Sunday, January 4, 2026

Pergi ke Chinese Muslim Food Festival di 1 Utama

02 Januari 2025, Jumaat

Aku terlupa yang office tutup empat hari sempena Tahun Baru. Dengan penuh semangat aku masuk office walaupun selepas Solat Jumaat. 😆

Dah Hadif nak ikut, terpaksalah aku tunggu dia. Bila sampai office aku kata dalam hati bagus betul dorang ni tak masuk office lagi. Malam tadi ada pergi "reach out'' mana-mana ke? Kebiasaaannya, geng geng office aku kalau dah pergi buat "reach out'' keesokkan harinya dorang akan lambat masuk office. 


Kemudian baru aku baca whatsapp, kawan aku ajak pergi 1 Utama, ada Chinese Muslim Food Festival katanya. Barulah aku teringat yang office tutup empat hari hahahaha. Disebabkan aku pun takde buat apa aku dengan Hadif ikut saja la plan pergi Food Festival. Saja nak tengok.


Jalan dah agak sesak. Hujan lagi. Nak dapat parking pun susah. Selepas Mid Valley dan Sunway Velocity, 1 Utama adalah mall yang aku tak suka pergi kecuali untuk main bowling. Itu pun last aku ke OU dua tahun lepas dengan mak dan adik-adik aku. Mall yang besar tapi membazir tenaga. Baik pergi My Town. 



Masuk ke Tapak Pesta Makanan tengok ramai juga yang datang. Ada beberapa booth aku nampak orang beratur panjang. Tak tahu apa yang depa suka. Aku tak minat Food Festival sebab pada aku nak dapat makanan sedap tu susah. Makanan pula harga lebih kurang restoran dalam mall. Baik lepak restoran dalam mall je. Kenyang pun kenyang.


Tempat BBQ ni unik buat orang ramai tertarik

Ini duit habis tapi tak kenyang. Sudahnya, kawan-kawan office aku semua menggelupur kelaparan termasuklah Hadif. Aku cuma beli pau je. Itu pun sebab jenama pau tu Pau Sedap. Brand yang aku suka. Lain-lain tu aku tak beli.

Kawan aku beli udang goreng tepung, kambing grill, kentang apa entah aku tak tahu nama, itik dengan ayam aku lupa masak apa.

Satay, tapi tak pasti satay yang bagaimana, tak beli


Semua makanan yang dibeli rasanya biasa je nyah huhu. Dan aku pun tak tahu kenapa ramai orang beratur. Air harga RM5 segelas yang mana aku rasa tak berbaloi. Baik minum kedai mamak Milo Ais mangkuk kaw baru RM3.50 - RM4.00. Puas hati sebab sedap.

Masa balik tu nak bayar parking pun leceh. Kena install app OU. Jenuh laa, nak install app. Lepas tu bayar online hihi. Bagus kawan-kawan aku semua dalam kategori penyabar.

Muka tak puas hati sebab makan tak kenyang

Ini kentang tapi tak tahu namanya apa, rasa tak sedap sangat

Tapi, itulah kan. Nak komplen lebih pun tak boleh. Sapa suruh gatal pergi Food Festival. Makan pun tak kenyang. Pergi jalan sesak. Balik pun jalan sesak. 

Kesudahannya, kita semua lepas tu makan Nasi Ayam Hainan di Ampang. 😂

No comments:

Post a Comment