Saturday, April 30, 2011

Penjagaan bahagian badan lain

1. Perlukan membersihkan gigi

Perempuan hamil seringkali kekurangan pemeliharaan giginya. Pada waktu itu banyak gigi mereka mulai berlubang dan busuk. Tak pun mungkin sebelum itu gigi memang telah mula berlubang sebelumnya.

Jadi, seharusnya wanita hamil tersebut dengan segera meminta pertolongan seorang doktor gigi kerana doktor gigi dapat menahan kerosakan & kebusukan gigi tersebut dan dengan menurut apa yang telah dibincangkan dengan doktor tentang makanan garam kapur ketika dalam hamil. Ini kerana, kapur banyak terpakai dalam badan si ibu untuk membantu memperkuatkan pembentukan tulang dan giginya. Bantuan untuk gigi yang berlubang itu adalah bagus dilakukan pada bula permulaan kehamilan dan adalah amat digalakkan sekiranya gigi seorang wanita hamil diperiksa setiap bulan. Seandainya gigi itu perlu dicabut, cabutlah secepat mungkin sebelum gigi itu busuk dan penarikan gigi mulai susah. Gosoklah gigi tiap kali sesudah makan.

2. Penjagaan payudara

Payudara yang sihat dan selalu bersih amatlah penting dalam menyusukan bayi selepas bayi dilahirkan. Bila payudara ini keras atau tegang atau kurang mencul di atas kulit, semua hal itu akan menyusahkan bayi kelak untuk menyusu. Jadi, amatlah penting sekiranya payudara kita perlu dijaga semasa hamil. Ia harus dibersihkan dan dicuci setiap pagi dengan sabun dan air suam. Kemudian setiap kali mandi pun payudara perlu dibersihkan lagi. Setiap hari, terutamanya pada waktu pagi, yang mana puting payudara agak tenggelam perlu dalam daging perlu ditarik keluar dengan perlahan-lahan dengan menggunakan kain basah. Elok dilakukan selama beberapa minit setiap hari. Kalau payudara itu keras dan merekah, letak sedikit krim kulit atau mentega baru dan tutup dengan kapas supaya baju tidak kotor. Kadang-kadang setelah kehamilan berusia 4 bulan air akan keluar dari payudara. Sekiranya terlalu banyak boleh pakai "breast pad". Oleh sebab air yang keluar itu banyak, pastikan payudara dibersihkan dengan kerap dengan menggunakan air suam. Tapi jangan risau, air yang keluar tu bukan penyakit.

Beberapa bulan sebelum bersalin, adalah amat bagus sekali sekiranya payudara kita diperah perlahan-lahan beberapa kali sehari. Dengan ini proses penyusuan akan menjadi lebih mudah dan kalau memakai coli pakailah jenis yang mengangkat dada ke atas sedikit dan bukan coli yang menekan payudara ke bawah. Hal ini perlu diberitahu kepada doktor yang memeriksa wanita hamil itu.

3. Soal mandi perempuan hamil

Mandi bagi perempuan hamil amatlah perlu sekurang-kurangnya sekali sehari. Air mandi tersebut haruslah air suam dan tidak boleh sekali-kali mandi dengan air sejuk kerana, wanita yang hamil agak sukar berdiri tegak, malahan tidak kuat berdiri lama jadi, mandilah di tempat yang tidak licin atau alas tempat mandi dengan tuala. 

Tuesday, April 26, 2011

Berlalunya sebuah kisah tentang Hanif

Tiga hari telah berlalu. Alhamdulillah demam Hanif sudah berkurangan. Tak seperti sebelum ni. Siang ok tapi bila menjelang malam panas badannya akan naik mendadak sehingga 39 darjah celcius. Kena masuk ubat *tuttt* dan basahkan badan dia. Itu pun selepas satu jam pun panas tak kurang jugak. Terpaksalah mama bersengkang mata untuk anak kesayanganku selama tiga malam berturut-turut. Walaupun dah diberi ubat demam yang sedia ada pun tak lut jugak. Hati ibu mana yang tak risau. Ini kerana Hanif merupakan antara budak-budak yang kerap demam.


