Tuesday, October 25, 2022

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)


RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022) 
(Filem India paling mahal) 

HINDI MOVIES 

Genre: Action, Adventure, Drama, Historical. 

Stars: N.T Rama Rao, Ram Charan, Ajay Devgan, Alia Bhatt 

Personal Rating: 9/10 

 Tahniah kepada diri sendiri sebab berjaya habiskan filem ni tanpa terlelap. Tetau je tengok jam pukul 2 pagi. Movie berdurasi 3 jam 5 minit. Haah bayangkanlaa mak layan movie ni dari pukul berapa. Itu pun kira cepat dah sebab yang mana ada lagu² tu semua aku skip. πŸ˜… 

 Filem ni kos pembikinan dia telan 72 juta dollar. Menjadikan ia filem India yang paling mahal sekali yang pernah dihasilkan setakat ini. 

 Tayangan 1st day je dah kutip 30 juta dollar. Dan kutipan worldwide sebanyak 160 juta dollar. Top hit kat Netflix di 62 buah negara. Movie ni kisahnya tentang revolusi terhadap penjajah British. Bristish kan memang jahat kan. 

 Dua strangers yang pada mulanya berkawan kemudian bergaduh sebab ingatkan lagi sorang ni penjilat British padahal kawan tu fight British untuk tanah India secara keseluruhannya. Begitulah. Ending dia korang mesti boleh tangkap. 

 Scene yang paling aku suka scene yang dorang ramai kata macam tarzan tu dengan scene binatang liar keluar dari lori. Scene lori tu memang gempak. Berkali² repeat. πŸ˜† 

 Kalau korang jenis suka action movie Tamil memang sangat digalakkan untuk nonton movie ni. Action dia opcos laaa 2 orang hero lawan 200 tentera British. Sorang boleh lawan berpuluh² orang. Bab ni kalah Mat Kilau. 🀣 

 Aku okay aje movie kalau action yang tak logik ni. Dah namanya movie kan. Jadi takyahlah nak kecam filem sejarah Mat Kilau tu tak ikut sejarah. Ko tengok filem ni lagi ternganga hahahah. Bab² cinematography dalam filem ni memang best. 

 Yelah kalau dah tembak anak panah tu kena pokok, pokok pun tembus apa cer kan. Sah sah laa hebat. πŸ˜†

Thursday, June 9, 2022

TOP GUN MAVERICK 2022


Genre: Action, Drama, Adventure

Stars: Tom Cruise, Val Kilmer, Jennifer Connelly

Personal Rating: 9.8/10


One of my top 10 movies yang wajib tengok hehe. 


Nak ikutkan Top Gun 1986 bukan my favourite movie sebab Goose mati. Bila Goose mati his bff Maverick (Tom Cruise) diselubungi rasa bersalah seumur hidup. 


Rasa bersalah tu terbukti bila tengok Top Gun Maverick. Di mana dia hukum diri dia sendiri. Tak naik pangkat. Suka buat aksi yang boleh buat diri sendiri terbunuh tapi still nyawa dia liat. Tak mati² pun. πŸ˜…


Ada part dalam movie ni yang buat rasa sedih sampai ternangis antaranya bila dia terkenang saat manis dengan sahabat baik. Terkenang macam mana Goose mati. Sedih jugak bila dia kena tuduh macam macam oleh Rooster (anak kepada Goose). And part Val Kilmer bercakap dengan Maverick. Yang mana kita pun tahu Val Kilmer menderita sakit apa kan in real life dan mati dalam movie ni. 


So kiranya, Maverick dah hilang dua bff sepanjang 30 tahun dia dengan Navy. Kesian kan. 


Ending movie korang kena tengok sendiri. Bab dorang fly jet tu memang macam real. Gila tak real kan. Berapa bulan kena flight training.


Sequel untuk movie ni Paramount Pictures dah announced in 2010. Tahun 2012 Jerry Bruckheimer sebagai producer dengan Tony Scott as a director.


Bila Tony Scott bunuh diri filem ni terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehinggalah ada director baru dan mereka olah balik skrip. Tak tahu part mana yang the real author nak saman sebab dorang claim ada persamaan dengan artikel yang ditulis sebelum ni tapi dinafikan oleh Paramount Pictures. 


Apa pun filem ini telah memperoleh kutipan $570 juta di seluruh dunia, menjadikannya filem keempat dengan kutipan tertinggi untuk tahun 2022.


