Saturday, November 27, 2010

10 Makanan Otak

1. Salmon merupakan sumber asid yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya 2 kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.


2. Telur merupakan sumber protein yang sangat mudah. Kuning telur mengandungi choline yang penting untuk perkembangan otak.


3. Kacang dan mentega yang mana kacang kaya dengan Vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.


4. Bijirin penuh, otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut.


5. Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.


6. Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung didalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.


7. Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.


8. Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.


9. Protein dan Vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim dan neurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya denga protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.


10. Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap  pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.

Friday, November 26, 2010

Berusia 32 minggu (akhir bulan ke-8)

Fetus kini sepanjang 43cm dan beratnya kira-kira 1800g. Kulitnya masih kemerahan dan agak berkedut tetapi sejumlah kecil lemak ada dilonggokkan. Tulang-tulang kepalanya lembut dan boleh dilenturkan. Paru-parunya telah berkembang dan ia kini boleh menampung kehidupan. Jika dilahirkan pada peringkat ini, peluang untuk hidup adalah baik dengan syarat perlu mendapatkan penjagaan pakar.

Janin Berusia 28 minggu (akhir bulan ke-7)


Kini, uterus mencapai lebar empat jari di atas pusat. fetus berlegar dengan kuat dalam uterus dan jantungnya boleh didengar oleh doktor dengan jelas. Panjangnya 38cm dan beratnya 100g. Badannya kurus. kulitnya masih lagi kemerahan dan dilitupi dengan selaput pelindung yang dihasilkan oleh kalenjar-kalenjar kecil dalam kulit. Ia boleh membuka matanya. Jika dilahirkan pada peringkat ini, ia boleh bernafas tetapi sukar dan menangis dengan lemah. Tetapi boleh menggerakkan kakinya dengan  bertenaga sekali. Pada masa-masa yang lalu kebanyakan bayi yang sedemikian mati tetapi pada hari ini lebih ramai yang selamat dengan merawati mereka dalam unit penjagaan khas perjagaan intensif baru lahir.

Wednesday, November 24, 2010

Bagaimana untuk mengendalikan ragam kanak-kanak

Seperti biasa, kanak-kanak memang penuh dengan seribu satu macam ragam. Kadang-kadang kita pun tak tau macam mana nak kendalikan ragam mereka ni. Tetapi ibu-ibu, bapa-bapa jangan risau sebab ada caranya nak handle anak-anak yang suka meragam ni. Di bawah ni antara sebahagian ragam anak yang boleh kita kendalikan:


1. Tangisan yang tidak terkawal
Cara yang terbaik ialah dengan tidak menghiraukannya. Anda juga boleh menarik perhatiannya kepada perkara lain seperti memberikan mereka buku atau permainan.

2. Mambaling barang
Cara yang terbaik adalah dengan melakukan prosedur biasa. Jika dia membaling kepada anda, beritahu bahawa ianya menyakitkan dan letak mereka di tempat lain sehingga mereka sudah tenang.

3. Menggigit
Jika anak anda menggigit, beritahu mereka bahawa menggigit adalah tidak dibenarkan dan berikan mereka masa untuk bertenang. Dalam masa yang sama, jangan hiraukan mereka dan fokus kepada kanak-kanak yang telah digigit. Jangan sesekali menggigit mereka kerana ini bermakna mereka boleh menggigit sesuka hati.

4. Perkataan Kasar
Jangan memarahi mereka kerana ini hanya akan menarik perhatian mereka. Jika mereka menyebutnya di khalayak orang ramai, kata dengan tenang "kita tidak bercakap begitu" kemudian tarik perhatian mereka. Dengan tegas, jelaskan kepada mereka ayat manakah yang tidak seharusnya disebut.

5. Tidak mahu memakai baju
Berikan mereka dua pilihan pakaian dan berikan mereka lebih masa supaya mereka tidak rasa tertekan. Jika mereka benar-benar tidak mahu menukar baju, bawa baju yang hendak ditukar tersebut bersama ke destinasi yang ingin dituju.

Sumber: Majalah Mami&Baby

Tuesday, November 23, 2010

Prinsip asas DIET seimbang

Apabila DIET menekannya tentang pengambilan sajian makanan yang mengandungi semua nutrein yang diperlukan oleh tubuh badan dengan kadar yang betul, maka ternuktilah bahawa DIET adalah sangat perlu bagi setiap individu. Jangan salahgunakan perkataan DIET hanya kerana ingin menurunkan berat badan semata-mata!! Patuhi DIET dengan cara mengambil dan mengawal pemakanan secara seimbang dan sempurna.

Tiada satu pun makanan yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh sekaligus. Setiap makanan berbeza-beza sifat dan zatnya. Beras membekalkan karbohidrat, manakala ikan kaya dengan protein. Dalam pengambilan makanan seharian, anda perlu kelima-lima keperluan nutrien yang dapat membekalkan zat kepada tubuh sekaligus menjadikannya sebagai DIET seimbang.


Piramid makanan merupakan panduan yang berjaya membantu kita merancang makanan harian yang seimbang seiring dengan keperluannya mengikut tahap usia masing-masing. Anda perlu tahu apa jenis dan berapa jumlah makanan yang anda perlukan.