Semalam merupakan hari ketiga dan mama hantar anak mama pergi HKL sebab dari lahir Hanif memang dah ada rekod kat situ. Jadi kalau apa-apa hal pun pihak hospital tak payah nak susah payah buat dari A sampai Z. Kita pun tak susah kan. Masa kat hospital semalam his body temperature was 39.4 degree. Uisshhh, risau sangatlah. Kena ambik darah sebab dah demam 3 hari, pastu masuk ubat dan mandikan dia. Apalagi, meraung-raunglah anak bujangku. Tak suka dengan suasana bilik klinik dengan nurses. Yang mengagumkan mama ialah first time mama tengok anak mama tak menangis bila nurse cucuk jarum nak ambik darah. Sebelum ni bukan main mengamuk lagi tapi semalam... Mama speechless. Macam tak percaya je. That's mean sakit yang dia tanggung semalam tu more than pain because of a needle. Bila dah buat pemeriksaan doktor kata Hanif kena virus tapi tak serius. So, she gave him ubat batuk, demam, Vit C dan yang paling penting sekali Antibiotic (yang special) which is Fluhalt (first time dengar & tengok ubat ni) yang mana kena makan dalam masa 5 hari. Habis atau tidak buang je lepas hari kelima.

Inilah rupa Fluhalt tapi untuk budak is Liquid, yang kat atas ni utk org dewasa. Rasa kat farmasi tak ada sebab ubat nie atas nasihat doktor sahaja baru dapat. Kita semalam pun kena dapatkan "special chop" sblm pergi farmasi.

Nak kata lama tu tak jugak tapi adalah dalam 3 jam. Hanif pun sekejap tidur sekejap bangun. It's only two of us. Normally papa will be our accompany but yesterday he'd take care my MIL coz she's not quite well. Memang letih sesangat la semalam. Dah la parking jauh kat area Hospital  Peadiatrik. Menapaklah sampai ke Registration Counter klinik pesakit luar. Hanif pulak asyik nak mintak dukung je. Ye lah, orang tak sihat kan. Tapi sorry sayang mama tak dapat nak dukung Hanif, mama dah tak larat sebab Hanif dah besar. Pergi dan balik ke Car Park kena jalan sendiri sampai nak jatuh pun ada.

Sampai di rumah kira-kira dalam pukul 5.00pm. Dua-dua pun lembik. Hanif tidur, mama pulak terpaksa keluar nak kena jumpa client. Alhamdulillah dapat Close client tu. Malam pulak pergi ofis. Dah lama mama tak masuk ofis malam-malam. Sekali-sekala oklah papa bagi "chan". Malam tu kita dua beranak masing-masing terbaring tidur di hall akibat keletihan yang tak terkira. Pukul 1.30pagi baru papa kejutkan kita suruh masuk bilik dan Alhamdulillah selepas tiga malam mama tak senang tidur, akhirnya malam tadi dapat tidur dengan lenanya. Leganya hati mama Hanif dapat tidur dengan nyenyak & tak payah nak bangun tengah malam atau awal pagi merengek-rengek. Mama juga :p...

Friday, April 15, 2011

Tanda-tanda bahaya yang perlu dperhatikan semasa hamil

Bila mana ada tanda-tanda seperti di bawah semasa hamil, lekas-lekaslah minta pemeriksaan doktor:-

1. Muka, tangan atau kaki mulai bengkak
2. Penglihatan kabur
3. Berasa sakit dalam perut
4. Demam panas timbul
5. Ada darah mengalir di kemaluan
6. Muntah darah terus-menerus
7. Sakit kepala yang tidak berhenti
8. Tiba-tiba mengalir air yang banyak dari kemaluan
9. Kecelakaan dan jatuh keras ke tanah, lekas-lekas berbaring di tempat tidur dan beritahu doktor apa yang terjadi. Kemungkinan tidak ada apa-apa yang terjadi kesudahannya, tetapi ia juga boleh menjadi permulaan untuk satu bahaya buat si ibu atau bayi. Pemeriksaan secepat mungkin daripada doktor amatlah penting!