Ada hikmah TGM ditayangkan selepas pandemik kan. Kalau tidak jadi macam Black Widow. Scarlett Johansson laa kesian rugi teruk sebab Disney tayangkan filem Black Widow dalam Disney+ yang buatkan filem tu senang orang nak cetak rompak. Memang patut pun Scarlett Johanson failkan saman mintak bayar ganti rugi.


Puas hati dapat layan TGM dan next kita tengok Jurrasic World. 


#TopGunMaverick

#TopGun

#TomCruise

#ValKilmer

#jenniferconelly

Wednesday, June 8, 2022

KE MAKMAL, KLINIK AMPANG


Harini aku ingat ada appointment pukul 9 pagi. Bila check appointment card tengok eh eh esok rupanya pukul 8 pagi. Hahahaha adui laa.

So dah alang² keluar kita terus hantar sampel Kahak Hadif untuk dua hari ke Klinik Ampang. Sepatutnya 3 sample. Tapi yang pertama aku dah hantar last week dan yang dua ni untuk semalam dan arini. 


Pekerja makmal kat situ kata patutnya kena hantar hari hari hihi. Hmmm. Aku ingat boleh laa kan hantar dua hari teerus. Malas nak ulang alik. Hmmm takpelah kan. Letak je hahaha. πŸ˜…

Tengoklah esok doktor kata apa pasal budak ni. Antibiotik dah habis tempoh 5 hari. Swab test dah buat, blood test dah buat. Dua² okay. Tunggu lagi result blood test yang kedua dan kahak je laa. Batuk masih ada lagi. 


Risau juga takut infection tu tak hilang. Kalau tak berkurang atau hilang makanya akan berkampung kat sepital. Mau berkampung 5 hari jugak. On drip antibiotik. Tak sanggup aku nak duduk wad time² macam ni. Kerja nak masuk banyak huhuhu.


#08jun2022

Tuesday, June 7, 2022

SARAPAN PAGI DI CHIZU, MELAWATI MALL


Sarapan paling mahal laa aku pernah makan. First time makan kat sini. Sangat tak berbaloi. Sebab tak sampai lunch time aku dah lapar balik. Haihhh menyesal tak habis.


Ini semua gara² mencari plug point sebab nak buat discussion dan meeting minggu lepas. Pasni takyah datang Melawati Mall untuk meeting bawak laptop. Pergi cari mall lain tau hahahahahah.


Kalau makan kat Kenny Hill's Baker dengan amount yang sama tetap lebih kenyang. πŸ˜…

Tapi kalau nak cerita tahap kesedapan pastry dia memang terus terang aku cakap Croissants dia sedap. Lembut dan flaky. And very the buttery gitu hehe. 


Cumanya aku prefer croissants yang tebal sikit kat tengah. Bukan kosong. Sebab tu laa aku tak kenyang agaknya. Payah laa tekak Iban ni. Semua nak yang mengenyangkan je.🀣


Air dia aku order Mocha. Dia ada laa set breakfast. Mahal juga laa. ***lap peluh***


Overall untuk pastry tip top selain dari komen aku yang tak cukup kenyang. Mocha dia sedap. Iced Choc dia pun sedap.


Yang paling aku sukaaaaa dia punya presentation. Pinggan dan cawan dia very the cantek gitu. Buat aku dok search sana sini mana laaa depa beli piring letak croissants tu. Cawannnnn dia lovely.


Yang ramai mak tengok lepak dalam ni budak² hipster laa.


Melainkan kalau ada orang belanja taknak masuk dah Chizu ni. Kot² laa suatu hari nanti teringin nak croissants sedap nipis rangup mungkin laa akan dipertimbangkan. Beli croissants je. Take away. 


Sendiri bayar takmau. Kawan atau suami bayar semua pun okehhhh. 🀣

SET NASI AYAM PENYET RM10.50, FOOD EMPIRE MY TOWN

Tempoh hari semasa menanti kedatangan klien aku dengan Hadif merayap la jugak dalam My Town tu. Memang tak pernah bosan laa aku kalau melepak dalam tu. Kenapa entah. Diri sendiri pun confius. 



Dah pusing² klien pun lambat sampai kita pun decide laa nak pergi makan kat mana. Yang aku ni dah tahap menggigil. Yang Hadif kata mama jom kita pergi makan donut yang sedap tu hahaha. Aku kata tak boleh mama lapar ni, adik tak lapar ke. Mama nak makan nasi adik nak makan hot plate?


