebih lapar sehingga waktu makan tengahari berbanding mereka yang minum susu pada waktu pagi. Kandungan minuman bersoda dikatakan tidak mampu melawan rasa lapar, sedangkan susu pula kaya dengan protein yang diyakini dapat menahan rasa lapar.

15. Jumlah keperluan kalsium
Data terkini saranan pengambilan Diet oleh Institut Perubatan Amerika Syarikat atau US-DRI dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi golongan dewasa yang masih muda ialah 1,000 miligram (mg) kalsium sehari. Pengambilan kalsium di kalangan kebanyakan masyarakat di negara Asia ialah hanya 30 peratus dan Malaysia mencatatkan jumlah paling rendah, iaitu 303 hibgga 450mg sehari. Kurang kalsium mengakibatkan osteoporosis.

16. Fungsi serat dalam diet
Serat mengurangkan risiko penyakit dengan memperbanyakkan najis, mengurangkan tahap kolesterol darah dan membantu mengawal tahap kandungan gula dalam darah. Oat dan oatmeal mengandungi jenis serat yang biasa dipanggil 'serat mudah larut'. Serat ini juga ada pada buah-buahan dan kekacang.

17. Keperluan Kalori(Tenaga) dan zat makanan
Nilai tenaga dalam makanan diukur dalam unit kalori. Kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan karbohidrat, protein dan lemak. Lemak menghasilkan kalori terbanyak mengikut berat - 9 kalori bagi setiap gram. Nutrisi lain tidak memberi kesan kepada nilai tenaga makanan. Sebaiknya, makanan tinggi kandungan air, seperti sayuran rendah kalori.

18. Bagaimana kurangkan kolesterol?
Kolesterol dihasilkan dari makanan (sumber haiwan sahaja) dan juga dikeluarkan oleh tubuh badan kita mengikut keperluan. Makanlah lebih banyak bijiran, buah-buahan dan sayuran. Jumlah yang disyorkan bagi oranh dewasa ialah 300mg sehari.

19. Pilih gula dan garam yang sederhana
Kurangkan gula & garan secara perlahan dengan cara:-
- kurangkannya dalam masakan
- rasa makanan dahulu sebelum menambah gula atau aram
- guna perisa makanan/masakan yang semulajadi seperti rempah ratus, herba dan jus
- amalkan jus, buah dan sayuran

20. Pentingnya sayur
Sayur-sayuran dan ulam-ulaman mengandungi banyak serat dan kurang kalori. Ia kaya dengan sumber vitamin C, vitamin A, asid folik dan zat galian yang sangat diperlukan tubuh. Ulam-ulaman jenis daun pula mempunyai sumber vitamin paling banyak seperti vitamin A, B1, B2, C dan zat-zat galian seperti kalsium, fosforus dan zat besi. Manakala, ulam-ulaman jenis bijian pula mengandungi protein, air dan berbagai zat lain.

Sumber: Inspirasi Langsing Secara Sihat

Thursday, October 13, 2011

A day trip to Genting Highlands

Sepatutnya aku ada Top Achievers Conference (TAC) si sana yang bertempat di Arena Of Stars Genting. Dengar pun macam best je kan. Memang best pun. Tapi disebabkan oleh perkara yang memang tak dapat dielakkan aku tak dapat join. Sedih jugak. Ingat free ke? Bayor tau.

Al-kisahnya, walaupun aku tak join tapi aku kena pergi sana jugak semata-mata nak "check in" bilik. Ini terpaksa dilakukan sebab bilik tu atas nama aku. Genting ni strict. Tak macam hotel lain. Kang kesian kawan aku tak ada bilik nak tidur. Kalau aku ada bolehlah "jimba-jimba night" ;).

Syukurlah kakak iparku yang baik hati jadi peneman. Dia yang drive. Aku memang tak ada nye nak drive naik bukit tinggi macam tu. Kang ada pulak keta yang reverse nanti.

Encik Hanif? Mana boleh tinggal putera kesayangan aku tuh. Bukan main seronok lagi dia. Naik Gondola pun relax je. Mungkin sebab dah biasa mak dia ni dok angkut pergi sana sini.

sikit cuak pun tak ada
waiting for shuttle bus, tak reti dok diam pun
Sesampainya kat First World, aku pun terus "check in". Memandangkan dah bayar senang sikit. Just check in via Kiosk. Lepas tu terus pas kat kawan aku which is suppose to be my roomate.

Kemudian aktiviti seterusnya bawak Hanif main-main kat Indoor Theme Park. Beli ticket malam sebelum tu so dapatlah murah untuk unlimited ride. Hanya RM21 untuk kanak-kanak dan RM25/RM26(aku pun dah lupa) untuk dewasa. Single ride RM8. Lapan kali main, tak ke mengigil nak huloq duit. Nak "walk in" pun boleh tapi mahal sikit. Suka hati korang nak yang macam mana. Alamak dah macam promosi pulak.

first ride
muka nak terjun, dia ingat boleh mandi
takut dengan dinosour yang melekat kat dinding tu ha ha, klu tgk live lg kelakar :D
sesuka hati dia je tukar tempat duduk
Outdoor Theme Park memang kami tak masuk. If masuk, memang tak balik la jawabnya. Aku memang malas nak pergi Genting. Dua tahun rasanya tak naik sampailah semalam. Dulu, boleh dikatakan selalu jugak. Kakak ipar aku tak payah cakap, memang dah kira rumah nombor dua dia.