Thursday, April 14, 2011

Kategori Insurans

1. INSURANS HAYAT
Membayar faedah kepada penanggung pemegang polisi yang meninggal dunia atau kelumpuhan anggota.

Mengurangkan beban keluarga akibat dari kehilangan sumber mata pencarian.

Sering dikaitkan dengan "Endowment"~ Insurans yang membayar nilai muka (plus bonus) selepas sesuatu tempoh samada pemegang polisi hidup atau mati.

Penerima pampasan bergantung kepada jenis insurans iaitu:-

(a) Polisi seumur hidup
- Premium dibayar sehingga ke akhir hayat dan waris akan menerima jumlah penuh beserta dengan bonus.

(b) Polisi bayaran terhad
- Membayar premium untuk tempoh terhad contohnya 20 tahun yang mana pampasan akan diberi sekiranya mati dalam tempoh tersebut dan selepas tempoh tamat tiada lagi perlindungan diberi.

(c) Polisi nyawa bekal hidup
- Membayar premium untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan dan akan menerima jumlah penuh beserta dengan bonus pada akhir tempoh. Waris akan menerima pampasan sekiranya pemegang polisi tersebut mati atau meninggal dunia.


2. INSURANS BUKAN HAYAT

Juga dikenali sebagai insurans am, biasa kita sebut general insurance. Insurans ni terdiri daripada insurans kebakaran, pengangkutan, pampasan pekerja, liabiliti awam, liabiliti produk, kontrak kemalangan dan lain-lain.

a. INSURANS KEBAKARAN
Melindungi kerugian akibat kebakaran atau api atau asap daripada kebakaran. Sesuai melindungi premis, stok barang- barang, wang tunai, mesin, kenderaan, loji dan kilang. Boleh juga melindungi kehilangan keuntungan akibat kebakaran.

Insuran kebakaran terbahagi kepada :-

INSURANS BERNILAI:
- Menyatakan jumlah nilai harta yang diinsuranskan dan ganti rugi akan dibayar mengikut nilai yang dinyatakan.

INSURANS TERAPUNG / TERBUKA:
- Tidak dapat menyatakan nilai sebenar harta yang ada. Ini amat sesuai untuk peniaga yang mempunyai stok perubahan yang kerap.

POLISI INSURANS TIDAK BERNILAI:
- Nilai harta yang diinsuranskan tidak dinyatakan. Taksiran kerugian akan dibuat jika berlaku kebakaran dan kerugian akan dibayar mengikut taksiran tersebut.

b. INSURANS KECURIAN, ROMPAKAN DAN PECAH RUMAH
-Melindungi kerugian atas harta benda ( mesin, stok barangan )
-Senarai harta benda serta nilai yg hendak diinsuranskan diserahkan kpd sykt insurans.
-Premium akan dikenakan mengikut nilai harta
-Pampasan tidak dibayar utk kecurian/rompakan luar premis

c. INSURANS PERKAPALAN / PENERBANGAN
Memberi perlindungan kepada kapal dan semua yang berada di atasnya terhadap risiko yang mungkin berlaku di laut seperti kebakaran, rompakan, kerosakan, pelanggaran dan lain-lain.

