Wednesday, January 28, 2026

First time guna Amap, semua dalam satu, bukan sekadar aplikasi peta biasa

Dua tiga hari orang dok kecoh tentang Amap. Aku pun baru install dua hari lepas sebab kawan ofis yang sebut tentang Amap ni. Dia kata macam best. Aku pun terjebak install sekali. FOMO kan. Then semalam masa on the way ke ofis baru aku teringat nak guna.


Aku baru tahu sebenarnya Google Maps ni tak berfungsi di Tanah Besar Cina (China Mainland). Jadi AMap dibangunkan di China. Dikenali juga sebagai Gaode Map. Merupakan salah satu peta navigasi digital terbesar di China dan dimiliki oleh Alibaba Group. Digunakan oleh rakyat China sebagai sistem navigasi utama.

Dilancarkan pada tahun 2011oleh Gaode Software Co Ltd. Tahun 2014, Alibaba Group beli Gaode Software dan jadi anak syarikan penuh Alibaba. 

Pada tahun 2023, lancarkan sistem AI bersepadu yang gunakan teknologi dari Alibaba Cloud untuk perancangan perjalanan pintar.


So far aku guna semalam, aku suka. Sangat memudahkan. Dan kita takkan salah masuk simpang. Amap akan tunjukkan laluan mana yang perlu kita ikut lebih awal sebelum nak masuk simpang. Sangat sesuailah untuk orang yang selalu terlepas simpang. Jadi, untuk kita yang tinggal di Lembah Klang (KL/Selangor) sangat sesuai. 

Visual Amap pun 3D. Boleh rujuk gambar yang aku letak. Yang best, Amap ada fungsi untuk kesan kamera had laju dan "speed trap". Tetapan bahasa pulak, nak guna Bahasa Melayu pun boleh, English pun boleh. Bila dah install tu, buka je aplikasi terus pilih "Bahasa". 

Terus terang aku katakan, Amap ni memang lebih best dari Waze. Amap lebih terperinci, tunjuk lorong spesifik yang kita nak masuk tu lebih awal, visual 3D, struktur jalan yang ditunjukkan di screen macam keadaan sebenar, maklumat kat screen lengkap dan tak tersusun. Kalau Waze lebih focus kepada trafik dan laporan pengguna.

So, bye bye Waze dan Google Maps.

Aku malas nak terangkan macam mana nak log in, tukar bahasa etc tu. Pandai-pandaiklah korang setting sendiri. Sama je macam aplikasi yang lain hahaha.

Korang pula bagaimana? Kekal dengan "Waze", "Google Maps" atau berhijrah ke "Amap"?๐Ÿ˜†


Dah daftar MyDigital ID?


Fuhh, hari ini aku register MyDigital ID beb! Rasa macam suatu kejayaan pulak hahaha...

Sebelum ni memang aku tak setuju pun dengan MyDigital ID. Even PADU pun aku tak daftar. Tapi yang membuatkan aku terpaksa mendaftar MyDigital ID dalam keadaan terpaksa rela kerana bila aku nak masuk aplikasi agensi kerajaan seperti MyJPJ tu kena guna MyDigital ID. 

Daripada apa yang aku baca, MyDigital ID dibangunkan MIMOS pada tahun 2016. Tetapi MyDigital ID Sdn Bhd ditubuhkan secara rasmi di Jabatan Perdana Menteri pada 15 Januari 2024. Yang mana pengurusannya perlaksanaannya dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri. Berfungsi sebagai satu log masuk tunggal yang selamat untuk sistem MyNIISe dan dilancarkan pada Ogos 2024.

Kenapa tidak diurus dan dilaksanakan dibawah JPN? Nanti aku cari maklumat lebih lanjut keyh. ๐Ÿ˜†

MyDigital ID ini berfungsi sebagai identiti digital nasional untuk pengesahan dalam talian yang selamat tanpa menyimpan data biometrik katanya hehe.

Tapi kalau kau suka ke tidak, setuju ke tidak, tetap juga kena daftar macam aku. Suami aku dah daftar awal. Dari zaman PADU lagi. Aku ketinggalan jugak. Sebenarnya, ramai lagi yang tak daftar tu kan?๐Ÿ˜…

Kiosk MyDigital ID di Tealive, My Town

Selepas buat pendaftaran di aplikasi MyDigital ID, aku kena pula pergi ke Kiosk MyDigital ID untuk pengesahan "thumbprint". Macam-macam kan. Kita ni nak jadi rakyat yang patuh. Kalau tak melecehkan kita bukan gomen namanya.

Nak tahu lokasi kiosk MyDigital ID boleh klik sini. Semua out Tealive ada kiosk MyDigital ID. Yang paling dekat dengan ofis aku ialah Tealive Melawati Mall. Yang paling dekat dengan rumah aku ialah Tealive Ampang Point. 

Disebabkan aku rindu nak makan croissant dan hot chocolate, aku saja gatal pergi Tealive My Town Cheras hehe. 

Senang je, masukkan IC terus
Sekejap je nak buat pengesahan "thumbprint". Tak sampai 3 minit dah selesai. Masa nak buat tu berdebar juga sebab takut salah. Tapi ikut je arahan yang tertera. Cuma macam aku tadi macam cakap sorang². Nak masuk IC kat mana, nak thumbprint kat mana. 

