Dua tiga hari orang dok kecoh tentang Amap. Aku pun baru install dua hari lepas sebab kawan ofis yang sebut tentang Amap ni. Dia kata macam best. Aku pun terjebak install sekali. FOMO kan. Then semalam masa on the way ke ofis baru aku teringat nak guna.
Aku baru tahu sebenarnya Google Maps ni tak berfungsi di Tanah Besar Cina (China Mainland). Jadi AMap dibangunkan di China. Dikenali juga sebagai Gaode Map. Merupakan salah satu peta navigasi digital terbesar di China dan dimiliki oleh Alibaba Group. Digunakan oleh rakyat China sebagai sistem navigasi utama.
Dilancarkan pada tahun 2011oleh Gaode Software Co Ltd. Tahun 2014, Alibaba Group beli Gaode Software dan jadi anak syarikan penuh Alibaba.
Pada tahun 2023, lancarkan sistem AI bersepadu yang gunakan teknologi dari Alibaba Cloud untuk perancangan perjalanan pintar.
So far aku guna semalam, aku suka. Sangat memudahkan. Dan kita takkan salah masuk simpang. Amap akan tunjukkan laluan mana yang perlu kita ikut lebih awal sebelum nak masuk simpang. Sangat sesuailah untuk orang yang selalu terlepas simpang. Jadi, untuk kita yang tinggal di Lembah Klang (KL/Selangor) sangat sesuai.
Visual Amap pun 3D. Boleh rujuk gambar yang aku letak. Yang best, Amap ada fungsi untuk kesan kamera had laju dan "speed trap". Tetapan bahasa pulak, nak guna Bahasa Melayu pun boleh, English pun boleh. Bila dah install tu, buka je aplikasi terus pilih "Bahasa".
Terus terang aku katakan, Amap ni memang lebih best dari Waze. Amap lebih terperinci, tunjuk lorong spesifik yang kita nak masuk tu lebih awal, visual 3D, struktur jalan yang ditunjukkan di screen macam keadaan sebenar, maklumat kat screen lengkap dan tak tersusun. Kalau Waze lebih focus kepada trafik dan laporan pengguna.
So, bye bye Waze dan Google Maps.
Aku malas nak terangkan macam mana nak log in, tukar bahasa etc tu. Pandai-pandaiklah korang setting sendiri. Sama je macam aplikasi yang lain hahaha.
Korang pula bagaimana? Kekal dengan "Waze", "Google Maps" atau berhijrah ke "Amap"?😆
No comments:
Post a Comment