Saturday, May 31, 2025

Tukar "Handyplast" pun dah mahal


Hari Khamis haritu jumpa doktor follow up check luka hari tu. Alhamdulillah luka tak ada apa². Doktor letak handyplast je. Tu pun kena tigaploh lima hengget. 🤣

Syukurlah boleh claim dengan insurans sekolah. Jadi , bapak dia tutup mata je laa tigaploh lima hengget tu. Papa dia kata kalau katalah kita tak claim memang saya sekolahkan doktor tu. Suka² dia je kan hahaha. Aku cakap biasalah klinik swasta. 

Lepas balik dari klinik sibuk nak mengekor pergi office. Dia kata kalau adik duduk rumah adik akan rasa lagi sakit. Gitu sekali alasan dia. Entahlah. Aku rasa aku tak ajar dia cakap macam tu. Dari mana dia dengar ayat tu. 

Aku macam apa² je lah. Malas nak layan. 🙄

Kemudian balik dari office aku lapar. Bawaklah dia pergi makan. Aku yang lapar dia yang makan banyak. Dia boleh bedal 2 keping capati, satu paper tosai, sepinggan kuew teow goreng mamak.

Orang kata badan kurus je. Ingat aku tak bagi makan??? Ko tengok dia makan pun seram. 

Kalau zaman dulu mesti orang ingat makan banyak ni bela saka. 😭🤦‍♀

Friday, May 30, 2025

Hadif jatuh, dahi luka dan berparut

Kisah ini berlaku pada Isnin lepas (26 May 2025)

Guru kelas Hadif call beritahu Hadif jatuh dan dahi luka. Kena bawak pergi klinik. Masa cikgu call tu aku tak perasan sebab masak kat dapur. Syukurlah bila aku tak angkat tu guru kelas dia terus call bapak dia. Aku apa pun tak siap. 
Cikgu dia pun risau kata tak tahu siapa yang tolak Hadif. Ye lah anak orang luka, mahu tak risau. Mak ayah zaman sekarang ni bukan boleh anak luka sikit especially kat sekolah. Nanti cikgu akan check CCTV (𝒏𝒂𝒌 𝒔𝒆𝒃𝒖𝒕 𝑪𝑪𝑻𝑽 𝒑𝒖𝒏 𝒔𝒆𝒓𝒂𝒎) Papa dia pergi ambik. 
Lepas tu sampai rumah dia sengih². Aku tanya siapa tolak adik. Senang je dapat jawapan. Dia sebut nama kawan dia kata kawan terlanggar dan tertolak dia. Sebab kawan dia tu badan besar. Kemudian terkena hoserell bomba. Tak taulah macam mana ceritanya. Aku cakap tak apalah pergi klinik dulu. Tengok macam mana. 

Dah balik dari klinik Alhamdulillah tak perlu jahit sebab doktor kata kat alis mata tu memang susah nak jahit. Dan kalau jahit nanti akan berparut. Jadi, doktor gam sahaja luka tu. Panjang luka dalam 1.5cm. Doktor cuci dulu dan gam. Kemudian doktor bagi cuti sakit tiga hari tau. Syok lah dia terus cuti melepak kat rumah.

Aku tanya dia macam mana boleh jadi begitu. Dia ceritalah dari mula. Biasalah budak-budak di sekolah. Waktu rehat adalah waktu untuk mereka bermain. Kawan baik dia terlanggar dia secara tak sengaja dan kemudian dia terhantuk kat "hoserell" bomba. Dia cerita kawan dia say sorry banyak kali dan bawak dia pergi bilik guru jumpa guru kelas. Bila guru kelas dia nampak off course la cikgu dia panik. 

Bila cikgu tanya dia siapa yang tolak, dia tak bagitau sebab dia kata takut kawan dia kena marah dengan cikgu. Aku pun tak adalah nak marah dia ke apa. Benda dah nak jadi. Aku dulu masa sekolah rendah pun banyak jugak parut. Aku cuma cakap baguslah dah ada parut. Asian mom sangat kann.