Yelah, nak tanya adik kerja kat Tealive tu dia tengah sibuk. Takpelah, aku cakap je dengan Kiosk tu. Berjaya jugak. ๐Ÿคฃ

Ikut je arahan, dah thumbprint, keluarkan IC

Thumbprint verification successful, Boleh Klik "done"
Dah selesai semua aku pergi beli croissant, beli barang sikit kat Mr Dollar, then balik huhu. Hot chocolate yang aku nak dah habis. 

Tuesday, January 27, 2026

Mengemas dan buang buku-buku lama


Aku habis mengemas buku anak-anak pukul 1.30 pagi tadi. Mula mengemas pukul 10.00 malam, lepas balik dinner dengan papa dan Hadif dan lepas sesi membalut buku rujukan. Jadi singa je aku membebel tanpa henti. 

Nak diikutkan memang sehari tu kalau boleh tiga empat entri aku nak tulis hahaha. Tapi memandangkan hidup aku memang kelam kabut nak tulis satu entri pun kena paksa. Padahal banyak je gambar yang aku snap dengan niat,"okay aku nak tulis tentang ni nanti..." At the end nan hado. Jadual aku macam tak tentu arah. Serabut. 

Macam semalam, nak balik aku nak sambung tulis blog, nak buat copywriting dan nak sambung notes aku tapi dah balut buku rujukan yang baru sampai, dah buat jadual, tiba² otak aku jadi serabut tengok meja dan rak dorang. Dua² je sama perangai. Malas nak mengemas. 

Buku-buku lama yang aku suruh buang masih tak dibuang. Hanif okay sikitlah adalah tunjuk effort. Yang si Hadif ni, haihhh hanginnnnn je aku. Penuh rak dia dengan buku² Tahun 6. Sijil² dia sampai keronyok. ๐Ÿ˜ญ

Aku tanya tak tahu ke benda ni penting???! 

Terkebil² je mata tengok aku. 

Mencabar kesabaran betul. Aku ni dulu mak bapak garang. Tapi syukurlah aku garang aku jenis tak lah nak memukul anak. Kita dulu nak rapat dan gurau dengan mak ayah pun takut. Nak cakap "no" pun tak berani. Suruh sekali terus buat. Anak-anak aku ni boleh buat muka merajuk, protes dan meluah perasaan dengan kita. 

Tapi itulah, kita rapat as family. Buat salah minta maaf even kita as parents is not always right. Tapi dorang takut kalau aku merajuk. Jangan sampai aku buat drama kehidupan. 

Adalah dua beg besar buku-buku yang aku buang semalam. Barulah ada semangat nak belajar. Buku rujukan pun dah cukup. Tinggal nak beli buku kerja je lagi.



Monday, January 26, 2026

Set buku rujukan Hadif sampai lagi

Haritu kan aku ada story tentang kat mana nak dapat buku rujukan yang lebih murah. Buku-buku yang aku order dua hari lepas dah pun sampai semalam. Dapat baucer untuk "same delivery free" dari Shopee, aku gunakanlah sebaiknya.

Aku order buku Pendidikan Islam, Premium Model Penulisan (Bahasa Melayu), Premium Model Essays (English) dan Buku Tatabahasa. Semuanya dari Pelangi Books.

Ingat lagi zaman sekolah dulu brand yang top masa tu ialah Sasbadi. Tapi aku suka buku dari Pelangi sebab pada aku nota dari buku ni semuanya ringkas, padat then banyak latihan yang menyeluruh. Aku memang banyak beli buku rujukan dari Pelangi.

Pilihan kedua aku ketika itu dari Sasbadi. Sasbadi masa tu harga agak mahal sikit dari buku Pelangi. 

Sekarang, untuk anak-anak aku pun sama. Aku beli dari Pelangi Books. Ada juga aku beli dari publisher lain seperti buku Quick Revision dari EPH Publishing. Okay juga. Tapi kalau yang lebih menarik dan warna warni adalah Pelangi hehe.

Setakat ini Pelangi memang best especially yang FOCUS. Memang Bestseller. Pada aku kalau tak guna buku teks pun tak ada masalah sebab buku FOCUS ni dah macam buku teks cuma versi warna warni. Cuma harga memang agak mahal. Satu buku rujukan dalam RM19.00-RM40 untuk Tingkatan 1 hingga 3. Kalau ada bajet lebih dan adik-adik yang ramai boleh beli. Sebab kalau abang atau kakak dah tak guna boleh pass kepada adik-beradik yang lain. ๐Ÿ˜Š

Macam aku, yang Pendidikan Islam aku beli FOCUS. Yang lain aku beli RANGER. Sebab senang Hadif nak bawak pergi sekolah. Buku pun sederhana je saiznya. Boleh bawa ke mana-mana. Nak buat ulangkaji pun senang. RANGER ni pun dalam kategori Bestseller juga. Yang Quick Revision tu aku beli untuk abang Hanif tiga tahun lepas. 

Okay, kat mana nak dapat murah?

Nak beli di website Pelangi Books pun boleh juga. Kalau beli dari pengedar, ada yang boleh dapat another discount dalam 10%. Ada distributor tak bagi diskaun pun.

๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰BOOK STATION๐Ÿ‘ˆ๐Ÿ‘ˆ

Bila aku check kat shopee, harga memang boleh dapat lebih murah. Boleh jimat dalam RM5.00 macam tu. Korang boleh pergi ke Book Station. Memang murah. Kalau dapat shipping voucher free lagi jimat. Aku jimat dalam RM30 macam tu. Banyak juga kan?

