Wednesday, October 14, 2015

Cinta Brownies 101

Assalamualaikum...
Salam Ma'al Hijrah...
Salam Sejahtera...

Alhamdulillah sudah masuk tahun baru Islam. Semoga Tahun ini akan membawa kepada kita lebih banyak perkara yang baik-baik. Jangan lupa berusaha untuk upgrade ibadat kita. Nak "tackle" bos besar mesti kena pandai bodek betul tak? Jadi bodek Allah dengan membuat suruhannya. Nak bodek mak bapak pun kena dengar dan ikut kata-kata mereka kan. Barulah tak kena marah hehe...

Petang semalam, saya menerjah ke Stesen KTM Bank Negara ke Kiosk Food House By Sister untuk menghantar Brownies. Kakak FHBS ni nama dia Kak Su mesej kata Brownies tinggal 2 pack je lagi.

BROWNIES + NUTELLA + CHOCOLATE RM4.00 PER PACK

Sampai di Stesen KTM Bank Negara hari pun hujan. Hujan dengan selebat-lebatnya. Sementara tunggu hujan berhenti bersembang-sembanglah sebentar dengan Kak Su. Menurut Kak Su brownies memang mendapat sambutan yang baik di sana. Buat permulaan ini saya cuma hantar 16 packs. Kak Su sehari boleh jual dalam 8 hingga ke 10 packs satu hari. Ia merupakan permulaan yang amat baik bagi saya yang baru belajar meletak produk di kiosk ni, Rasa bersemangat juga dengar. Banyak juga komen-komen positif dari pelanggan-pelanggan Stesen KTM Bank Negara. Yang tak tertahan bila ada seorang pelanggan ni kata yang Brownies Sugarmello ni lagi sedap dari Secret Recipe..hahaha... Rasa terharu sangat. Apalah sangat saya ni jika dibandingkan dengan Secret Recipe yang sudah glamour dan dikenali ramai ittew... Tapi tak salah andai Sugarmello menjadi seperti Secret Recipe suatu hari nanti kan kan kan...

Kemudian Kak Su bercerita ada seorang lelaki ni dah tiga hari berturut-turut datang ke kiosk dia untuk membeli brownies. Rupa-rupanya dia hantar "girlfriend" dia ke Stesen tu setiap hari. Tapi sebelum tu dia akan singgah di Kiosk Food House By Sister ni beli brownies. Dia kata "girlfriend saya suka brownies ni kak..." Happy kan dengar. Alhamdulillah bila pelanggan berpuas hati dan suka saya tak tahu bagaimana nak menggambarkan perasaan ini. Hanya bakers je yang tahu kot hehe...

Saya pernah terbaca satu post seseorang di Facebook berbunyi begini "tak dapat beri kek murah kita bagi kek sedap... InsyaAllah pelanggan akan rasa happy dengan value yang kita bagi"

Inilah yang saya cuba lakukan. Cuba untuk memberi value kepada pelanggan Sugarmello. 

Tuesday, October 13, 2015

Kempen Menutup Aurat di Facebook

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Alhamdulillah syukur masih bernyawa. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat kepada kita dan segala urusan kita dipermudahkan.

Entri ni fresh! Bukan karang malam tadi...

Hari ini buka wall Facebook tengok ramai sahabat-sahabat positif yang share tentang Kempen Menutup Aurat di Facebook. Saya pun share juga tapi share status sahabat je hehe...

Bagus kempen ni. Ramai-ramai mengajak kita sesama Muslim untuk menutup aurat. Alhamdulillah Allah dah bukakan hati saya untuk menutup aurat beberapa tahun yang lepas dan masih lagi berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna.

Sebenarnya kewajipan menutup aurat tidak ada bezanya dengan kewajipan menunaikan solat, puasa, zakat dan haji. Mungkin andai hidup kita tak tenang sebelum ini apa kata kita ambil langkah pertama dengan menutup aurat.


