Thursday, September 25, 2014

Tiada lagi ING di Malaysia

Sebenarnya dah lama aku nak karang entri ni. Tapi disebabkan masa yang terhad dan ketidakrajinan aku postpone lah dulu. Kebetulan di kala ada idea ni bolehlah aku buat.

ING Insurance ni pernah popular suatu ketika dulu. Asal sebut pasal masuk hospital je orang ingat ING. Sebut je medical card pun orang akan ingat ING walaupun masa tu Prudential dah bertapak lama di Malaysia. ING ni glamer disebabkan medical card mereka dengan syarikat-syarikat di Malaysia ni. Untung tau dapat kerja kat company yang best dan dapat medical covered by company.

Okay. Ini ceritanya.


"KUALA LUMPUR 17 Jun - Perniagaan penyedia insurans hayat Malaysia, AIA, telah disepadukan dengan operasi insurans tempatan, ING Group, selepas AIA Group Ltd. memuktamadkan pengambilalihan perniagaan insurans ING di Malaysia pada Disember tahun lepas, demikian menurut AIA dalam satu kenyataan hari ini. Mulai hari ini, perniagaan berkenaan akan beroperasi di bawah lesen dan jenama tunggal yang dikenali sebagai AIA Bhd. Jenama insurans 'ING' akan dikeluarkan dari pasaran.

 Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd, Bill Lisle berkata: "Kami akan terus fokus menyelaraskan produk dan proses kami bagi memastikan standard perkhidmatan yang lebih tinggi bagi 2.6 juta pelanggan kami." Proses penyepaduan AIA-ING bermula 18 Disember tahun lepas apabila AIA Group Ltd. selesai melakukan pengambilalihan perniagaan hayat, insurans am dan manfaat pekerja ING Group di Malaysia. Jualan itu juga termasuk kepentingan 60 peratus ING Group di dalam ING PUBLIC Takaful Ehsan Bhd. yang sedang menjalani pengintegrasian dengan AIA AFG Takaful Bhd dan kini dikenali sebagai AIA PUBLIC Takaful Bhd."

Oeh kerana penggabungan dua syarikat insurans ini makanya AIA dah jadi No 1 market leading insurance company di Malaysia ni.

Strong tak? Strong kan? =)

Monday, September 8, 2014

I love you mommy

Sapa tak sayang mak. Semua orang sayang mak. 

Ye lah masa kecik kita rasa tak sabar nak berdikari tapi percayalah bila korang ada peluang tu kalau boleh tak nak pegi. Nak duduk bawah ketiak mak je. 

Masa kecik kata tak sayang mak. Lawan cakap mak. Tapi bila dah besar, dah dewasa korang akan marah adik-adik korang bila depa lawan cakap mak. Masakan mak paling dirindui. Bergosip dengan mak paling best!

Walaupun kita dah kawen macam aku dah jadi isteri orang dan anak-anak sendiri, masak untuk suami untuk anak-anak, tapi kita tetap anak mak. Bila balik kampung berpeluang nak bermalas-malasan, bermanja-manja dengan mak. Semua makanan mak yang mesti masak. Kita tak nak masak. Makan berselera dengan air tangan mak.

Bila berada jauh dengan mak, masa tu lah kau menung panjang menitip setiap dosa yang telah kau lakukan pada ibumu. Berderai air mata sebab time tu lah kau rasa kau sangat berdosa dan serba salah dengan mak. 

Rindu kan...

Tinggal dengan mak, semuanya mak buat. Dari A ke Z. Walaupun membebel sampai telinga bernanah tapi mak tetap buat dan laksanakan tanggungjawabnya. 

Bila berjauhan bebelan itulah yang paling dirindui...

Itulah emak

Betapa sayangnya mak terhadap kita...

Kasih seorang ibu...

Tiada galang gantinya

I miss you Mommy. I love you mommy.



p/s: entri khas untuk adikku yang pertama kali berjauhan dengan mak semata-mata untuk mencari rezeki...baru kau tahu macam mana kakak n abang rindu dengan mommy...

Thursday, September 4, 2014

Jangan tinggal nasi

Jangan tinggal daku...pepagi dah nyanyi lagu sedih kan.

Persepsi rakyat Malaysia bila dengar perkataan DIET je, tak makan nasi. Bila sebut "aku nak diet lah, tak makan nasi" why? Why? Why?

