Pemeriksaan semasa mengandung merupakan perkara biasa. Ini adalah penting bagi membolehkan doktor memastikan kesihatan am bakal ibu. Pada mulanya doktor akan mencatat tinggi dan merekodkan berat badan. Kemudian doktor akan memeriksa buah dada daan memastikan sama ada puting susu dalam keadaan normal jika bakal ibu tersebut bercadang untuk menyusukan bayinya nanti dan doktor mungkin akan mengesyorkan perlakuan tertentu yang dilakukan oleh bakal ibu itu sendiri semasa hamil. Perlakuan ini menggalakkan pengeluaran susu dan menjadikan tugas penyusuan lebih senang.
Selepas itu, doktor akan mendengar jantung pesakit dengan menggunakan stetoskop, meraba abdomennya dengan lembut dan memeriksa kakinya kalau-kalau terdapt sebarang vena varikos. Dalam hamil peringkat awal rabaan pada abdomen hanyalah untuk mengetahui sebarang pembesaran hati atau limpa. Selepas minggu ke-12 hamil, doktor juga akan meraba uterus yang sedang membesar itu untuk menentukan sama ada bayi tersebut membesar secara normal dan selepas minggu ke-28 untuk memeriksa kedudukan bayi di dalam rahim.
Wednesday, January 19, 2011
Tuesday, January 18, 2011
Bilakah bayi dijangka lahir?
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Bagaimana nak menjangka bila kelahiran bayi? Pada awal lawatan kebiasaannya kita perlu berjumpa doktor. Jadi, pada mulanya doktor akan bertanya tentang tarikh kedatangan haid yang terakhir dan tempoh purata edaran haid kita. Ini dikira dari hari pertama kedatangan haid (yang disebut hari pertama) hinggalah ke hari pertama kedatangan haid yang berikutnya. Doktor juga perlu mengetahui tempoh kedatangan haid dan sama ada sifat-sifat pendarahannya telah berubah. Dari maklumat ini doktor boleh memberitahu pesakitnya tarikh dianggarkan bersalin.
Kita boleh membuat kiraan sendiri dengan cara ini:-
- Tambah 10 hari kepada tarikh pertama kedatangan haid yang terakhir (dengan mengira setiap bulan sebagai mengandung 30 hari), tolak 3 bulan dari bulan berlakunya kedatangan haid itu dicampur 1 tahun. Contohnya bagi para wanita yang edaran haidnya normal telah mula kedatangan haidnya yang terakhir pada 12 September 1997. Bilakah bayinya dijangka akan lahir?
Sunday, January 16, 2011
Panduan Pemakanan
Panduan pemakanan yang akan saya nyatakan di bawah tidak disarankan kepada kanak-kanak di bawah usia 5 tahun atau jika anda di bawah pengawasan doktor akibat penyakit tertentu:-
Kumpulan 1 (Roti, Bijirin & Ubi)
Kumpulan 2 (Buah-buahan & sayur-sayuran)
Kumpulan 3 (Susu & Produk Tenusu)
Kumpulan 1 (Roti, Bijirin & Ubi)
Contoh makanan | Semua jenis bijirin sarapan terutamanya emping jagung, pasta, nasi (beras perang), oat, mihun, mi. |
Kandungan nutrisi | Karbohidrat, serat, kalsium, zat besi, Vitamin B. |
Kuantiti | Kuantiti yang banyak bagi yang aktif terutamanya bagi remaja lelaki yang lasak bersukan. |
Anda patut | Roti gandum, beras perang, bijirin gandum |
Anda patut elak |
|
Kumpulan 2 (Buah-buahan & sayur-sayuran)
Contoh makanan | Semua sayuran dan buah-buahan segar atau kering. Jus buah-buahan juga amat baik bagi anda. Boleh tambahkan kekacang dalam diet anda. |
Kandungan nutrisi | Vitamin C, beta-karoten, serat dan ada juga di antaranya yang mengandungi karbohidrat. |
Kuantiti | Boleh diambil dalam kuantiti yang banyak. Disarankan diambil semenjak bayi lagi. |
Anda patut | Semua jenis sayur-sayuran dan buah-buahan. |
Anda patut elak |
|
Kumpulan 3 (Susu & Produk Tenusu)
Contoh makanan | Susu, keju, Yogurt. Kumpulan pemakanan ini tidak termasuk mentega, telur dank rim. |
Kandungan nutrisi | Protein, kalsium, Vitamin B12, Vitamin A dan Vitamin D. |
Kuantiti | Sederhana dan disarankan agar memilih yang rendah lemak. |
Anda patut | Jenis rendah lemak. |
Anda patut elak |
|
Saturday, January 15, 2011
Lawatan pertama
Lawatan pertama ke doktor seharunya dilakukan kira-kira pada masa haid tidak datang pada kali keduanya. Sama ada pesakit itu memilih seorang pakar yang mengkhususkan dalam bidang tersebut, seorang doktor umum atau seorang doktor dalam klinik sebelum bersalin, tidaklah penting. Apa yang penting ialah keyakinan wanita berkenaan terhadap doktornya dan doktor tersebut pula haruslah bersedia mendapatkan pandangan seorang pakar seandainya ini yang diperlukan. Sekiranya pesakit memilih seorang doktor umum, doktor tersebut pasti telah banyak mengetahui tentang keadaan kesihatan amnya dan kebanyakkannya dari pemeriksaan yang telah diterangkan dalam bab ini tidak akan diperlukan.