Seorang sahabat pernah berkata kepada saya ketika saya berada di dalam dilema mahu bertudung atau tidak. Ayatnya "dosa orang tak pakai tudung lain, dosa orang pakai tudung lain. Katalah selama ni kau buat 6 dosa yang sama setiap hari termasuk tak tutup aurat, bila dah bertudung dah kurang satu dosa betul tak..? " Saya terdiam dalam hati terdetik "betul jugak kan..."

Balik rumah satu malam tu tak boleh nak lelapkan mata. Tanya suami ok ke kalau pakai tudung. Suami memang sangat bersetuju. Malahan dia kata dah lama dia nak suruh tutup aurat. Cuma nanti takut kita tak ikhlas. Biarlah saya sendiri yang rela...

Alhamdulillah Allah beri saya hidayah untuk memakai tudung. Alhamdulillah sehingga kini Allah masih lagi memberi hidayah kepada saya memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim sempurna di mataNya.

Saya bersyukur kerana saya merupakan hamba Allah yang telah diberi hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik. Andai kita cuba untuk berubah jadi baik kerana Allah, Allah akan permudahkan urusan kita. Allah akan hantar orang yang baik-baik untuk memudahkan proses perubahan kita. InsyaAllah...

Apa kata kita bermula dengan ELAK post yang tidak menutup aurat, BERMULA hari ini hingga kiamat, elakkan LIKE dan KOMEN pada gambar yang menunjukkan aurat, COPY PASTE di fesbuk masing-masing, atau buat satu entri khas di blog anda...

#KEMPENMENUTUPAURATDIFACEBOOK

Monday, October 12, 2015

Kenapa perlu ada insurans

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Sebelum ni ada entri yang berkaitan tapi dah lupa letak as label apa huhu...

Minggu lepas, anak buah saya dikejarkan ke KPJ Bukit Mertajam Penang. Pak cik dengan mak dia kalut sebab insurans takaful atas nama ayah dia which is adik saya. Malam sebelum tu hand phone adik saya hilang. Yang kelakarnya hilang lepas dia call saya hahaha... Orang lalai. Sibuk fikir pasal kereta dia hentam orang. Nak pergi balai polis. Lepas call kakak dia ni, dia boleh letak hand phone atas kereta. Lepas tu start kereta terus jalan. Bijak kan. Tak boleh marah kan sesiapa melainkan memarahi diri sendiri atas kebodohan diri ahahaha...

Esoknya tu anak dia masuk hospital disebabkan asma. Terpaksa pak cik dia mesej adik yang bongsu tu.

Prudential punya prosedur kalau kita nak masuk hospital kena tunggu initial GL (gurantee letter) di mana Prudential akan hantar SMS ke nombor telefon agen atau pemegang polisi. Disebabkan saya bukan agen Prudential lagi jadi saya tak dapat mesej tersebut. Jadi saya pun dah kelam kabut nak buat apa sebab nak call customer service mana boleh dah bukan agen kan. Macam mana nak check.

Tanpa membuang masa saya terus call kawan yang masih lagi dengan Prudential. Minta pendapat samada dia boleh tolong atau kena call ex-boss. Dia kata try je call PBTB (Prudential BSN Takaful Berhad) dulu dan inform yang saya ni ex-agen Pru nak check status GL ex-client.

Saya pun terus call HAS. HAS ni hotline yang memang khas untuk kes-kes yang berkaitan dengan admission ke hospital panel. Saya inform telefonis tu yang saya ex agen Prudential then nak check status Initial GL client. Alhamdulillah... Boleh. Rupanya KPJ belum lagi hantar fax ke Prudential berkenaan dengan admission tu. Tapi anak buah den yang comel tu dah masuk wad. Risau gak kalau GL tak approve naya nak kena bayar bil. Alhamdulillah esoknya abang ipar adik saya inform KPJ kata Initial GL dah approve. 4 hari juga tidur di wad kena nebulized. Kesian...

Bila Initial GL dah approve final GL InsyaAllah takkan ada masalah.

Hari adik saya call dan cakap "syukurlah dorang (anak-anak) ada insurans kak... Kalau tak tu nak kena bayar bila RM4000.00 mana aku ada duit..."