Janin Berusia 24 minggu (akhir bulan ke-6)


Pada akhir bulan ke-6 fetus berukuran 32cm dan beratnya 650gm. Kemerahan kulitnya kini berkurangan dan dilitupi dengan lanugo, berkedut kerana kekurangan lemak. Dari bulan ini seterusnya lemak akan dilonggokkan dalm kulit. Kelopak matanya pula berpisah dan terdapat membran menutupi anak matanya yang kelabu. Kepalanya agak besar. Jika fetus dilahirkan diperingkat ini, ai akan cuba bernafas, tetapi paru-parunya belum terbentuk dengan sempurnanya, jadi ia akan menghadapi kesukaran bernafas. Hidup dan matinya bergantung kepada penjagaan yang pakar.

Sunday, November 21, 2010

Janin berusia Dua Puluh Minggu (akhir bulan ke-5)

Pada akhir bulan kelima, uterus mencapai paras pusat dan benjolnya begitu ketara. Jadi kehamilan ini tidak mudah untuk disembunyikan. Ibu yang mengandung merasa amat senang dan ia mungkin merasai bayinya menggelepar ketika bergerak dalam uterus. Fetus kini, benar-benar menyerupai manusia dan telah menguit. Panjangnya pula adalah kira-kira 25cm dan beratnya kira-kira 300gm. Kulitnya kurang lutsinar dan dilitupi kapas halus yang melitupi seluruh tubuhnya. Sedikit rambut tumbuh di kepalanya, bulu kening mulai tumbuh tetapi kelopak matanya masih lagi bercantum sepenuhnya.


Ia  sangat aktif dalam keadaan tanpa beratnya ketika berada dalam pundi amnion. Organ-organ dalaman menjadi semakin matang, tetapi paru-parunya masih belum berkembang secukupnya untuk menghadapi kehidupan di luar uterus. Keadaanya seakan-akan angkasawan di angkasa lepas. Ia terapung-apung dalam kapsul yang dikawal oleh haba. Makanan dan oksigen di hantar kepadanya, manakala bahan-bahan buangan dikumuh melalui tali pusat. Plasenta dan ibu bertindak sebagai panyambung nyawa. Sejak dari peringkat hamil ini, pertumbuhan plasenta menjadi semakin perlahan manakala pertumbuhan fetus bertambah. Jadi, menjelang minggu ke-40 berat plasenta hanya 1/5 dari berat bayi. Bagaimanapun kecekapannya sebagai alat penukar bagi oksigen, zat makanan dan bahan buangan terus bertambah sehingga minggu ke-40 hamil.

Kanser Pangkal Rahim

Untuk pengetahuan anda semua, kanser pangkal rahim merupakan kanser kedua yang paling kerap dialami oleh wanita selepas kanser payudara. Pada tahun 2002, kanser pangkal rahim meliputi 12.9% daripada semua kanser wanita di Malaysia. Boleh dikatakan hampir setiap wanita menghadapi risiko kanser pangkal rahim, tanpa mengira usia atau gaya hidup.

Serviks
Merupakan bahagian pangkal rahim (uterus). Oleh kerana itu ia dikenali sebagai barah pangkal rahim atau kanser serviks. Serviks menghubungkan badan uterus kepada vagina (salur kelahiran). Kanser berlaku apabila sel serviks menjadi tidak normal dan tumbuh secara tidak terkawal dan ia boleh merebak ke bahagian  badan yang lain.


HPV & Kanser pangkal rahim
Ialah Virus Papiloma Manusia iaitu, sekumpulan lebih 100 virus yang sangat umum. Sesetengah jenis HPV dikaitkan dengan kanser jenis tertentu. HPV jenis ini dinamakan HPV penyebab kanser "berisiko tinggi". Kebanyakan jangkitan HPV berlaku tanpa sebarang gejala dan akan lenyap tanpa sebarang rawatan dalam tempoh beberapa bulan. Jangkitan HPV "berisiko tinggi" (penyebab kanser) perlu berlaku sebelum pembentukan kanser pangkal rahim. Jangkitan ini adalah tanpa gejala dan sebahagian besar jangkitan akan pulih tanpa memerlukan sebarang rawatan.

Akan tetapi, dalam kes tertentu, jangkitan akan berterusan, menyebabkan ia menular menjadi kanser pangkal rahim. Proses ini boleh mengambil masa lebih sepuluh tahun. Oleh itu, langkah mendapatkan perlindungan daripada HPV "berisiko tinggi" (penyebab kanser) adalah amat penting.

Virus HPV ini akan disebarkan menerusi sentuhan antara kulit kemaluan. Oleh yang demikian HPV boleh menjangkiti semua wanita tanpa mengenal usia atau gaya hidup. Hubungan seks tidak semestinya berlaku untuk mendapat jangkitan. Dianggarkan bahawa kira-kira empat daripada lima wanita yang mengadakan hubungan seks secara aktif akan mengalami jangkitan HPV dalam hayat mereka, walaupun jika mereka hanya ada seorang atau dua orang pasangan seks.


Risiko jangkitan HPV bermula dari hubungan seks pertama dan kekal sepanjang hayat wanita. Dianggarkan pula bahawa sehingga 80% daripada wanita akan mengalami jangkita HPV kemaluan dalam hidup kita tanpa mengira usia atau gaya hidup. kondom mengurangkan ririko tetapi tidak memberikan perlindungan sepenuhnya. Sepanjang hayat, setiap wanita menghadapi ririko daripada virus yang menyebabkan kanser pangkal rahim.