Ramai wanita yang gentar pada lawatan pertama dan berasa malu apabila
Ramai wanita yang gentar pada lawatan pertama dan berasa malu apabila
Melahirkan anak yang sihat
Perhatian yang sama telah ditumpukan oleh para doktor terhadap penjagaan pesakit dalam masa 40 minggu hamil sebagaimana perhatian yang pernah ditumpukan dahulu terhadap 14 jam proses bersalin. Penekanan terhadap penjagaan sebelum bersalin ini telah mengurangkan dengan banyaknya jumlah kematian ibu semasa bersalin dan telah banyak menyelamatkan bayi-bayi yang mungkin mati tanpa penjagaan tersebut. Penjagaan sebelum bersalin yang baik adalah begitu penting sehinggakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengadakan dua jawatan kuasa pakar utnuk menimbangkan perkara tersebut. Dalam satu laporan, pakar-pakar itu mengatakan matlamat penjagaan sebelum bersalin "adalah untuk memastikan setiap ibu yang mengandung mengekalkan kesihatan yang baik, mempelajari cara-cara menjaga anak, bersalin secara normal dan melahirkan anak yang sihat." Dengan kata lain, penjagaan sebelum bersalin yang baik adalah ubat pencegah yang paling baik. Akan tetapi, kerjasama setiap ibu yang mengandung dan penasihat perubatannya diperlukan demi mencapai standard yang tinggi.
Dalam tempoh sebelum bersalin, fetus bergantung kepada ibu untuk semua fungsi dan jika ibu sihat, maka bayinya turut sihat dan kuat. Malah, kesihatan bayi
Friday, January 14, 2011
Perubahan-perubahan pada ibu mengandung
Ketika perkembangan embrio dan fetus terus berlaku dalam kawasan uterus yang gelap itu, semua fungsi badan ibu yang mengandung sedang menyesuaikan dirinya terhadap keperluan-keperluan hamil. Asas bagi semua perubahan ini ialah kesan hormon seks estrogen dan progesteron yang dihasilkan oleh sel-sel plasenta dari peringkat paling awal, dan kebanyakan menjangka "permintaan" yang akan dibuat oleh fetus terhadap ibunya untuk mendapatkan oksigen, makanan dan untuk mengumuh bahan-bahan buangannya.
Pada minggu-minggu awal peringkat embrio, organ-organ embrio sedang membentuk pada kadar yang di luar dugaan, si ibu dengan mudah membekalkan oksigen dan makanan yang diperlukan. Pada minggu-minggu seterus peringkat fetus, pertumbuhannya menigkat lebih cepat lagi. Dengan ini fetus memerlukan lebih banyak bekalan oksigen dan zat makanan untuk tempoh yang lebih lama. Badan ibu menyesuaikan dirinya kepada permintaan ini dengan mengurangkan fungsinya sendiri supaya zat makanan (terutamanya gula) berada lebih lama di dalam darahnya dan lebih senang diserap oleh plasenta untuk kegunaan fetus. Tenaga selanjutnya disumbangkan oleh ketenangan yang lazim didapati pada wanita hamil; tona ototnya berkurangan, kerjaya juga turut berkurangan dan oleh kerana tenaga tidak digunakan, ia disimpan sebagai longgokan lemak dalam buah dada, paha dan punggungnya. Tetapi kelambatan fungsi badannya

Thursday, January 13, 2011
DIET...Jumlah keperluan, Apa perlu dimakan
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Biasa, malam-malam macam ni baru dapat nak update blog. Dari siang memang sibuk. Sibuk dengan anak, hubby, kemas itu ini, masak dan macam-macam lagi. Bila petang pulak ada aktiviti lain jadi memang lewat malam baru dapat nak jenguk blog, Facebook dan jawab soalan-soalan kengkawan semua. Terima kasih di atas sokongan anda semua walaupun baru je berjinak-jinak dengan dunia blogging ini.
