Sunday, June 26, 2011

Lumbar Puncture

Lumbar Puncture ini merupakan Prosedur Pemeriksaan Cecair Selaput Otak atau lebih dikenali sebagai LP. Pemeriksaan cecair selaput otak adalah satu prosedur memeriksa cecair tersebut dengan memasukkan jarum halus ke dalam ruang tulang belakang (spine) pesakit dan membenarkan cecair mengalir keluar ke dalam botol kecil untuk memastikan jenis kuman yang dihidapi atau untuk rawatan tertentu. Risalah ini saya ambil di HKL tempoh hari semasa Putera Kesayanganku admitted di hospital and even dia sendiri pernah melalui proses ini pada usia 5 hari selepas kelahiran.


Cecair selaput otak yang diperolehi dihantar ke makmal untuk dibuat ujian bagi menentukan samada pesakit mengalami radang selaput otak atau penyakit lain.

Kebanyakan pesakit takut untuk menjalani prosedur kerana bimbang akan terencat akal, tidak boleh berjalan, hodoh dan sebagainya. Prosedur ini adalah ujian yang tidak memeudaratkan pesakit, sebaliknya boleh memberikan maklumat mengenai penyakit itu sendiri.

INDIKASI:-
- Untuk kajian penentuan penyakit (samada kanser kuman microbiology atau serology)
- Menentukan ada darah di cecair selaput otak
- Menentukan ada kesekatan di saraf tunjang
- Memberi ubat antibiotik atau ubat kanser
- Mengukur dan men urunkan tekanan cecair selaput otak

PERSEDIAAN:-
- Sebelum prosedur dilakukan keadaan pesakit diperiksa terlebih dahulu dan jika tidak sesuai, ia tidak akan dilakukan sehingga pesakit stabil.

- Ibu bapa boleh mengurangkan rasa gelisah anak dengan memberitahu tentang apa yang akan dibuat

- Emla Krim (sejenis ubat) disapukan ke bahagian di mana prosedur akan dijalankan. Ini bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit.
Perawatan selanjutnya:-
- Selesakan anak selepas prosedur ini

- Baring terlentang sekurang-kurangnya 1 jam. Ini bertujuan untuk mengimbangkan cecair yang dikeluarkan dan juga untuk mengelakkan sakit kepala.

- Perhatikan anak jika ada aduan sakit kepala atau sakit ditempat suntikan.

- Terangkan kepada pesakit bahawa prosedur sudah selesai dan menumpukan perhatian kepada keadaan yang lebih riang seperti bermain-main.

Nasihat:-
- Ibu bapa serta saudara mara tidak perlu takut dengan ujian pengambilan cecair selaput otak kerana ia adalah selamat dan tidak memudaratkan kesihatan.

- Sebaliknya penyakit yang tidak dirawat dan tidak terkawal boleh meninggalkan kesan jangka panjang pada pesakit seperti sawan, terencat akal, lumpuh dan sebagainya.

p/s: meraung-raung Hanif semasa prosedur ni sampai 3 org nurse yang kena pegang dia. Nurse kata dia kuat melawan walaupun umur baru 5 hari  ;)

Sunday, June 12, 2011

Resepi Semasa Berpantang : Rendang Peria

Gambar Hiasan
Bahan-bahan:-

200 ml air
100 ml santan pekat
50 gm pucuk pegaga
2 biji peria katak - dibuang biji dan dipotong
2 keping asam keping
Garam & gula pasir secukup rasa

Dikisar
10 gm kunyit hidup
1 sudu besar ikan bilis
1 sudu kecil lada hitam

Cara menyediakannya:-
- Didihkan bahan kisar bersama santan, air dan asam keping
- Masukkan peria dan pucuk pegaga
- Perlahankan api
- Setelah peria empuk, bubuh garam dan gula
- Biar mendidih sehingga kuahnya pekat

NOTE:
Resepi ini membantu untuk mengelakkan kembung perut, sakit kepala dan menyegarkan tubuh.

Resepi Semasa Berpantang : Peria Lada Hitam

Gambar Hiasan
Bahan-bahan:-

300 ml air
100 gm ikan bilis
10 gm kunyit hidup - ditimbuk halus
1 biji buah peria - dibuang biji dan dihiris
2 biji bawang putih - dicincang halus
2 batang serai - diketuk
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secuukup rasa

Cara menyediakannya:-
- Didihkan semua bahan kecuali peria
- Kacau sekali-sekala
- Masukkan peria
- Masak sehingga empuk dan kuahnya pekat

NOTE:
Resepi ini membantu untuk mengelakkan kembung perut, sakit kepala dan menyegarkan tubuh.