PAP SMEAR
Merupakan satu ujian yang pantas dan mudah untuk mencari sel abnormal di permukaan pangkal rahim. Biasanya sel diambil daripada pangkal rahim dan di hantar ke makmal untuk diuji bagi mengesan sebarang perubahan. Sehingga kini, satu-satunya cara untuk mencegah kanser pangkal rahim ialah menerusi ujian PAP SMEAR dari masa ke semasa untuk mengesan tanda awal penyakit. Selain itu, vaksin untuk pencegahan jangkitan HPV dan kanser pangkal rahim juga boleh didapati sekarang.


ARKIB : 21/11/2006 - Utusan Malaysia

Vaksin yang memberi perlindungan daripada HPV ini dikeluarkan oleh Merck Sharp & Dohme (MSD) Corp.
Sehingga kini, hanya vaksin yang dapat menentang penyakit tersebut mampu memberi kesan lebih efektif dan mengurangkan jumlah kematian, selain daripada kaedah kemoterapi.
Vaksin yang diperkenalkan kepada media oleh MSD di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur, baru-baru ini mampu melindungi seseorang itu daripada jangkitan HPV.
Vaksin berkenaan melindungi wanita daripada jangkitan empat jenis strain HPV yang menjadi punca utama kanser serviks.
Dua daripada strain berkenaan iaitu HPV-16 dan HPV-18 dipercayai bertanggungjawab terhadap 70 peratus kejadian kanser serviks di kalangan wanita.
Sementara itu, dua lagi strain yang dilindungi oleh vaksin ini adalah HPV-6 dan HPV-11, yang menyebabkan 90 peratus penyakit ketuat alat kelamin.
Menurut Pengarah Penyelidikan Klinikal Biologi MSD, Dr. Carlos Sattler, secara umumnya, vaksin ini memberi perlindungan kepada penyakit yang disebabkan oleh HPV termasuk ia melindungi daripada sejenis lagi penyakit yang ditularkan oleh hubungan kelamin (STD), iaitu ketuat alat kelamin dan lagi bonus, kanser faraj dan vulva (genitalia luar perempuan).
“Vaksin ini telah diiktiraf dan diguna pakai hampir 50 negara di seluruh dunia.
“Vaksin ini boleh diberikan kepada wanita yang berumur 9 hingga 26 tahun dan berumur 9 hingga 15 tahun untuk lelaki,’’ katanya.
Tambah Dr. Carlos, vaksin ini dirumus khas dan mengandungi Virus-Like Particles (VLPs) untuk meningkatkan sistem imunisasi badan bagi menghasilkan antibodi spesifik bagi melawan HPV jenis 6,11,16 dan 18.
“Vaksin ini akan menyerang sel-sel kanser dan akan melambatkan atau menghentikan penyebarannya.
“Namun, sebagai peringatan, vaksin ini bukan dirancang untuk merawat kanser serviks yang aktif, prakanser (CIN,VIN atau VaIN).
“Ia tidak melindungi daripada kesemua penyebab kanser serviks kerana terdapat kira-kira 100 strain HPV di luar sana dan vaksin ini melindungi wanita daripada virus yang paling kuat,’’ ujarnya.

Thursday, November 18, 2010

Lembu Lari Takut Kena Sembelih

Salam Aidiladha untuk semua rakan-rakan yang beragam Islam. Memang dah terlambat tapi mesti ada di antara kita semua masih dalam mood raya lagi kan (bagi yang cuti panjang hehe). Macam mana agaknya sambutan Perayaan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini ye? Ada yang meriah dan ada yang ala kadar. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. Korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.


Siang tadi, selepas Solat Sunat Aidiladha dan Khutbah, sesudah sarapan, tepat 9.30 pagi bawak Hanif tengok lembu. Dari pagi asyik tanya "mama, moo moo". Siap tarik-tarik tangan lagi. Alahai...kiutnyer anak mama nie. Tak sempat nak siap-siap pun dah cakap "mama jom, mama jom"..pening kepala acik dengan anak bujang sorang ni.

Sampai je kat surau wah bukan main lagi Encik Hanif bila tengok lembu-lembu yang diikat. Excited sangat, tak taulah macam mana saya nak explain. Budak kecik kan bila tengok haiwan-haiwan yang besar dah tu ada depan mata pulak tue. Memang terjerit-jeritlah ;). Bila nampak papa dia huh sibuk panggil "papa, papa". Tapi papa dia bukan dengar pun. Orang semua busy nak tumbangkan lembu mana nak dengar hehe. Anak mama pelik kenapa tiba-tiba lembu yang berdiri tegak terbaring tak bernyawa. Mata memang tak berkelip. Muka tak payah nak gambarkanlah.

Bila nak tumbangkan lembu yang seterusnya. Saya dengan Encik Hanif berdiri berhampiran lembu yang baru disembelih. Tengah syok dok tengok tiba-tiba dengar kecoh kata tali terputus. Hahhh...sudah!! Saya cari lembu yang mana satu sekali ternampak ada seekor lembu tu berlari ke arah kami. Apalagi, saya pun berundur. Dah tu lembu tu pulak nak lari keluar. Semua orang bertempiaran jugak lari ngeeeee....hinggakan tak terttutupkan pintu pagar surau untuk orang lalu lalang. Apalagi, lembu tersebut keluar la hahaha. Kelakar betul. Tapi takut jugak. Semua orang yang terlibat termasuk hubby tolong kejar lembu yang terlepas tadi. Pusing satu flat. Syukur la tak terlepas ke highway MRR2. Kalau tak nanti jadi satu hal pulak sebagai penyebab kemalangan. Silap-silap haribulan lembu pun tak habis kena sembelih nanti. Dah lah berkeliaran kat kawasan parking. Naya kereta kalau kena kaki!!!


