Wednesday, April 13, 2011

Ubat gigi Strawberry pedas?

Hehe...kejadian ni terjadi dalam minggu ni jugak la yang mana setiap pagi dan petang mama akan berus gigi Encik Hanif semasa mandi. Fikiran mama dua tiga hari ni agak-agak ting tong so entah macam mana lah boleh tersilap~ngeee

Bila gosok je gigi Hanif tetiba mama perasan mata dia pejam celik, pejam celik. Pastu  nangis cakap "pedas mama, pedas". Aik...saya pun pelik kenapalah Hanif cakap macam tu sebab sebelum ni tak pernah lak time sesi gosok gigi dia menangis. Pelik ahh!


Bila tengok dia dah meronta sambal tolak tangan saya, saya pun stop then hidu berus gigi tu heheh. Ya Allah, aku tersalah bagi ubat gigi. Padanlah dia merengek-rengek komplen. Adoi...Sorry sayang, mama tersilap. Dah tu cuci cepat-cepat dan letak ubat gigi Encik Hanif sendiri tapi biasalah budak kalau dah "terkena" dia mesti ingat punye. Ermmm, letih jugak nak pujuk dia siap bagi rasa lagi untuk membuktikan yang ubat gigi tu tak "pedas". Bila dia dah rasa ok je, maksudnye rasa strawberry...barulah bukak mulut balik.

Kesilapan yang rasa-rasa tak boleh diterima akal. Bila cerita kat hubby, hubby kata "apelah awak nih, sian budak tuh"... ~toing toing~

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...