Yang paling seronok bila tengok Encik Hanif ni mandi kat Splash Pool kat Indoor Theme Park ni. Wahhh...bukan main happy lagi dia. Siap jerit-jerit lagi dok kata nak mandi, nak mandi. Jangan risau sebab air kat pool ni memang panas. Lagi panas dari air Jaccuzi Pool. So boleh berendam puas-puas. Aku pulak yang rasa nak mandi tapi apakan daya tak bawak baju spare.

pandangan kaca mata aku
tgk, mmg layan..
Apa yang best ialah Hanif dapat main sepuas-puas hati. Kebetulan pergi pun weekdays so memang tak ramai orang. Puas memujuk dia supaya naik siap cakap lagi nak mandi kat pool lain barulah naik. Masa tu pun dah pukul 4 petang. Hari tu pool tutup awal pukul 5 petang sebab ada "Pool Party".

Masa balik kita jalan kaki pulak pergi Genting Skyway. Saja nak ambik angin luar yang sejuk. Tapi, sekarang ni Genting dah tak sejuk macam dulu. A few years ago, pakai jaket tebal pun still rasa sejuk lagi. Tak sampai 5 minit dok dalam stroller Hanif pun terlena. Bukan main tak nak lagi balik sibuk nak mandi je. At last baring atas stroller sekejap je dah lelap.
lena keletihan
kabus yang tebal
Bila naik gondola je Hanif pun bangun. Aku rasa anak bujang sorang ni memang tak tau takut. Pastu sampai kat bawah sempat lagi nak naik "horse" katanya.

dia ingat "horse" ni boleh pusing2 hehe...
Betul-betul "a day trip" kitaorang hari tu. Sampai rumah pun dalam pukul 6 petang. Jalan pun tak jam sangat so boleh sampai on time. Aku la yang rasa nak pengsan letih dok angkat Hanif sana sini. Next time nak pergi bawak hero ni main  kat Outdoor Theme Park pulak. Tapi nak ajak papa dia sekali baru bertambah seronok.
yang kat atas tu kakak iparku ;)

Tolong Kami, Bantu Kami

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan untuk Rumah Aman(Shah Alam) di mana ia merupakan tempat perlindungan anak-anak yatim dan kanak-kanak dari keluarga miskin dan papa serta golongan yang tidak berdaya.


Rumah Aman ini beroperasi pada tahun 2005 hanya dengan bantuan orang ramai iaitu dari derma, zakat dan sadaqa lillah. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan serta makan minum, pakaian dan sistem pembelajaran yang berkualiti merupakan fokus utama mereka.


Pada masa ini Rumah Aman memerlukan RM20,000 untuk membaik pulih atau membaiki electricity wiring dan lightning breaker system yang sudah berusia 15 tahun lamanya

Mungkin ia kedengaran seperti sejumlah wang yang banyak. Akan tetapi sekiranya kita sama-sama sedikit menghulurkan bantuan, saya percaya ia akan mampu dicapai. Selain daripada pahala kita akan beroleh kepuasan hati kerana dapat membantu orang yang kurang berkemampuan. Sesungguhnya Islam amat memuliakan anak yatim.

Wakaf pelaburan akhirat
Alternatif Sumbangan:-

Secara Online
- Via Maybank2U
You can make a direct donation to Rumah Aman (Shah Alam) at 562106720433 with the remark:
"Nuffnang TLC Promise Me S2". Kindly send a screenshot of the transfer to tlcpromiseme@nuffnang.com

- Via cheque:
Cheques can also be issued to Nuffnang Sdn. Bhd. and sent to our KL office at the address below:
12B5 & 12B6, Heritage House
33 Jalan Yap Ah Shak
50300 Kuala Lumpur.
All donations are tax deductible, and Rumah Aman will be able to issue a receipt for your kind donation :)

"Semoga hidup kita lebih diberkati. Amin"

Apa itu Jaundis?

Suatu keadaan yang terdapat pada bayi yang baru lahir di mana, mata bewarna kuning. Keadaan ini disebabkan "Bilirubin" yang berlebihan dalam darah.

Ada beza tak?

"Bilirubin" ialah sejenis kimia semulajadi di dalam darah yang ditapis oleh hati dan dibuang melalui air kencing dan najis. Bilirubin yang berlebihan dalam darah akan menyebabkan otak/sistem saraf rosak dan jika ia di tahap yang sangat tinggi, ia boleh mengakibatkan kematian.

Phototherapy untuk Jaundis

Tanda-tanda Jaundis merbahaya:-
- Kuning bermula dalam masa 24 jam kelahiran.
- Bayi enggan menyusu atau sentiasa menangis.
- Kurang aktif dan tidak bermaya.
- Kuning berpanjangan melebihi 2 minggu.
- Bayi demam/sawan dan badan kejang.
- Najis bayi bewarna tanah liat.

Kesan Jaundis
Jaundis yang tinggi boleh menyebabkan:-
- Bahagian otak bayi rosak menyebabkan kecacatan akal dan serebral palsi jenis athetoid.
- Kurang pendengaran atau pekak.
- Terencat akal
- Menimbulkan masalah persekolahan apabila besar nanti.

