12 Januari 2025, Isnin.
Hari pertama sekolah masuk Tingkatan Satu.
Papa busy seharian ulang alik sekolah
dan ke PPD dari pagi sampai petang.
Habis masa kat PPD je 5 jam.
Aku kena pastikan semua siap, bawak
dorang pergi makan, hantar ke sekolah
kemudian hantar abang Hanif pergi kerja.
Masa sebelum sampai sekolah macam² dia tanya. Dewan besar tak macam Tsun Jin.
Nanti nak duduk macam mana.
Aku cakap dewan perhimpunan takde aircond. Tapi ada kipas besar.
Tak panas sebab open air. Ada dewan yang ada aircond tapi tak besar.
Jangan bandingkan dengan Tsun Jin. Jauh sangat beza. 😅
Bila balik sekolah, ditanya macam mana hari pertama.
Dia kata okay je.
Lepas tu dia kata air dia murahlah la mama..seringgit haha.
Sekolah lama air paling murah dua ringgit.
Dah ada kawan dah.
Esok dia kata menu kat kantin special ada pasta, ada chicken chop, burger
so kena bawak duit lebih sikit.
Ada masa 5-7 tahun lagi fasa persekolahan kalau masuk Form 6. Lepas tu mesti aku kesunyian. Sekarang pun dah rasa sunyi huhu.
Aku sertakan sekali pemandangan dari Sekolah Datok Lokman.
Orang kagum tengok Menara TRX, Menara KLCC, Menara PNB118, anak² yang
sekolah kat sini setiap hari tengok mereka tak hairan pun. 😅
Aku je yang sibuk ambik gambar.
Parents lain pun tak kisah hahaha.
Tapi serius cantik.
Mana yang bersekolah di Sekolah Aminuddin Baki, Sekolah Maluri, Sekolah Datok Lokman,
Sekolah Taylors, Sekolah SRJKC Tsun Jin boleh nampak view ni setiap hari.
No comments:
Post a Comment