 
Alhamdulillah dia tak demam. Doktor bagi sekali ubat demam dan antibiotik. 

Aku cakap juga kat dia habislah anak mama dah kurang hensem. Dia kata ehhh hensemlah. Berserah kepada Allah dia kata. Suka hati kau lah nakkk...😅

Sunday, May 25, 2025

Makan di JAWALICIOUS, Citarasa Jawa Malaysia

Semalam Sabtu aku terlambat bangun hahaha. Pukul 10.45 pagi baru tersedar. Sebab apa?

Malam sebelum tu aku sedap minum Teh Ais kaw buih buih kat AFC Cheras Indah. Pagi tu pulak aku minum Teh Ais TFKL + Coffee. Lepas tu, pukul 4 pagi aku menggelupur tersedar bersin tak berhenti. Sinus dah sampai. Jadinya, aku telan la ubat. Itu yang aku terpengsan terus.

Dah bangun lambat aku memang tak masak. Syukur ada lagi nasi goreng semalam. Tak adalah aku rasa bersalah bila tak memsak. Hadif as usual kalau Sabtu dia ikut aku pergi office. Sebelum pergi office aku singgahlah Stesen Petronas beli apa² untuk dia.

Dah tengahari tak tahu nak makan apa jadi kawan aku ajak pergi makan kat JAWALICious di Wangsa Maju. Aku ni dok craving Tiramisu. Sebab tu aku tak makan awal hehe. Tapi sebab kawan dah ajak kita pergilah dengan geng office yang datang kerja. Rupa²nya kedainya bersebelahan dengan Chamca KL.

Menu

Boleh tengok menu Jawalicious ni. Untuk harga pada aku agak mahal sedikit kalau nak dibandingkan dengan portion makanan. 


Aku tak order ayam berempah. Hadif yang order dengan nasi putih dan sambal cili. Aku tengok dia makan sedap. Ayam pun habis. Berpeluh² dia makan sebab pedas. Habis air Teh O Ais aku dia telan.


Cucur bawang dia biasa. Kalau panas aku rasa mungkin lebih sedap. Kat Tasbeeh lebih sedap. Cili cicahnya sedap. Aku suka cucur bawang yang rangup. 


Air Milo Panas sedap



Cekodok pisang kat sini okay. Sedap. Ada sikit rasa rangup walaupun nampak berminyak. Tapi, setakat ini Cekodok Pisang Kantin Asam Pedas Ukay Perdana paling sedap. Satu bekas tu aku boleh makan seorang.


Untuk Set Lontong Darat aku ambik sekali dengan Ayam Masak Merah. Pada aku okay. Sedap. Sambal kacangnya sedap. Sambal pun okay. Manis sikit. Tapi aku suka. Ayam masak merah pun okay walaupun sambal dia macam merah tak masak. Tapi tak pedas. Sambal Jawa memang aku tak makan. Rating aku boleh bagi untuk Lontong Kering ni 6/10. Aku lebih suka yang berkuah.

Air di sini harga okay. Sesuai untuk sebuah kafe di Wangsa Delima.


Sebelum kita orang balik, depa bagi flyers ni. Baru kita tahu yang mereka sebenarnya baru buka seminggu. Siap ajak lagi untuk kenduri doa selamat sempena pembukaan kedai. Sebelum dorang buka di Wangsa Delima kedai Jawalicious ni betul² berdepan HKL. Kiranya dorang berpindah. Kedai lama tu dah tak ada.

Jadi, kepada sesiapa yang suka makanan Jawa boleh datang ke Jawalicious ni. Alamatnya, tertera di flyer di atas. Personak rating aku untuk Jawalicious ni ialah 7/10. Boleh datang lagi kalau teringin Lontong Darat dia. Sedap.

Saturday, May 24, 2025

Pengantin Setan (The Devil's Bride) 2025

Country: Indonesia 
Genre: Horror 
Starrings: Erika Carlina, Emir Mahira, Ruth Marini
Personal Rating: 6/10

Sebelum terus membaca, satu yang aku nak beritahu yang filem ini diadaptasi dari kisah benar. Jadi, aku cadangkan korang tonton filem ini sampai habis.