Tindakan Ibu Bapa
Ibu bapa perlu bertindak dengan segera sekiranya bayi mendapat jaundis dengan menghantar anak ke hospital dan teruskan dengan penyusuan lebih kerap.

kesian, jangan risau baby ni tak rasa sejuk pun
Elakkan:-
- Memberikan ubat tradisional secara minum atau mandi.
- Penjemuran di bawah matahari adalah tidak berkesan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah menghubungi klinik atau hospital yang terdekat. Apa yang tertulis di sini adalah sebagai panduan ringkas untuk anda.

"Sumber: Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur"

Wednesday, October 12, 2011

Kekurangan G6PD

G6PD (glucose 6 phosphate dhydrogenese) adalah sejenis enzim dalam sel darah merah yang mana ia berfungsi melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal. Semasa bersalin, sampel dari tali pusat bayi di hantar untuk pemeriksaan G6PD di makmal.


Sekiranya bayi didapati kekurangan G6PD:-

1. Anda akan duhubungi melalui telefon atau surat supaya membawa anak masuk ke wad untuk pemerhatian.
2. Anak dikehendaki tinggal di wad sekurang-kurangnya sehingga berumur 10 hari.

Pemerhatian ini perlu kerana bayi boleh mendapat kuning (jaundice) dengan serta merta yang boleh menyebabkan kecacatan otak dan pendengaran.

Bayi akan dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah lain.


Apabila anda mendapati anak anda kekurangan G6PD, elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan darah merah:-

- kacang parang
- memberi ubat sendiri tanpa arahan doktor
- ubat gegat
- ubat tradisional, jamu atau ubat senseh

Sila bawa senarai ubat dan tunjukkan kepada doktor apabila anak anda sakit. Beritahu doktor bahawa anak anda kekurangan G6PD.

Sekiranya anak anda termakan makanan atau ubat-ubat seperti yang di atas:-

- Boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat
- Bayi akan mendapat kuning (jaundice) serta merta
- Air kencing berdarah atau bewarna teh pekat
- Pucat
- Demam

Seseorang yang kekurangan G6PD boleh hidup secara normal dengan mengelakkan makanan dan ubat-ubat tertentu.

Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat. Ia bukannya penyakit berjangkit.

G6PD diwarisi melalui faktor genetik dan sering melibatkan kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak perempuan adalah sebagai pembawa.

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi anda perlu berjumpa dan meminta nasihat doktor. Apa yang saya tulis di sini cuma sebagai panduan ringkas untuk anda. Anda boleh mendapat maklumat lanjut tentang G6PD di buku-buku atau di laman web yang lain. Paling penting ialah nasihat doktor.

Sindrom Down

Selalu kita dengar pasal Sindrom Down ni. Bila kita melihat kanak-kanak SD ni apa yang kita akan fikir. Mesti di kepala korang bermacam-macam persoalannya. Soalnya:-

Apakah Sindrom Down?
Ia merupakan satu keadaan di mana seorang kanak-kanak mempunyai satu kromosom yang lebih dalam setiap selnya. Setiap manusia mempunyai 46 kromosom tetapi kanak-kanak yang ada Sindrom Down ini mempunyai 47 kromosom. Kromosom ini terletak pada kromosom nombor 21.


Bahan kromosom yang berlebihan ini boleh menyebabkan genetik yang tidak seimbang dan merencatkan pertumbuhan dan perkembangan yang biasa. Purata Sindrom Down antara lelaki dan perempuan adalah sama. Ia boleh menghasilkan kecacatan dan ini boleh berlaku kepada semua kaum, bangsa, keturunan dan tidak mengira latar belakang sosial ekonomi seseorang. Sindrom ini adalah bersempena dengan nama doktor yang menemui penyakit ini pada tahun 1866 iaitu Dr. John Langdon Down.

Nisbah kejadian Sindrom Down ini adalah antara 1:660 bayi baru lahir.

Bagaimana Sindrom Down boleh dikesani?
Doktor boleh mengesan bayi Sindrom Down selepas kelahiran iaitu melalui perbezaan muka: (raut muka yang leper, mata yang mengondong dan titian hidung yang rata), leher, tangan dan kaki yang kecil, otot yang lemah, garis tapak tangan yang melintang, telinga yang terletak sedikit ke bawah dan kepala yang kecil dari biasa.

Diognosa Sindrom Down.
Dengan satu penilaian perubatan terperinci termasuk pemeriksaan fizikal dan ujian darah untuk mengesan kromosom luar biasa.

Kecacatan mental jugal selalu terjadi dan ia adalah di antara sederhana ke teruk. Tetapi kanak-kanak ini boleh diajar dan dididik untuk menjalani atau menghadapi kehidupan yang hampir sama dengan kanak-kanak normal. Adalah baik sekiranya kita sebagai keluarga dapat memberi sokongan dengan sepenuhnya dan menggalakkan anak supaya mencapai tahap tertinggi dari segi kebujaksanaan dan sosial.