Berbalik kepada kisah lembu yang terlepas tadi, mereka hambat balik lembu tu masuk dalam kawasan surau dan tutup pagar. Mama dengan Hanif masuk ke dalam dapur surau siap-siap so kira selamat sikit hihi. Lepas dua tiga minit dengar mereka kata dah dapat ikat. Tapi bila keluar je tengok-tengok lembu tu masih terlepas lagi. Nak lari sekali terlanggar lagi geng seekor dah jadi dua lak yang terlepas. Yang seekor ni lagi ganas, lari sampai nak masuk dalam surau. Ramai yang bertempiaran lari. Yang tak boleh tahan tue bila nak larikan diri dari lembu, ada yang panjat tembok :D.

Mama dengan Hanif masuk dapurlah. Yang mak cik-mak cik kat dalam dapur lagi la kalut. Paham-paham sendiri la ye =). Lama jugak lepak kat dalam tu sementara nak tunggu geng-geng tumbang lembu tangkap balik. Bila line dah clear sikit kami berdua pun cepat-cepat cabut, tengok dari luar kawasan surau jer. Lagi selamat sebab kalau lembu terlepas pun at least tempat nak lari tu luas betul tak. Memang pengalaman yang agak menakutkan. 

Sebenarnya letih giler walaupun just bawak Hanif tengok jer. Balik jer rumah terus terlelap dua beranak dari pukul 11.30 pagi hingga 2 petang haha... Baru tengok jer orang sembelih lembu dah letih macam mencangkul sehari. Bayangkan betapa letihnya orang yang ikat, tumbang, sembelih dan lapah lembu. Kadang-kadang sesetengah tempat orang yang buat korban ramai tapi, orang yang nak tolong-menolong tak ramai pun. Nak harapkan tuan? Tuan punya badan pun menghilang entah ke mana. Jadi sebagai individu yang hidup bermasyarakat kita mesti saling tolong-menolong antara satu sama lain. Bergotong royong dan bertimbang rasa. Bukan setakat Hari Raya Haji je nak wujud sifat-sifat sebegini. Kita sebagai rakyat Malaysia, sepatutnya sifat-sifat baik ada dalam diri kita. Tak payah orang lain nak ajar pun.

p/s: Ramai dah yang tak tau apa maksud serta apa itu nilai-nilai murni

Monday, November 15, 2010

Diarrhea & Food Poisoning

Alhamdulillah sempat jugak hari ni saya update blog saya ini. Bukan saja-saja nak menyepi tapi disebabkan saya tak beberapa sihat semenjak hari Sabtu hari tue. Jadi kepada kengkawan blogger yang lain maafkan saya ye kalau tak dapat nak datang melawat ke blog kamu... (hehe, mcm la selalu sangat blog walking). Maksud saya, tak dapat membalas kunjungan kengkawan semua.

Saya pun tak tau apa yang dah terjadi dengan saya. Biasa acik ni bab makan memang very particular. Tapi boleh kena jugak. Adesss... Tetiba je kena Diarrhea dan muntah-muntah. Ya Allah, sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu. Rasa mencucuk-cucuk di dalam perut, gelisah dan lembik satu badan. Tak cukup dengan itu saya kena lak muntah-muntah yang berterusan serta badan pun rasa seram sejuk. Ada ke tetengahari buta acik berselimut. Memang tak mandi la sebab nak bangun pun tak larat. Syukurlah Muhammad Hanif papa dia yang uruskan.
lebih kurang macam nie la acik hehe...

Pagi-pagi sabtu tue pegi klinik dengan badan yang mengigil-gigil. Merayu-rayu dengan hubby suruh hantar pergi klinik. Sampai je kat klinik bukan nak bagi IC tapi siap tanya lagi nak tumpang "toilet" hehe...mestilah staff kat situ confius. "Ingat public Toilet ker" hahaha... Tapi sebelum dia cakap apa-apa, saya pun cepat-cepat nyampuk semula, "ermm, saya nak jumpa doktor tapi nak tumpang toilet sekejap boleh??" :p

Syukurlah Sabtu pagi acik pergi jadi, tak ramai sangat orang. Kira saya patient pertama doktor tue. Bila doktor dah check dia kata saya dah kena dehydration (kurang air dalam badan), jadi perlu minum banyak air untuk gantikan yang dah hilang disebabkan oleh Diarrhea & muntah-muntah sebelum tu. Kalau kurang minum air nanti ia akan memberi kesan buruk kepada buah pinggang. takut jugak bila dengar. Balik dari klinik, ajak hubby pergi kolej sebab nak ambik exam sticker. Ahad nak exam kan.

