Saturday, June 15, 2013

Suka cakap last minute...abang!

            Dah nampak attitude anak bujang yang sorang ni. Balik skool takde fikir apa nak main je. Tak kisah lah main apa pun. Tengok tv layan kartun. Apa yang teacher dia pesan semua lupa. Budak umur lima tahun memang takde fikir lain. Balik skool petang baling beg cuci kaki then terus lepak kat hall. Maknya panggil balik suruh keluarkan semua barang-barang dalam beg lepas tu ko nak pergi lepak ke hape pergi la kan. Kalau nampak ipad terus pegang. Tapi selalu ipad mama sorok dalam bilik. Dia tak berani amik.


            Selalunya tak ada homework nak kena buat. Dah kat skool seharian, bangun tido petang buatlah homework untuk hari tu. Aku rasalah. Kat rumah just kena baca buku and sometimes ada homework simple macam carik gambar etc. Tapi jaranglah. So, mak pak nya tanya ada homework dia kata tak ada. 

              Bila pagi menjelang, kita sibuk siapkan dia untuk skool mulalah dia cakap teacher dia suruh ini la, itu la. Kita tanya kenapa tak cakap semalam. Dia boleh cakap "ini Hanif cakap la ni..." Hadoi. Bukan sekali dua, banyak kali. Suka nau cakap last minute. Macam pagi tadi boleh ketuk pintu bilik air kata teacher suruh beli exercise book. 

                Pastu dia ajak pulak pak dia pegi kedai beli buku tulis katanya. Papa dia kata mana ada kedai bukak. Pukul 8 pagi kedai buku mana yang bukak. Paksa pulak tu, cakap kat bapak dia "jom la, jom la..." Tak habis dengan tu kuarkan pulak buku bagi tau page 18, kena carik picture agung. Ko dengar tak hangin ke?? Mana nak carik. Bukak komputer nak print pun tak sempat. Mama nak cepat, papa dia la yang melayan.

 Papa dia kata masa masuk pagar sekolah muka muncung je huhu...ala-ala tak puas hati.

Balik petang tadi aku tanya gak ada homework ke tak, dia kata esok boleh buat. Macam tau-tau je cuti. Lepas tu aku tanya la jugak teacher ada marah ke? Dia kata teacher suruh buat homework kat whiteboard. Letih melayan anak bujang ni. Belum tambah lagi sorang ni. Sekarang pun papa dia kata macam sepuluh orang dalam rumah padahal kita dua beranak je yang dok berkelahi. Ada lagi sorang cukup dua puluh! Jadi singa mak dia! 

Friday, June 14, 2013

Hari ini race day

Alhamdulillah, salam Jumaat yang barakah. Aku pulak yang blurrr. Bangun dah lambat. Appointment pukul 8 pagi. Siapkan Hanif nak skool lepas tu aku pulak yang bersiap. Perang sikit sebab dah lambat time tu abang buat hal. Maknya pun temperature cepat je naik. Tak sempat nak sarapan. Minum milo je la.

Masuk klinik tengok wahhh macam best sebab lengang. Tak sampai 10 orang pun. Rasa lega. Biasanya penuh dan sesak. Nak duduk pun tak ada tempat. Bila dah bersesak mula lah rasa panas berbahang. Boleh stress. Tapi mak buat-buat relax je.

Sampai klinik terus pegi timbang berat. Sejak dua menjak ni berat macam naik sikit. Nurse tak bising sebab dalam spec lagi katanya. Dua minggu berat naik 0.5kg. Kira ok dorang kata. Kita pun okey. KK ni strict, so kalau dah depa kata okey maksudnya tak yah risau. Sempat jugak aku tanya nurse tadi kenapa hari Jumaat tak ramai. Dia kata memang tak ramai sebab dorang cuma amik kes yang bermasalah je. Kira aku ni dalam kategori yang bermasalah, kalau tak, takkanlah setiap dua minggu kena datang.