Masalah perubatan yang selalu dihadapi oleh anak yang ada Sindrom Down.
- Kecacatan jantung sejak lahir
- Infeksi (jangkitan) pada telinga
- Masalah penglihatan: mata juling, rabun jauh dan rabun dekat
- Masalah pernafasan seperti jangkitan paru-paru, tidak bernafas semasa tidur (terjadi pada sebilangan kanak-kanak kecil).
- Masalah ketidkstabilan tulang leher
- Gangguan sistem penghadaman seperti sekatan usus
- Masalah ketidakstabilan hormon

Jangka hayat anak yang ada Sindrom Down
Pada masa dahulu, masalah perubatan Sindrom Down selalu ada berkaitan dengan umur hidup yang pendek. Tetapi sekarang, ramai anak yang ada Sindrom Down boleh hidup lebih dari 50tahun dengan hidup yang berkualiti.

Penyebab Sindrom Down
Masih tidak diketahui lagi. Tetapi pembahagian kromosom yang tidak serata adalah faktor utama penyebab Sindrom Down untuk ibu yang lanjut umur. Risiko untuk menurunkan baka Sindrom Down meningkat dengan umur ibu. Risiko adalah 1% jika umur ibu menjangkau 40 ke 44 tahun.

Sindrom Down ini bukanlah penyakit yang diwarisi dari turun temurun. Ini tidak bermakna satu baka diwarisi dari ibubapa ke anak mereka. Tetapi dalam 4% kes, bahan kromosom yang lebih itu adalah akibat ketidakseimbangan dari salah seorang ibubapa yang merupai pembawa kromosom translokasi.

Sindrom Down boleh dikenalpasti semasa pranatal seperti biopsi chorionic pada 12 hingga 14 minggu dan amniocentesis pada minggu 16 hingga minggu ke-18.

Apa yang kita sebagai ibu bapa perlu lakukan?
Jika kita menyangka anak kita Sindrom Down, kita pelu membawa anak berjumpa doktor pakar kanak-kanak untuk penilaian perubatan. Daftarkan anak di bawah program intervensi awal.

Kebanyakan kanak-kanak Sindrom Down dapat hidup berdikari jika mereka dapat sokongan dan peluang yang mencukupi. Tetapi, kebolehan kanak-kanak Sindrom Down amat berbeza: daripada yang cukup serba boleh kepada yang terencat teruk. Program stimulasi infant dan program terapeutik perkembangan adalah amat disyorkan. Carta boleh diperolehi dari Klinik Sindrom Down.

Monday, October 10, 2011

Bulan Dikelilingi Bulatan (Fenomena Halo)

Lepas layan Movie The Losers, seperti biasa aku akan menggodek-godek telefon sebelum tidur. Kira-kira dalam pukul 12.30am pagi tadi tiba-tiba sorang kawan aku ni suruh keluar. Katanya bulan cantik malam ini.

Apa lagi, dengan segeralah keluar sebab tak nak terlepas. Maklumlah aku tak biasa tengok benda-benda cenggini. Mungkin bagi orang perkara ini sesuatu yang biasa tapi bagi aku ia merupakan sesuatu perkara yang susah sangat aku nak jumpa. Tengok gerhana matahari pun masa sekolah rendah je. Rasanya sekali seumur hidup. Mestilah rasa happy kalau dapat tengok kejadian malam tadi.

Aku rasa tak ramai yang tahu sebab rasanya malam tadi aku sorang je yang keluar. Lepas tu, aku ajak kakak ipar aku join sekali. Korang nak tau menggigil-gigil kaki dan badan aku sebab kagum dengan keindahannya serta kuasa Allah Yang Maha Pencipta & Maha Besar. Subahanallah....


Aku tengok bulan tu kat tengah-tengah dikelilingi lingkaran ala-ala pelangi seperti cincin. Fenomena ini dikenali sebagai Fenomena Halo yang merupakan lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia merupakan perkara biasa bagi Amerika Syarikat sebab fenomena seperti ini kerap terjadi. Jadi, dorang tak heran sangatlah kan.

Walaupun diselubungi dengan keasyikan, sempat jugak aku "tangkap gambar" tapi, tak berapa jelas sangat sebab jauh. Lagipun aku pakai camera biasa je hehe...

Gambar Pertama

Gambar Kedua

Kira nampaklah sikit-sikit. Yang kat bawah ni pulak ada Kalimah Allah tapi bukan aku yang snap dan bukan juga dari kejadian malam tadi:-

Sumber:  akmalhilmi.com

Allahu Akbar. Sungguh kagum dengan ciptaan Allah S.W.T. Subahanallah... Kalau lagi awal dapat tengok lagi bagus sebab lingkaran cahayanya lagi jelas dan terang.

Saturday, October 8, 2011

Kebodohan Salah Seorang Pemandu Malaysia

Ini cerita tentang kebodohan seorang pemandu Malaysia yang betul-betul membuatkan aku naik angin di pagi hari. Syukurlah hubby tak lepuk kepala dia akibat dari kebodohannya tadi. Pagi-pagi kami anak beranak pergi ke Tesco untuk shopping barang-barang keperluan rumah. Memang kebiasaannya, kami akan pergi pada waktu pagi sebab kalau pergi lambat sikit je banyak barang-barang yang habis. Tak syokk arr...

Okey, dari rumah nak ke Tesco Ampang memang kena meredah MRR2 lepas tu masuk susur jalan ke Pandan Jaya then buat U-turn. Kebetulan pada waktu itu ada sebuah kereta Volvo biru berada di hadapan kami.