Korang boleh usha dulu kat shopee. Memang berbaloi. Kalau dapat beli di website Pelangi Books lagi murah pun lagi bagus. 

Saturday, January 24, 2026

Sesi membalut buku rujukan Hadif

Gigih tak mak

Semalam, selepas sesi membeli Buku Rujukan, balik rumah aku terus cari plastik pembalut buku. Syukurlah aku tak beli. Melambak plastik pembalut buku yang aku beli untuk Hanif dulu. Rasanya, aku boleh balut semua buku Hadif sampai dia Tingkatan 5 nanti , punya banyak aku beli hahaha.

Gigih juga aku membalut buku semalam. Satu aku perasan, aku memang suka membalut-balut ni. Dulu masa mula-mula kerja kat Xtra Supermarket (sekarang dah tak wujud dah), aku suka balut gift customers. Aku macam suka buat kerja macam tu. Bila kaunter customer service tak ada orang jaga, akulah yang akan ganti staf di situ buat sementara waktu. Dan aku belajar membalut gift dengan kakak-kakak kaunter customer service. Dan setiap kali kalau aku pergi pasaraya beli hadiah dan minta tolong customer service balut aku akan perhati je macam mana mereka buat. Sebab lain orang lain caranya. 

Sampai sekarang, kat ofis pun aku juga yang membalut sabun. Macam satu kepuasan. Kalau ada orang berkebun untuk hilangkan stress, aku pulak akan hilang stress dan leka bila membalut apa-apa barang. Membalut ni perlukan skill. Bila aku tengok hasil kerja sendiri mesti akan puas. Sebab itu, kalau korang tengok adik-adik yang kerja customer service tu cara balutan dorang lain-lain. Asas sama. Tapi kreativiti tak sama.

Antara buku yang aku beli semalam

Tapi itulah, tak ku sangka dari sekolah sampai ke tua balut buku. Dulu balut buku sendiri. Sekarang balut buku anak². Nak tunggu dorang balut sendiri memang tak laa. Alasannya, mama balut lagi cantik. Pandai kan dorang bodek aku. Akulah yang tolong balut. Aku jugak tolong tuliskan nama dengan tarikh beli sekali. 

Tuan punya buku baring depan TV layan movie Avatar. ๐Ÿฅด

Malam tadi aku dah order buku Pendidikan Islam, Tatabahasa, Karangan Bahasa Melayu dan English. Memang murah dari aku beli kat distributor. Dah sampai nanti aku share okay.

Beli Buku Rujukan di Pustaka Rawang, Taman Melawati

Selepas melayan sesi kesedihan Hadif aku cuba memahami masalah dia. Buat masa sekarang dia tak dapat buku teks lagi sebab masih menunggu keputusan kelulusan untuk tukar sekolah. Buku latihan pun dia masih belum beli lagi, takut nanti andai kata lulus nak tukar sekolah dah kena beli buku lain. So, aku sebagai ibu pun rasa serba salah. Aku dapatkan ada "peer pressure" dalam diri dia. 

Orang semua ada buku teks, tapi dia takde. Orang ada baju sukan tapi dia kena pakai baju putih. Orang ada buku latihan, dia terpaksa guna buku nota sementara.

Syukurlah ada buku-buku rujukan abang Hanif dia, cumanya buku rujukan tak cukup. Ada tiga subjek sahaja. Geografi, Sains dan Matematik. Aku rasa dulu aku dah beli semua, tapi kenapa ada tiga je. Lupa masa Abang Hanif Tingkatan 3, PT3 dah dimansuhkan, jadi aku pun tak adalah gigih sangat nak beli buku rujukan.

Disebabkan ada subjek Geografi dan Sains aku suruh dia bawa buku rujukan Geo dan Sains. Kalau kawan tak nak share buku teks pun takpe, adik ada buku aku kata.

Jadi, semalam juga aku pergi ke Mehraj Distributor Pandan Jaya, tempat yang memang selalu aku beli buku dari anak-anak aku tadika sampailah ke sekolah menengah. Agak murah sebab kadang-kadang boleh dapat diskaun 10% dari harga asal buku. Kira untung juga la kan.

Bila aku sampai di Mehraj, alamak kedai dia tutup pulak sebab Solat Jumaat. Takkan nak kena sidai satu jam. Aku dah kena masuk ofis. 

Aku check ada tak kedai buku lain. Cari punya cari keluar nama Pustaka Rawang, Taman Melawati. Aku selalu lalu Pustaka Rawang kalau nak pergi Bakewell tapi, aku ingat pro-gomen punya sebab nama klasik "pustaka" hahaha. 

Kebetulan Pustaka Rawang tutup pukul 9 malam. Haah cantiklah tu. Balik dari ofis semalam aku terus singgah. Dekat je dalam 5 minit. Dapat empat subjek sahaja iaitu Bahasa Melayu, English, Reka Bentuk dan Teknologi dan Sejarah. Pendidikan Islam tak ada. Ada yang jenama FOCUS dari Pelangi agak mahal. Dalam RM30 ke atas. Tapi buku FOCUS tu sangat detail. Macam buku teks ketebalannya. Cumanya, aku nak buku rujukan yang simple dan kecil sedikit. Yang tidak memberatkan beg anak aku. So aku pilih yang RANGER (REVISI CEPAT) dari Pelangi jugak. Harga pun okay. Dalam RM24.00 ke bawah. Kira okay dalam bajet aku sebab ada lagi aku nak beli nanti.