Resepi Semasa Berpantang : Peria Masak Asam

Gambar Hiasan
Bahan-bahan:-

300 ml air
50 gm ikan bilis
5 biji bawang merah - dihiris
2 biji peria katak - dipotong nipis
1/2 sudu besar air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara menyediakannya:-
- Masak kesemua bahan di atas api perlahan
- Kacau rata sehingga peria masak

NOTE:
Pengambilan peria dapat membantu ibu yang mengalami kesukaran membuang air besar, disamping menambah susu ibu. Ia juga membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh jika kerap diamalkan.

Resepi Semasa Berpantang : Suhun Pekat

Gambar Hiasan
Bahan-bahan:-

300 ml air
50 gm suhun - direndam
1 sudu besar air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Dihiris
30 gm halia
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih

Cara menyediakannya:-
- Masuk kesemua bahan di atas api sederhana besar
- Biarkan mendidih sehingga kuah pekat sebelum dihidang

NOTE:
Resepi ini berupaya menghilangkan kegatalan pada luka, meredakan asma, menstabilkan suhu badan dan memberi keselesaan pada perut. Ia juga menghalang reumatik iaitu nyeri sendi.

Resepi Semasa Berpantang : Kentang Campur Pegaga

Bahan-bahan:-

300 ml air
50 gm ikan bilis
5 - 8 helai daun pegaga
5 biji bawang merah - dipotong 2
1 biji kentang - dipotong kecil
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara menyediakannya:-
- Masak bersama kesemua bahan sehingga kentang empuk
- Biarkan mendidih atas api sederhana
- Angkat setelah kuahnya pekat

NOTA:
Pegaga bagus untuk ibu yang menyusukan bayi kerana ia memperbanyakkan susu badan.

Resepi Semasa Berpantang : Kentang Suhun

Bahan-bahan:-

300 ml air
10 gm suhun - direndam
3 biji bawang putih - dihiris
1 biji kentang - dipotong kecil
1 sudu air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara menyediakannya:-
- Masak air bersama suhun, bawang putih, kentang dan serbuk lada hitam hingga kentang empuk
- Biarkan air mendidih dan kuahnya pekat
- Masukkan garam
- Kacau sekata
- Angkat dan tuang air asam jawa di atasnya

NOTA:
Ubi kentang kaya dengan potassium dan vitamin C yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Ia juga membantu mengurangkan kesakitan akibat serangan sakit sendi-sendi dan radang otot.

Resepi Semasa Berpantang : Rebusan Pegaga

Bahan-bahan:-

50 gm pegaga
5 cawan air

Cara menyediakannya:-
- Rebus pegaga bersama air di dalam periuk hingga tinggal anggaran 3 cawan air sahaja
- minum apabila suam. Amalkan 2 kali sehari

NOTE:
Minum air rebusan pegaga dapat membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru melahirkan anak.

Resepi Semasa Berpantang : Rebusan Manjakani

Bahan-bahan:-

500 ml air
5 biji manjakani
2 keping asam keping

Dihiris
30 gm halia tua
20 gm kunyit tua

Cara menyediakannya:-
- Satukan kesemua bahan ke dalam periuk
- Jerang di atas api sederhana hingga mendidih
- Perlahankan api dan renehkan selama 10 minit
- Tapis dan minum airnya setelah suam

NOTE:
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim. Tidak sesuai diminum oleh gadis atau anak dara kerana ditakuti jadi penyebab mandul.

Saturday, June 11, 2011

Resepi Semasa Berpantang : Sup Lobak Putih



Bahan-bahan:-

500 ml air
1/2 batang lobak putih - dikerat setebal 1/2 cm
Sedikit lobak merah - dihiris halus
Sedikit daun kucai - dipotong pendek
Garam secukup rasa

Cara menyediakannya:-

- Didihkan air dalam periuk
- Masukkan lobak putih dan rebus sehingga empuk
- Masukkan lobak merah, daun kucai dan garam. Biarkan seketika sebelum diangkat

NOTE:
Resepi ini untuk menggalakkan penghasilan susu badan 

Resepi Semasa Berpantang : Sup Kurma Merah

~contoh~


Bahan-bahan:-

500 ml air
100 gm dada ayam - dipotong kiub
50 gm ikan bilis
20 gm kacang hitam
20 gm kurma merah
Garam secukup rasa

Dihiris halus
10 gm halia
10 gm bawang putih

Cara menyediakannya:-
Rebus kesemua bahan hingga mendidih dan ayam empuk sebelum dihidang

NOTE:
Resepi ini merupakan masakan Cina. Gabungan kacang hitam dan kurma merah membekalkan mineral untuk memperbaiki struktur kulit daripada lukandan parut. Baik juga untuk ginjal dan sistem paru-paru.