Apabila sampai di simpang masuk Tesco Ampang yang berhadapan dengan Stesen Minyak Petronas, tiba-tiba kereta Nissan tersebuat dengan mengejutnya membuat U-Turn di situ which is illegal. Adoiiii...masa tu hanya Tuhan je yang tahu bagaimana Iqbal menekan brek. Sampai terhenti kami di simpang tu. Hanif yang duduk di belakang pun terlompat ke depan. Syukurlah Iqbal tak drive laju. Kalau laju sikit tadi mesti kereta tu dah kena hentam. Iqbal siap keluar dari kereta tapi kereta tu tak berhenti pun. Dengan selambanya drive masuk ke dalam Petronas Station.


Tanpa membuang masa pak cik Iqbal pun terus masuk kereta then kejar orang tu tadi. Bila sampai je kat Petronas Iqbal kuar then pergi ke arah kereta Volvo tadi tu.

Dia cakap "Encik, ni tak ada otak ke? Main U-Turn je kat situ. Encik ni tak ingat anak bini encik ke yang ada kat dalam kereta. Saya pun ada anak bini jugak dalam kereta", kata Iqbal lagi.

Yang paling membengangkan jawapannya adalah, "Saya mintak maaflah saya tak biasa".

Erkk...bagiku alasan tu memang tak masuk akal. Dalam hatiku "dia ni belajar kat sekolah memandu mana? Kalau pergi mana-mana ceruk sekolah memandu kat dunia ni pun memang tak boleh nak sesuka hati U-Turn kat simpang masuk Tesco tu". Geram betul dengar alasan yang tak logik tu.

Memandangkan dia seorang yang berumur Iqbal malas nak cakap banyak. Lagipun dia dah mintak maaf. Iqbal kata tangan dia pun dah menggigil-gigil. Haaa...mestilah mengigil sebab dia memang dah buat salah. Bak kata pepatah "Berani kerana Benar, Takut kerana Salah".

Kita ni kalau nak buat something illegal tu pakai otak sikit terutamanya di jalan raya. Jangan main redah sehingga boleh membahayakan nyawa orang lain, diri sendiri serta keluarga. Jalan sehala pun korang boleh jadikan jalan dua hala itu memang tak patutlah.

Di jalan raya ni kita tak boleh main-main. Aku ingat lagi masa first time dapat lesen memandu. Iqbal selalu berpesan, "Bila kita berada jalan raya, otak, fikiran & instinct mesti kena advance. Jangan lupa yang awak mempetaruhkan nyawa diri sendiri dan penumpang. Jangan drive kereta sesuka hati." Sampai sekarang pun aku tidak akan lupa pesanan penting itu. Macam dalam iklan "Ingatlah Orang Yang Tersayang "

Fikir-fikirkanlah...

Sentuhan Pertama dengan Susu Ibu

Cerita tentang susu ibu ni. Untuk pengetahuan mommies and moms to be, yang tak tahu lagi saya boleh terangkan sikit kat sini ye. Air susu ibu ni dihasilkan oleh kelenjar air susu, bukan daripada tisu lemak buah dada occay! Oleh itu, kepada para ibu yang mempunyai buah dada yang agak kecil, jangan terlalu bimbang kerana buah dada kamu itu memang boleh menghasilkan susu yang banyak :p

Sebaik sahaja bayi dilahir dan dibersihkanm adalah baik jika anak itu ditemukan dengan ibunya. Pertemuan ini dilakukan dengan memberi susu ibu kepada anak walaupun pada masa tu susu korang tak banyak lagi ya sebab menghisap buah dada itu penting untuk beberapa tujuan. Salah satu daripadanya ialah dengan membenarkan bayi menghisap buah dada boleh meransang pengeluaran hormon "oxytocin" yang boleh mengecutkan rahim dan mewujudkan perasaan kasih sayang antara ibu dan anak selepas lahir.

Gambar dari Uncle Google
Sememangnya semua ibu dilengkapkan secara natomi untuk menyusukan anak apabila tiba masanya. Tidak ada sebab mengapa air susu ibu tiada, tidak sesuai dengan bayi yang tidak mahu menghisapnya. Susu yang dikeluarkan oleh ibu adalah semulajadi dan tidak ada bayi yang tidak menyukainya. Begitu juga tidak ada ibu yang secara fizikal tidak boleh menyusukan anak. Sama ada buah dada besar atau kecil, ia tidak ada kaitan dengan pengeluaran air susu.

Penghasilan air susu bergantung kepada banyak mana anak menghisapnya. Jika anak kerap menghisapnya maka akan banyaklah air susu yang dihasilkan oleh buah dada.

Sekiranya anak jenis yang kurang atau tidak kuat menyusu, maka susu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk keperluan anak. Begitu juga andai kata anak kuat menyusu, pengeluaran susu akan terhasil sesuai dengan keperluan anak kita walaupun jika sesetengah waktu tu anak terasa lapar kita masih dapat menampung keperluan anak kita, jangan risau ok.

Bayi baru lahir perlu minum susu antara dua atau tiga auns susu setiap satu paun berat anak.  Jadi bagi bayi yang beratnya 7 paun memerlukan antara 14 hingga 21 auns sehari. Buah dada boleh menghasilkan susu sekitar 24 hingga 32 auns sehari dengan mudah.

~ Teringat cium Hanif 4 jam selepas lahir, berbau harum walaupun tak letak bedak...

