Friday, January 23, 2026

Perkembangan dua minggu pertama sekolah menengah

Masa zaman Sekolah Tadika

Malam tadi aku terpaksa melayan drama anak aku. Korang mesti dah boleh agak siapa kan. Sampai tersedu-sedu dia menangis meluahkan perasaan dia kepada abang Hanif.

Isunya tak lain dan tak bukan, isu sekolah. Samalah macam dia mula-mula masuk Darjah 1 dulu. Cumanya, sekarang dia tak menangis time nak pergi sekolah atau bangun dari tidur. Dia menangis balik sekolah huhu.

Aku memang bising kat dia malam tadi. Pasal tak reti nak kemas meja makan selepas makan. Satu persatu nak kena suruh buat. Lepas tu buat muka protes. Tak ke hangin je aku tengok. Lepas tu mengaji pun kena marah sebab lambat. Sebelum tu dia dah kena marah dengan papa dia. Asyik tengok TV, kerja yang disuruh tak dibuat, muka monyok, bila ditanya takde mood nak jawab. Buat muka protes. Jangankan papa dia, aku pun annoyed.

Dah pulak dia cakap kasar dengan abang Hanif, aku bising lagi. Mana boleh cakap kasar dengan abang. Aku kata kalau sekali lagi mama dengar siap!! Barulah dia diam.

Dalam aku sedang membelek telefon aku dengar suara budak tersedu-sedu menangis. Rupa-rupanya, dia menangis sambil minta maaf dan mengadu kat abang dia.

First Day Darjah 1 - comelnya anak mama masa darjah 1

Dia minta maaf kat abang dia sebab cakap kasar. Sebab dia terlalu sedih. Kat sekolah takde orang nak kawan dengan dia. Takde orang nak bercakap dengan dia. Ada budak kata dia "kacip". Dia kata, ''My feelings are not the same as before." Kalau sebelum ni dia pergi sekolah dengan gembira, dapat jumpa kawan-kawan. Sekarang belum ada kawan lagi. Lepas tu dia kata papa pun marah dia. Lagilah dia sedih. Tak boleh control the feelings. Begitulah drama dia. Adehhh...

Aku dah agak benda macam ni akan jadi. Anak aku yang bernama Hadif ni seorang yang introvert dan sangat sensitif. Dah hari kedua sekolah yang dia demam tertidur kat kelas cikgu nak lempang dia. Kadang-kadang susah juga aku nak faham hati dia. Masa baby dulu, masa masuk pre-school dulu senang lah. Apa saja ditanya dia akan jawab. 

Dah besar kau tanya satu soalan dia jawab takde apa-apa. Kalau kat sekolah dia bergaduh dengan kawan, balik dari sekolah memang boleh nampak muka dia yang tak ada mood tu.

Jadinya, kami satu family kena pujuk dan tenangkan dia. Aku ajak dia baring sama-sama sebelum tidur. Cakap baik-baik dengan dia. Suruh dia whatsapp kawan-kawan. Peluk dia. Bangun pagi tadi aku cakap lagi kat dia, it's okay takde kawan. Atau tak ada siapa nak kawan. Nanti lama-lama akan ada kawan baru. Baru je dua minggu sekolah. 

First Day Tingkatan 1

Hari ni dia tanya lagi papa dia, macam mana kalau dia tak nak tukar sekolah? Hari tu nak tukar, hari ni tak nak pula. Sebab taknak jumpa ada seorang kawan dia tu hahaha. Papa dia kata takpelah, kita try one last time. 

Keputusan harini pertukaran sekolah tak diluluskan. Dah re-apply, kena tunggu pula keputusan 05 Februari 2026.

Tengoklah macam mana nanti.

No comments:

Post a Comment