Balik rumah terus makan ubat dan baring. Memang dah tak larat sangat. Badan pun rasa sakit dan lenguh-lenguh. Muhammad Hanif pun macam tau je yang mama dia tak beberapa sihat. Dia sibuk mengacau papa dia buat kerja. Yang mama memang dah takde ingat apa pun. Hidup hanya dengan air 100 plus tanpa makanan. Bukan tak cuba bangun. Bila bangun je nak jalan dah terhuyung-hayang nak jatuh. Adooiii...memang seksa betul rasanya. Sampai malam, sampai kesokan harinya(Ahad) pun sama jugak hendaknya. Exam pun tak dapat nak pergi. Orang lain  dok sibuk study sbb nak start exam pukul 2pm. Saya kat rumah dok tengok jam je sedih tak dapat nak pergi exam.

Hari ini, sepatutnya acik kerja tapi disebabkan kesakitan yang tak menghilang lagi ditambah pula dengan gastrik, saya ambik keputusan nak pergi HKL. Sekarang ni kan banyak penyakit yang berbahaya so saya takut perkara yang sama terjadi kepada saya. Doktor nak bagi injection tapi saya yang tak nak dan doktor just bagi ubat je dan rehat setengah hari. Memang saya pergi kerja pun, masuk pukul 1.30pm tapi balik pukul 2.30pm sebab tak boleh nak perform. Dapat balik rumah alangkah leganya boleh rehat dan tidur. Dah bangun tu rasa okey sikit tapi gastrik tak hilang lagi. Sakitnya masih mencucuk-cucuk. Muntah-muntah pun dah kurang, cuma sekarang ni pinggang lak yang sakit. mungkin disebabkan oleh kekurangan air dua tiga hari ini secara tak langsung telah memberi kesan terhadap buah pinggang saya. Diharap semuanya okey dan semoga saya sihat dengan sepenuhnya pada keesokkan harinya. Insyaallah...

s/z: Terima kasih untuk hubby tersayang kerana menjaga mama dan Muhammad Hanif

Friday, November 12, 2010

Janin Berusia Enam Belas Minggu

Bila sudah masuk minggu yang ke-16, uterus itu kini mudah dirasai dengan tangan dan hampir separuh jalan sebelum sampai ke pusat. Ia mulai membonjol. Panjang fetur tersebut dalam 18cm dan beratnya 100g. Kepalanya pula masih terlalu besar untuk badan yang kurus. Badannya bewarna merah menyala kerana salur darahnya kelihatan menerusi kulit yang lutsinar. Jantungnya pula berdenyut dengan kuat dan otot-ototnya mulai aktif. Pada masa ini jantinanya sudah boleh diketahui. Pertumbuhan plasenta menjadi semakin perlahan tetapi kecekapan bertambah dan pada usia ini juga berat plasenta dan fetur lebih kurang sama.


s/z: rindu dengan tendangan bayi dalam perut ;)

Thursday, November 11, 2010

Janin Berusia Dua Belas Minggu

Pada usia dua belas minggu uterus terasa seolah-olah tertonjol dari pelvis, di sebelah atas simfisis. Pada ketika ini kjuga, bakal ibu akan terasa yang loya yang dialami dirasai hampir hilang.

Embrio tersebut yang kini disebut fetus, dari perkataan Latin disebut "anak muda" adalah sepanjang 9cm dan beratnya 14g. Tubuhnya telah membesar, tetapi kepalanya masih terlalu besar untuk badan.


Kuku pula akan muncul pada jari-jari tangan dan kakinya. Alat jantinanya mulai muncul, tetapi masih sukar untuk menentukan jantinanya. Menjelang akhir minggu ini, pergerakan secara makanik kaki dan lengan telah bertukar kepada pergerakan yang lebih lembut. Manakala penyelarasan saraf dan ototnya semakin baik sungguhpun pergerakan itu tidak seberapa. Kini, fetus tersebut boleh menelan dan boleh menelan bendalir amnion yang terdapat di sekelilingnya. Pada masa yang sama, ia mula mengeluarkan titisan air kencing pada pundi amnion.

Plasenta juga menjadi besar dan beratnya enam kali lebih dari fetus.

sebenarnya, bayi bernafas lama sebelum dilahirkan, mungkin 12 minggu selepas hamil. Ketika ini memang tidak ada oksigen seperti pernafasan biasa yang memasuki paru-paru, tetapi darah memang memancut melalui salur darah paru-paru secara ritma, pada kira-kira 80 nafas seminit.

Bayi juga boleh mendapat sedu dalam minggu-minggu terakhir hamil, seperti yang diketahui oleh ramai ibu yang mengandung. Besar kemungkinan pernafasan ini merupakan cara bagi bayi untuk menyediakan paru-parunya untuk kehidupan di luar uterus kelak. Didapati bahawa bayi mempunyai pola pernafasan yang sekata lebih mudah menyesuaikan diri dengan pernafasan yang sebenarnya selepas dilahirkan.

Wednesday, November 10, 2010

Janin berusia Enam minggu

Chup...chup...chup...Jangan confius. Bukan tak nak mulakan sejak dari kandungan berusia sebulan tapi, nanti banyak sangat nak kena tulis then u'olls lak nanti bosan pulak nak baca.  So, saya akan mulakan dengan tajuk di atas la ye. Kalau enam minggu tu pun dah kira sebulan setengah la kan, betul tak?

Bila janin berusia enam minggu, pada kebiasaannya rahim telah membesar tetapi masih sukar bagi doktor untuk memastikan sama ada kita hamil atau tidak. Ia akan membesar agak lebih dari yang diperlukan bagi saiz embrio sebenarnya ia telah menjangka keperluannya. Panjang embrio ini ialah 1.25cm.