Dia jawab adik taknak hot plate. 


Aku cakap tak nak sudah. Biar mama je makan nasi. Nanti adik tengok je okay. 


Dah sampai kat Food Empire My Town tu aku punya memusing situ bersungguh² pasal tak tau nak makan apa. Hadif kata okaylah nak hot plate. 


Yang aku pening. Tak nak makan nasi campur dalam mall sebab dah sedia maklum regenya macam mana. 🀭


Ternampak lah Nasi Ayam Penyet ni. Paling kelakar aku lupa nama kedainya apa hahahaha. Yang pasti sama row dengan Penang Food, Kelantan Food dan Mee Kolok (ini yang aku ingat) tapi paling depan sekali. 

Pinjam gambar Google

Yang aku tak pernah lupa kedai Nasi Ayam dan Hot Plate je. πŸ˜‚


Aku order sebab RM10.50 dapat semua macam kat atas tu.

Tukang makan tembikai

Walaupun tembikai dan tahu dia nipis aku redho. Semua habis licin. Kenyang aku makan hahahaha.


Boleh tahan jugaklaa rasa dua. Sambal tu pun sedap. Menyesal tak mintak lebih hehe. Kalau makan kat Wong Solo takkan dapat la set all in. Dapat air free. Tapi Wong Solo ayam dia besar sikit dari yang aku dapat ni tapi, still aku rasa yang ini lebih berbaloi. πŸ˜…


Sebelum ni harga Nasi dia tak sampai RM10.00. Tak sure la set ke tidak sebab selalu bila makan kat foodcourt menu aku cuma makan Nasi Ayam atau Hot Plate. Yelah, kalau nak makan macam ni boleh dapat kat luar lagi murah. 


Makan set Nasi Ayam Penyet pun pasal dah kebuluran. 


Untuk zaman harga barang naik berebut rebut ni kira okay lagi harga gini. Boleh datang repeat lagi kalau lapar dan teringin makan Nasi. πŸ˜†


Jangan lupa definisi sedap adalah lain lain untuk setiap insan key. Awak masak bukan sedap sangat pun. Entah² tak reti masak langsung. Pandai makan je kan.

Monday, May 30, 2022

ECHTE BOTER BUTTER

Salah satu butter kegemaran baru ada stok. Bayangkan dari bulan January tau menanti stok butter ni tak sampai². Ni pun baru sampai semalam.


Barang baek memang selalu jadi rebutan. πŸ˜†


Butter ni kalau buat brownies dan cake memang sedap. Dia punya butter tu memang terasa. Kek pun rasa lebih berlemak. Even buat biskut pun sedap. Inilah butter yang selalu kita guna untuk buat biskut selain dari Lurpak. 


Apa beza dengan Lurpak? Takde beza banyak kecuali Echte Boter ni dalam kategori Organic Butter. Dan premium Lactic Butter. Atau bahasa lainnya European style butter. Bukan American Butter. European butter ni kebiasaannya mengandungi kandungan lemak susu up to 82%. Biasa kita guna Lurpak untuk biskut dan Echte Boter untuk cookies. 


Dan untuk yang request brownies atau congo bars organic kita akan guna Echte Boter juga.


Kalau nak buat kek lapis nak sama level sedap macam Golden Churn boleh gantikan dengan Echte Boter ni. Golden Churn kan mahal. 


Ada banyak jenis butter yang ada dipasaran. Bukan setakat Lurpak, SCS, Golden Churn, Anchor, Tatura, Emborg, Lescure Butter dan President. Ini antara yang famous. 


Banyak lagi brand butter lain yang sedap. 


Sebagai baker kita memang dah cuba semua jenis butter. Dari yang semahal mahal butter dalam tin sampailah ke butter yang sederhana mahal. Jadi awak memang tak boleh tipu kita dalam bab² testing dan rasa kuih kuih ni. Dan yang pelik tekak aku sekarang memang tak boleh telan biskut selain dari pure butter. 


Makan je kat hidung tu boleh terasa marjerin. Tak pun masin. Takde rasa lemak langsung. Marjerin ni ada satu after taste yang tertinggal kat lidah walaupun ko dah telan biskut tu habis. Begitulah cerewetnya tekak mak.