Filem ini mengisahkan tentang rumahtangga pasangan suami isteri Echa (Erika Carlina) dan Ariel (Emir Mahira) yang seperti retak menanti belah. Echa dan Ariel kedua-duanya bekerja. Echa bekerja di sebuah kilang manakala Ariel bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan. Kehidupan mereka biasa-biasa sahaja. Setelah berkahwin mereka cuba untuk mendapat cahaya mata tetapi gagal.

Semakin hari Echa semakin kecewa kerana Ariel yang setiap hari kerja sehingga lewat malam baru pulang. Dan mereka selalu bertengkar setiap hari. 

Dalam keadaan rumahtangga mereka yang tidak aman Echa mula rasa bahagia apabila mula bermimpi tidur bersama dengan seorang lelaki yang sangat tampan dan ini menyebabkan hubungan dia dengan Ariel semakin renggang.

Rupa-rupanya, lelaki tampan itu sebenarnya jelmaan jin yang bernama Jin Dasim yang mengganggu dan menghancurkan rumahtangga.

Apabila Echa dan Ariel cuba berbaik serta memperbaiki hubungan suami isteri mereka Jin Dasim sangat tak suka. Banyak perkara aneh yang berlaku termasuklah bila Echa mengandungkan anak Jin Dasim. Sahabat baik Echa dibunuh kerana membawa Echa berjumpa dengan Ustaz untuk berubat. Ariel pula selalu diganggu ditempat kerja. 

Setelah berubat dengan Ustaz, Echa beransur sembuh tetapi selepas beberapa hari apabila Ariel terpaksa kerja luar kawasan dan Echa tinggal keseorangan kerana adik Echa tidak dapat temankan dia Jin Dasim datang kembali. 

Tiba² perut Echa kembali membesar seperti perempuan yang sarat mengandung sembilan bulan sehinggakan Echa mengambil langkah drastik cuba membunuh bayi dalam kandungan dengan mencucuk rahimnya dengan dawai.

Apabila Ariel sampai, Ariel mendapati Echa sudah pun pengsan dengan pendarahan yang banyak. Adik Echa pula pengsan kerana dipukul oleh Jin Dasim.

Kemudian Ariel dan adik Echa membawa Echa ke tempat perubatan Ustaz yang sama. 

Sebenarnya, hubungan Echa dengan Jin Dasim tu sudah terlalu jauh. Orang kata roh Echa tu dah diikat mati oleh Jin Dasim. Tapi, disebabkan kasih sayang suami dia Ariel, akhirnya Echa mampu melawan kuasa jin untuk kembali kepada Ariel. 

Selepas 6 tahun berlalu, Echa dan Ariel sudah mempunyai dua orang anak. Tetapi, Jin Dasim tetap menunggu masa yang sesuai untuk menghancurkan rumah  tangga mereka sekali lagi. Memang betul orang kata syaitan tidak pernah tidur.

Friday, May 23, 2025

Merdeka Penggal Pertama Untuk Hanif

Semalam, hari Khamis adalah hari terakhir perperiksaan Hanif untuk Penggal Pertama 2025.

Masa aku drop off di kat sekolah semalam aku tengok dia berjalan pun macam letih je. Kiranya, last day exam tu macam nak merdeka tapi tak boleh lagi. Kesian juga aku tengok dari jauh.

Teluk Cempedak, Kuantan
Boleh dikatakan minggu exam setiap malam dia tidur 2.00 - 3.00 pagi. Syukurlah bila balik sekolah, selepas makan tengahari, dia berehat kemudian dia tidur. Jadi, malam bila study dia tak mengantuk. Itu yang boleh bertahan sampai 2 - 3 pagi.

Semalam juga aku cakap kat dia lain kali minggu exam tak boleh setiap hari tidur lambat nanti letih. Tapi aku tak marah dia lah sebab aku tahu petang dia telah berehat secukupnya. Cuma aku tak mahu ia jadi suatu kebiasaan. Sebab tu, aku cakap kat dia sesi ulangkaji sepatutnya bermula dua minggu sebelum exam. Dah tahu struggle study tu macam mana kan? Dia angguk angguk je laaa.