Disebabkan tak sarapan punya pasal anak orang kat dalam perut dah mengamuk. Tak senang duduk dibuatnya. Setakat minum mana nak kenyang. Memang patut pun bergendang dalam tu. Mesti mulut dia ternganga-nganga sekarang ni. Aku tau pun pasal ari tu buat 3d/4d scan tengahari dalam pukul 1.00 petang. Bila tengok video masa scan tu dia tengah tido dengan nyenyak tapi mulut dia ternganga-nganga macam budak nak menyusu. Kita bangunkan pun dia buat dek je. Muka masam, kening kerut-kerut tak suka kena gerak. Kaki...hahh kau tegak sampai nak cecah dahi. Tak turun langsung sepanjang masa scan. Senyum pun sekali itu pun kebetulan. Sengih je. Tido, tido jugak tapi mulut tetap tak berenti menyonyot. Orang tu kata, kesian baby. Mama pun rasa bersalah jugak. Ye la tak lapar lagi macam mana nak makan. Rupa-rupanya walaupun tak lapar tapi bila sampai time makan tu kena makan. Tak boleh biarkan diri sampai rasa lapar tahap kebulur. Kalau kita dah kebulur baby dalam perut apetah lagi...

Nurse kata lagi dua minggu baru check hb. Kena pastikan naik sebab kalau kurang darah akan effect pada baby especially otak disebabkan oksigen tak sampai ke hujung saraf. Tak banyak. Dorang nak reading more than 11 je. Siap cakap lagi kalau anak tak cerdik jangan marah. Salahkan mak mengandung... Okeylah terima apa yang dia cakap tu sebab memang betul.

Bandage night!

Tau tak betapa susahnya nak lelapkan mata bila tangan rasa kebas semacam je? Semua style kuak lentang ke hape jadi tak kena. Puncanya dulu accident masa zaman sekolah merempit takde lesen kena langgar dengan kereta. Melambung kau! Pengsan sekejap. Pergi hospital doktor kata ok je semua. Cuma pergelangan tangan sebelah kiri terseliuh.


Zaman baru habis sekolah manalah nak heran pergi berurut sana sini. Memang tangan bengkak. Lama jugak tak dapat nak angkat barang berat tapi at last sembuh jugak. But the effect datang balik bila dah masuk umur 25 tahun ke atas. Bila dah mengandung and beranak, masa lepas pantang tu haahh nasiblah merasa kekebasannya. Makan bulan jugak baru nak sembuh. Mak bidan urut pun tak hilang jugak rasa sengalnya. Walaupun duduk dengan mak mertua berpantang tetap sendiri. Mandi anak apa semua. Nak buat macam mana, dia pun tak sihat. Mak aku pulak jauh nun di Terengganu. Sekarang ni pulak dah balik Sarawak. Pantang sendiri lagi...

Rasa lama jugak dah tak sakit sebab aku memang jaga bab makan. Makanan yang angin semua aku elak. Pernah sekali aku bedal pulut kuning. Fuhh memang lah sedap. Tapi tak sampai 10 minit dah terasa la azabnya. Lama jugak fikir makan apa sampai jadi macam tu. Sambil drive sambil perah otak fikir. Pegang stereng kereta pun tak rasa ok. Sejak dari hari tu aku dah serik. Sayur pun sama. Kangkung, pucuk manis, pucuk paku, pucuk ubi semua aku cuba untuk elakkan. Tapi kan, sayur-sayur tu lah favourite aku. Dah lama sangat tak makan teringin jugak lagi-lagi lah time gini.


So ubat dia, kena sapu minyak panas. Tampal koyok pun tak jalan. Paling mujarab Yoko-Yoko. Lepas tu berbalut supaya angin sejuk tak masuk. Time mengandung mana boleh sapu semua tu. Takkan nak tahan sampai pagi. Memang tak lelap la macam tu. Akhirnya teringat Ruqiah Minyak Kelapa Dara Pati Halia yang beli kat Sinar Zamdurrani tahun lepas. Ada dua botol lagi. Dengan segera aku sapu kat tangan lepas tu bandage. Harap-harap bila bangun pagi esok dah ok. Nak pergi check-up pukul 8 pagi ni..