Polisi yang disediakan termasuk:-
- Polisi rangka dan jentera
- Polisi kargo
- Polisi tambang
- Polisi liabiliti pemilik kapal

Polisi penerbangan pula melindungi pesawat dan segala yang ada di dalamnya dari risiko yang berlaku di udara. Contohnya seperti polisi rangka dan polisi tanggungan.

d. INSURANS KEPINGAN KACA / CERMIN PERAGAAN
- Melindungi kaca atau cermin yang dipasang di tingkap, dinding dan pintu premis untuk peragaan. dan premium akn dibayar mengikut keluasan.

e. INSURANS TUNAI DALAM PERJALANAN
- Memberi perlindungan kepada wang tunai yang dibawa dari satu tempat ke tempat yang lain. Pampasan akan diberi sekiranya wang tersebut dirompak.

f. INSURANS JAMINAN SETIA
- Melindungi majikan kerugian akibat daripada pecah amanah, kecurangan atau penipuan bagi pekerja yang terlibat dengan urusan wang.

g. INSURANS GADAIAN
- Melindungi si diinsurans dengan menjelaskan semua hutang dan pinjaman apabila meninggal dunia. Contohnya seperti membeli hartanah secara sewa beli dan membayar ansuran hartanah tersebut.

h. INSURANS AWAM DAN INSURANS SWASTA

Insurans Awam
- merupakan insurans yang diterbitkan oleh syarikat insurans awam atau agensi-sgensi kerajaan.
- cth: PERKESO (SOCSO)

Insurans swasta
- merupakan insurans yang diterbitkan oleh syarikat insurans persendirian atau syarikat insurans milik pemegang saham.
- syarikat insurans persendirian ditubuhkan oleh individu persendirian.
- manakala syarikat insurans milik pemegang saham adalah milik pemegang saham yang mungkin pemegang polisi ataupun tidak.
- boleh dibahagikan kepada "stock insurance company" dan "mutual insurance company".
- "stock insurance company" adalah milik pemegang saham yang mungkin pemegang polisi atau tidak.
- "mutual insurance company" adalah milik pemegang polisi sahaja.
- kebanyakan syarikat insurans di Malaysia terdiri daripada "stock insurance company"

Wednesday, April 13, 2011

Pengenalan tentang Insurans

Serba  ringkas tentang insurans: 

Insurans ni merujuk kepada suatu kontrak perjanjian ganti rugi antara penginsurans dan yang diinsuranskan. Dokumen perjanjian ini dinamakan polisi insurans yang menyatakan dengan terperinci syarat perjanjian serta tanggungjawab dan hak.

Si diinsuranskan ialah orang atau syarikat atau pemegang polisi yang mendapat perlindungan insurans iaitu yang akan mendapat ganti rugi sekiranya mengalami kerugian akibat risiko yang telah diinsuranskan. Ia haruslah membuat pembayaran berkala atau premium.

Penginsurans pula merupakan syarikat insurans yang menawarkan perlindungan insurans kepada si diinsurans. Penginsurans juga akan menerima bayaran premium dan membuat bayaran ganti rugi sekiranya berlaku kerugian.

Ubat gigi Strawberry pedas?

Hehe...kejadian ni terjadi dalam minggu ni jugak la yang mana setiap pagi dan petang mama akan berus gigi Encik Hanif semasa mandi. Fikiran mama dua tiga hari ni agak-agak ting tong so entah macam mana lah boleh tersilap~ngeee

Bila gosok je gigi Hanif tetiba mama perasan mata dia pejam celik, pejam celik. Pastu  nangis cakap "pedas mama, pedas". Aik...saya pun pelik kenapalah Hanif cakap macam tu sebab sebelum ni tak pernah lak time sesi gosok gigi dia menangis. Pelik ahh!


Bila tengok dia dah meronta sambal tolak tangan saya, saya pun stop then hidu berus gigi tu heheh. Ya Allah, aku tersalah bagi ubat gigi. Padanlah dia merengek-rengek komplen. Adoi...Sorry sayang, mama tersilap. Dah tu cuci cepat-cepat dan letak ubat gigi Encik Hanif sendiri tapi biasalah budak kalau dah "terkena" dia mesti ingat punye. Ermmm, letih jugak nak pujuk dia siap bagi rasa lagi untuk membuktikan yang ubat gigi tu tak "pedas". Bila dia dah rasa ok je, maksudnye rasa strawberry...barulah bukak mulut balik.

