Thursday, September 4, 2014

Jangan tinggal nasi

Jangan tinggal daku...pepagi dah nyanyi lagu sedih kan.

Persepsi rakyat Malaysia bila dengar perkataan DIET je, tak makan nasi. Bila sebut "aku nak diet lah, tak makan nasi" why? Why? Why?

Aku di antara rakyat Malaysia anak Kampung yang tak boleh tak makan nasi. Kau tau tak nasi tu sedap. Bila naik berat badan salahkan nasi. Bila gemuk salahkan nasi. Bila bacaan kolestrol tinggi pun salahkan nasi. Kesian kat nasi tu. Kalau korang tahu betapa pentingnya nasi dalam kehidupan harian kita ni mesti korang akan makan nasi 5 kali sehari!

Tiga minggu pertama selepas bersalin aku makan nasi macam naga hahaha... Ye lah nak banyakkan susu. Baby pun suka sampai marah pun ada sebab susu melimpah ruah. 

Sebenarnya dengan makan nasi corak pemakanan kita akan seimbang. Kalau kita berdiet tanpa nasi apa yang kita nak makan untuk mengenyangkan perut. Anak aku kalau tak makan nasi dia akan mengunyah tah apa-apa biskutlah, rotilah, coklatlah...cikedis aku memang tak bagi makan. So takde pilihan. Begitu jugak kita kalau tak makan nasi. Kau akan menggelupur. Semua benda makan tak puas.

Soalnya bila kita makan roti, biskut dan lain-lain dari mana datangnya protein dan alkaline? Tak kisah kalau tak makan nasi tapi gantikan dengan sumber karbohidrat yang lain. Tapi boleh ke kita tambah protein dalam diet kita tu?

Cuba kita tengok nenek kita kat kampung tu. Hari-hari makan nasi. Makanan lain tak nak. Nak nasi je. Alhamdulillah sihat dan cergas. Makanan ruji depa hanyalah nasi (sumber karbohidrat), lauk (sumber protein) dan sayur yang cukup (sumber alkaline).

Biskut-biskut yang kita makan untuk diet tu mempunyai kandungan Sodium yang sangat tinggi. Nak makan boleh je tak ada masalah. Tapi kalau dah dijadikan makanan tetap di mana eloknya. Esok-esok bila dah umur meningkat kurus tu memanglah kurus, dapat darah tinggi pun ye jugak tau. Saya pun nak kurus tapi nak badan sihat jugak. Tak nak kurus tapi sakit. Biarlah kita makan makanan yang dimasak. Bukannya makanan yang dah diproses.

Lagi satu, nasi tu merupakan makanan ruji kita. Tak kira Melayu, India, Cina, Kadazan, Bidayuh, Iban, Orang Asli semuanya makan nasi. Tambahan pulak nasi merupakan sumber karbohidrat termurah. Kenapa nak kena beli pasta yang harga lebih kurang dengan harga beras 5kilo? Kat Malaysia dengan RM1 korang boleh dapat nasi sepinggan. Siap mintak tambah lagi... Kannn... 

Identiti rakyat Malaysia, makan nasi... Dengan syarat berpada-pada. Janganlah kau hentam sampai sepinggan penuh. Kalori segenggam nasi ialah 150cal. Takkan nak makan sampai sepuluh genggam penumbuk kot. Samalah dengan gula, kalau diambil secara berlebihan akan mendapatlah kencing manis. Ye dak... Jadi bersederhanalah...

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...