Haritu kan aku ada story tentang kat mana nak dapat buku rujukan yang lebih murah. Buku-buku yang aku order dua hari lepas dah pun sampai semalam. Dapat baucer untuk "same delivery free" dari Shopee, aku gunakanlah sebaiknya.
Aku order buku Pendidikan Islam, Premium Model Penulisan (Bahasa Melayu), Premium Model Essays (English) dan Buku Tatabahasa. Semuanya dari Pelangi Books.
Ingat lagi zaman sekolah dulu brand yang top masa tu ialah Sasbadi. Tapi aku suka buku dari Pelangi sebab pada aku nota dari buku ni semuanya ringkas, padat then banyak latihan yang menyeluruh. Aku memang banyak beli buku rujukan dari Pelangi.
Pilihan kedua aku ketika itu dari Sasbadi. Sasbadi masa tu harga agak mahal sikit dari buku Pelangi.
Sekarang, untuk anak-anak aku pun sama. Aku beli dari Pelangi Books. Ada juga aku beli dari publisher lain seperti buku Quick Revision dari EPH Publishing. Okay juga. Tapi kalau yang lebih menarik dan warna warni adalah Pelangi hehe.
Setakat ini Pelangi memang best especially yang FOCUS. Memang Bestseller. Pada aku kalau tak guna buku teks pun tak ada masalah sebab buku FOCUS ni dah macam buku teks cuma versi warna warni. Cuma harga memang agak mahal. Satu buku rujukan dalam RM19.00-RM40 untuk Tingkatan 1 hingga 3. Kalau ada bajet lebih dan adik-adik yang ramai boleh beli. Sebab kalau abang atau kakak dah tak guna boleh pass kepada adik-beradik yang lain. 😊
Macam aku, yang Pendidikan Islam aku beli FOCUS. Yang lain aku beli RANGER. Sebab senang Hadif nak bawak pergi sekolah. Buku pun sederhana je saiznya. Boleh bawa ke mana-mana. Nak buat ulangkaji pun senang. RANGER ni pun dalam kategori Bestseller juga. Yang Quick Revision tu aku beli untuk abang Hanif tiga tahun lepas.
Okay, kat mana nak dapat murah?
Nak beli di website Pelangi Books pun boleh juga. Kalau beli dari pengedar, ada yang boleh dapat another discount dalam 10%. Ada distributor tak bagi diskaun pun.
Bila aku check kat shopee, harga memang boleh dapat lebih murah. Boleh jimat dalam RM5.00 macam tu. Korang boleh pergi ke Book Station. Memang murah. Kalau dapat shipping voucher free lagi jimat. Aku jimat dalam RM30 macam tu. Banyak juga kan?Korang boleh usha dulu kat shopee. Memang berbaloi. Kalau dapat beli di website Pelangi Books lagi murah pun lagi bagus.
No comments:
Post a Comment