Exam Tingkatan Lima haruslah masuk subjek-subjek dari Tingkatan 4. Lepas tu dia buat kalut kata eh mama soalan Tingkatan 4 pun ada. Aku jawab memanglah masuk. Mungkin dia ingat tak masuk itu yang buat rilek buat peace je.

Malam tadi, bila aku balik rumah aku tanya dia macam mana soalan Ekonomi boleh jawab ke? Sebab last paper dia semalam subjek Ekonomi. Dia kata boleh jawab. Haritu dia kata dengan aku subjek Ekonomi macam susah. Aku kata mana ada susah. Subjek Ekonomi tu senang sebab kita boleh kaitkan dengan Malaysia. Sama macam subjek Sejarah.

Kemudian aku tanya dia agak-agak berapa A boleh dapat awal penggal ni hehehe. Dia sengih-sengih je. Aku tak kisah dia dapat A berapa banyak yang penting aku cakap jangan malas. Kalau rajin berusaha dengan bersungguh-sungguh dan gagal tak apa. Yang penting ada usaha. Dan kalau ada usaha InsyaAllah takkan gagal. 

Thursday, May 22, 2025

Mama sebelum ni "Chinese" ke?

Adoiyai anakkkk....

Malam kelmarin, masa dah habis makan seperti biasa aku akan ceritalah apa² kat anak² aku. Tak pun aku sharelah pengalaman sekolah, zaman kecik, zaman nakal, kena denda dengan cikgu, tinggal kat kampung, mandi sungai etc. Dorang suka dengar. 

Minggu lepas dan minggu ni Hanif exam jadi topik tadi aku cakap sebelum exam bacalah itu ini. Aku cerita zaman mama belajar dulu sebelum exam mama baca doa etc. Lepas tu akan jadi lebih tenang nak jawab exam.
My number one and number two

Lepas tu aku sambung, masa mama nak SPM dulu mama tak dapat baca semua doa tu sebab mama belum Muslim lagi.

Tiba² mata Hadif terbeliak. Dia macam, "haah???" "haah??" 

Aku dah tak boleh tahan dah terus berdekah tengok muka dia. Hanif pun tergelak sekali walaupun dia pun mula² macam pelik.

Pastu dia tanya aku, "Habis tu mama sebelum ni apa?? 𝑪𝒉𝒊𝒏𝒆𝒔𝒆???" 🤣

Bapak dia explain mama sebelum ni 𝙲𝚑𝚛𝚒𝚜𝚝𝚒𝚊𝚗 then reverted to Muslim. Lagilah Hadif terganga hahahaha. 

D𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒎𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒂𝒌 𝒕𝒂𝒉𝒖 𝑺𝒆𝒋𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒔𝒊𝒍𝒂𝒎 𝒂𝒌𝒖 sebab aku pun tak pernah cerita. 😆

Dia boleh cakap, adik ingat mama punya first is Muslim. (Maksud dia aku lahir² je Islam). Rupanya 𝙲𝚑𝚛𝚒𝚜𝚝𝚒𝚊𝚗. Adik pun ingat mama Chinese.

Dah membawak ke soalan dia, sekarang adik punya top blood apa??? Jem sekejap aku dngan soalan dia. Rupanya dia tanya ᴛᴏᴘ ʙʟᴏᴏᴅ 🤣 dia Iban ke, Pakistani, Malay or Chinese???

Haah sudahhh!!!😅

Akhirnya, aku cakap semua blood adik ada.

Dah dia membebel adik rasa adik punya top blood Iban, or maybe Pakistani. Sebelum ni dia tak tahu dia mengaku yang dia anak Cina, anak "English". 

Aku cakap ikut suka hati la dik. Anak mana² pun boleh.🤣

Tu aku tak terangkan lagi kenapa kad pengenalan dorang dua² ada "𝙺". Tadi pun dah tanya. Aku cakap nanti dah besar sikit mama akan explain. 