Aku di antara rakyat Malaysia anak Kampung yang tak boleh tak makan nasi. Kau tau tak nasi tu sedap. Bila naik berat badan salahkan nasi. Bila gemuk salahkan nasi. Bila bacaan kolestrol tinggi pun salahkan nasi. Kesian kat nasi tu. Kalau korang tahu betapa pentingnya nasi dalam kehidupan harian kita ni mesti korang akan makan nasi 5 kali sehari!

Tiga minggu pertama selepas bersalin aku makan nasi macam naga hahaha... Ye lah nak banyakkan susu. Baby pun suka sampai marah pun ada sebab susu melimpah ruah. 

Sebenarnya dengan makan nasi corak pemakanan kita akan seimbang. Kalau kita berdiet tanpa nasi apa yang kita nak makan untuk mengenyangkan perut. Anak aku kalau tak makan nasi dia akan mengunyah tah apa-apa biskutlah, rotilah, coklatlah...cikedis aku memang tak bagi makan. So takde pilihan. Begitu jugak kita kalau tak makan nasi. Kau akan menggelupur. Semua benda makan tak puas.

Soalnya bila kita makan roti, biskut dan lain-lain dari mana datangnya protein dan alkaline? Tak kisah kalau tak makan nasi tapi gantikan dengan sumber karbohidrat yang lain. Tapi boleh ke kita tambah protein dalam diet kita tu?

Cuba kita tengok nenek kita kat kampung tu. Hari-hari makan nasi. Makanan lain tak nak. Nak nasi je. Alhamdulillah sihat dan cergas. Makanan ruji depa hanyalah nasi (sumber karbohidrat), lauk (sumber protein) dan sayur yang cukup (sumber alkaline).

Biskut-biskut yang kita makan untuk diet tu mempunyai kandungan Sodium yang sangat tinggi. Nak makan boleh je tak ada masalah. Tapi kalau dah dijadikan makanan tetap di mana eloknya. Esok-esok bila dah umur meningkat kurus tu memanglah kurus, dapat darah tinggi pun ye jugak tau. Saya pun nak kurus tapi nak badan sihat jugak. Tak nak kurus tapi sakit. Biarlah kita makan makanan yang dimasak. Bukannya makanan yang dah diproses.

Lagi satu, nasi tu merupakan makanan ruji kita. Tak kira Melayu, India, Cina, Kadazan, Bidayuh, Iban, Orang Asli semuanya makan nasi. Tambahan pulak nasi merupakan sumber karbohidrat termurah. Kenapa nak kena beli pasta yang harga lebih kurang dengan harga beras 5kilo? Kat Malaysia dengan RM1 korang boleh dapat nasi sepinggan. Siap mintak tambah lagi... Kannn... 

Identiti rakyat Malaysia, makan nasi... Dengan syarat berpada-pada. Janganlah kau hentam sampai sepinggan penuh. Kalori segenggam nasi ialah 150cal. Takkan nak makan sampai sepuluh genggam penumbuk kot. Samalah dengan gula, kalau diambil secara berlebihan akan mendapatlah kencing manis. Ye dak... Jadi bersederhanalah...

Wednesday, September 3, 2014

Blogspot atau dot com

Iklan...rehat jap citer pasal nak kurus heheh...

Kembali ke alam nyata. Apasal tetiba dari aleyanazuriq.com ke sitizulaikha.com dan balik jadi aleyanazuriq.blogspot.com?

Sungguh nak cerita panjang berjela. Tapi aku rasa baik guna yang free ni je lah kau tak kecewa. Malas nak pening-pening. Dari beratus visitor sehari nak kawtim balik visitor yang sama sekarang sangat susah. Apetah lagi update blog pun 4 bulan sekali hahaha... Nanti Nuffnang pun tak nak siar iklan pulak. Ni pun dari semalam aku tengok iklan dia pun segan je nak kuar.

Yelah...yelah lepas ni aku aktif.

Sebelum ni bukan tak nak aktif. Aku tak reti lah nak cerita pengalaman hidup ni. Berangan nak upload gambar yang best dalam blog. Sekarang dah jadi pekasam. Tapi kan rasa boleh upload lagi. Tulis je hashtag "throwback" kan...kan...kan...

Aku tak reti nak buat video jadi ini je lah aku pandai ngeee...