Yang jual kuih² sampai RM20 sebekas tu memang kompom tak guna butter. Nak sorok rasa marjerin ni senang je. Lebihkan gula. Kalau biskut coklat cip. Lebih kan cekelat cip dia. Boleh kabur la rasa marjerin tu. Tapii, kalau orang yang biasa bergelumang dengan butter boleh beza rasanya.


Nantilah key kalau rajin dan ada masa aku cerita tentang perihal butter ni. Masih ramai yang tak tahu beza butter dan marjerin. 


Kalau pandai sah sah bila biskut tu sedap dan harga pun mahal korang takkan kata kami baker ni letak harga Yahudi. πŸ˜†


#EchteBoter

#purebutter

Tuesday, May 24, 2022

MACAM MANA NAK SURVIVE?


MACAM MANA NAK SURVIVE?

Terbaca kat Oh Bulan post ni pagi tadi rasa kesian sangat. Kalau dulu mula mula B40 yang terasa. Sekarang M40. Kemudian T20 pun dah ramai jadi M40. Semakin lama semakin ramai yang lebih susah. Ramai di antara kita pun susah juga cuma tak share dengan orang je. Kita simpan je susah tu sendiri. Pepandailah cut bajet sendiri. 


Beban naik harga tu memang penangan hebat untuk kita semua. Setiap lapis golongan masyarakat kena tempias. 


Apa yang kita perlu buat ialah bila kita dah rasa terbeban sangat dengan harga barang naik, dengan hutang kereta dan rumah serta belanja anak² sekolah kita dah tak perlu tunggu. Kena buat sesuatu. 


Duduk kat sofa dengan tenang dan tengok dalam rumah kita apa yang tak perlu. Maksudnya, kalau benda tu tak ada life kita tak affected pun. 


Contohnya:


1. Astro (dah masuk 10 tahun potong Astro)

===============================

Boleh jimat RM100-RM200 sebulan (tengok pakej apa korang ambik) 


Zaman sekarang dah canggih. Handphone ada. Laptop / komputer ada. Ada internet boleh je layan movie online. Banyak apps drama korang boleh download dan tengok free. Kalau bayar pun tak sebanyak bayar Astro. Tak pun kalau jenis nak tengok basic je. Ambik je la Njoy. Nak lagi best beli Android Box.

.


2. Hutang Penapis Air

==================

Boleh jimat RM90-RM150 sebulan (tengok jenis apa korang ambik) 


Yang ni boleh beli Water Dispenser yang harga ratus² kat Shopee atau Lazada. Kemudian pasang Undersink Water Filter System. Ni pasang sekali je seumur hidup the filter boleh beli sendiri tukar. Sambungkan ke Water Dispenser. Setel. 

.


3. Hutang Penapis Udara

====================

Boleh jimat RM90-150 sebulan juga. Melainkan kalau perlu sangat macam ada alahan ke apa boleh dipertimbangkan. 


Kalau dah habis kontrak jangan sambung lagi buat masa sekarang. 

.


4. Pakej Telefon Pintar

==================

Yanggg ni lah terpaling berhantu. Demi nak guna henfon canggih sanggup ambik pakej bayar selama dua tahun. Sebulan kena bayar RM200-RM350. Banyak ni guys. Memang boleh buat poket nipis. Tau² je habis gaji. 


Kalau setahun dah berapa? 


Buat masa sekarang selagi boleh tahan nafsu tu tahan la. 

.


5. Hutang ASB Loan

=================

Kalau baru nak apply loan ni buat masa sekarang hold dulu. Kalau boleh simpan je lah sendiri dulu. Jangan bayar bulan. 


Tapi, kalau korang punya loan dah lebih setahun tu terpaksa lah bertahan membayarnya sehingga tahun berikutnya bila keluar bonus ASB tu bayar terus loan tu untuk setahun. Kiranya duit bonus tu korang tak ambik. Bayar balik loan ASB untuk setahun. Faham tak? πŸ˜… 

.


6. Hutang Postpaid

================

Ini pun makan duit jugak ni. Sebab bil tak tetap. Memang ada pakej tapi biasanya mesti terbayar lebih punya. 


Nak potong belanja, boleh potong line henpon dulu. Guna je prepaid. Contoh Celcom Xpax (unlimited call dan internetL RM35.00 sebulan. Untung kan. Jimat pun jimat. 

.