Untuk kali ini, kita akan berbincang bagaimana nak tahu apa yang perlu kita makan dan jumlah yang diperlukan. Ini kerana, kebanyakan daripada kita ni makan mengikut nafsu. Semua main belasah jer. Saya pun kekadang tu belasah jugak hehe. Tapi, sebenarnya kita perlu makan mengikut keperluan tenaga harian. Walaubagaimanapun, bilangan yang pelru bagi mengekalkan berat badan bergantung kepada umur, saiz, cara hidup, kompisisi badan dan keturunan. Jadual di bawah adalah panduan contoh keperluan kalori mengikut usia.

Wednesday, January 12, 2011
Facebook NOT shutting down March 15
Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Memang sungguh-sungguh memeranjatkan apabila tersebarnya berita yang menyatakan Mark Zuckerberg buat announcement nak shut down Facebook secara rasminya pada 15th March 2011. Biar betul kan. Mana tak nya. Untung juta-juta tapi nak shut down. Dia kata dia tak kisah pasal duit. Yang paling penting sekali dia nak kembalikan kehidupan dia sebelum dan nak akhirkan semua kegilaan Facebook ni. Disebabkan Facebook jugak hidup dia musnah.
Tapi saya rasa khabar angin je kot sebab saya baca:-
Tuesday, January 11, 2011
Panduan tingkatkan penghasilan susu
Assalamualaikum & selamat sejahtera...
Masih lagi membaca Majalah Pa&Ma yang dah lama. Lepas tu terbaca topik nie. Hmmm, memang menarik terutamanya bagi seorang ibu atau bakal ibu yang mana ingin menyusukan anak dengan susu ibu secara eksklusif. Malah saya juga ikut panduan ini. Alhamdulillah, memang berkesan.
Sebenarnya prinsip asas penyusuan susu ibu dan konsep asas bagi meningkatkan penghasilan susu ialah merangsang payu dara sekerap mungkin. Oleh yang demikian, kita perlu menyusukan bayi dengan lebih kerap di samping mengamalkan panduan-panduan seperti di bawah agar matlamat menambah kembali bekalan susu dapat dicapai. Ia juga penting untuk memastikan amalan penyusuan ibu beroleh kejayaan.

Monday, January 10, 2011
Pengorbanan Ibu
Pengorbanan pertama seorang ibu, iaitu bertarung nyawa melahirkan anaknya. Bayangkan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu terhadap seorang yang bernama anak. Tak terbalas segala pengorbanannya...
Saturday, January 8, 2011
Panduan memujuk bayi gemar menyusu sebelah payu dara
Ini merupakan salah satu masalah yang perlu dihadapi oleh segelintir ibu. Contoh, bayi lazimnya disusukan dengan menggunakan posis Cradle Hold(mendukung) di payu dara kanan namun apabila diubah ke payu dara kiri dalam posisi yang sama, dia menolak payu dara kiri. Berkemungkinan bayi selesa dengan posisi Cradle Hold di mana bahagian kiri badannya menghadap ke kulit si ibu.
Bagi menghindar perubahan posisi yang ketara, kita boleh mengalihkan bayi yang ketika itu berada dalam posisi Cradle Hold ke Football Hold(mendakap). Dengan yang demikian, bahagian kiri bayi masih bersentuhan dengan anda sama seperti di posisi Cradle Hold. Pada masa yang sama, dia masih kekal di kedudukan asal.
Terdapat juga pelbagai faktor yang menyebabkan bayi mempunyai kecenderungan menyusu hanya di sebelah payu dara.
1. Keadaan bayi:
Bayi baru lahir biasanya cenderung menyusu dari sebelah payu dara. Berkemungkinan bayi mengalami masalah kesihatan seperti jangkitan kuman di telinga atau hidung tersumbat sehingga mempengaruhi posisi penyusuan. Malah bayi yang sihat turut boleh menghadapi masalah yang sama. Hal ini mungkin disebabkan oleh posisinya di dalam rahim mempengaruhi keadaan itu.