Thursday, June 13, 2013

Lupa lagi!

Aduhai... Bila dah asyik fikir nak beranak lagi 3 bulan, lepas tu fikir pulak nak kerja huwaaaa terlupa lagi check-up Hari Rabu lepas. Semangat waja nak bekerja ni. Malam tadi baru teringat. Rasa macam check-up sebulan sekali, padahal every two weeks kena datang. Tak tulis dalam diari macam tu lah jadinya.

Bila call seperti sebelum ni cakap je kat nurse terlupa semalam punya appointment. Daripada tak datang langsung. Better call daripada kena marah. Nanti nurse akan set appointment baru. Janganlah dah salah pastu marah-marah kan. Datang je bila-bila dorang suruh. Rupa-rupanya semalam depa call aku tak angkat. Baru perasan ada miss call.

Dah set appointment untuk this Friday. Tulis siap-siap dalam diary & harap-harap tak lupa. Sekarang ni nak pulun kerja untuk lagi 3 bulan. Sarat tak sarat redah je. Balik rumah pengsan. Sungguh rasa risau.

Minggu Ke-26

Kalau ikut Baby Bump sepatutnya dah masuk 26th weeks 4 hari and kalau ikutkan scan last week ialah 26 minggu so minggu ni masuk 27 minggu. Tak tahu yang mana satu betul. Rasa keliru? Mesti... tapi EDD memang tak lari dari 14th-15th September. Tak kisah mana-mana sebab bila sampai masanya nanti haaah meragamlah dia hehe...

Masa abang dulu memang keluar ikut EDD doktor bagi masa scan 19th December 2008. Memang tepat. Kalau awal pun satu dua hari je. So mungkin adik pun macam abang la agaknya. Kalau 14 September bagus sebab boleh celebrate birthday sama-sama dengan mama.

Penyelesaian terbaik untk kaki yang membengkak
Hari ni pulak dah masuk hari kedua kaki membengkak. Mungkin sebab dah mula banyak berjalan. Kalau duduk pun beban banyak di kaki. Tapi syukurlah tak teruk macam dulu. Last time 4 bulan preggy dah start bengkak. Bila masuk 7 bulan kaki dah gajah. Saiz kasut pun 10 tau. Macam belon nak meletup. Lepas dua minggu berpantang barulah turun. Mak bidan kata bahaya. Siap bagi resepi ragi dgn apa entah, suruh buat untuk sapu kat kaki. Esoknya bangun tengok kaki dah "kurus". Alhamdulillah... Lega mak okeh.

Bila buat kira-kira rasa sangat cuak. Rasa seram sejuk dalam Labour Room tu tetiba terasa. Takut, resah, gelisah semua ada. Rasa tak sabar nak bersalin pun ye. 95 hari je lagi. Minggu depan boleh mula minum air kelapa. Petua untuk baby kulit bersih bila lahir nanti. Maknanya takde kerak kepala, kulit pun bersih. Biasa kalau baby berumur 3 hari kita dah boleh nampak kulit baby ada yang menggelupas dan ada yang macam bersisik sedikit. Kerak kepala kita boleh nampak lepas beberapa jam lepas baby lahir. Alhamdulillah abang Hanif kulit bersih. Kerak kepala pun takde sangat. Risau jugak sebab rambut dia panjang. Papa dia kata rambut "Trojan" haha..

Yang pastinya, aku cuma minum air kelapa time membuyung Hanif especially tiga bulan terakhir. Satu minggu dua biji tu. Raksasa tak? Lepas beranak tak minum dah, sampailah membuyung sekali lagi ni. Tengok minggu depan boleh telan ke tak. Tarik nafas dalam-dalam... Hembus!