7. Review belanja bulanan

=====================

Kita dah terbiasa berbelanja besar. Apa kata kali ni kita senaraikan barang yang betul² penting. 


Mula² aku nak cut monthly expenses buat macam ni jugak. Mana tahan kan sekali beli barang beratus². Nak buat stok. End up nanti barang tu tersidai atas lemari dapur. 


Jadi, aku cuma pergi beli barang untuk stok 2 hari je. Paling lama pun 3 hari. Snacks tu semua aku kurangkan. Nak makan baru beli. Teringin baru beli. 


Beli sayur untuk sehari makan. Buah beli ngam² untuk stok seminggu. 


Akhirnya banyak jugak belanja bulanan aku kurangkan. 

.


8. Kurangkan makan diluar dan minum air hipster.πŸ˜…

==================================

Ini selalu terjadi bila kerap sangat keluar melepak. Aku pun pernah macam ni. Tak lalu nak makan kat rumah pergi makan kat luar. Sudahnya belanja seminggu tu kasar. Tak campur lepak ngopi lagi. Sekali duduk sah sah habis RM50. Kira la kalau 8 hari sebulan ngopi.


Boleh pergi tapi jangan selalu. Sebulan sekali kee. Nak makan mahal² pun boleh. Sebulan sekali. Dah kerja penat² kerja belanja la diri sendiri. Kat kedai kedai biasa pun makanan sekarang dah mahal. Lagilah kat Restoran. Tomyam seafood kalau dulu boleh dapat RM6 sekarang jangan harap laa. Nasi Ayam Berempah kegemaran aku pun dah RM8.00. Sekarang dengan ayam naik harga takde kesian mau nya dah jadi RM10. Tak pergi lagi beli lepas raya.


Okaylah. Buat 8 benda ni dulu yang lain² tu kemudian. 


Kalau dapat jimatkan RM1000 setiap bulan pun dah cukup baik. Setahun dah RM12,000. Sekurang-kurangnya kita ada belanja extra untuk benda yang lebih penting. 


All the best okay.


#dontgiveup

#liveourlife

#inflasi

#hyperinflasi

Monday, May 23, 2022

EMBOK VILLAGE STEAMBOAT & SEAFOOD : PORT DICKSON


ya, sis berbaju kurung pi holiday kalini

Dah hampa dengan Hidayah Seafood kita try pulak makan di Embok Village malam keduanya.

Sebab utama memilih Embok ni adalah pasal dekat dengan hotel. Kira 5 minit drive. Ada lagi 3 tempat tapi ada yang 10 minit ada yang 13 minit.

Sebelum datang tu dah siap baca review dulu. Yelah takut nanti kuciwa. Banyak reviu kata okay dan harga affordable.

Kalau sesiapa yang tak biasa datang ke PD mesti tak nampak Embok ni. Sebab simpang nak masuk ke sini agak gelap dan restoran dia macam ke bawah sedikit. Kalau siang memang tak perasan ada restoran.

Tempat parking banyakkk. Kawasan luas. Meja pun banyak. Best. Meriah dan klasik. Betul² tepi pantai. Kita orang duduk kat meja tepi pantai. Takde angin time tu. Panas gak hahahaha.

Bila order makanan tu kita siap tanya staf situ berapa harga hahaha. Sebab menu dia macam konfius sikit. Jadi kita tanya satu². Ikan siakap macam mana kira. Sayur macam mana kira. Sotong macam mana kira.

Kat sini dorang just kira ikut Saiz. Order je la nak saiz S, M, L. Tak perlu nak pergi beratur pilih ikan ke udang etc. Senang la jugak.


Kek orang bagi

Telur Dadar Saiz L

ikan Siakap 3 Rasa Saiz L


Kailan Goreng Ikan Masin Saiz L

Pulut Mangga

Telur dia kita order Saiz L. Besarrrr. Makan 10 orang pun cukup. Ikan siakap dia sedap. Rangup dan takde bau. Kailan Goreng Ikan Masin dia okay. Tapi macam sikit je hahaha. Sotong Goreng Tepung dia pun sedap.

Tom Yam Kelapa tu harga dari RM18-RM20 ikut saiz kelapa. Kita order Tom Yam Seafood. Dapat kelapa besar. Isi pun penuh. Jenuh nak habiskan. Berbaloi dengan harga. Nasib tak order dua hahaha.