Total aku beli buku rujukan dia empat buah buku RM77.20. Tak ada extra diskaun 10%. Tapi takpelah. Sebab aku nak bawak balik at least sesuatu yang boleh buat Hadif happy.

Sampai rumah aku tanya dia, "Macam mana adik pergi sekolah harini? Guna buku tak bila cikgu ajar? Ada tak cikgu tanya apa-apa?". 

Respons dia cuma, "hmmm okay..." "takde..." "tak cakap apa..."

Kau rase??? ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‚

Rupanya aku dah jumpa tempat nak beli buku rujukan lebih murah dari Pustaka Rawang dan Mehraj.



Friday, January 23, 2026

Perkembangan dua minggu pertama sekolah menengah

Masa zaman Sekolah Tadika

Malam tadi aku terpaksa melayan drama anak aku. Korang mesti dah boleh agak siapa kan. Sampai tersedu-sedu dia menangis meluahkan perasaan dia kepada abang Hanif.

Isunya tak lain dan tak bukan, isu sekolah. Samalah macam dia mula-mula masuk Darjah 1 dulu. Cumanya, sekarang dia tak menangis time nak pergi sekolah atau bangun dari tidur. Dia menangis balik sekolah huhu.

Aku memang bising kat dia malam tadi. Pasal tak reti nak kemas meja makan selepas makan. Satu persatu nak kena suruh buat. Lepas tu buat muka protes. Tak ke hangin je aku tengok. Lepas tu mengaji pun kena marah sebab lambat. Sebelum tu dia dah kena marah dengan papa dia. Asyik tengok TV, kerja yang disuruh tak dibuat, muka monyok, bila ditanya takde mood nak jawab. Buat muka protes. Jangankan papa dia, aku pun annoyed.

Dah pulak dia cakap kasar dengan abang Hanif, aku bising lagi. Mana boleh cakap kasar dengan abang. Aku kata kalau sekali lagi mama dengar siap!! Barulah dia diam.

Dalam aku sedang membelek telefon aku dengar suara budak tersedu-sedu menangis. Rupa-rupanya, dia menangis sambil minta maaf dan mengadu kat abang dia.

First Day Darjah 1 - comelnya anak mama masa darjah 1

Dia minta maaf kat abang dia sebab cakap kasar. Sebab dia terlalu sedih. Kat sekolah takde orang nak kawan dengan dia. Takde orang nak bercakap dengan dia. Ada budak kata dia "kacip". Dia kata, ''My feelings are not the same as before." Kalau sebelum ni dia pergi sekolah dengan gembira, dapat jumpa kawan-kawan. Sekarang belum ada kawan lagi. Lepas tu dia kata papa pun marah dia. Lagilah dia sedih. Tak boleh control the feelings. Begitulah drama dia. Adehhh...

Aku dah agak benda macam ni akan jadi. Anak aku yang bernama Hadif ni seorang yang introvert dan sangat sensitif. Dah hari kedua sekolah yang dia demam tertidur kat kelas cikgu nak lempang dia. Kadang-kadang susah juga aku nak faham hati dia. Masa baby dulu, masa masuk pre-school dulu senang lah. Apa saja ditanya dia akan jawab. 

Dah besar kau tanya satu soalan dia jawab takde apa-apa. Kalau kat sekolah dia bergaduh dengan kawan, balik dari sekolah memang boleh nampak muka dia yang tak ada mood tu.

Jadinya, kami satu family kena pujuk dan tenangkan dia. Aku ajak dia baring sama-sama sebelum tidur. Cakap baik-baik dengan dia. Suruh dia whatsapp kawan-kawan. Peluk dia. Bangun pagi tadi aku cakap lagi kat dia, it's okay takde kawan. Atau tak ada siapa nak kawan. Nanti lama-lama akan ada kawan baru. Baru je dua minggu sekolah. 

First Day Tingkatan 1

Hari ni dia tanya lagi papa dia, macam mana kalau dia tak nak tukar sekolah? Hari tu nak tukar, hari ni tak nak pula. Sebab taknak jumpa ada seorang kawan dia tu hahaha. Papa dia kata takpelah, kita try one last time. 

Keputusan harini pertukaran sekolah tak diluluskan. Dah re-apply, kena tunggu pula keputusan 05 Februari 2026.

Tengoklah macam mana nanti.

Thursday, January 22, 2026

Isu murid umur 6 tahun masuk Darjah/Tahun 1

Sekolah Cina Hadif & Hanif, SRJKC Tsun Jin

Semalam Perdana Menteri kita Anwar Ibrahim (PMX) telah mengumumkan bahawa tahun depan, tahun 2026 pendidikan Pra-Sekolah akan bermula pada umur 5 tahun dan yang berumur 6 tahun boleh masuk Tahun 1. Walaupun dasar umur 6 tahun ke Tahun 1 tidak diwajibkan tapi ibu bapa digalakkan untuk masukkan anak ke Darjah 1 pada umur 6 tahun. 

Okay, secara jujurnya, sebagai ibu aku tak bersetuju untuk umur 6 tahun masuk Tahun 1 dengan keadaan yang agak kelam kabut. Mengikut kata PMX semua nak "fast track" sebab negara ini mampu menjadi negara yang berjaya, tapi ada beberapa yang perlu diambil kira.