2. Fizikal Payu Dara:
Payu dara yang terlalu penuh atau bengkak menyebabkannya menjadi padat dan keras. Ini secara tidak langsung menyukarkan lekapan bayi terhadap payu dara sekaligus menyebabkan dia menolak payu dara berkenaan. Apatah lagi, payu dara yang bengkak biasanya menjadi punca susu sukar dirembeskan dengan lancar akibat liang-liang susu tersumbat sehingga melambatkan proses pengeluarannya.
Rentetan daripada masalah payu dara bengkak dan kurang rangsangan daripada bayi boleh menyebabkan kita menghasilkan susu yang amat sedikit. Kesannya, bayi akan menjadi cerewet dan meragam apabila aliran susu perlahan daripada biasa. Itulah sebabnya bayi menolak untuk menyusu dari payu dara tersebut.
Payu dara yang bengkak turut mengandungi kandungan garam yang agak tinggi sehingga menyebabkannya berasa lebih masin. Jika bayi cerewet, dia akan menolak untuk menyusu menerusi payu dara yang bengkak bukan semata-mata tidak mahu tetapi mungkin kerana rasa susu itu sendiri.
3. Puting:
Setiap wanita dikurnikan dengan sepasang payu dara dan puting tetapi rupa bentuknya antara satu sama lain tidak sama. Ada yang besar, ada yang kecil. Malah ada juga yang rata, pendek atau tenggelam. Apa pun keadaannya, ia bukanlah faktor penghalang untuk kita menyusukan bayi. Hanya dengan teknik pelekapan yang betul kita boleh melakukannya.
Sumber: Majalah Pa&Ma

Tuesday, January 4, 2011
Bagaimana menjaga DIET?
Bagaimana kita henddak menjaga DIET seharian kita. Biasanya kalau orang yang jaga badan ni mesti skip nasi, atau pun tak nak makan langsung. Tapi bila sampai satu tahap kebulur bedal tak ingat punya. Agak-agak betul ke DIET yang kita amalkan tu?
Pertama sekali dengan mengurangkan memakan makanan segera dan yang diproses. Ini kerana kebanyakan makanan segera mempunyai kalori, gula, garam dan lemak yang tinggi di mana lebih 30% kalorinya datang dari lemak. Selain itu, kalau boleh hindarilah makanan yang diawet atau diproses seperti makanan dalam tin kerana ia juga mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi. Sebaiknya, makanlah makanan dari bahan semulajadi atau yang disediakan segar.
Kedua, gunakan garam dan gula secara sederhana dalam makanan yang mana kebanyakan bahan-bahan seperti sos tomato dan kicap mengandungi kandungan garam yang tinggi. Bahan-bahan lain seperti susu pekat manis, gula merah dan madu boleh menambahkan kandungan gula dalam makanan. Selain memudaratkan kesihatan, ia juga penyumbang kepada faktor obesiti.
Ketiga, dengan mengurangkan snek yang berlebihan garam, gula dan mono sodium glutamat (MSG) yang biasa terkandung dalam makanan ringan seperti keropok. Makanlah snek yang sihat seperti sandwich, buah-buahan segar, bertih jagung (popcorn) kosong tanpa gula atau ubi rebus. Hindari makanan ringan yang mengandungi kandungan MSG yang tinggi.
Apakah risiko jika tidak amalkan DIET seimbang?
>>Sama ada kurang atau berlebihan dalam pengambilan makanan, setiap individu bakal berdepan dengan pelbagai risiko penyakit.
KURANG MAKAN:
Boleh menyebabkan beberapa faktor lain seperti tekanan darah rendah, tiada tenaga dan tidak cergas.
TERLEBIH MAKAN:
Berlakunya pelbagai risiko yang boleh membawa maut seperti obesiti, Hipertensi, Diabetes, Sakit jantung dan Strok.
Tentang Hanif
Assalamualaikum & selamat sejahtera
Sambil-sambil baca buku yang kononnya nak buat revision untuk Final Exam untuk semester terakhir 2010, tiba-tiba teringat tentang Hanif. Rasa-rasanya dah lama mama tak cerita tentang anak bujang sorang nie hehe. Bukan tak nak share kat sini, tapi terlalu banyak yang nak diceritakan tentang perkembangan si kenit ni.