Kesilapan yang rasa-rasa tak boleh diterima akal. Bila cerita kat hubby, hubby kata "apelah awak nih, sian budak tuh"... ~toing toing~

Tuesday, April 12, 2011

Contoh pembahagian makanan dalam sehari semasa hamil

1. Pagi
- satu gelas tomato juice atau orange juice
- bolehy ditukar dengan sepotong betik masak dan sebiji pisang embun.
- segelas susu lembu atau susu kering dalam air
- roti bakar dengan mentega atau nasi sepiring kecil dengan kicap.
- sebiji telur direbus setengah masak.
- kalau suka boleh minum secawan kopi tidak pekat.

2. Tengahari (Pukul 10 pagi)
- Segelas susu

3. Tengahari (Pukul 12 tengahari)
- segelas susu
- sepiring nasi dengan sayuran dan daging atau telur (mate lembu @ dadar)
- sepiring sayuran (bayam, salad)
- sepotong betik, sebiji pisang embun dan semangkuk tomato juice (air jeruk).
- segelas susu.
- sebiji tomato.

4. Jam 3 petang
- segelas susu

5. Makan malam
- sayuran, daging dan nasi sepiring
- segelas susu
- buah buahan seperti pisang atau betik
- kalau perlu sebiji tablet Vitamin C (dari 50mg) 3 kali sehari.

Sebenarnya lebih baik makanan utama yang agak mengenyangkan dimakan waktu siang dan waktu malam mencukupi hanya dengan makanan mudah sahaja. Sebaiknya makanan perempuan dalam hamil berlainan dengan makanan anggota keluarga yang lain.

Adalah sangat penting sekiranya wanita hamil membuang air besar secara teratur. Dengan itu, tidak saja kotoran ibu bayi itu sendiri, malahan juga kotoran dari si bayi dikeluarkan melalui si ibu.

Buang air besar itu seharusnya dapat diatur dengan cara makanan yang diambil oleh seorang wanita yang hamil itu tadi. Sekiranya banyak memakan buah-buahan dan sayur-sayuran, soal buang air besar tidak akan menjadi sukar. Jadi cara makan dan apa yang dimakan dapat mengawal buang air si ibu.

Jangan sesekali ditahan kalau terasa mahu buang air. Terus saja pergi ke tandas. Dibiasakan pergi ke tandas setelah makan pagi. Janagan kelam kabut, buang air besar secara tenang dan tidak seperti orang tergesa-gesa. Semua ini harus dibiasakan dan dengan begini proses pembuangan air besar atau kotoran badan akan berlalu dengan baik.

Dalam hal ini, sekiranya ada kesukaran mungkin anda boleh mencuba:

(a) mulai meminum segera air panas ketika bangun tidur pagi-pagi.
(b) makan selalu buah-buahan seperti betik, epal atau pisang sebelum tidur malam.

Topik terbaru

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada kengkawan blog ni. Hari ini saya nak mengumumkan yang saya akan berkongsi dengan anda semua tentang topik terbaru iaitu tentang Insurans & Takaful. Mentang-mentanglah saya ni ejen insurans ye ~:).


Sebenarnya memang dah lama terniat nak bukak topik ni tapi tak berkesempatan. So, saya rasa inilah masa yang paling sesuai sekali untuk saya share tentang serba sedikit ilmu yang saya dapati. Bagi saya, kesedaran tentang Insurans amatlah penting kerana, ramai di antara kita tak boleh dengar perkataan INSURANS ni. Kalau dah dengar pun tak boleh, apatah lagi kalau mendapat panggilan dari seorang ejen insurans (bukan telemarketing ye) yang nak ajak buat appointment. Sebab apa takut sangat nak jumpa ejen insurans? Sebab takut kena beli sebab apa yang dorang cakap tu betul kan kan kan....

hehehe...tak kisahlah apa pun yang penting saya dapat kongsi my tiny knowledge about insurance...