Pesanan aku kalau korang nak ada domain sendiri tak yah lah beli dari 3rd party macam GoDaddy ni. Ehh betul ke tak ye? Lebih kurang tu la namanya. Banyak lagi kat Malaysia kompeni jual hosting dan domain. Beli dari depa je. Senang. Aku buat masa sekarang dah tak ready lagi nak guna domain sendiri. Merajuk dengan GoDaddy!

Cara kira keperluan kalori sehari

Okey okey....nak turunkan berat badan kan. Nak kurus dan sihat kan. Meh kita kira kalori dulu...

Setiap hari dalam aktiviti harian kita tak kira sama ada kita berehat, baring dan tidur badan kita tetap perlukan tenaga untuk pam darah, bernafas dan mengalirkan darah ke seluruh badan.

Pertama sekali sebelum memulakan Pelan Diet Seimbang kita harus tahu berapa keperluan kalori yang perlu kita ambil untuk sehari. Penting ni. Diet seimbang tak boleh skip waktu makan. Kalau tak macam mana nak berdiet seimbang. Lepas tu nanti akan ada masalah kurang makan atau terlebih makan. Tu yang sanggup berlapar tu. Buat apa nak seksa diri. Kannn... Baik makan je haha...

Jadi, tenaga yang tubuh badan kita gunakan untuk proses di atas tadi dipanggil BMR. 

Setiap apa yang kita makan akan menjadi tenaga untuk kita menjalankan aktiviti harian. 

Tapi....kalau kita makan lebih dari apa yang diperlukan haaah itulah yang akan menjadi lemak hehe...terbina sedikit demi sedikit.

Oleh itu, kalau nak kurus dan turunkan berat kita kena makan kurang dari apa yang badan kita perlukan supaya tubuh kita akan membakar lemak untuk hasilkan tenaga. Faham tak malsud ayat ni? Hehe...

Di bawah ni cara kira Basal Metabolic Rate (BMR)

Terdapat dua jenis pengiraan. Dalam kg dan pounds. Yang lebih senang kita guna kg.

BMR = jumlah kalori minimum yang diperlukan oleh badan kita untuk hidup. 
*Jumlah BMR setiap individu adalah berbeza bergantung kepada berat, tinggi dan umur.

BMR (PEREMPUAN) : 655 + (9.6 X berat dalam kg) + (1.8 X tinggi dalam cm) - (4.7 X umur dalam tahun)

BMR (LELAKI) : 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5x tinggi dalam cm) - (6.8 x umur dalam tahun)

Contoh A
Perempuan
Berat = 58kg
Tinggi 154cm 
Umur 36

Pengiraan : 
BMR = 655 + (9.6 X 58)+ (1.8 X 154) - (4.7 X 33)
         = 655 + 556.8 + 277.2 - 155.1 = 1371.90 kalori 

Daily Calorie Requirement (DCR)
DCR =  jumlah kalori harian bergantung kepada aktiviti dan keaktifan kita sepanjang hari.

Cara kira DCR

• BMR x 1.2 (kurang atau tiada senaman, kerja di meja) 
• BMR x 1.375 (senaman ringan/bersukan 1-3 hari/minggu) 
• BMR x 1.55 (senaman sederhana/bersukan 3-5 hari/minggu) 
• BMR x 1.725 (senaman berat/bersukan 6-7 hari/minggu) 
• BMR x 1.9 (senaman berat setiap hari/bersukan dan latihan fizikal atau 2x sehari seperti pelumba maraton) 

BMR dari contoh di atas ialah 1371.90 kalori dan katakan si contoh tak bersenam lansung.
DCR = 1371.90 kalori X 1.2 = 1646.28 kalori

Jadi, kalau nak kurus. Pastikan pengambilan kalori kurang dari 1646.28 kalori

TAPI PASTIKAN TIDAK KURANG DARI BMR = 1371.90
Kerana jika kurang dari BMR akan bawa kemudaratan.

Jadi, untuk kurangkan 1 pound dalam seminggu kita perlu kurangkan 500 kalori sehari.

A boleh kurangkan dengan cara hanya makan 1646.28 kalori sehari. Atau, makan 1646.28kalori dan bakar 500kalori dengan cara senaman. Atau, 250kalori kurangkan makan, 250kalori lagi bakar dengan senaman. Terpulang, tapi kaedah terbaik ialah makan secara sihat dan bersenam!

