Orang semua ada buku teks, tapi dia takde. Orang ada baju sukan tapi dia kena pakai baju putih. Orang ada buku latihan, dia terpaksa guna buku nota sementara.
Syukurlah ada buku-buku rujukan abang Hanif dia, cumanya buku rujukan tak cukup. Ada tiga subjek sahaja. Geografi, Sains dan Matematik. Aku rasa dulu aku dah beli semua, tapi kenapa ada tiga je. Lupa masa Abang Hanif Tingkatan 3, PT3 dah dimansuhkan, jadi aku pun tak adalah gigih sangat nak beli buku rujukan.
Disebabkan ada subjek Geografi dan Sains aku suruh dia bawa buku rujukan Geo dan Sains. Kalau kawan tak nak share buku teks pun takpe, adik ada buku aku kata.
Jadi, semalam juga aku pergi ke Mehraj Distributor Pandan Jaya, tempat yang memang selalu aku beli buku dari anak-anak aku tadika sampailah ke sekolah menengah. Agak murah sebab kadang-kadang boleh dapat diskaun 10% dari harga asal buku. Kira untung juga la kan.
Bila aku sampai di Mehraj, alamak kedai dia tutup pulak sebab Solat Jumaat. Takkan nak kena sidai satu jam. Aku dah kena masuk ofis.
Aku check ada tak kedai buku lain. Cari punya cari keluar nama Pustaka Rawang, Taman Melawati. Aku selalu lalu Pustaka Rawang kalau nak pergi Bakewell tapi, aku ingat pro-gomen punya sebab nama klasik "pustaka" hahaha.
Kebetulan Pustaka Rawang tutup pukul 9 malam. Haah cantiklah tu. Balik dari ofis semalam aku terus singgah. Dekat je dalam 5 minit. Dapat empat subjek sahaja iaitu Bahasa Melayu, English, Reka Bentuk dan Teknologi dan Sejarah. Pendidikan Islam tak ada. Ada yang jenama FOCUS dari Pelangi agak mahal. Dalam RM30 ke atas. Tapi buku FOCUS tu sangat detail. Macam buku teks ketebalannya. Cumanya, aku nak buku rujukan yang simple dan kecil sedikit. Yang tidak memberatkan beg anak aku. So aku pilih yang RANGER (REVISI CEPAT) dari Pelangi jugak. Harga pun okay. Dalam RM24.00 ke bawah. Kira okay dalam bajet aku sebab ada lagi aku nak beli nanti.
Total aku beli buku rujukan dia empat buah buku RM77.20. Tak ada extra diskaun 10%. Tapi takpelah. Sebab aku nak bawak balik at least sesuatu yang boleh buat Hadif happy.
Sampai rumah aku tanya dia, "Macam mana adik pergi sekolah harini? Guna buku tak bila cikgu ajar? Ada tak cikgu tanya apa-apa?".
Respons dia cuma, "hmmm okay..." "takde..." "tak cakap apa..."
Kau rase??? 😅😂
Rupanya aku dah jumpa tempat nak beli buku rujukan lebih murah dari Pustaka Rawang dan Mehraj.
No comments:
Post a Comment