1. Murid ada masalah kesediaan pembelajaran

Ada sesetengah anak yang berumur 6 tahun masih belum menguasai kemahiran asas. Contohnya;-
  • Kemahiran Literasi - mengenal huruf, membaca perkataan mudah dan tulis nama sendiri.
  • Kemahiran Numerasi - pula ialah kemahiran yang boleh memahami konsep nombor dan pengiraan asas.
  • Fokus dan tumpuan - yang mana anak yang umur 6 tahun ini kurang mampu memberi tumpuan dalam tempoh yang lama.
  • Koordinasi motor halus - adakah murid umur 6 tahun ini mengalami kesukaran untuk menulis menggunting dan melukis.
Macam anak aku Hadif, dulu masa umur 6 tahun dia masih lagi tak pandai bercakap. Ada anak yang sebaya Hadif boleh bercakap dan membaca dengan baik. Masuk Tahun 1 barulah lancar sedikit. 

2. Masalah perkembangan emosi dan sosial

Murid usia enam tahun ada yang belum matang secara emosi selalu menangis dan rindu rumah bila berdepan environment baharu di sekolah, mereka sukar berinteraksi dengan rakan sebaya kerana kemahiran sosialnya masih terhad, dan rasa terasing. 

Macam anak aku Hadif (hahaha hadif lagi), dua tahun Tadika, dua tahun itulah dia menangis setiap hari pergi tadika. Kawalan emosi agak lemah buatkan dia cepat frust, marah atau gelisah jika tugasan tidak dapat diselesaikan pada kadar yang lebih pantas. Lepas tu, dalam kelas dia agak pendiam sebab takut nak buat silap. Takut kena marah. 

Masa masuk Darjah 1. Ya Allah setiap hari aku kena pergi skolah dia setiap waktu rehat semata-mata nak bagi dia makan. Dia kata "rindu mama". Sampailah suatu hari Guru Besar dia datang approach aku tanya Hadif tak pandai makan sendiri ke hahaha. Hadif betul-betul okay masa dia dah masuk Darjah 3 walaupun semangat nak bangun pagi tu luntur semanjang huhu.

3. Tekanan akademik

Bila kerja rumah bertimbun, ujian bulanan, dan pembelajaran formal enam jam sehari memang akan memakan ruang main dan rehat budak. Jadual waktu sekolah yang ketat, kena ikut masa yang ditetapkan. Kena buat commitment untuk mereka duduk, mendengar dan menulis dalam tempoh yang lama. Sedangkan daya tumpuan murid enam tahun hanya sekitar 10–15 minit. 

Lepas itu, tahap penguasaan yang berbeza dalam kelas membuatkan yang belum bersedia mudah ketinggalan. Bila melihat kawan lebih matang menulis pantas dan menjawab soalan dengan yakin, tapi mereka sendiri masih bergelut dengan huruf dan nombor asas, lalu mula rasa tertekan dan putus asa. Dan buatkan mereka malas nak ke sekolah. Ini melalui pengalaman anak aku sendiri. 

4. Masalah dari segi fizikal

Murid berusia enam tahun belum cukup cergas untuk buat aktiviti sepanjang hari di sekolah. Dorang cepat letih dan lesu selepas beberapa sesi pembelajaran. Sukat nak kuasai kemahiran asas dalam sukan atau permainan. Nak uruskan diri pun tak beberapa pandai, ramai yang belum mahir ke tandas sendiri, membersihkan diri atau makan secara berdikari. Aku pun pernah lalui perkara yang sama walaupun Hadif masa tu umur 7 tahun. Kena ajar dia macam mana cara nak buka tali pinggang, cara nak buang air etc. Rasa pelik tapi itulah realiti. 

5. Masalah sosial

Beza umur setahun dalam kelas menyebabkan murid enam tahun kelihatan lebih kecil dan kurang matang berbanding kawan-kawan yang berusia tujuh tahun, sekali gus jurang fizikal dan kognitif tu jelas. Kecenderungan untuk diketepikan selalu berlaku apabila guru bahagikan kumpulan projek atau pasukan sukan kerana mereka dianggap “lambat” atau “tidak cukup kuat”, dan tidak dimasukkan dalam aktiviti berkumpulan. Akibatnya, mereka sukar membina persahabatan dengan rakan yang lebih tua, hidup dalam lingkaran sosial sempit dan mudah berasa terasing di kelas Tahun Satu. Yang paling aku risau kes buli. Sedangkan umur sebaya pun ada kes buli. Apetah lagi berbeza umur. 

6. Risiko jangka panjang

Kalau anak umur enam tahun terus masuk Tahun Satu tanpa sokongan yang mencukupi, akan ada risiko terperangkap dalam keciciran akademik yang berpanjangan, seperti, ketinggalan asas membaca dan mengira sejak awal, lalu sukar mengejar semula setiap tahun berikutnya. 

Kegagalan berulang itu secara beransur-ansur menghilangkan minat untuk belajar, menjadikan sekolah tempat yang bosan dan menakutkan. Lama-kelamaan, keyakinan diri mereka merosot, membina perasaan rendah diri, pesimis terhadap kemampuan sendiri, mula malas belajar dan membuka laluan kepada pelbagai masalah emosi yang boleh menjejaskan keseluruhan pembangunan hidup anak-anak.