Saya kata "kau jangan cancel insurans tu. Bayar je bukannya banyak pun sebulan RM120.00 je. Dua orang RM240.00. Sayang tau. Sekarang ni pun polisi minimum sebulan untuk anak RM150.00...."

"Pasal kakak kau ni agen dulu lah dapat sebulan RM120..." - ok yang ni tipu Hehe

Lepas tu dia kata "aku nak amik jugak lah nanti..."

Dah dengar bil anak beribu dua tiga kali insurans kompeni bayar baru sibuk nak ambik. Akak kau dah tak jadi agen dah.

Abang ipar dia sendiri macam tak percaya bila dengan insurans anak buah dia cover sampai dorang besar. Siap investment lagi. Alhamdulillah...

Sebenarnya... Tak semua orang ada kesedaran begini. Semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak. Nak anak selesa masuk wad. Walaupun masuk hospital tapi tetap dapat tempat selesa. Tapi berapa ramai ibu bapa yang mampu.

Saya dah bukan agen Prudential BSN Takaful dan bakal bukan agen AIA Takaful. Tapi InsyaAllah saya akan menulis entri-entri yang berkaitan dengan Takaful. Bukan tentang apa yang dilindungi oleh syarikat insurans takaful. Tapi apa faedah andai kita punya takaful...

Insurans Takaful umpama kapal. Kapal besar coveragenya besar. Kapal kecik coveragenya kecil. Ambil Takaful ikut kemampuan. Jangan amik plan besar lepas tu tak mampu dah nak bayar sebab masalah kewangan. Satu kita perlu ingat komitmen dengan Insurans Takaful ini merupakan komitmen untuk jangka masa yang lama. Jadi, ambil plan mampu milik dan boleh upgrade untuk masa akan datang...!

Apa itu rezeki?

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Sejak Facebook telah bertukar dari media sosial yang boleh berkongsi apa sahaja ke media yang lebih mementingkan konten berkualiti sungguh sangat rajin saya menulis entri-entri terbaru di blog ini. Kalau tidak lama baru nak update. Tapi sebenarnya saya pun tak pernah post panjang lebar di wall Facebook. Tak ada idea nak karang apa. Kalau blog ada je idea tercurah. Cuma malas nak taip.

Teringat zaman batu Facebook dulu tak boleh nak taip Status melebih 30-40 perkataan. Tension kan. Taip lebih sikit je dah stress sebab keluar pop up kata huruf dah exceed limit... Sadis sungguh. Selepas beberapa ketika ketika makin ramai pengguna Facebook, Mark Zuckerberg and the gang dah ubah setting. Oleh itu sekarang ni korang boleh taip panjang-panjang.

Ok sambung...

Apa itu rezeki? Apa yang dimaksudkan dengan rezeki?

Kita selalu cakap "InsyaAllah ada rezeki Allah bagi", "Alhamdulillah bersyukur dengan rezeki yang ada"..

Tapi bila dengar perkataan rezeki, apa yang terlintas di kota pemikiran anda?

Ada orang mungkin dah tahu dan mungkin ada di kalangan kita tak terfikir pun maksud rezeki tu.

Kalau saya orang tanya dulu maksud rezeki tu apa, saya pun tak tahu nak jawab apa. Soalan senang tapi nak bagi jawapan tu susahnya...!

Sebenarnya, rezeki di dalam Islam bukan hanya terhad kepada wang dan harta. Jangkauan maksud rezeki itu sendiri terlalu luas. Rezeki ialah sesuatu yang telah dijamin oleh Allah Ta'ala kepada hambanya.

Allah SWT tidak membebankan hambanya dengan harus menjadi seorang yang kaya harta. Allah SWT hanya membebani manusia dengan berusaha sesuai dengan kemampuan. Dan hasil usaha kita itu di tangan Allah. Allah SWT telah melapangkan dan menyempitkan rezeki seseorang itu mengikut kehendak-Nya.

Kedudukan harta dan kekayaan tidak boleh sejajar atau bahkan lebih tinggi dengan kedudukan iman dan ibadah kepada Allah.