Kalau nak ikut tahun umurnya memang dah 3 tahun. Tapi disebabkan anak mama ni lahir pada 19/12/2008, kira sekarang ni baru umur 2 tahun je la. Terasa cepat je masa berlalu. Rasa macam semalam je baru bersalin.
Dari baby sehingga sekarang memang saya nampak perkembangan dalam dirinya. Boleh dikatakan Hanif cepat berkembang. Meniarap cepat, merangkak cepat, bertatih cepat dan berjalan pun cepat. Hanif dah mula berjalan seusia 9 bulan. Hmmmm...kira cepat jugak la kan. Alhamdulillah saya dapat melihat perkembangan Hanif dari hari ke sehari. Memang puas rasanya bila dapat jaga baby sendiri, fully breastfeed sehingga umur Hanif 2 tahun, jaga masa dia sakit, masa tidur, masa bermain...semuanya seronok dilakukan. Terasa macam kita sebagai ibu ni penting sangat dalam hidup dia.
Bila usia dah mencecah 1 tahun 3 bulan Hanif dah mula bercakap. Walaupun perkataan yang keluar tu satu patah tapi Alhamdulillah tak pelat sebab kami sekeluarga tak ajar Encik Hanif ni cakap pendek-pendek heee~ Semakin meningkat umur, semakin pandai pulak dia bercakap. Sekarang ni dah macam orang tua dah cakap. Macam-macam. Sampai pening kepala dibuatnya. Mana taknya kalau dah asyik membebel jer hehe...Mama dia pon kalah. "Mama, bangunlah...jom jalan", "Papa, bangunlah minum", "Mama, nak nasik, nak susu, nak air bla bla bla..." Bila nak tidur je "Mama, nak buai, nak pillow dan macam-macam lagi". Banyak lagi ayat-ayat yang keluar dari mulut si kenit mama ni dengan petah sekali. Bila kena marah pandai mengadu kat papa dia kata "mama marah!!", lepas tu siap membebel-bebel lagi. Itu tak termasuk aktiviti "curiosity" - suka godek-godek barang, main telefon, baca buku, menulis conteng-conteng dan sebagainya.
Saya rasa inilah perasaan yang paling seronok dan istimewa sekali bila dapat jadi seorang ibu nie. Dapat melihat dengan mata dan kepala sendiri perkembangan demi perkembangan pada anak-anak kita. Sebab tu saya suka jadi surirumah. Dapat jaga hubby dan anak. Tapi bagi yang terpaksa kerja tu, memang tak ada pilihan selain menghantar anak ke Nursery ataupun Babysitter. Nak buat macam mana sebab sekarang ni kos perbelanjaan dah tinggi. Bukan setakat dok KL je. Semua negeri, negara, dunia pun sama. Sekiranya dikurniakan rezeki yang lebih, Alhamdulillah, Syukur Kepada Allah.
Sambil-sambil baca buku yang kononnya nak buat revision untuk Final Exam untuk semester terakhir 2010, tiba-tiba teringat tentang Hanif. Rasa-rasanya dah lama mama tak cerita tentang anak bujang sorang nie hehe. Bukan tak nak share kat sini, tapi terlalu banyak yang nak diceritakan tentang perkembangan si kenit ni.
Kalau nak ikut tahun umurnya memang dah 3 tahun. Tapi disebabkan anak mama ni lahir pada 19/12/2008, kira sekarang ni baru umur 2 tahun je la. Terasa cepat je masa berlalu. Rasa macam semalam je baru bersalin.
19/12/2010 2nd Birthday
Bila usia dah mencecah 1 tahun 3 bulan Hanif dah mula bercakap. Walaupun perkataan yang keluar tu satu patah tapi Alhamdulillah tak pelat sebab kami sekeluarga tak ajar Encik Hanif ni cakap pendek-pendek heee~ Semakin meningkat umur, semakin pandai pulak dia bercakap. Sekarang ni dah macam orang tua dah cakap. Macam-macam. Sampai pening kepala dibuatnya. Mana taknya kalau dah asyik membebel jer hehe...Mama dia pon kalah. "Mama, bangunlah...jom jalan", "Papa, bangunlah minum", "Mama, nak nasik, nak susu, nak air bla bla bla..." Bila nak tidur je "Mama, nak buai, nak pillow dan macam-macam lagi". Banyak lagi ayat-ayat yang keluar dari mulut si kenit mama ni dengan petah sekali. Bila kena marah pandai mengadu kat papa dia kata "mama marah!!", lepas tu siap membebel-bebel lagi. Itu tak termasuk aktiviti "curiosity" - suka godek-godek barang, main telefon, baca buku, menulis conteng-conteng dan sebagainya.
