Semalam, selepas sesi membeli Buku Rujukan, balik rumah aku terus cari plastik pembalut buku. Syukurlah aku tak beli. Melambak plastik pembalut buku yang aku beli untuk Hanif dulu. Rasanya, aku boleh balut semua buku Hadif sampai dia Tingkatan 5 nanti , punya banyak aku beli hahaha.
Gigih juga aku membalut buku semalam. Satu aku perasan, aku memang suka membalut-balut ni. Dulu masa mula-mula kerja kat Xtra Supermarket (sekarang dah tak wujud dah), aku suka balut gift customers. Aku macam suka buat kerja macam tu. Bila kaunter customer service tak ada orang jaga, akulah yang akan ganti staf di situ buat sementara waktu. Dan aku belajar membalut gift dengan kakak-kakak kaunter customer service. Dan setiap kali kalau aku pergi pasaraya beli hadiah dan minta tolong customer service balut aku akan perhati je macam mana mereka buat. Sebab lain orang lain caranya.
Sampai sekarang, kat ofis pun aku juga yang membalut sabun. Macam satu kepuasan. Kalau ada orang berkebun untuk hilangkan stress, aku pulak akan hilang stress dan leka bila membalut apa-apa barang. Membalut ni perlukan skill. Bila aku tengok hasil kerja sendiri mesti akan puas. Sebab itu, kalau korang tengok adik-adik yang kerja customer service tu cara balutan dorang lain-lain. Asas sama. Tapi kreativiti tak sama.
Tapi itulah, tak ku sangka dari sekolah sampai ke tua balut buku. Dulu balut buku sendiri. Sekarang balut buku anak². Nak tunggu dorang balut sendiri memang tak laa.
Alasannya, mama balut lagi cantik. Pandai kan dorang bodek aku. Akulah yang tolong balut. Aku jugak tolong tuliskan nama dengan tarikh beli sekali.
Tuan punya buku baring depan TV layan movie Avatar. 🥴
Malam tadi aku dah order buku Pendidikan Islam, Tatabahasa, Karangan Bahasa Melayu dan English. Memang murah dari aku beli kat distributor. Dah sampai nanti aku share okay.
No comments:
Post a Comment