Saturday, April 9, 2011

Bold what applies to you

  • I am a male.
  • I am a girl. 
  • I am shorter than 5’4.
  • I think I’m ugly
  • I have many scars.
  • I tan easily. 
  • I wish my hair was a different color.
  • I have friends who have never seen my natural hair color.
  • I have a tattoo.
  • I am self-conscious about my appearance.
  • I’ve had braces.
  • I wear glasses. (or contact lenses)
  • I would get plastic surgery if it were 100% safe, free of cost, and scar-free.
  • I’ve been told I’m attractive by a complete stranger.
  • I have more than 2 piercings.
  • I have piercing in places besides my ears.
  • I have freckles.
  • I’ve sworn at my parents.
  • I’ve run away from home.
  • I’ve been kicked out of the house. 
  • I have a sibling less than one year old.
  • I want to have kids someday. 
  • I’m in school.
  • I’ve lost a child.
  • I have a job. 
  • I’ve fallen asleep at work/school.
  • I almost always do/did my homework.
  • I’ve missed a week or more of school.
  • I failed more than 1 class last year.
  • I’ve stolen something from my job. 
  • I’ve slipped out an “lol” in a spoken conversation.
  • Disney movies still make me cry.
  • I’ve peed from laughing. 
  • I’ve snorted while laughing
  • I’ve laughed so hard I’ve cried.
  • I’ve glued my hand to something.
  • I’ve had my pants rip in public 
  • I was born with a disease/impairment.
  • I’ve broken a bone.
  • I’ve gotten stitches/staples.
  • I’ve had my tonsils removed.
  • I’ve sat in a doctor’s office/emergency room with a friend.
  • I’ve had my wisdom teeth removed. 
  • I had a serious surgery.
  • I’ve had chicken pox.
  • I’ve had measles.
  • I’ve driven over 200 miles in one day.
  • I’ve been on a plane.
  • I’ve been to Canada.
  • I’ve been to Mexico.
  • I’ve been to Niagara Falls.
  • I’ve been to Japan.
  • I’ve celebrated Mardi Gras in New Orleans.
  • I’ve been to Europe
  • I’ve been to Africa.
  • I’ve gotten lost in my city.
  • I’ve seen a shooting star.
  • I’ve wished on a shooting star.
  • I’ve seen a meteor shower.
  • I’ve gone out in public in my pajamas.
  • I’ve pushed all the buttons on an elevator.
  • I’ve kicked a guy where it hurts.
  • I’ve been to a casino.
  • I’ve been skydiving.
  • I’ve gone skinny dipping. 
  • I’ve played spin the bottle.                                             
  • I’ve drank a whole gallon of milk in one hour. 
  • I’ve crashed a car.
  • I’ve been skiing.
  • I’ve been in a play.
  • I’ve met someone in person from Facebook.
  • I’ve caught a snowflake on my tongue.
  • I’ve seen the Northern lights.
  • I’ve sat on a roof top at night.
  • I’ve played chicken.
  • I’ve played a prank on someone.
  • I’ve ridden in a taxi.
  • I’ve seen the Rocky Horror Picture Show.
  • I’ve eaten sushi.
  • I’ve been snowboarding.
  • I’m single. 
  • I’m in a relationship. 
  • I’m engaged.
  • I’m married.♥
  • I’ve gone on a blind date. 
  • I’ve been the dumped more than the dumper.
  • I miss someone right now.
  • I have a fear of abandonment.
  • I’ve gotten divorced.
  • I’ve had feelings for someone who didn’t have them back.
  • I’ve told someone I loved them when I didn’t.
  • I’ve told someone I didn’t love them when I did.
  • I’ve kept something from a past relationship.
  • I’ve had a crush on someone of the same sex
  • I’ve had a crush on a teacher. 
  • I am a cuddler.
  • I’ve been kissed in the rain.
  • I’ve hugged a stranger. 
  • I have kissed a stranger.
  • I’ve done something I promised someone else I wouldn’t.
  • I’ve done something I promised myself I wouldn’t.
  • I’ve sneaked out of my house.
  • I am keeping a secret from the world.
  • I’ve cheated while playing a game. 
  • I’ve cheated on a test. 
  • I’ve run a red light.
  • I’ve been suspended from school
  • I’ve witnessed a crime. 
  • I’ve been in a fist fight.
  • I’ve been arrested. 
  • I’ve passed out from drinking.
  • I have passed out drunk at least once in the past 6 months.
  • I’ve smoked.
  • I’ve taken painkillers when I didn’t need them.
  • I’ve eaten mushrooms.
  • I’ve popped E.
  • I’ve inhaled Nitrous.
  • I’ve done hard drugs.
  • I have cough drops when I’m not sick.
  • I can swallow about 5 pills at a time no problem.
  • I have been diagnosed with clinical depression.
  • I have been diagnosed with one or more anxiety disorder.
  • I shut others out when I’m depressed.
  • I take anti-depressants.
  • I have been anorexic or bulimic.
  • I’ve slept an entire day when I didn’t need it.
  • I’ve hurt myself on purpose. 
  • I’ve woken up crying.
  • I’m afraid of dying.
  • I hate funerals.
  • I’ve seen someone dying.
  • Someone close to me has committed suicide.
  • I’ve planned my own suicide.
  • I’ve attempted suicide.
  • I’ve written a eulogy for myself.
  • I own over 5 rap CDs.
  • I own an iPod or MP3 player.
  • I have an unhealthy obsession with anime/manga. 
  • I own something from Hot Topic.
  • I own something from Pac Sun.
  • I own multiple designer purses, costing over $100 a piece.
  • I collect comic books.