Mama & Hanif
Monday, January 3, 2011
Azam baru Tahun 2011
Assalamualaikum & Selamat sejahtera
Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua kengkawan di luar sana, samada yang mengenali diri saya ataupun tidak. Salam untuk semua. Semoga di tahun ini juga kita akan beroleh keberkatan di samping berusaha untuk mencapai azam yang belum terlaksana.
Ini merupakan Ulang tahun pertama blog personal kesayangan saya. Sebenarnya blog ni dah beroperasi sejak Disember 2009 tapi secara rasminya pada awal Januari 2010. Saya rasa gembira sangat sebab dapat berkongsi dengan anda semua tentang diri saya, keluarga dan juga dengan apa yang saya baca samada dari majalah atau sumber-sumber lain. Azam saya tahun ni nak tingkatkan operasi blogwalking ngee~ sebab sebelum ni masa terluang yang ada tidak sebegitu banyak. Insyaallah saya akan cuba lagi untuk tahun ini.
Untuk Diri Sendiri
Bila sebut tentang azam nie membuatkan saya terfikir-fikir, apakah azam saya untuk tahun ini. Banyak sebenarnya yang tak tercapai tapi bagi saya "first thing, first". Asyik postpone jer azam tu heee~ Mendahulukan yang penting dengan menolak ke tepi kemahuan yang tidak terbatas. Untuk tahun ni rasanya azam saya adalah untuk lebih maju dalam kerjaya, keluarga, suami dan anak. Nak tambah baby lagi kot hehehe... Insyaallah kalau ada rezeki.
Kepada kawan-kawan,
tidak kira apa azam anda saya doakan semoga anda berjaya dengan azam baru anda semua. Marilah kita sama-sama memajukan diri sendiri, bangsa, agama dan negara....
p/s: Sharing is Caring
Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua kengkawan di luar sana, samada yang mengenali diri saya ataupun tidak. Salam untuk semua. Semoga di tahun ini juga kita akan beroleh keberkatan di samping berusaha untuk mencapai azam yang belum terlaksana.
gambar dari papadanmama.com
Untuk Blog SayaIni merupakan Ulang tahun pertama blog personal kesayangan saya. Sebenarnya blog ni dah beroperasi sejak Disember 2009 tapi secara rasminya pada awal Januari 2010. Saya rasa gembira sangat sebab dapat berkongsi dengan anda semua tentang diri saya, keluarga dan juga dengan apa yang saya baca samada dari majalah atau sumber-sumber lain. Azam saya tahun ni nak tingkatkan operasi blogwalking ngee~ sebab sebelum ni masa terluang yang ada tidak sebegitu banyak. Insyaallah saya akan cuba lagi untuk tahun ini.
Untuk Diri Sendiri
Bila sebut tentang azam nie membuatkan saya terfikir-fikir, apakah azam saya untuk tahun ini. Banyak sebenarnya yang tak tercapai tapi bagi saya "first thing, first". Asyik postpone jer azam tu heee~ Mendahulukan yang penting dengan menolak ke tepi kemahuan yang tidak terbatas. Untuk tahun ni rasanya azam saya adalah untuk lebih maju dalam kerjaya, keluarga, suami dan anak. Nak tambah baby lagi kot hehehe... Insyaallah kalau ada rezeki.
Kepada kawan-kawan,
tidak kira apa azam anda saya doakan semoga anda berjaya dengan azam baru anda semua. Marilah kita sama-sama memajukan diri sendiri, bangsa, agama dan negara....
p/s: Sharing is Caring
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Semalam, Pergi Kedai Kim Kee Nasi Ayam Hailam kat Ampang Jaya. Dinner dengan kawan kawan. Lama tak jumpa kan. Ya Allah, betul betul gen...
-
Selalu nak buat biskut takut tak jadi, Ada yang boleh buat kek tapi tak pandai buat bisku dan begitu juga sebaliknya. Tapi tak salah pun ki...
-
Pertama tama sekali sebelum nak mula buat kek atau biskut kita kena fikir nak makan sedap ke tak sedap.Off course la nak sedap. Rugi buat p...