Pada usia ini, lubang matanya telah terbentuk, kepalanya seperti haiwan reptilia dan berekor. Tunas lengan dan kakinya kelihatan tetapi kecil berbentuk seperti penyodok.

Plasentanya pula akan menjadi lebih besar dan lebih berat dari embrio. Rahim akan membesar lagi dan melalui pemeriksaan, doktor boleh menentukan sama ada kita hamil atau tidak. buah dadanya mungkin terasa sakit dan wanita itu mungkin mengalami loya. Embrio tersebut kini kelihatan lebih menyerupai manusia. Ia sepanjang 2.5cm. Bentuk kepala juga akan lebih besar jika dibandingkan dengan badan dan telinga luar mulai terbentuk. Tunas anggota kini menjadi lengan dan kaki yang mempunyai jari-jari tangan yang halus dan jari-jari kaki itik.

Matanya telah ditutupi dengan kelopak mata dan berkeadaan tertutup sehingga munggu ke-24. Menjelang mas itu semua organ utama badan telah terbentuk. Jantung berdegup dengan kuat, darah beredar melalui salurnya, perut aktif dan ginjal mulai berfungsi.

Perubahan yang terdapat pada organ dari saat ini hanyalah penambahan saiz dan fungsinya menjadi lebih sempurna.

Sunday, November 7, 2010

Teknik menghalang stress

Tadi tengah mengantuk so sambil-sambil tu bacalah Majalah Mami&Baby. Boleh dikatakan memang saya suka baca majalah Mami&Baby. Kalau tak pun saya akan baca Pa&Ma. Kedua-dua ni memang majalah kegemaran saya sebab banyak info yang berguna. Lagipun ia banyak memberi idea bila otak saya dah jam hehe...

So, sedang dok membaca saya ternampak satu topik teknik untuk menghalang stress, terutamanya untuk bakal-bakal ibu. Tapi bagi saya, teknik-teknik ini pun sesuai untuk semua. Memang banyak kebaikannya kalau amalkan teknik-teknik ni.

Berikut adalah strategi untuk mengurangkan stress:


Fokus mata pada bahagian yang lurus di hadapan:
Iaitu dengan terus melihat dengan lurua akan tetapi dengan perlahan lihatlah pada objek di dalam penglihatan sampingan anda. ini akan mengaktifkan sistem parasimpattetik anda, bahagian di dalam otak kita yang boleh meneolong kita untuk bertenang.

Bernafas:
Biasa kita tarik nafas dan hembus jer tapi sebenarnya caranya bukan begitu hehe. Caranya ialah dengan memberikan perhatian kepada pergerakan badan apabila ianya melalui dan keluar pada paru-paru kita. Kita perlu bernafas ke dalam dan ke luar dengan perlahan. Ini kerana, dengan memfokuskan kepada proses yang tidak sengaja seperti bernafas akan memaksa anda untuk mempunyai minda yang sedar untuk menghilangkan segala kerisauan dan keraguan.

Jadilah seorang yang periang:
Untuk ibu yang hamil, tolong jangan stress sangat ye sebab nanti kesian kat baby tau. Kalau ibu stress, baby pun stress, tapi kalau ibu happy, baby lagilah happy dan sihat senantiasa. Bayangkan diri kita dikelilingi oleh buih yang boleh melindungi anda daripada sebarang stress, kerisauan dan sebagainya, seronokkan? Jadi, kita boleh cuba untuk bayangkan perkara-perkara lain yang boleh membuatkan kita happy dan senyum selalu. Visual yang kreatif boleh menolong kita untuk mengeluarkan minda yang separa sedar yang merupakan penyebab kepada segala stress dan tekanan.

CUBA TENGOK GAMBAR KAT BAWAH NIE

hehe...macam mana? dah hilang stress dah?

Saturday, November 6, 2010

Bila DIET tidak seimbang

Salam semua, bertemu lagi kita dalam entri DIET nie. Mesti korang tertanya-tanya kenapa ada topik terbaru dalam blog saya ini. Sebenarnya saya pun suka tentang topik DIET ni sebab sambil-sambil menulis entri ni kira boleh amalkan sekali la hahaha...tak taulah boleh ikut ke tidak ;).

Oklah, sekarang ni saya nak terangkan tentang bagaimana atau apa yang akan terjadi bila DIET tidak seimbang. DIET yang tidak seimbang bermaksud kekurangan kalori atau protein, yang boleh menjejaskan keseluruhan kelancaran pada tubuh badan. Keadaan ini banyak berlaku di negara yang berkembang. Bukan sahaja disebabkan faktor ekonomi tetapi kerana kurangnya pengetahuan atau pendedahan mengenai pentingnya DIET seimbang.

Apa yang akan berlaku sekiranya DIET kita tidak seimbang? DIET tidak seimbang berlaku kerana kurang atau berlebihan jumlah pengambilan makanan tertentu. Sekiranya terdapat unsur-unsur DIET yang berlebihan maka akan terjadinya perkara yang paling ketara seperti yang kita lihat pada masa sekarang iaitu "OBESITI" (Kegemukan) serta penyakit kardiovaskular keran berlebihan kalori dan lemak dalam badan. Seseorang individu yang mempunyai penyakit berisiko termasuk "OBESITI" memerlukan DIET yang khusus. Ini termasuklah melebihkan atau mengurangkan unsur tertentu untuk disesuaikan semula dengan keadaan pesakit.