Kekayaan adalah amanah daripada Allah yang harus diuruskan sebaik-baiknya. Konsep amanah ini menunjukkan bahawa segala kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah adalah merupakan pinjaman semata-mata di dunia ini. Namun begitu, Allah memberi kebebasan kepada hambanya yang menggunakan nikmat ini untuk manfaatkan dunia berlandaskan syariah.

Selain itu, kekayaan adalah merupakan salah satu jalan menuju kejayaan.

Ayat 10-12, Surah As-Saff yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, dan ke tempat tinggal yang baik di dalam surga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung."

Dengan memahami kedua-dua konsep kekayaan dalam Islam ini, maka aspek perancangan kewangan perlulah diberi perhatian. Melaksanakan perancangan kewangan yang baik dan berkesan merupakan suatu Ibadah dengan tujuan menjaga Amanah daripada Allah dan salah satu cara mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat sepertimana janji Allah yang disebutkan diatas.

Seorang Muslim yang beriman itu adalah baik, tetapi seorang Muslim yang beriman dan menggunakan kekayaan anugerah Allah untuk kemaslahatan(kebaikan) ummah adalah amat disukaiNya.


Sumber: Titastujuh

PROMOSI MELETUP NUTELLA BARS

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Nutella Bars merupakan salah satu produk terbaru Sugarmello. Belum sampai sebulan berada di market duduk bersama Congo Bars dan Brownies kami. Dah ada dua tiga customer yang order. Tapi pelancaran secara rasmi belum lagi dijalankan.


Yang ini saiz 10"x10"
Oleh itu, di hari yang baik ini, bermula hari ini sehingga Jumaat kami ingin membuat PROMOSI Nutella Bars ini.

Dengan saiz 7''x7'' kami tawarkan harga hanya RM33 sahaja. Akan tetapi, andai kata anda beli dua kami akan beri harga paling istimewa iaitu hanya RM55 untuk dua loyang Nutella Bars yang bersaiz 7''x7''. JIMAT RM11!!! Harga yang dinyatakan tidak termasuk kos penghantaran.

Untuk tempahan boleh hubungi 012-293 5578 atau boleh Direct Message kami di Instagram @sugarmello2u atau PM kami di Facebook Page Sugarmello Bakery.

Kiosk di Stesen KTM MidValley 12 Oktober - 16 Oktober 2015

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Selamat bekerja untuk semua. Hari Isnin bukan untuk bermalas-malasan. Ia merupakan hari di mana kita kena letup-letupkan momentum kerja kita. Eceehhh... Cakap macam best je kan. Dulu kerja dengan orang benci nau jumpa Isnin. Malam Ahad tu fobia je nak tidur awal takut Isnin tu ngantuk. Sekarang tak perlu nak paksa, sendiri carik semangat walaupun malam tadi tidur 2 pagi. Still kena bangun pukul 4.30 pagi.


Hari ni Kiosk Food House By Sister ada di Stesen KTM MidValley selama seminggu. Boleh rujuk jadual Sugarmello di sebelah kanan anda. Seperti biasa Brownies Sugarmello sah ada bersama dengan FHBS. Bukan setakat brownies je. Macam-macam ada. Ada opak ubi pedas, hot crunchy, breakfast yang sedap dan juga pudding slurpy yang selalu mendapat sambutan.

Kepada sahabat-sahabat yang berada di kawasan berhampiran atau yang ke Mid Valley naik KTM terutamanya staffs Mid Valley yang ohsem!! Korang mesti singgah. Tak beli pun takpe. Usha je apa yang ada. Singgah ehhh!!!

Sunday, October 11, 2015

Memberi atau tidak memberi

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Semalam saya berjalan-jalan di pasar malam Pandan Jaya mencari makan tak lain dan tak bukan Kepak Ayam Madu yang sedap dan murah. Seperti kebiasaannya kami akan beli RM10 dan kakak tu akan beri satu FREE. Murah kan. Lepas tu beli pula Soto Bihun dan Soto Nasi kegemaran anak-anak. Sekali sekala apa salahnya kan.