7. Masalah FOMO (Fear of Missing Out)

Di atas kertas memang dikata "sukarela", tapi kita tahu, realiti dalam Malaysia ni "sukarela" boleh jadi "paksa rela". Ini sebab orang Malaysia ni ada FOMO, (Fear of Missing Out). Asal ada je benda-benda baru macam ni semua akan sibuk walaupun anak tu belum bersedia lagi. Tak payah jauh, nak book makan di Rembayung pun berebut hahaha. Syukurlah, tak perlu beratur. Kalau tidak setiap hari panjang laa "Q" kat Rembayung tu.

Kalau sebelum ni kena berebut dengan budak umur 7 tahun, sekarang berebut dengan budak 6 tahun. Kalau ada peluang mestilah nak rebut awal. Adakah ini yang KPM expect parents akan buat? 

Dari sudut ekonomi, parents sah sah mahu hantar awal sebab percuma. Tidak perlu bayar yuran beribu-ribu setahun. Boleh jimat. 

Kita kena lihat kembali adakah sekolah sudah bersedia? Bangunan sekolah bertambah atau tidak? Kelas bagaimana? Ada penambahan? Cikgu pula, adakah mereka bersedia. Adakah jumlah cikgu mencukupi? Berapa nisbah murid satu kelas dengan cikgu yang mengajar? Bagaimana nak fokus individu? Budak-budak akan jadi stress, guru akan stress dan burnout sebab terlalu letih.

Sekolah Rendah anak-anak aku, baru naik satu bangunan baharu beberapa tahun lepas. Itu pun hasil dari sumbangan ibu bapa dan tauke-tauke businessman. Sekolah Cina kan.

Nak ikut sangat negara-negara lain. Boleh.

Murid umur 5 tahun masuk tadika dan belajar 15 jam seminggu. Ada yang pergi tadika 3 kali seminggu.
Murid umur 11 tahun hingga 16 tahun belajar 25 jam seminggu.
Murid umur 17 tahun hingga 18 tahun waktu belajar fleksibel mengikut pengetua dan keperluan murid.

Sekolah diluar negara mempunyai saiz yang lebih kecil. Sekitar 100 - 200 murid. Tapi di Malaysia kalau sekolah tersebut kurang dari 150 murid dikira Sekolah Kurang Murid (SKM). Sekolah pun banyak. Dekat dengan rumah. Ibu bapa nak hantar anak pun cuma berjalan kaki sahaja.

Pelajar akan guna beg yang sama. Beg sekolah mereka ringan. Tidak perlu bawa buku banyak banyak ke sekolah. Buku akan ditinggalkan dalam kelas. Kalau ada locker pun percuma. Kalau ada kerja rumah barulah bawa balik buku "sekeping" dua.

Nak sangat ikut sekolah luar negara boleh, pelajar tak perlu bawa duit ke sekolah. Sebab sekolah beri makanan percuma dan berkhasiat kepada pelajar. Tiada makanan ringan dijual diluar sekolah. Murid cuma makan makanan berkhasiat yang disediakan oleh sekolah atau bekal yang disediakan oleh ibu bapa. Jadi tidak ada sesiapa yang mengambil kesempatan ke atas murid-murid ni.

Jadi, sebelum menjayakan umur 6 tahun masuk Tahun 1, selesaikan masalah-masalah asas dulu.


Tuesday, January 20, 2026

"Saya buka kedai makan je bang" - Khairul Aming


"Saya buka kedai makan je bang, mohon jangan letak expectation macam saya organize concert kat Bukit Jalil..." ‎ 

Rembayung boleh handle 200pax tapi yang berebut nak book 50,000 orang, termasuklah tuan punya belog ni hahahaha. Sis pun kena sidai.

‎Stadium Bukit Jalil boleh masuk 90,000 orang. Khairul Aming tu baru buka restoran dua minggu. Booking tiket konsert pun boleh crash. 

Kita lupakan tiket konsert. Nak book slot untuk imigresen guna app imigresen QMS tu pun setiap hari jam. Pukul 5.30 pagi dah mula menekan². 

Aku meniaga kat UTC Keramat dulu, setiap hari aku dengar keluhan orang yang datang imigresen. Ada yang kata lepas dua tiga hari baru dapat slot haha. ‎ ‎Betul KA kata, susah nak jadi Khairul Aming ni.


Sebenarnya, perkara macam ni adalah normal, cuma tak normal untuk Khairul Aming je. Sebab ramai orang expect Khairul Aming to be a perfectionist. Padahal lupa Khairul Aming pun manusia biasa.

Bagusnya, Khairul Aming ni, tak kira apa orang komen dan tegur semua dia ambil positif. Maintain professional walaupun stress.

Lambat juga cita-cita dia hahaha...

Kalau mengikut track record Sambal Nyet,
memang kena battle setiap masa.๐Ÿ˜…



Monday, January 19, 2026

Kena sidai dua jam di Klinik Kesihatan?