Sunday, June 2, 2013

Kotak komen blog menghilang

Dua tiga hari dok godek benda ni je. Sampai hilang mood dibuatnya. Paling stress sebab kena check coding satu-satu. Teringat zaman belajar programming di kolej suatu ketika dulu huhu... Sampai tiga hari tak tidur semata-mata nak siapkan projek. Zaman dulu punya programming language mana sama dengan sekarang. Setiap masa bertukar. Jadi kita yang kena mengadvancekan diri sendiri. Kalau dulu ada lecturer tolong. Sekarang sape nak tolong? Nak tak nak kenalah setel sendiri. Syukur dengan peredaran zaman yang semakin maju boleh la buat. Just search mana-mana website yang ada discuss bab programming haaah kat situlah menempel. Ramai problem solver yang boleh tolong. Tidak dinafikan juga ramai blogger yang buat blog khas untuk tolong kita yang tak berapa nak mahir ni.
    Gambar dari alongucop.com


    Godek punya godek akhirnya dapat gak solution. Bila dah setting balik betulkan coding. Comment box tu keluar kat entri baru. Entri yang sebelum ni tak ada. Shoutbox pun saya dah buang sebab banyak sangat spam. Kalau anda seorang yang suka colorful boleh guna background yang cantik-cantik. Tapi saya prefer yang biasa sebab background yang heavy membuatkan blog loading terlalu lama. Daripada pelawat datang ada mood nak baca terus keluar balik sebab lama sangat nak tunggu. Kalau tengok top blogger kebanyakan blog mereka sangat simple. Tapi kalau korang jenis yang suka hias blog bagi saya okay je sebab saya pun suka tengok blog yang cantik-cantik heee.... Terfikir jugak bestnya kalau blog aku pun macam tu.
Blog ni pun banyak masalah dari awal tahun hari tu. Mula-mula nak tukar domain dari aleyanazuriq.com to sitizulaikha.com tak boleh. Pasal apa pun tak tahu. Lama jugak nak setel. At last, terpaksa convert balik ke blogspot then baru register ke sitizulaikha.com. Memang sangat menyedihkan sebab kena buat balik dari A to Z. Trafik blog tak payah cakap, terus merundum jatuh teruk. Page rank pun jatuh. Nak up trafik kena rajin. Tapi dengan kesibukan sana sini mana la ada masa nak buat semua tu. Setakat update boleh. Sekarang baru ada masa nak aktif balik blogging selepas enam bulan tukar domain. 

Kotak komen blog dah ada tapi dua! Haihhh...bila dah ada sampai dua jadinya. Macam perli pun ye. Dah nak kena tengok balik. Yang pasti bila ada blog kena ada kerajinan. Rajin untuk blogwalking dan rajin untuk update. Jangan lupa pengisian cerita blog pun penting. Harus kreatif. Sekiranya, anda
ada ketiga-tiga pakej ni InsyaAllah blog anda akan jadi top...

"Mama, BALL dalam hidung tak nak keluar!!"

Ayat ni ayat mimpi ngeri bagi semua ibu bapa terutamanya bagi seorang ibu. Memang boleh heart attack dibuatnya. Darah tinggi pun boleh naik. Persoalannya, apa yang akan korang buat bila anak tiba-tiba datang dan mengadu macam tu? Panik, marah, terkejut atau rasa tak percaya?? Kalau aku dah tentu tak percaya. Tapi itulah yang sebenarnya terjadi tengahari tadi di kala sedang sibuk bersilat di dapur.

