Wednesday, January 28, 2026

Dah daftar MyDigital ID?


Fuhh, hari ini aku register MyDigital ID beb! Rasa macam suatu kejayaan pulak hahaha...

Sebelum ni memang aku tak setuju pun dengan MyDigital ID. Even PADU pun aku tak daftar. Tapi yang membuatkan aku terpaksa mendaftar MyDigital ID dalam keadaan terpaksa rela kerana bila aku nak masuk aplikasi agensi kerajaan seperti MyJPJ tu kena guna MyDigital ID. 

Daripada apa yang aku baca, MyDigital ID dibangunkan MIMOS pada tahun 2016. Tetapi MyDigital ID Sdn Bhd ditubuhkan secara rasmi di Jabatan Perdana Menteri pada 15 Januari 2024. Yang mana pengurusannya perlaksanaannya dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri. Berfungsi sebagai satu log masuk tunggal yang selamat untuk sistem MyNIISe dan dilancarkan pada Ogos 2024.

Kenapa tidak diurus dan dilaksanakan dibawah JPN? Nanti aku cari maklumat lebih lanjut keyh. 😆

MyDigital ID ini berfungsi sebagai identiti digital nasional untuk pengesahan dalam talian yang selamat tanpa menyimpan data biometrik katanya hehe.

Tapi kalau kau suka ke tidak, setuju ke tidak, tetap juga kena daftar macam aku. Suami aku dah daftar awal. Dari zaman PADU lagi. Aku ketinggalan jugak. Sebenarnya, ramai lagi yang tak daftar tu kan?😅

Kiosk MyDigital ID di Tealive, My Town

Selepas buat pendaftaran di aplikasi MyDigital ID, aku kena pula pergi ke Kiosk MyDigital ID untuk pengesahan "thumbprint". Macam-macam kan. Kita ni nak jadi rakyat yang patuh. Kalau tak melecehkan kita bukan gomen namanya.

Nak tahu lokasi kiosk MyDigital ID boleh klik sini. Semua out Tealive ada kiosk MyDigital ID. Yang paling dekat dengan ofis aku ialah Tealive Melawati Mall. Yang paling dekat dengan rumah aku ialah Tealive Ampang Point. 

Disebabkan aku rindu nak makan croissant dan hot chocolate, aku saja gatal pergi Tealive My Town Cheras hehe. 

Senang je, masukkan IC terus
Sekejap je nak buat pengesahan "thumbprint". Tak sampai 3 minit dah selesai. Masa nak buat tu berdebar juga sebab takut salah. Tapi ikut je arahan yang tertera. Cuma macam aku tadi macam cakap sorang². Nak masuk IC kat mana, nak thumbprint kat mana. 

Yelah, nak tanya adik kerja kat Tealive tu dia tengah sibuk. Takpelah, aku cakap je dengan Kiosk tu. Berjaya jugak. 🤣

Ikut je arahan, dah thumbprint, keluarkan IC

Thumbprint verification successful, Boleh Klik "done"
Dah selesai semua aku pergi beli croissant, beli barang sikit kat Mr Dollar, then balik huhu. Hot chocolate yang aku nak dah habis. 

No comments:

Post a Comment