Slip MC Hadif haritu

‎Pada aku pergi klinik kesihatan kena tunggu dua jam tu kira cepat la tu. Dah tu, sepatutnya kena tunggu berapa lama? 1 jam? Setengah jam? Baru rasa cepat? ‎

‎Nak pergi KK ni kena bawak nama baru Sabariah. ‎ 

Mungkin masa tu tengah sakit teruk jadi 2 jam tu agak lama. Tak boleh nak salahkan mereka. Tapi, orang kita ni beratur demi makanan viral lebih 5 jam pun okay. Sebab sihat. ‎ ‎

Aku ni dari anak² aku lepas lahir sampailah besar memang kalau demam ke apa aku akan bawa pergi KK kecuali kalau betul² emergency baru aku pergi klinik swasta. ‎ 

‎Masa anak² aku baby aku selalu pergi klinik "after hour" di HKL. Masa tu klinik after hour masih lagi di bangunan Ortopedik tak jauh dari Wad Kayu tu. Berdepan dengan Masjid. Doktor ramai, patient pun ramai. Waktu menunggu lebih kurang 2-3 jam. Tak pernah ada masalah bagi aku kalau tunggu setakat dua jam tu. Rekod aku pernah tunggu sampai 4 jam tapi kita faham sebab patient ramai. 

Di wad kecemasan tunggu anak aku dapat katil wad sampai 18 jam pun pernah sebab takde katil. Bukan anak aku sorang je sakit. Call private hospital terdekat pun penuh. Bertabah je lah duduk kat emergency. At least doktor monitor setiap masa. ‎

‎Baru saja hari Khamis minggu lepas aku pergi Klinik Kesihatan. Appointment pukul 10.30. Siap kena beratur untuk scan, ambik nombor, check suhu badan, ambik darah. Jumpa doktor dua kali. ‎ ‎

By 12.00pm dah siap dan dah ambik ubat di Farmasi. ‎ ‎Kira 1 jam 30 minit. Okaylah, aku sampai klinik pukul 10.15am. So aku up jadi 1 jam 45 minit.  ‎
Klinik kesihatan ni ada masa doktor tak ramai. Ada yang cuti ada juga MC. Ingat doktor ni robot ke? Ada masa kalau doktor KK 2-3 orang macam klinik kawasan rumah aku pun still kena tunggu 2 jam sebab ramai patient. Ingat kau sorang je yang sakit? Ada masa doktor ni nak check seorang patient pun ambil masa yang lama. Lagi² kalau orang tua. Ada patient kena buat test darah etc, kena jumpa doktor dua kali. ‎ ‎

Laju selepas 12.15pm pasal patient pun dah kurang. Dan tak ada orang akan datang sebab alang². Dorang tahu time rehat pukul 1pm. Waktu high peak klinik kesihatan ialah dari pukul 9.00 pagi sampai 11.00 pagi. ‎ ‎

Kalau sakit sangat dah tak tahan pergi je kaunter beritahu dengan nurse atau pembantu kesihatan yang kau dah tak larat sangat nak pengsan, sesak nafas, jatuh pengsan depan bilik doktor mesti dorang akan bantu. ‎ 

Sebenarnya dalam keadaan kita sakit pun kita kena juga cuba berfikiran rasional. Lagi² kalau pergi KK. Kita sakit, ada orang lain pun sakit sama macam kita juga. Kita menunggu, ada orang lain pun menunggu macam kita juga.

Saturday, January 17, 2026

Hari kedua demam, bawa pergi klinik

15 Januari 2025, Khamis

Aku bawak Hadif pergi klinik sebab demam. Mula demam hari Selasa haritu. Balik sekolah terus lembik. Rabu aku takde bawak dia pergi klinik sebab ingat demam sehari je. Tapi, hari Khamis tak juga okay terpaksalah kena bawa pergi ke klinik.

Check suhu badan, time ni okay pulak suhu dia

Minggu pertama persekolahan dah demam. Risau sebab dua bulan lepas dia demam. Bulan lepas dia demam kena beguk. Ini tak sampai sebulan demam lagi. Doktor suruh check darah.  Alhamdulillah okay. Doktor kata mungkin disebabkan oleh virus. Dapat cuti sakit dua hari. Hari Khamis dan Hari Jumaat. Kira panjanglah cuti dia minggu pertama sekolah. ๐Ÿ˜…


Tunggu ubat kat farmasi

Kalau flashback masa dia masih baby dulu mahu dia meraung-raung menangis setiap kali ambik darah. Dari dalam perut kita pergi klinik yang sama. Dulu Klinik Ibu dan Anak. Sekarang klinik ni dah ditukar kepada Klinik Kesihatan. Klinik Ibu dan Anak ditukar ke bangunan baru bersebelahan sahaja. Ditukar selepas Covid-19.

Ye lah, Kampung Pandan Dalam mana ada Klinik Kesihatan. Dulu kalau tak pergi Klinik Kesihatan Desa Pandan aku akan pergi Klinik Ampang. Kadang-kadang aku ke Klinik Kuala Lumpur.

Wednesday, January 14, 2026

Jangan jadikan murid sebagai sasaran ego dewasa

Ada sekolah, contoh sekolah anak aku sebelum ni walaupun Sekolah Cina orang dok kecam, tapi boleh dikatakan cikgu²nya bertanggungjawab. 

Anak sakit terus mereka akan call dan inform parents. Anak aku haritu luka dikening sebab jatuh main dengan kawan pun cikgu terus telefon minta parents datang. Terus security check cctv nak tengok apa yang sebenarnya terjadi. 


Aku cakap dengan cikgu takpe. Sebab anak aku dengan kawan² dia bergurau main tolak². Bukan salah sesiapa pun. Syukur masa tu ada ambil insurans dengan sekolah jadi rawatan klinik boleh claim.

