Friday, November 5, 2010

Maksud disebalik perkataan DIET

Ini merupakan topik terbaru dalam blog ni. Saya akan cuba cari sumber-sumber macam mana nak karang tentang DIET ni. Tak pun saya "copy" terus je kan hehe. Senang sikit. Tak payah susah-susah nak fikir apa yang nak dimasukkan dalam topik ini nanti. Betul tak? :p

Okeylah, berbalik kepada perkataan DIET ni tadi. Boleh dikatakan memang selalu jugak lah kita dengar perkataan ni kan? Kadang-kadang tu diri sendiri pun guna. Contoh: "tak nak makanlah, nak DIET..". Kita sebut nak DIET, tapi adakah kita faham apa itu DIET? Kalau saya nak cerita tentang perkataan nie je memang tak habis satu hari. Jadi saya akan pendekkan.

DIET ni sebenarnya merujuk kepada penyusunan makanan yang betul dan seimbang yang perlu diselaraskan pengambilannya setiap hari. DIET menyediakan keperluan zat gizi tubuh yang diperlukan untuk pertumbuhan dan mempertahankan kesihatan kita secara optimal. Keperluan makanan setiap individu adalah berbeza sama sekali. Jadi, DIET juga bergantung kepada keperluan individu termasuk dari segi keperluan yang berkaitan dengan aktiviti seharian kita.

Tubuh kita memerlukan lima zat gizi utama dan popular iaitu protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Empat bermaksud sihat, manakala lima adalah sempurna. Mesti tak faham kan?

Empat unsur DIET:
Nasi, jagung dan sagu yang menghasilkan sumber karbohidrat. Manakala daging, ikan, tempe atau tauhu adalah sumber utama protein. Sayur dan buah-buahan adalah sumber vitamin sementara keperluan mineral dapat diambil daripada makanan berserat.

Unsur Kelima:
yang membuatkan DIET dikatakan sempurna adalah susu yang mengandungi hampir semua unsur gizi. DIET yang mengandungi semua unsur yang diperlukan dalam jumlah yang cukup disebut dengan DIET Seimbang. Vitamin dan mineral sudah termaktub di dalam konsep DIET Seimbang. Justeru itu. zat-zat gizi tersebut tidak perlu ditambah secara berkaitan kecuali pada masa pertumbuhan (kanak-kanak), ibu hamil atau pada masa penyembuhan penyakit.

DIET pada tahap pertumbuhan usia kanak-kanak dewasa adalah berbeza. Pada usia kanak-kanak dan remaja, keperluan kalori dan protein adalah banyak. Pada masa remaja keperluan kalori menonjol sehingga DIETnya mengutamakan karbohidrat dan lemak di samping protein. DIET untuk orang dewasa tidak jauh berbeza dengan remaja. Pada usia lanjut, unsur karbohidrat, lemak dan protein perlu dikurangkan, sementara vitamin dan mineral sama dengan keperluan orang dewasa.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...