Wednesday, March 16, 2016

Damailah Mohamad Syafiq Muharram, Anak Syurga... Al-Fatihah

Al-Fatihah buat adik Mohamad Syafiq Muharram bin Mohd Fadhil, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi hari ini. Adik Shafiq yang menghidap Leukimia Relapsed telah memulakan rawatan di Paediatrik HKL pada 8 Julai 2015. Pergi dalam usia muda 1 tahun 3 bulan. Semoga ibunya Aisyah serta keluarga diberi kekuatan dan ketenangan untuk menghadapi ujian ini..."

Puan Lyn - HKL KIDS
(Gambar dari Facebook)

Saya pun dapat tahu dari group Whatsapp. Kawan-kawan print screen. Bila ternampak gambar tu tanpa disedari airmata mengalir deras.

Teringat telatah adik Syafiq semasa sambutan Hari Kanser 2016 pada bulan Februari lepas. Sungguh riang ria. Berlari ke sana ke mari. Ibu dia kata "Syafiqqqq... Jangan Lari..." 

Lama juga termenung mengenangkan anak kecil ini. Wajah ibu nya Aisyah dan bapanya silih berganti. 

Ya Allah...sungguh hebat dugaanMu kepada mereka ini. Dan sungguh mengagumkan mereka diberi kekuatan yang lagi MAHA HEBAT untuk menghadapi dugaan yang Engkau berikan. 

Masih terngiang-ngiang lagi di telinga suara ibu Syafiq memberitahu "Kami dah nak balik dah... doktor kata treatment dah habis. Tak ada ubat dah. Nak balik bawak berubat cara tradisional pulak..."

Rupanya selepas dari  Hari Kanser itu Syafiq dah dua kali masuk wad akibat demam. Dan kali ini anak kecil ini dah berada di Wad KK3 selama seminggu...

Adik Mohamad Syafiq Muharram
(Gambar dari Facebook KIBSAAWADKK3)

Dari semalam lagi dia dah tidak bermaya, hanya mampu tersenyum... dan pagi tadi adik Syafiq pergi untuk selama-lamanya pun dalam keadaan senyum...

Terbayang-bayang juga wajah doktor-doktor yang merawat anak-anak KK3, mesti mereka pun bersedih atas pemergian anak-anak kanser di sana termasuk adik Syafiq... Syukur Alhamdulillah saya pernah ditemukan dengan pejuang kecil ini... 

Semoga rohnya dicucuri rahmat... Damailah kini... anak syurga...


No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...