Ia sangat aktif dalam keadaan tanpa beratnya ketika berada dalam pundi amnion. Organ-organ dalaman menjadi semakin matang, tetapi paru-parunya masih belum berkembang secukupnya untuk menghadapi kehidupan di luar uterus. Keadaanya seakan-akan angkasawan di angkasa lepas. Ia terapung-apung dalam kapsul yang dikawal oleh haba. Makanan dan oksigen di hantar kepadanya, manakala bahan-bahan buangan dikumuh melalui tali pusat. Plasenta dan ibu bertindak sebagai panyambung nyawa. Sejak dari peringkat hamil ini, pertumbuhan plasenta menjadi semakin perlahan manakala pertumbuhan fetus bertambah. Jadi, menjelang minggu ke-40 berat plasenta hanya 1/5 dari berat bayi. Bagaimanapun kecekapannya sebagai alat penukar bagi oksigen, zat makanan dan bahan buangan terus bertambah sehingga minggu ke-40 hamil.
Sunday, November 21, 2010
Janin berusia Dua Puluh Minggu (akhir bulan ke-5)
Pada akhir bulan kelima, uterus mencapai paras pusat dan benjolnya begitu ketara. Jadi kehamilan ini tidak mudah untuk disembunyikan. Ibu yang mengandung merasa amat senang dan ia mungkin merasai bayinya menggelepar ketika bergerak dalam uterus. Fetus kini, benar-benar menyerupai manusia dan telah menguit. Panjangnya pula adalah kira-kira 25cm dan beratnya kira-kira 300gm. Kulitnya kurang lutsinar dan dilitupi kapas halus yang melitupi seluruh tubuhnya. Sedikit rambut tumbuh di kepalanya, bulu kening mulai tumbuh tetapi kelopak matanya masih lagi bercantum sepenuhnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)
RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022) (Filem India paling mahal) HINDI MOVIES Genre: Action, Adventure, Drama, Historical. Stars: N.T Rama Rao...
-
Seperti kebiasaannya, sebelum tidur malam super rajin membaca. Terbaca pula kesan dari anemia semasa hamil. Selama ni tak ambik tau sangat ...
-
Pertama tama sekali sebelum nak mula buat kek atau biskut kita kena fikir nak makan sedap ke tak sedap.Off course la nak sedap. Rugi buat p...
-
Selalu nak buat biskut takut tak jadi, Ada yang boleh buat kek tapi tak pandai buat bisku dan begitu juga sebaliknya. Tapi tak salah pun ki...
No comments:
Post a Comment