Wednesday, September 3, 2014

Tentang My Diet Seimbang

fuhh...fuhh...fuhh...

Exercise...exercise...fuhh

Akak tabik dengan kau dik yang rajin bangun awal pagi selepas subuh pergi berjogging kelililng padang rumah kau. Tak cukup dengan tu kau sambung lak petang pegi berjogging di Tasik Ampang. Sungguh akak salute dengan kegigihan kau dik...

Teringat zaman dolu-dolu masa muda belum kahwin. Pegi jogging pusing padang depan rumah. Zaman tu takde kes culik ke bunuh ke yang berleluasa. Sebenarnya tak terfikir pun. 
Sekarang ni? Tak beranilah nak jogging sensorang pepagi buta. Biarlah drive carik tempat yang proper sikit dan ramai orang kannn...

Bila dah kahwin, kau dah ada anak memanglah tahap kemalasan tu bertingkat-tingkat setinggi bangunan KLCC. Dan...akak respect kat mak mak yang rajin exercise ni. Jangan macam kak ni haha...

Dulu kerja. Jalan kaki dari parking ke ofis jauh. Penat tau. Dah masuk dua tahun tak bekerja ni memang terbina lemak-lemak tepu. Makin hari makin tebal! Sapa nak aku leh derma nak?!

Sekarang bila umur dah cecah 3 series gigih nak turunkan berat. Ehhh...dulu akak tengok apa yang dimakan masuk mulut tau. Dah start preggy Encik Hanif langsung semua ngap.

Aduhhh...jauh dah lari tajuk ni.

Okey back to the topic.

Since saya dah start balik dengan pelan Diet Seimbang ni, saya akan share tentang tip-tip DIET ni. Apa yang perlu kita makan, apa yang perlu kita elak. Sebenarnya tak perlu elak pun. Makan je. Rugi tau tak makan. Kang langsung tak leh makan lagi naya hahaha...

Apa yang perlu ialah,

Kecekalan
Kekentalan
Kesabaran
Kegigihan
Kesusilaan...ehh...haha

Paling penting DISIPLIN. Kau berangan nak kuruskan badan tapi tak control memang takkan turunlah.

Sekali lagi saya tekankan di sini. Ini bukan program diet untuk jangka masa pendek. Target saya enam bulan. Reliable target untuk saya. Kau nak turun 4 kilo sebulan boleh takde masalah. Tapi kene disiplinlah betul-betul.

Jom kita kurus dan sihat! :)





No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...