Sudah sedia maklum kebanyakan Pasar Malam yang kita kunjungi kita akan jumpa peminta sedekah di kiri kanan gerai-gerai Pasar Malam tersebut. Kadang-kadang hanya dua tiga orang. Adakalanya ramai melebihi 5 orang. Semalam agak ramai kira-kira hampir 10 orang.

Mungkin lumrah dan menjadi satu kebiasaan "orang kita" akan menghulur seringgit dua atau lebih kepada mereka ini. Tidak dinafikan rakyat Malaysia merupakan rakyat yang rajin bersedekah menghulurkan bantuan.

Ada juga yang tidak menghulurkan apa-apa atas sebab-sebab mereka sendiri. Mungkin mereka mahu memberi tapi dipintas perasaan ragu-ragu seperti "betul ke mereka ni susah...?" "sindiket kot..." Bermacam-macam persepsi yang keluar. Jadi, dari mahu meberi langsung tak jadi nak hulur disebabkan persepsi di minda kita.


Seperti kisah semalam saya ternampak seorang lelaki yang duduk meminta sedang mengira-ngira wang RM1 yang dia dapat dengan tidak berhenti. Saya terus tergamam. "banyakkkk..." tedetik hati saya berkata-kata. Tatkala itu bermacam-macam persoalan yang timbul di kotak pemikiran saya. Saya mula memerhatikan fizikal dia... hmmmphh... sihat! Saya mula memerhati sikap dia...hmmmpphh... okey! Dan saya mula mempersoalkan tujuan dia. Kenapa dia minta sedekah ehhh? huhuhu... Dia sihat, muda dalam usia 30-an, badan kuat, boleh bekerja tetapi kenapa memilih untuk meminta-minta? Seandainya beliau memegang kotak tertulis "DERMA IKHLAS UNTUK PEMBINAAN MASJID" mungkin akan lebih meyakinkan walaupun tidak tertera nama masjid tersebut.

Teringat seseorang pernah berkata, "aku kalau nak bagi aku bagi je, tak payah nak fikir. Aku malas nak fikir sindiket ke apa. Biarlah, yang penting aku dah bagi, ikhlas...! Kalau niat kita nak bagi, bagi j la...." Mulai dari itu, hilang terus sangka buruk... Jadi, cepat-cepat saya buang sangkaan buruk itu dari minda.

Maksudnya andai kita mahu memberi, kita beri je. Kita bantu setakat yang mampu. Tak perlu nak fikir yang kita kena tipu ke, dorang dah dapat banyak ke...  Semua itu usah susah payah nak fikir. Allah tahu niat kita. What you give, you will get back and you will get more.

Latih diri kita untuk sentiasa memberi. InsyaAllah Allah akan balas berpuluh kali ganda.

Friday, October 9, 2015

Brownies dan Congo Bars Snack Pack

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...
Salam Jumaat...

Jumaat memang merupakan hari yang baik. Lagi-lagi esoknya Sabtu. Kanak-kanak Ribena pun Happy sebab tak sekolah. Ibunda-ibunda lagi gembira sebab tak perlu bangun awal untuk memasak bento. Boleh la tidur lepas solat Subuh. Eh..eh.. Jangan tidur selepas subuh ya. Pagi-pagi pintu rezeki terbuka luas. Jangan tutup pintu rezeki anda hanya dengan tidur. Kalau Subuh anda pukul 2.30 pagi macam kat Oversea itu boleh dimaafkan lagi.

Berbalik kepada tajuk entri di atas kini, kami Sugarmello Bakery sedang dalam proses memperkenalkan produk-produk kami kepada orang ramai. Jadi, dengan itu kami join booth as a vendor.

Buat masa sekarang kami join Food House by Sister sebab owner FHBS ni join booth merata. Setiap minggu akan bertukar lokasi. Bagi saya ia merupakan satu marketing. Pemasaran atau yang lebih biasa kita sebut MARKETING bermaksud "bagi orang tahu". Faham ke faham? Ertinya kita kena kenalkan produk kita kepada pelanggan atau masyarakat. Kalau kita tak "bagi orang tahu" bagaimana kita nak jual produk kita? Betul tak?

Hari ini dah berakhir booth di KTM Bank Negara. Minggu depan pula lokasi lain. Tapi masih di dalam KL. Dah macam KL Tour pula.