Makanan ketika hamil

1. Susu
Paling kurang satu liter sehari. Boleh digunakan dari susu lembu biasa atau dari susu tepung (susu tin).

2. Sayuran
Berupa sayuran dimasak dan sayuran yang belum dimasak, tetapi cukup dicuci dengan air panas. Sekali makan sekurang-kurangnya kira-kira sepiring kecil atau semangkuk. Ditambah dengan satu ketul kentang yang tetlah dimasak.

3. Buah-buahan
Lebih baik lagi buah perahan (juices). Seperti perahan jeruk (orange) atau tomato yang sangat baik buat menambah vitamin C. Biasanya, satu mangkuk perahan tomato atau setengah mangkuk air jeruk atau orange juice. Dapat ditambah dengan pisang dan betik. Lagipun memakan banyak buah-buahan memperbaiki jalan buang air besar.

4. Daging, ikan atau ayam
Paling kurang sehari sekali memakan daging lembu, ikan atau ayam.

5. Sekurang-kurangnya sebiji telur sehari.

6. Nasi hanya sepiring sehari.
Boleh dimakan dengan dicampurkan dengan sayuran, tetapi sebolehnya bukan dengan cili. Jadi makanan pedas-pedas apalagi rojak tidak dibolehkan.

7. Roti dengan diletakkan dengan mentega atau marjerin.

8. Kalau perlu, Vitamin D, menurut ukuran daripada doktor.

9. Minuman
Tidak boleh minum semahu-mahunya apalagi kalau ada tanda-tanda bahawa badan mulai gemuk. Paling banyak 6 hingga 8 gelas sehari.

10. Apa yang boleh dimakan
Jangan makan makanan yang banyak lemak, atau makanan yang terlalu manis. Jadi daging banyak lemak, macaroni kuih-kuih banyak mentega, ais cream, jenis-jenis kacang harus dikurangkan pengambilannya. Makanan yang pedas atau jeruk adalah dilarang sama sekali. Umumnya kurangkan makan makanan yang terlalu bergaram seperti ikan masin atau ikan jeruk. Ini menyebabakan terkumpulnya air yang tidak perlu dalam badan dan pada ketika hamil ini kurang baik. Jadi segala masakan kalau boleh kurangkan garam .~(^_^)