Thursday, June 9, 2011

Resepi Semasa Berpantang : Sup Ayam Betik Muda



Bahan-bahan:-
500 gm ayam - dipotong kecil
200 gm betik muda - dihiris
1 biji tomato - dibelah 4
2 sudu besar jus limau
2 helai daun selasih
Garam secukup rasa

Bahan A:-
800 ml air

2 biji cili padi - diketuk
1 helai daun limau purut

Dihiris halus

20 gm lengkuas
20 gm halia
2 biji bawang besar
6 biji bawang putih

Cara menyediakannya:-
- Masukkan kesemua Bahan A ke dalam periuk
- Rebus sehingga mendidih
- Masukkan ayam, jus limau, daun selasih, betik dan garam
- Didihkan sehingga daging empuk
- Masukkan tomato
- Biarkan mendidih selama 10 minit lagi

NOTE:
Betik muda dapat menambahkan susu ibu.

Resepi Semasa Berpantang : Sup Sayur Campur



Bahan-bahan:-

Dipotong
200 gm brokoli
1 biji lobak merah
1/2 biji lobak putih
1/2 batang saderi

500ml air
3 helai daun kubis - dihiris kasar
Serbuk pati ikan bilis secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak

Bahan tumbuk:-
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 sudu kecil rempah biji
1 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil jintan putih

Cara menyediakannya:-
- Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk
- Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau
- Masukkan serbuk pati ikan bilis dan air
- Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran
- Bila sayur empuk, masukkan garam
- Kacau rata sebelum diangkat

NOTE: 
Brokoli mengandungi beta karotena dan vitamin lain yang dapat melindungi tubuh daripada serangan kanser.

Resepi Semasa Berpantang : Sup Ikan Haruan



Bahan-bahan:-
1 ekor ikan haruan - dipotong
500ml air
2 sudu besar minyak jagung
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

Ditumbuk
30 gm halia
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih

Bahan Hiasan:-
Bawang goreng
Daun bawang & daun sup - dihiris

Cara menyediakannya:-
- Panaskan minyak di dalam periuk.
- Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
- Masukkan air
- Apabila mendidih, masukkan asam keping, ikan dan garam
- Masak lagi hingga mendidih
- Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup
- Kacau rata sebelum diangkat

NOTE:
Ikan haruan membekalkan protein dan albumin yang tinggi dan ia membantu penyembuhan luka dengan cepat.

Topik terbaru: Resepi Hidangan Semasa Berpantang

Assalamualaikum & salam sejahtera untuk semua teman-teman tersayang.

Agak begitu lama saya menyepikan diri. Terlalu sibuk dengan tugasan harian dan study hingga tidak mempunyai kesempatan untuk mencorat-coret di sini. Kalau ada masa yang terluang, itupun akan diisi dengan menghabiskan masa bersama putera kesayangan Muhammad Hanif. Walaubagaimana blog ini akan tetap diupdate, cuma hanya membezakannya ialah samada ia diupdate dengan kerap atau tak hehe~

Okeylah, kita teruskan dengan tajuk di atas. Topik ini khas untuk ibu-ibu yang berpantang selepas melahirkan. Bila dah bersalin dan tentu kena berpantang di mana kita tidak boleh melakukan atau memakan sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan. Bagi wanita Melayu atau wanita kaum bumiputera lain yang mengamalkan amalan berpantang, jangka masa berpantang diperuntukkan selama 44 hari. Tempoh berpantang merupakan satu pengalaman baru. Badan kita harus dirawat agar dapat mengembalikan badan kepada bentuk asal seperti sebelumnya.

Selain amalan yang diwarisi daripada nenek moyang dilakukan seperti berurut, mandi herba, mandi lulur, bertangas, memakai bengkung, berpilis dan bertasak, pemakanan juga perlu dijaga. Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu beminyak tidak elok dimakan. Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga tidak elok kerana ia dikatakan akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang.

Bagi wanita selepas melahirkan, adalah amat penting untuk menikmati masakan yang menyembuhkan luka dengan cepat, tidak memudaratkan kesihatan dan menyihatkan. Antara makanan yang digalakkan pengambilannya ialah ulam-ulaman, lada hitam, serai, halia, ikan haruan, peria, manjakani dan sebagainya.

Oleh itu, saya ingin sekali berkongsi resepi dari buku yang saya beli beberapa hari yang lepas. Resepinya tidaklah terlalu banyak tapi saya berharap agar ibu-ibu yang selepas melahirkan diluar sana akan mempunyai banyak menu pilihan semasa dalam pantang. Sharing is Caring. :D