Kepala aku yang sakit jadi bertambah sakit. Panjang lagi perjalanan aku ni nak bagi depa faham perjalanan hidup aku sebelum ni especially Hadif. Aku redha saja laa dengan dia tu. 😅🤣🙆‍♀️🤦‍♀️

Wednesday, May 21, 2025

Lengan baju terbakar

Teruk kan, tapi aku pakai jugak hahaha

Pagi tadi aku cakap kat husband, "Cuba tengok lengan baju saya terbakar beberapa bulan lepas kena iron... "

Mula² dia tak berapa dengar. 

Kali kedua aku cakap benda yang sama. Lepas tu dia pandang je muka aku. Tak ada cakap apa². Musykil juga aku. Selalunya dia respon. 🤔

Aku sebenarnya tunggu ayat, "Takpelah, awak beli je baru..." 

Kalau aku yang cakap nak beli baru nanti dia kata baju awak tu ada berjuta la, boleh buat meniaga la bla bla bla, itu laa yang aku malas. Nanti dari baju dia berjangkit kat tudung. Tudung pun berkoyan-koyan kannn. 🤭

At least bila dia yang cakap nanti kalau aku beli 4-5 pasang baju aku bolehlah bagi alasan, "eh kan awak yang suruh beli hari tu..." 

Tapi, itulah... Aku rasa aku dah salah taktik. Kena cuba lagi gamaknya. 🤧🤣

Koleksi gambar Raya Pertama 2025

Koleksi gambar Raya Pertama 2025.

Empat beranak

Abang Hanif dan Hadif



Us




Me and my sister in law

We are family



Di bilik hotel











💙💚💛💜

💜💛




😎😎😎



Raya Pertama di Hyatt Regency Huantan

Dah nak masuk Raya Haji barulah nak update ekk. 😆
Sesi bersalaman dan berpelukan di pagi raya

Yeay, on the way ke Kuantan

Sebenarnya, Raya tahun 2025 ni bukan kami plan sebulan sebelum raya. Kita dah plan hujung tahun 2024. Kakak ipar aku punya idea. Dia dah book hotel December 2024 hahaha. Awal gila kan. Kami anak beranak ikut je. Jadi, tak apalah kita pinjam je kampung orang. Bosan asyik raya kat KL je kan tiberrrr heheh.
Hadif dan Papa

Hanif dan papa

Papa dan mami (kakak ipar aku)

Kami pergi pada pagi Hari Raya Pertama. Selepas Solat Sunat Hari Raya kita bertolak. Baju kami? Dah tentu ikut konsep Hari raya sebab nanti bila sampai hotel nak ambik gambar raya. 😆
Anak bujang den, Hanif

Suami den

Anak bujang den yang nombor dua dan kuat drama, Hadif

Alhamdulillah, perjalanan kita lancar. Tidak ada kesesakan langsung. Sempat singgah di RnR. Ada juga kedai orang Islam buka pada Raya Pertama. Pada aku okaylah, sekurang²nya orang yang travel ke arah Pahang dan Terengganu ada tempat nak menyinggah untuk sarapan dan sebagainya.

Nampak anak den posing macam mana, posing
anak-anak muda zaman sekarang

Hadif posing

Posing yang sis mampu

Kami sampai di Kuantan dalam pukul 2.15 petang macam tu. Dah turunkan beg nak check-in tapi bilik belum siap lagi. Jadi, kita drop-off je barang then pergi Kuantan City Mall cari makan sekejap. Kita orang ni kalau pergi holiday tak masuk mall tak sah. Even pergi Langkawi pun cari mall hahaha adoi.
Berangan ekk...

Dah habis makan, pusing sekejap dalam pukul 6.00 petang baru sampai hotel. Kalut laaa masing-masing nak berfotografi. Ingatkan kita je yang sibuk beraya di hotel, rupa-rupanya ada lagi orang lain hahaha. Ramai juga yang bergambar kat kawasan hotel. Kami tak sempat dah nak bergambar kat area pool dan taman sebab kelam kabut nak Solat Maghrib. Lepas Maghrib barulah dapat bergambar dalam bilik.