Contohnya, diet rendah garam yang mana ia perlu dikurangkan untuk membantu hipertensi seperti yang terjadi kepada pesakit jantung, ginjal, sirosis hati dan sebagainya...

Sering kita dengar dan lihat bahawa di mata umum, DIET seringkali dikaitkan sebagai pengurangan jumlah makanan yang diambil untuk tujuan menurunkan berat badan. Padahal, DIET untuk mengurangkan atau menambah berat badan berdasarkan atas jumlah kalori yang masuk dan yang telah digunakan. Kegemukan dapat terjadi jika jumlah kalori yang masuk lebih besar dari yang digunakan. Oleh itu, untuk mendapatkan berat badan yang ideal, kita harus mengendalikan keseimbangan antara kalori yang masuk dengan energi yang digunakan.

X-ray: Hamil Peringkat Akhir

Kadang-kadang X-ray juga perlu untuk mengetahui sesuatu yang tidak dapat dikesan dengan cara pemeriksaan biasa. X-ray agak berbahaya sekiranya digunakan secara berlebihan. tetapi pada kebiasaannya doktor menjauhi dari melakukan pemeriksaan x-ray kecuali jika ia benar=benar perlu. Ini kerana, sekiranya X-ray digunakan secara berlebihan, bayi tersebut boleh mendapat leukimia. Bgaimanapun, harus ditegaskan risikonya adalah sangat tinggi. oleh itu, pada zaman sekarang ini X-ray tidak jarang dilakukan ke atas wanita hamil berbanding dengan masa lalu. kini, para doktor akan menggunakannya jika perlu sahaja. Contohnya, jika doktor tidak dapat memastikan sama ada kedudukan bayi itu songsang atau berlaku kembar. Dalam kes-kes lain pula,si ibu mungkin tidak merasai pergerakan bayi dan doktor juga gagal mengesan denyutan jantung bayi. Jika seseorang doktor itu mempunyai pengesan jantung fetus, ia mungkin menyarankan pemeriksaan X-ray untuk memastikan sama ada bayi itu hidup atau mati. Kadang-kadang pemeriksaan X-ray juga perlu dilakukan jika kepala bayi tidak terletak dengan betul dalam pelvis ibunya di peringkat akhir hamil.
Yang ni baru umur 17 minggu

Sesetengah ibu bertanya sama ada x-ray boleh dilakukan untuk menentukan jantina bayi dalam kandungan mereka. Oleh kerana X-ray hanya memperlihatkan tulang-tulang, maka adalah mustahil kita dapat mengesan jantina bayi melalui alat tersebut.

Friday, November 5, 2010

Pertumbuhan Uterus: Hamil Peringkat Akhir

Biasanya doktor juga boleh memberitahu umur bayi yang dikandung dengan memerhatikan ketinggian bahagian atas uterus dalam abdomen pesakit. Kaedah ini tidak begitu tepat dan berbagai-bagai faktor seperti ketegangan abdomen dan kegemukan boleh memberi bacaa yang silap. pada waktu yang sama, doktor dengan perlahan-lahan melurutkan jarinya di atas uterus untuk menentukan kedudukan bayi. Ia harus memberitahu pasakitnya di mana bayi itu berada dengan menunjukkan kedudukannya secara kasar. Doktor biasanya mengesan bunyi jantung bayi tetapi jika pesakit itu boleh merasai "pergerakan" bayi maka ini tak perlu.

Uterus yang membesar tu meregangkan kulit abdomen kita dan menjelang minggu ke-20 barulah nampak sikit perut yang hamil tue. selepas itu, jalur-jalur kecil bewarna merah muda akan muncul di bahagian bawah abdomen terutama di bahagian rusuk kira-kira 4cm (11/2 inci) panjangnya. Ini disebabkan oleh rekahan-rekahan kecil dalam lapisan bawah kulit yang kurang berupaya untuk meregang. Jalur-jalur ini juga kadang-kadang akan muncul di paha selepas kelahiran anak. Warnanya akan pudar dan ia akan menjadi keputih-putihan yang kekal.setakat ni belum ada lagi cara untuk mengelakkannya tetapi sesetengah wanita percaya bahawa megurut kulit dengan minyak zaitun boleh menghilangkan jalur-jalur tersebut.

Bagi wanita yang berambut hitam pula, perubahan lain mungkin akan berlaku di mana garis berpigmen berwarna perang yang berentang di garisan tengah dari pusat ke garisan ari-ari. Kebiasaanya garisan ini akan hilang selepas bersalin.

Maksud disebalik perkataan DIET

Ini merupakan topik terbaru dalam blog ni. Saya akan cuba cari sumber-sumber macam mana nak karang tentang DIET ni. Tak pun saya "copy" terus je kan hehe. Senang sikit. Tak payah susah-susah nak fikir apa yang nak dimasukkan dalam topik ini nanti. Betul tak? :p

Okeylah, berbalik kepada perkataan DIET ni tadi. Boleh dikatakan memang selalu jugak lah kita dengar perkataan ni kan? Kadang-kadang tu diri sendiri pun guna. Contoh: "tak nak makanlah, nak DIET..". Kita sebut nak DIET, tapi adakah kita faham apa itu DIET? Kalau saya nak cerita tentang perkataan nie je memang tak habis satu hari. Jadi saya akan pendekkan.