Bila dah join booth tak boleh jual satu loyang. Paling banyak dalam poket bakal pelanggan pun mungkin RM10-RM50. Bila ada bazaar atau event mesti banyak banyak barang yang mahu dibeli. Nak beli satu barang RM50 mungkin bukan dalam senarai. Kalau boleh RM10 tu at least dapat dua atau tiga barang.

Dannnnn....
Snack Pack RM3.50 - RM4.00

Kami keluarkan brownies dan congo bars versi "Snack Pack" di mana ia berharga dalam lingkungan RM3.50- RM4.00. Beli satu RM4.00. Beli 2-3 boleh dapat harga RM7.00. Ok kan? Mampu beli tak?

Dalam perniagaan bukan hanya tentang untung semata-mata. Kita kena ingat tujuan kita berniaga. Adakah kerana untung atau ingin memberi manfaat kepada pelanggan. Nombor satu kita harus fikir tentang pelanggan. Peraturan nombor dua pula merujuk kepada peraturan nombor satu heheh...

Siapalah Sugarmello Bakery andai tiada pelanggan yang membeli. Dengan zaman ekonomi merundum kita harus fikir bagaimana mahu produk kita boleh sampai kepada end user dengan harga yang berpatutan!

p/s: cepat dan laju taip entri kali ni, macam zaman dulu-dulu sebab adanya idea yang mencurah-curah =)


Thursday, October 8, 2015

Anak kawan yang happy!

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Haritu pergi melepak di rumah Cik Nana. Kebetulan dia tak ke kedai. Hanif pulak tak sekolah sebab jerebu. Samalah dengan anak-anak Cik Nana ni pun. Dah lama budak-budak ni tak berjumpa. Weekdays sekolah. Weekends pulak mak ayah sibuk bawak beraktiviti dan jalan-jalan. Jadi bila masa nak jumpa. Mak-mak je yang selalu jumpa haha...

Dah setel masak pasta terus pergi rumah dia. Dia pun order Mix Fudge Brownies dengan Congo Bars ni. Budak-budak dah lama tak berjumpa memang la macam anak terkurung lepas sangkar. Terkinja sana sini. Tahan je lah telinga. Bingit!
Berselerakan tengok dia makan, yang sedang menaip ni pun lapar tengok

Anak Cik Nana yang nombor tiga ni umur sebaya dengan Encik Hanif. Sama-sama Darjah Satu. Suka sangat makan Congo Bars! Order satu box. Half Brownies (18pcs), Half Congo Bars (18pcs). Yang Congo Bars dia makan sorang! Ini mak dia yang cakap huhu... Hebat bff si Hanif ni!

Mak dia kata licin huhu... 

Tak lama lagi mak dia order lagi la tu hee... Congo Bars memang menjadi kegemaran kanak-kanak. Tapi Hanif tak makan sangat. Dah muak agaknya. Tapi Encik Hadif suka!

Kepada yang mahu membuat tempahan bolehlah jenguk Instagram @sugarmello2u atau Facebook Sugarmello Bakery. Terima Kasih!!!

Tuesday, October 6, 2015

Video pendek jadi gambar profil di Facebook




FACEBOOK dari segi kronologi sejarah telah dimulakan pada 4 Febuari 2004 dan semenjak dari tarikh tersebut, laman sosial paling popular di dunia itu sudah berumur 11 tahun.

Dalam tempoh tersebut, pelbagai perubahan telah dilakukan pada laman sosial berkenaan, sama ada dari segi pengenalan fungsi tertentu sehinggalah kepada perubahan antaramuka.

Terkini, bermula pada hari ini 1 Oktober 2015, Facebook mengumumkan kemas kini pada halaman profil pengguna yang lebih memfokuskan kepada paparan mudah-alih.

Melalui kemas kini yang diperkatakan, pihak pentadbir Facebook memfokuskan kepada tiga perkara dalam memudahkan lagi pengguna untuk mengekspresi keadaan diri mereka.