Bola yang ada dalam hidung Hanif
Kira-kira dalam pukul satu lebih rasa blank dan blurrr menyerang bila Hanif datang dan dengan menghentak-hentakkan badan tanda protes datang ke dapur dengan muka cuak nak nangis bagi tahu yang bola dalam hidung dia tak dapat keluar. Aku terus macam "haaahhh?? say it again??!" Dia kata ball tak boleh keluar dari hidung! Masa tu rasa kepala jadi berat macam ada batu jatuh atas kepala. Dah tak dengar bunyi sayur dimasak dalam kuali. Badan terus rasa menggigil-gigil dan peluh menitik-nitik keluar. Mau tak nya, sedang aku sibuk di dapur dia buat hal pulak. If korang tanya apa aku buat, as a mom off course aku tersangat cuak dan panik. Tak tau nak buat apa. Memang menjerit rasa marah, gabra semua ada. Tanya dia macam mana bola kecil tu boleh masuk dalam hidung. Tapi dia tak nak jawab sebab takut agaknya tengok mak dia tak tentu arah. Melihat keadaan sedemikian rupa, aku pun tarik nafas dalam-dalam, try to be cool and think rationally.

Rasa bengang tu memang ada, sempat gak tangan singgah sikit kat tangan dia tadi. Bukan sebab marah dengan dia tapi rasa macam tak tahulah nak cakap apa. Geram. Ibu-ibu di luar sana mesti faham perasaan aku pada ketika itu. Bila dah cool, bawak dia masuk bilik dan check hidung dia. Tak nampak pulak. Terus capai telefon call papa dia. Kebetulan papa pergi nikah ceremony BFF dia. Ingatkan ada kat area masjid berdekatan dengan rumah, rupa-rupanya ada kat Sentul di rumah pihak perempuan. Mesti papa dia balik merempit sebab dalam 15-20 minit dah sampai rumah. Sementara menunggu papa balik, mama check sekali lagi hidung dia tengok memang ada bola kecik dalam hidung. Mungkin sebab asyik terbersin membuatkan bola tu terkeluar sedikit cuma tersekat di bahagian yang kecik dekat dengan tulang hidung. Aku tanya mana dia jumpa bola tu dan macam mana boleh masuk hidung. Dia cakap "Hanif jumpa dalam toys", maksud dia jumpa dalam bakul mainan dia. Aku pun pelik mana ada mainan dia bola kecik-kecik. Dari mana datangnya pun tak tahu. Actually, before that dia main lego and create his own gun or whatever dengan iPad di depan mata plus TV lagi. Toys lain semua kat dalam bilik. Lagipun lego dia memang tak mix dengan toys lain. Kepala otak memang dah fikir HOSPITAL, EMERGENCY, MINI OPERATION, TIDUR HOSPITAL.

Yang papa guna untuk keluarkan bola dalam hidung
Sampai je papa kat rumah, terus check hidung dia. I look at him dengan rasa pelik sebab tengok macam tak rasa apa pun. Cuak pun tak, resah pun tak, marah pun tak. Aku pulak yang rasa nak menangis. Bila dia kata "boleh keluar ni", akulah orang yang paling lega. Encik Hanif pula, bila nampak je muka papa dia muncul terus nangis mendayu-dayu mintak kesian. Papa kata takmolah nangis, bukan dia marah pun. Mama punya menggigil memang tak hilang. After 5 minit Alhamdulillah bola tu berjaya dikeluarkan oleh papa. Dalam situasi cemas yang melibatkan anak aku
rasa hubby merupakan seorang yang paling cool dalam waktu kecemasan. Sebab tu aku call dia, unless if dia tak ada so i have to make a decision dan buat apa yang patut.

Habis situasi yang mencemaskan, Hanif mula mengendeng-ngendeng nak aku peluk cium dia. Mungkin disebabkan dia rasa bersalah di atas segala apa yang berlaku. Soalan aku untuknya, "Hanif nak buat lagi ke masuk ball dalam hidung?". Dia kata "tak nak, mama" Papa cakap "Hanif tak nak buat lagi tau, papa sayang". Mama pulak yang rasa tersentuh bila dengar.

Pengalaman yang sungguh sukar untuk dilupakan. Hanif...Hanif... Kamu buat mama rasa tak tentu arah. Syukurlah tak ada apa-apa. Pengajaran untuk masa akan datang.