Friday, October 7, 2011

Cerita Dinihari

Sudah beberapa minggu saya mengalami masalah yang sama sehinggakan saya sudah "fed-up" Arrrghh...

Seumur hidup tidak pernah sungguh saya mengalami masalah yang berkaitan dengan tidur. Tak kiralah berjalan dalam tidur ke, bertumbuk, bergaduh, bertepuk dalam tidur ke dan yang sewaktu dengannya. Bercakap dalam tidur tu pernahlah (masa kecik-kecik dulu). Sekarang? Kemungkinan besar tidak pernah :p.

best dapat tidur macam baby ni

Sungguh sengsara hidup bila saya menghadapi masalah untuk tidur sedari beberapa minggu sebelum ini. Hampir setiap malam saya tidur di awal pagi dan kemudian apabila di waktu siang tidak juga rasa mengantuk. Bagi saya, tidur itulah amat penting. Pada waktu tidur itulah kita boleh merehatkan badan yang telah penat seharian bekerja. 

Saya tertanya-tanya kepada diri sendiri kenapa saya susah melelapkan mata biarpun sudah jauh di dinihari. Adakah saya terlalu berfikir? Rasanya macam tidak, akan tetapi, hubbyku kata yang saya ni terlalu berfikir. Mungkin ya sebab tak lama lagi Hanif akan menjalani pembedahan pembuangan tonsil. Disebabkan itu juga saya tidak fokus kepada apa yang sepatutnya dibuat. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang ada di dalam hati ini dan hanya padaNya aku berserah.


Thursday, October 6, 2011

Selamat datang Si Comelku

Kelahiran anak akan mengubah kehidupan pasangan suami isteri. Apabila terdengar sahaja tangisan anak pada kali pertama, kita sudah menjadi ibu bapa serta mempunyai keluarga sendiri. Ini bermakna apa yang akan kita lakukan atau fikirkan akan dipengaruhi oleh keadaan yang baru ini.

Walaubagaimanapun, apabila kita telah dapat membiasakan diri dengan tugasan seharian dan bayi pula sudah dapat membiasakan diri dengan alam baru, tugas kita akan menjadi bertambah ringan dan tenaga kita juga akan pulih. Seperti juga saya pada permulaannya memang sungguh tak terurus dibuatnya. Setiap waktu sentiasa cuba untuk membahagikan masa dengan bijaknya supaya segalanya berjalan dengan lancar. Selama 9 bulan asyik memikirkan "bagaimana aku hendak membahagikan masa nanti?". Tetapi apabila kita sudah menghadapinya, kita akan tahu bagaimana cara untuk mengatasi segala cabaran serta perubahan itu. Walaupun terkadang tu kantoi la jugak hehe...

picture from uncle google
(a) Cara Melayan Anak
Pertama kali menjadi ibu bapa akan membuatkan kita berasa kekok untuk menjaga anak. Tugas-tugas seperti menyusukannya, memberi makan, menyalin lampin atau memandikannya memakan masa yang banyak. Kita janganlah terlalu mengharap yang kita akan dapat melakukan tugas ini dengan sempurna.

Banyak tugasan yang tidak akan dapat kita lakukan dengan baik pada pertama kalinya. Beberapa perkara lain yang tidak dapat kita lakukan contohnya seperti berehat sampaii waktu tengahari pun ada kemungkinannya tidak dapat dilakaukan dan sudah tentu juga tidur malam kita akan terganggu kerana anda akan bangun malam untuk menyusukan dan menukar lampinnya. Jika anak meragam dan menangis, tentu tidur malam ibu bapa akan turut terganggu.

Sebagai seorang yang beranak kecil juga masa untuk kita berbual dengan jiran atau bergayut di telefon akan berkurangan. Kerja seharian kita perlu disesuaikan dengan rutin anak. Tidak hairanlah kalau kita ketinggalan daripada mendengar cerita-cerita semasa kerana kita tidak lagi dapat mengikutinya.

Untuk mencapai keseimbangan agar kita tidak merasa tertekan dengan kehidupan baru, kita perlu menyusun semula tugasan dalam beberapa bulan yang pertama selepas kelahiran supaya kita mempunyai masa untuk diri sendiri serta keluarga terutamanya suami.

(b) Hubungan Dengan Rakan
Ibu-ibu lain yang mempunyai anak kecil merupakan sokongan yang paling praktikal bagi kita yang baru bergelar ibu. Mereka dapat membantu kita dalam menghadapi masalah melayan anak kecil. Keadaan ini dapat meringankan masalah yang kita hadapi. Jika ada di antara kita yang masih bekerja, kemungkinan besar rakan sekerja akan dapat membantu dengan berkongsi pengalaman mereka dengan kita. Bagi yang tinggal di rumah sepenuh masa (surirumah) bolehlah bertanya kepada jiran-jiran atau rakan-rakan yang kita temui masa di taman permainan ke atau semasa membeli sayur. Erk akan tetapi, boleh ke? Tapi, zaman sekarang tak perlulah nak keluar rumah. Tak kira samada di pejabat atau di rumah pun kita boleh mendapat maklumat melalui internet. Sekarang kita boleh dapati banyak website tentang "parenting". Di Facebook pun maklumat sebegini boleh didapati. Ada banyak "Facebook Group" tentang keibubapaan ni yang korang boleh "join". Antaranya ialah Mommies Club yang mana saya pun join hehe. Hanya dengan menaip dan menekan butang "search" je kita dah boleh jumpa "Parenting Group" ni. Occay?!