Fungsi pertama yang dibawakan oleh Facebook pada tetapan baharu ini adalah penggunaan gambar berbentuk video pendek (sekitar 7 saat) sebagai gambar profil pengguna.


Ia sekaligus membolehkan anda hadir dengan gambar yang lebih kreatif dan secara tidak langsung menonjolkan diri anda berbanding penggunaan gambar biasa dalam format pegun. 

 Di samping itu, Facebook juga kini membolehkan anda menambah gambar profil sementara seperti khusus sempena hari Raya dan menetapkan bilangan hari ia digunakan sebelum kembali kepada gambar profil asal. 

Kemaskini baharu untuk profil ini turut membawakan rekaan yang baharu, di samping lebih kawalan berkenaan apakah informasi yang boleh dilihat oleh orang lain. Facebook telah mula memperkenalkan kemaskini ini kepada segelintir kecil pengguna di UK dan Amerika Syarikat, dan dijangka memperkenalkan ia secara meluas dalam masa beberapa bulan lagi.

p/s: tengah fikir bagaimana mahu merakam video yang cun!

Monday, October 5, 2015

Feedback Customers Sugarmello Bakery

Assalamualaikum...

Kalau dah free sampai dua tiga entri Cik Siti buat satu hari. Lepas tu senyap dua tiga minggu kan hehe... Biasalah tu. Dulu hari-hari boleh taip duduk lama-lama. Sekarang ni nak duduk depan lappy pun kena perang dulu dengan si kenit. Baru dapat chan... Kalau tak dia nak berkepit je walaupun dah dua tahun.

Minggu lepas, Sugarmello Bakery dapat banyakkkk feedback positif dari pelanggan. Feedback Brownies dan Congo Bars lah... Happy tau bila orang suka apa kita buat. Kira apa yang mereka laburkan itu orang kata adil dengan apa yang mereka dapat. Alhamdulillah... Ada jugak feedback sebelum ni tapikan kena cari dulu scroll whatsapp. 







Sebenarnya saya jenis tak kisah tak nak post komen-komen positif pelanggan di dalam Instagram, Facebook atau Blog. Sebab macam mengganggu pemandangan mata huhu... Orang nak tengok gambar kek tapi nak fokus tak boleh sebab ada gambar bertulis mengganggu. Rupanya cara saya kurang betul kerana ia merupakan salah satu cara kita marketkan produk kita. Bila ramai pelanggan bagi feedback positif pelanggan-pelanggan yang baru yang nampak akan lebih yakin. Oleh itu saya mula post sikit-sikit komen-komen positif dari pelanggan kami. Alhamdulillah...








CHOCK - A - BLOCK Bazaar, Lim Kok Wing Kolej

Assalamualaikum...

Seperti biasa, kesibukan melanda. Nak upload aktiviti setiap hari pun tak boleh. Apatah lagi nak upload gambar produk lepas tu nak karang panjang-panjang. Syukur hari ini ada free sikit. Boleh berjimba di blog kak long kawasan.

Sebenarya nak bagi tahu bermula hari ini 5 September 2015 hingga 9 September 2015 ada bazaar di Lim Kok Wing Kolej. Bazaar ini bertempat di Courtyard 3. Ada macam-macam makanan yang sedap-sedap dijual kat sana. Pergi lah terjah...

Spaghetti Meatballs...

Sugarmello Bakery pun ada di sana tapi bukan Brownies atau Congo Bars. Kami datangkan Spaghetti Meatballs Bolognese dan Spaghetti Carbonara untuk anda semua. Kami akan bawa Brownies dan Congo Bars berjumpa dengan anda semua InsyaAllah dalam perancangan. Selama ini kami jual online sahaja.


Yang nak rasa Spaghetti dari Sugarmello Kitchen boleh pergi terus ke Lim Kok Wing. Kami tak jual online dan deliver kepada anda-anda semua. Kami punya lunch box hanya untuk Event atau Seminar sahaja dengan minimum 30 pack. Jadi anda kena follow update dari kami untuk event seterusnya...

Boleh Follow  Instagram kami : @sugarmello2u atau
Follow : @foodhousebysister

Jumpa di Lim Kok Wing =)