Kenapa ia berbahaya?
Bayi didalam rahim mendapat segala sumber dari ibunya. Itu termasuk zat-zat makanan dan oksigen, melalui uri dan tali pusatnya. Merokok semestinya akan mendedahkan bayi kepada toksin yang terdapat dalam asap rokok.
Seorang ibu yang merokok harus berfikir dengan serius tentang keputusan untuk berhenti kerana satu nyawa bergantung sepenuhnya kepadanya.Menjadi hamil boleh memberikan motivasi yang kuat kepada seorang ibu untuk berhenti dari merokok demi anak yang masih belum dilahirkan.

Apa yang asap rokok boleh buat kepada badan saya?
Sekiranya seseorang merokok, oksigen didalam darah akan digantikan dengan karbon monoksid menyebakan kandungan oksigen didalam darah akan berkurangan dari biasa. Bahan yang terdapat di dalam asap rokok juga mengandungi pelbagai jenis toksin yang boleh memberi kesan kepada uri yang membawa makanan kepada bayi. Mereka juga lebih berisiko untuk mendapat keguguran semasa awal mengandung dan mengalami pendarahan uri yang boleh menyebakan kematian bayi.Bagaimana merokok boleh memberikan bahaya kepada bayi semasa dalam perut ibu?
Mengikut kajian, bayi yang dilahirkan oleh ibu yang merokok:- Lebih berisiko untuk dilahirkan pra-matang dan lebih kecil tubuh badannya.
- Mempunyai berat badan kurang 200g dari bayi normal
- Lebih berisiko untuk mengalami kematian kot ‘cot death’
- Lebih kerap mengalami deman dan sakit-sakit
- Lebih kerap mengalami penyakit telinga dan asma semasa kecil
No comments:
Post a Comment