(c) Cara Menetapkan Jadual Harian
Bayi yang baru lahir memang belum mempunyai rutin yang tetap. Ada masa dia tidur dengan nyenyak, ada masa pula dia akan menangis dan meragam. Waktu tidur dan menyusunya juga tidak tetap. Keadaan ini akan menjadi mudah sekiranya kita menyusukan bayi dengan susu badan. Ini kerana, kita akan bersedia bila-bila masa apabila si comel memerlukannya. Ini tidak akan menjejaskan tugas yang lain sekiranya kita terbangun lebih cepat atau lambat.

Walau bagaimanapun, dalam masa dua atau tiga minggu kemudian, bayi biasanya sudah dapat mengikut jadual tertentu, contohnya waktu tidur, waktu menyusu dan waktu bermain yang tetap. Apabila bayi berada di peringkat ini, rutin harian kita akan kembali.

(d) Cara Mengendalikan Diri Minggu Pertama
1. Belajar menerima keadaan rumah yang tidak berapa kemas. Jika kita dapat relaks menerima keadaan rumah yang tidak beberapa teratur sehingga anak menyesuaikan diri, kehidupan kita akan menjadi mudah.

2. Ikut keperluan anak. Sekiranya kita dapat mengikut kemahuan anak ia akan menjadi lebih mudah. Jangan khuatir anak akan menjadi lebih manja.

3. Berilah anak menyusu apabila diperlukan. Bermain-mainlah dengannya apabila dia terjaga dan pujuk bila dia menangis. Lebih cepat anak menyesuaikan diri lebih mudah bagi kita sebenarnya.

4. Cuba aturkan masa untuk keluar bersiar di luar rumah. Tetapkan satu hari bertemu doktor, satu hari yang lain bertemu rakan dan sebagainya. Dengan cara ini kita akan menjadi tidak bosan. Ajaklah teman bertandang ke rumah pada waktu yang telah ditetapkan contohnya pada waktu petang. Sekiranya banyak aktiviti bersama anak sudah tentu kita akan "enjoy the moment when we become a parent" ;)

p/s: Wish i had twins ;)

Saturday, October 1, 2011

Cara mendukung bayi

Ramai ibu bapa yang takut untuk memegang anak mereka yang baru lahir. Mereka takut anak akan jatuh daru pegangan kerana anak itu masih lembut.

Keadaan ini adalah disebabkan oleh otot-otot yang mengampu belakang dan leher anak masih belum kuat dan senpurna. Sejak dilahirkan bayi memerlukan ibu untyk membelai, mengangkat, mendukung sambil bercakap dengannya.

Melalui cara ini, bayi bileh mengenali bau ibu dan merasai kemesraan dan kasih sayang yang ditunjukkan. Apabila memgangkat bayi yang masih lembut itu, pastikan kita memegang dengan kuat terutamanya pada minggu-minggu pertama kelahirannya. Cara ini dapat memberi rasa selamat kepada anak. Jika kita perlu membawanya berjalan atau mengubah kedudukannya, lakukan secara perlahan-lahan dan berhati-hati.

(a) Cara Mengangkat Bayi
Jangan bimbang apabila kita perlu mengangkat bayi ini kerana bayi ini sebwnarnya lebih kuat dari apa yang anda fikirkan. Apa yang perlu duberi perhatian ialah kepalanya yang masih tergolek-golek itu. Kepala bayi menjadi tegap lebih kurang empat minggu.

(b) Cara Meletakkan Bayi
Apabila meletakkan bayi, pastikan kepalanya diampu. Jika tidak, kepala anak akan terjatuh dan ini emberi tanda kepada bayi yang dia akan terjatuh. Ini akan meneranjatkan bayi, badannya akan melonjak dan tangannya akan didepa dengan ketakutan.

Ampu tangan anda sebelah bawah lehernya dan sebelah lagi di bawah punggungnya. Letakkan dengan perlahan di atas katilnya. Bayi boleh diletakkan dengan empat keadaan iaitu secara terlentang, meniarap atau mengiring sebelah kiri atau sebelah kanan. Pilihlah posisi mana yang digemari oleh anak-anak dan selesa baginya.

(c) Cara Mendukung Bayi
Ada dua cara untuk mendukung bayi:-

1. Dengan meletakkan bayi dalam dukungan iaitu kepalanya berehat di atas lengan anda sementara sebelah lagi tangan anda sementara tangan yang sebelah lagi mengampu punggungnya. Cara ini memberi peluang kepada anda untuk merenung matanya dan berbual-bual dengannya.

2. Meletakkan bayi pada dada dan disokong oleh tangan. Palingkan muka ke sisi supaya dia dapat melihat keadaan sekelilingnya.

(d) Cara Mengangkat Anak Yang Besar
Apabila bayi sudah besar, berumur empat atau lima bulan, tidak perlulah memberi perhatian apabila khususnya apabila mengangkatnya. Kita mengangkatnya hanya dengan meletakkan tangan di bawah ketiak dan angkat.

Setelah diangkat, boleh diletakkan anak di atas dukungan kita, di dada atau menyilangkan pada pinggan anda.