Jikalau kamu seorang ibu yang menyusukan bayi kita perlu lebih 500kalori. Maksudnya 1646.28kalori tu ditambah dengan 500kalori jadi 2146.28kalori sehari. Tapi bagi saya kalau dah bayi boleh makan atau sebaik-baiknya umur setahun boleh la mula Diet Rendah Kalori ni. Samada nak maintain 1646.28kalori atau nak kurang. Terpulang kepada individu masing-masing.

Tentang My Diet Seimbang

fuhh...fuhh...fuhh...

Exercise...exercise...fuhh

Akak tabik dengan kau dik yang rajin bangun awal pagi selepas subuh pergi berjogging kelililng padang rumah kau. Tak cukup dengan tu kau sambung lak petang pegi berjogging di Tasik Ampang. Sungguh akak salute dengan kegigihan kau dik...

Teringat zaman dolu-dolu masa muda belum kahwin. Pegi jogging pusing padang depan rumah. Zaman tu takde kes culik ke bunuh ke yang berleluasa. Sebenarnya tak terfikir pun. 
Sekarang ni? Tak beranilah nak jogging sensorang pepagi buta. Biarlah drive carik tempat yang proper sikit dan ramai orang kannn...

Bila dah kahwin, kau dah ada anak memanglah tahap kemalasan tu bertingkat-tingkat setinggi bangunan KLCC. Dan...akak respect kat mak mak yang rajin exercise ni. Jangan macam kak ni haha...

Dulu kerja. Jalan kaki dari parking ke ofis jauh. Penat tau. Dah masuk dua tahun tak bekerja ni memang terbina lemak-lemak tepu. Makin hari makin tebal! Sapa nak aku leh derma nak?!

Sekarang bila umur dah cecah 3 series gigih nak turunkan berat. Ehhh...dulu akak tengok apa yang dimakan masuk mulut tau. Dah start preggy Encik Hanif langsung semua ngap.

Aduhhh...jauh dah lari tajuk ni.

Okey back to the topic.

Since saya dah start balik dengan pelan Diet Seimbang ni, saya akan share tentang tip-tip DIET ni. Apa yang perlu kita makan, apa yang perlu kita elak. Sebenarnya tak perlu elak pun. Makan je. Rugi tau tak makan. Kang langsung tak leh makan lagi naya hahaha...

Apa yang perlu ialah,

Kecekalan
Kekentalan
Kesabaran
Kegigihan
Kesusilaan...ehh...haha

Paling penting DISIPLIN. Kau berangan nak kuruskan badan tapi tak control memang takkan turunlah.

Sekali lagi saya tekankan di sini. Ini bukan program diet untuk jangka masa pendek. Target saya enam bulan. Reliable target untuk saya. Kau nak turun 4 kilo sebulan boleh takde masalah. Tapi kene disiplinlah betul-betul.

Jom kita kurus dan sihat! :)





Tuesday, September 2, 2014

Semangat yang hilang

tup..tap...tup...tap

Sekarang dah September. Last update blog bulan April aritu ngeee... Empat bulan sekali baru update blog. Maju jaya sungguh. Tak kerja pun tak ada masa nak update blog tau. Bila ada free time, masa emas tu digunakan untuk merehatkan diri, membaringkan diri dan main game hahah... Hobi katanya.

Nak dapat semangat balik menaip bukan senang. Lagi-lagi di zaman yang segala-galanya SMART. Patutnya boleh je nak berentri dari "smartphone". Tapi guna lappy atau komputer lagi syok. Bebas menaip. Alasan je semua tu kan...

Sebenarnya, kembalinya aku di sini adalah kerana semangat yang hilang timbul kembali. Banyak nak share ni. Jumpa semangat tu di sebalik bantal yang empuk. Ingat senang ke akak memalam ni nak berjaga menaip. Dengan boss kecik Muhammad Hadif yang bila dah tido akan bangun setiap jam, setiap setengah jam hanya kerana nak mengempeng. Kau hangin dak? Hangin tak hangin kau layan je lah. Kau marah menjerit histeria pun kat dia bukannya dia paham. Lagi dia melalak adalah. Sudahnya kau yang surrender. Ni tercongok-congok menaip dengan kelajuan tahap maksima. I try to make it short! Kununlah...

Apa nak story ni ehh.. Lupa lak.

Ooooohh pasal DIET.

Dah lama akak tak cerita pasal Diet Seimbang kan. Pasalnya aku ni pun dah tak seimbang hahaha...

Oklah oklah...serius serius ni.

Nak buat ikrar mulai dari hari ni akak akan merajinkan diri untuk update Diet Seimbang kembali naaa...