DIET ni sebenarnya merujuk kepada penyusunan makanan yang betul dan seimbang yang perlu diselaraskan pengambilannya setiap hari. DIET menyediakan keperluan zat gizi tubuh yang diperlukan untuk pertumbuhan dan mempertahankan kesihatan kita secara optimal. Keperluan makanan setiap individu adalah berbeza sama sekali. Jadi, DIET juga bergantung kepada keperluan individu termasuk dari segi keperluan yang berkaitan dengan aktiviti seharian kita.

Tubuh kita memerlukan lima zat gizi utama dan popular iaitu protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Empat bermaksud sihat, manakala lima adalah sempurna. Mesti tak faham kan?

Empat unsur DIET:
Nasi, jagung dan sagu yang menghasilkan sumber karbohidrat. Manakala daging, ikan, tempe atau tauhu adalah sumber utama protein. Sayur dan buah-buahan adalah sumber vitamin sementara keperluan mineral dapat diambil daripada makanan berserat.

Unsur Kelima:
yang membuatkan DIET dikatakan sempurna adalah susu yang mengandungi hampir semua unsur gizi. DIET yang mengandungi semua unsur yang diperlukan dalam jumlah yang cukup disebut dengan DIET Seimbang. Vitamin dan mineral sudah termaktub di dalam konsep DIET Seimbang. Justeru itu. zat-zat gizi tersebut tidak perlu ditambah secara berkaitan kecuali pada masa pertumbuhan (kanak-kanak), ibu hamil atau pada masa penyembuhan penyakit.

DIET pada tahap pertumbuhan usia kanak-kanak dewasa adalah berbeza. Pada usia kanak-kanak dan remaja, keperluan kalori dan protein adalah banyak. Pada masa remaja keperluan kalori menonjol sehingga DIETnya mengutamakan karbohidrat dan lemak di samping protein. DIET untuk orang dewasa tidak jauh berbeza dengan remaja. Pada usia lanjut, unsur karbohidrat, lemak dan protein perlu dikurangkan, sementara vitamin dan mineral sama dengan keperluan orang dewasa.

Selamat Hari Deepavali @ Happy Deepavali @ Happy Diwali


Bertemu lagi kita hahaha. Entri ini sebenarnya ditujukan khas kepada kawan-kawan saya yang menyambut perayaan Deepavali pada hari ini. Selamat Deepavali @ Happy Deepavali @ Happy Diwali to all of you ya guys. Hope you enjoy your celebration and may the festival of lights - Diwali dispel darkness, ignorance and evil from the world.

p/s: Kalau korang rajin, kirim-kirmkan lah muruku untuk saya ya :p.

Tuesday, November 2, 2010

Tanda-tanda kehamilan peringkat pertengahan

Dengan membesarnya uterus, maka saiznya akan menjadi lebih ketara tidak kira bagaimana seseorang wanita tersebut cuba untuk menyembunyikan perutnya yang semakin membesar. Selepas minggu ke-16 hamil, gejala dan tanda-tanda lain juga menunjukkan berlakunya hamil.

Pada minggu yang ke-18 hingga minggu ke-20 dalam hamil yang pertama dan dua minggu lebih awal pada hamil berikutnya, si ibu akan terasa gerak lemah yang pertama yang dibuat oleh bayi. Gerakan ini disebut kuitan kerana pada suatu ketika dahulu dipercayai bayi hanya akan bernyawa pada saat ini. Ini akan menandakan samada bayi tersebut hidup atau mati.

Gerakan fetus akan menjadi lebih kuat dan kerap, semakin kandungan membesar, si ibu boleh mengetahui bahawa bayi mempunyai masa bergiat dan masa berehat. Masa bergiat dan masa berehat bayi adalah sama dengan ibu. Kebiasaanya, dalam masa berehat bayi mungkin sedang tidur.

Sesetengah bayi juga suka bergiat pada waktu malam sehingga mengganggu si ibu. jika bayi itu sering bergerak, bonjol-bonjol akan muncul dan hilang pada uterus dan kini dirasai oleh ibu. Ini disebabkan oleh tangan dan kaki bayi yang meregang otot uterus.

Akan tetapi, ramai juga bayi yang kurang aktif. Adakalanya sehari atau lebih berlalu tanpa sebarang pergerakan. Ini tidaklah bermakna bayi itu mati, tetapi jika seseorang ibu itu agak lama tidak merasai sebarang pergerakan, si ibu haruslah berjumpa dengan doktor anda yang akan mengesan bunyi jantung fetus.
Baru-baru ini sejenis mesin disebut pengesan jantung telah dicipta. Alat tersebut menggunakan  "dasar doppler" gelombang bunyi. Mesin ini boleh mengesan denyutan jantung bayi ketika masih pada minggu ke-12 hamil lagi, dan ia adalah hampir 100% tepat selepas minggu ke-16.

Kekerapan Membuang air kecil.

Kekerapan membuang air kecil merupakan salah satu daripada gejala hamil pada peringkat awal, berhenti selepas minggu ke-12. Ia akan muncul semula dalam minggu-minggu terakhir hamil. Dalam hamil peringkat, akhir gejala itu adalah berpunca dari tekanan kepala bayi ke atas pundi kenging Gangguannya agak ketara terutamanya di waktu malam.