Persediaan menyambut orang baru

Kehadiran orang baru pasti disambut dengan gembira oleh semua ahli keluarga. Bayi comel ini memerlukan beberapa kelengkapan sesuai dengan tumbesarnya.

Bagi ibu yang baru pertama kali menyambut orang baru tentulah tidak arif tentang peralatan yang diperlukan oleh anak tersebut.

Antara kelengkapan yang harus disediakan ialah:-

(a) Bilik Asuhan
Dalam masyarakat kita, kebiasaan bayi ditempatkan bersama di bilik ayah dan ibu. Bagaimanapun itu bykanlah satu kesalahan. Kawasan atau tempat yang baik dan sesuai untuk bayi membesar haruslah bersih , selesa dan selamat.

Kita harus memastikan keselamatan bayi anda sesuai dengan perkembangan fizikal dan umurnya yang semakin membesar. Padtikan bilik atau kawasan tersebut jauh daripada ubat-ubatan beracun dan benda-benda tajam.

Sebuah tempat tidur anak atau buaian afalah perlu untuk bayi anda tidur. Bayi yang amat muda lebih suka tidur dalam kawasan yang terasing dan kecil dengan bertepi supaya mereka dapat merapatkan diri, barangkali untuk mewujudkan suasana seperti di dalam rahim ibu.

Buaian mungkin pilihan yang selesa kerana ia mudah dibawa ke sana ke sini dan memberikan ayunan yang lembut untuk membantu bayi tidur dengan nyenyak.

Bagaimanapun anda harys mengawasi bayu untuk memastikan keselamatannya terutama daripada lemas. Pilihan yang terbaik ialah dengan menyediakan tilam yang kukuh kerana ini baik untuk pembetukan perwatakan anak. Ia juga sesuai dengan perkembangan otak anak anda.

(b) Pakaian Bayi
Pakaian bayi tidak perlulah mahal sangat. Apa yang penting pakaian tersebut hendaklah lembut, selesa, ringan dan longgar. Sebaiknya ia mudah dipakai dan ditanggalkan.

Semua pakaian bayi hendaklah dicuci dengan sabun atau pencuci yang berkuasa sederhana dan tidak pedih kerana kulit bayi masih lembut. Barang-barang yang mungkin diperlukan untuk bayi termasuk selimut, cadar, tuala, lampin seluar, gaun tidur, baju panas, sarung kaki dan srung tangan bayi. Topi bayi yang lembut juga sesuai untuk kegunaan ketika membawa bayi keluar.

(c) Peralatan Mandi
Ketika mandi, bayi memerlukan beberapa peralatan yang mesti dibersihkan terlebih dahulu. Antara peralatan mandi yang diperlukan ialah, sehelai tuala kecil yang lemah lembut untuk digunakan ketika menggosok badan bayi.

Kapas dan kertas tisu juga perlu untuk membersih kelamin terutama ketika bayi membuang air besar atau kecil. Sebuah besen besar untuk dijadikan sebagai bekas air, sabun bayi, syampu bayi dan putik kapas juga perlu untuk membersihkan telinga bayi.

Anda juga boleh menyediakan losyen bayi untuk melengkapkan keperluan bayi anda. Ini akan menjadikan bayi anda lebih selesa.

(d) Peralatan Makanan
Makanan atau minuman yang paling baik untuk bayi ialah susu ibu. Ia merupakan satu-satunya makanan yang asli, murah dan mudah didapati di samping mempunyai nilai kesihatan yang tinggi.

Sekiranya anda menggunakan susu formula, antara peralatan yanh diperlukan ialah periuk besar untuk merebus botol susu, botol susu dan penutup, puting berus dan penggosok botol.
Apabila bayi memulakan makanan pejal, beberapa peralatan khas juga diperlukan iaitu peruik yang sederhana untuk memasak makanan, sudu kecil, mangkuk atau pinggan makanan, mangkuk sup dan cawan. Tray juga boleh digunakan sebagai pilihan.

Ketika memberi bayi makan, pakaikan 'dip' atau alas dada perlu disediakan supaya pakaiannya tidak dikotori makanan. Bagi mereka yang berkemampuan, boleh sediakan kerusi makan bayi untuk memudahkan anda.

(e) Rekod Bayi
Selain daripada peralatan yang disebut diatas, ada baiknya kita membuat satu rekod peribadi bayi agar kita mudah melihat tahap perkembangan dan kesihatannya.

Di dalam rekod tersebut kita boleh memasukkan butir-butir peribadi bayi, agar kita mudah melihat tahap perkembangan dan kesihatannya. Butir-butir peribadi bayi seperti butir-butir kelahiran, fizikal bayi serta rekod untuk imunisasi yang lengkap dengan tarikh, jenis imunisasi, nama doktor, dos suntikan, keputusan berat badan, tingg dan usia bayi juga boleh direkodkan.

Membesarkan bayi kadangkala melibatkan suasana kecemasan. Kita perlu mempunyai peti kecemasan serta nombor telefon yang perlu seperti doktor, hospital, ambulan, farmasi, pusat kawalan, pusat rawatan kebakaran, jabatan bomba, polis dan teksi.

Bayi adalah anugerah yang istimewa. Ingatlah kasih sayang kita sebagai ibu bapa merupakan satu keperluan bayi yang amat penting. Untuk itu, kita perlu menyediakan jeperluan bayi dengan baik, terjamin kebersihan serta keselamatannya.