Salam Aidiladha untuk semua rakan-rakan yang beragam Islam. Memang dah terlambat tapi mesti ada di antara kita semua masih dalam mood raya lagi kan (bagi yang cuti panjang hehe). Macam mana agaknya sambutan Perayaan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini ye? Ada yang meriah dan ada yang ala kadar. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. Korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Siang tadi, selepas Solat Sunat Aidiladha dan Khutbah, sesudah sarapan, tepat 9.30 pagi bawak Hanif tengok lembu. Dari pagi asyik tanya "mama, moo moo". Siap tarik-tarik tangan lagi. Alahai...kiutnyer anak mama nie. Tak sempat nak siap-siap pun dah cakap "mama jom, mama jom"..pening kepala acik dengan anak bujang sorang ni.
Sampai je kat surau wah bukan main lagi Encik Hanif bila tengok lembu-lembu yang diikat. Excited sangat, tak taulah macam mana saya nak explain. Budak kecik kan bila tengok haiwan-haiwan yang besar dah tu ada depan mata pulak tue. Memang terjerit-jeritlah ;). Bila nampak papa dia huh sibuk panggil "papa, papa". Tapi papa dia bukan dengar pun. Orang semua busy nak tumbangkan lembu mana nak dengar hehe. Anak mama pelik kenapa tiba-tiba lembu yang berdiri tegak terbaring tak bernyawa. Mata memang tak berkelip. Muka tak payah nak gambarkanlah.
Bila nak tumbangkan lembu yang seterusnya. Saya dengan Encik Hanif berdiri berhampiran lembu yang baru disembelih. Tengah syok dok tengok tiba-tiba dengar kecoh kata tali terputus. Hahhh...sudah!! Saya cari lembu yang mana satu sekali ternampak ada seekor lembu tu berlari ke arah kami. Apalagi, saya pun berundur. Dah tu lembu tu pulak nak lari keluar. Semua orang bertempiaran jugak lari ngeeeee....hinggakan tak terttutupkan pintu pagar surau untuk orang lalu lalang. Apalagi, lembu tersebut keluar la hahaha. Kelakar betul. Tapi takut jugak. Semua orang yang terlibat termasuk hubby tolong kejar lembu yang terlepas tadi. Pusing satu flat. Syukur la tak terlepas ke highway MRR2. Kalau tak nanti jadi satu hal pulak sebagai penyebab kemalangan. Silap-silap haribulan lembu pun tak habis kena sembelih nanti. Dah lah berkeliaran kat kawasan parking. Naya kereta kalau kena kaki!!!
Berbalik kepada kisah lembu yang terlepas tadi, mereka hambat balik lembu tu masuk dalam kawasan surau dan tutup pagar. Mama dengan Hanif masuk ke dalam dapur surau siap-siap so kira selamat sikit hihi. Lepas dua tiga minit dengar mereka kata dah dapat ikat. Tapi bila keluar je tengok-tengok lembu tu masih terlepas lagi. Nak lari sekali terlanggar lagi geng seekor dah jadi dua lak yang terlepas. Yang seekor ni lagi ganas, lari sampai nak masuk dalam surau. Ramai yang bertempiaran lari. Yang tak boleh tahan tue bila nak larikan diri dari lembu, ada yang panjat tembok :D.
Mama dengan Hanif masuk dapurlah. Yang mak cik-mak cik kat dalam dapur lagi la kalut. Paham-paham sendiri la ye =). Lama jugak lepak kat dalam tu sementara nak tunggu geng-geng tumbang lembu tangkap balik. Bila line dah clear sikit kami berdua pun cepat-cepat cabut, tengok dari luar kawasan surau jer. Lagi selamat sebab kalau lembu terlepas pun at least tempat nak lari tu luas betul tak. Memang pengalaman yang agak menakutkan.
Sebenarnya letih giler walaupun just bawak Hanif tengok jer. Balik jer rumah terus terlelap dua beranak dari pukul 11.30 pagi hingga 2 petang haha... Baru tengok jer orang sembelih lembu dah letih macam mencangkul sehari. Bayangkan betapa letihnya orang yang ikat, tumbang, sembelih dan lapah lembu. Kadang-kadang sesetengah tempat orang yang buat korban ramai tapi, orang yang nak tolong-menolong tak ramai pun. Nak harapkan tuan? Tuan punya badan pun menghilang entah ke mana. Jadi sebagai individu yang hidup bermasyarakat kita mesti saling tolong-menolong antara satu sama lain. Bergotong royong dan bertimbang rasa. Bukan setakat Hari Raya Haji je nak wujud sifat-sifat sebegini. Kita sebagai rakyat Malaysia, sepatutnya sifat-sifat baik ada dalam diri kita. Tak payah orang lain nak ajar pun.
p/s: Ramai dah yang tak tau apa maksud serta apa itu nilai-nilai murni
@ Mr Lonely
ReplyDeleteokey thks