Kalau demam pun ibu bapa akan dimaklumkan segera. Sebab itu pentingnya komunikasi antara guru dengan ibu bapa murid. 

Semalam anak aku tak sihat. Dia demam dan nak muntah. Tertidur dalam kelas sebab tak larat. Kalau kat sekolah lama cikgu mesti dah call dan suruh ambik anak bawa balik. 

Seorang Cikgu ni (pengganti guru kelas sebab guru kelas cuti bersalin) kata kat anak aku suruh ambil buku. Anak aku jawab tak perlu ambil buku teks sebab nanti nak kena pindah sekolah. 

Isnin haritu, masa dia nak ambil buku dia cerita Guru Besar ada tanya nak tukar sekolah kan. Anak aku jawab, "ya". Jadi, guru besar kata tak perlu ambil buku teks dulu. Kalau kata tak jadi tukar sekolah nanti baru datang ambik buku teks. 

Berbalik kepada seorang cikgu ni, aku tak tahulah cikgu ni ada masalah attitude ke apa dia cakap, "Kang aku lempang kau sekali nanti, dah lah tidur dalam kelas aku...!"

Macam mana aku tahu? Sebab aku baca whatsapp anak aku kepada kawan dia. Dan aku tanyalah. Sebelum tu dia dah beritahu papa dia. Barulah anak aku cerita.

Aku tanya Hanif siapa cikgu tu. Hanif pun buka cerita, "ala mama cikgu lelaki yang Hanif cakap kuat meroyan tu..." ๐Ÿคฃ

Dan suami aku pernah nampak ya cikgu ni baling beg pelajar. Suami aku kata cikgu ni macam ada masalah mental. Hanif dulu selalu jugak la bercerita pasal sorang cikgu ni. 

Cuma satulah, cikgu ni tak buat kat Hanif perangai merentan dia. Kita ni buat macam kau tak ganggu anak aku, aku tak sentuh dan kacau kau. Tapi hari ni dia nak buat perangai mental kat Hadif. 

Kau tak tanya pun kenapa budak tu lembik dan tertidur kat kelas alih² kau sound gitu. Memang aku sangat² tak berpuas hati. Tak tahu kat mana aku luah rasa sakit hati. Tulis kat facebook nanti viral jadi aku membebel kat sini je lah hahaha. 
Aku percaya tak semua cikgu berperangai begitu. Sama juga dengan cikgu nak tunjuk tegas sebab nak takut²kan murid. 

Tapi aku juga percaya sebagai cikgu kau pun takde hak nak buat perangai mental kau kepada murid. Aku percaya juga bila cikgu ni berani buat kepada ramai murid maksudnya tak pernah lagi ada ibu bapa yang bersuara tentang isu ni. 

Kau nak buat perangai begitu. Pergi buat kat anak sendiri. Ada cara untuk mendidik tapi apa yang cikgu ni buat kat Hadif pada aku just nak tunjuk attitude "a piece of shit" dia. 

Jadi esok Khamis, 15 January 2026, tak sabar aku nak pergi Orientasi. Aku nak juga tengok muka cikgu tu macam mana. Aku nak perati je. 

Tuesday, January 13, 2026

Hari pertama sekolah tahun 2026, Tingkatan 1

12 Januari 2025, Isnin.

Hari pertama sekolah masuk Tingkatan Satu. 

Papa busy seharian ulang alik sekolah 
dan ke PPD dari pagi sampai petang. 
Habis masa kat PPD je 5 jam. 


Aku kena pastikan semua siap, bawak 
dorang pergi makan, hantar ke sekolah 
kemudian hantar abang Hanif pergi kerja.
 
Lunch dulu

My H1H2

Masa sebelum sampai sekolah macam² dia tanya. Dewan besar tak 
macam Tsun Jin. Nanti nak duduk macam mana. 
Aku cakap dewan perhimpunan takde aircond. Tapi ada kipas besar. 
Tak panas sebab open air. Ada dewan yang ada aircond tapi tak besar. 
Jangan bandingkan dengan Tsun Jin. Jauh sangat beza. ๐Ÿ˜…


Bila balik sekolah, ditanya macam mana hari pertama. 
Dia kata okay je. 

Lepas tu dia kata air dia murahlah la mama..seringgit haha. 
Sekolah lama air paling murah dua ringgit. 

Dah ada kawan dah.

Masih malu, bukannya nampak
mak dia pun hmmm...


Esok dia kata menu kat kantin special ada pasta, ada chicken chop, 
burger so kena bawak duit lebih sikit.   


Muka balik sekolah haha

Ada masa 5-7 tahun lagi fasa persekolahan kalau masuk Form 6. 
Lepas tu mesti aku kesunyian. Sekarang pun dah rasa sunyi huhu.

Nombor giliran papa kat PPD yang ke 693

Aku sertakan sekali pemandangan dari Sekolah Datok Lokman. 
Orang kagum tengok Menara TRX, Menara KLCC, Menara PNB118, 
anak² yang sekolah kat sini setiap hari tengok mereka tak hairan pun. ๐Ÿ˜…

Aku je yang sibuk ambik gambar. 
Parents lain pun tak kisah hahaha.

Tapi serius cantik. 

Mana yang bersekolah di Sekolah Aminuddin Baki, Sekolah Maluri, 
Sekolah Datok Lokman, Sekolah Taylors, Sekolah SRJKC Tsun Jin 
boleh nampak view ni setiap hari.