Thursday, November 11, 2010

Janin Berusia Dua Belas Minggu

Pada usia dua belas minggu uterus terasa seolah-olah tertonjol dari pelvis, di sebelah atas simfisis. Pada ketika ini kjuga, bakal ibu akan terasa yang loya yang dialami dirasai hampir hilang.

Embrio tersebut yang kini disebut fetus, dari perkataan Latin disebut "anak muda" adalah sepanjang 9cm dan beratnya 14g. Tubuhnya telah membesar, tetapi kepalanya masih terlalu besar untuk badan.


Kuku pula akan muncul pada jari-jari tangan dan kakinya. Alat jantinanya mulai muncul, tetapi masih sukar untuk menentukan jantinanya. Menjelang akhir minggu ini, pergerakan secara makanik kaki dan lengan telah bertukar kepada pergerakan yang lebih lembut. Manakala penyelarasan saraf dan ototnya semakin baik sungguhpun pergerakan itu tidak seberapa. Kini, fetus tersebut boleh menelan dan boleh menelan bendalir amnion yang terdapat di sekelilingnya. Pada masa yang sama, ia mula mengeluarkan titisan air kencing pada pundi amnion.

Plasenta juga menjadi besar dan beratnya enam kali lebih dari fetus.

sebenarnya, bayi bernafas lama sebelum dilahirkan, mungkin 12 minggu selepas hamil. Ketika ini memang tidak ada oksigen seperti pernafasan biasa yang memasuki paru-paru, tetapi darah memang memancut melalui salur darah paru-paru secara ritma, pada kira-kira 80 nafas seminit.

Bayi juga boleh mendapat sedu dalam minggu-minggu terakhir hamil, seperti yang diketahui oleh ramai ibu yang mengandung. Besar kemungkinan pernafasan ini merupakan cara bagi bayi untuk menyediakan paru-parunya untuk kehidupan di luar uterus kelak. Didapati bahawa bayi mempunyai pola pernafasan yang sekata lebih mudah menyesuaikan diri dengan pernafasan yang sebenarnya selepas dilahirkan.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...