Air kita orang order Air Lemon. Terbaik air lemon dia. Tak tau lah berapa biji lemon depa perah. Satu jug RM16.00.

Untuk keseluruhannya, semua okay. Harga pun okay kecuali aku tak puas hati dengan rega Sotong Goreng Tepung dia. Pinggan kecik Saiz L tapi rega lanun. Ke dorang salah letak pinggan. 🀣

Makan kat Lanun pun mewah laaa sotongnya. Tak larat nak habiskan.

Sambil² makan dengar je la orang karaoke. Yang Hadif habis makan je terus main tepi pantai. Buat networking hahahaha.



Papa dengan Abang Hanif takde seksa juga nak habiskan makanan. Ikan siakap terpaksalah aku yang menghabiskannya. Sayang. Bayar mahal kan. 🀭

Dah habis makan dalam keadaan kekenyangan tetiba jiran meja sebelah bali 2 slice besar kek aiskrim Baskin Robin. Alhamdulillah. Walaupun dah kenyang habis semua orang aku paksa gotong royong habiskan kek tu taknak tuan punya badan kecik hati.

Overall 7/10. Boleh datang lagi try menu lain pulak.

Korang nak datang memang boleh singgah makan kat sini. InsyaAllah tak menyesal.

Kalau aku rajin aku akan cerita juga laa kedai mana yang sedap dan yang aku pergi sekali je pastu tak datang dah. 

#szoreview
#foodreview
#jalanjalancarimakan

HIDAYAH IKAN BAKAR, PORT DICKSON


Yaahhhh, sangat semangat menulis entri tanpa henti. Idea mencurah curah. Dah stres mengadap kerja dengan pricing membuatkan otak jadi beku. So, salah satu kerja aku ialah update blog. Bila mana takde idea tu berbulan laa aku buat dek je.


Salah satu nya pun nak kena delete gambar yang dah banyak gila dalam phone. Google photos pun dah penuh. Dah takde tempat nak simpan. Nak transfer dalam hard disk malas hehehe.

Back to the topic.

Baru² ni masa pergi PD dengan family kita try dinner seafood kat Hidayah Ikan Bakar.

Yang ni pun punca juga dari laki den kata sedap sedap sedap. Yang aku pun tak google dan baca review. Sebab percaya. Kalau baca review awal² kompom takkan pergi. Port Lanun mahal so try kedai ni sedap dan murah sikit dari Port Lanun. Port Lanun tu memang sesuai la dengan nama. Harga lanun. 🀣

Tapi sedap la. Berbaloi awak bayar mahal.

Sesampai kat Hidayah Ikan Bakar tengok kawasan pun luas. Muat banyak kereta. Ledai pun luassss. Cuma yang paling aku tak suka Cashier Counternya kat belakang. Jadi habis makan tu nak kena ke belakang nak buat bayaran. Jauh lak tu jalan untuk orang pemalas macam aku hahahaha.

Mula² kita orang duduk kat meja yang muat 12 orang. Aduhai meja dia hanyir. Tu dah fail dah. Minta pekerja dia tolong lap pun sama juga. Bukannya dia lap tak bersih. Tapi kain lap yang dia gunakan tu tak bersih. Tak cuci betul². Kalau tak cuci betul² buang bau lap 100 kali pun sama je la. Takde beza. Nanti makan kat meja tu memang hidung terkemut² je. Jadinya kita orang pindah meja sebelah. Ngam² untuk 10 orang. Okay baru rasa kurang sikit. Itupun kita siap lap dengan tisu daj spray guna Sanitizer nak buang bau. πŸ˜…

Kat kedai ni dia ada jual set. So kita orang ada 12 orang jadi ambik yang Ser untuk 6 orang tapi ambik 2 set. Dalam set tu macam dalam gambar ada telur dadar, siakap tiga rasa, kailan ikan masin, sotong goreng tepung, daging masak merah, tomyam campur, nasi dan air tembikai. Sambal belacan kena minta baru dapat.

Review...

Boleh dimakan tapi nak kata sedap tu tidak. Daging Masak Merah dia mak dan adik aku kata sedap. Habis licin dorang makan. Telur dadar okay. Kailan okay. Tom yam tak sedap sangat. Banyak isi dalam tu macam udang adalah udang lama. Air tembikai tak berapa sedap. Ikan siakap 3 rasa dia tak sedap. Ikan lama. Boleh rasa bau tu. Aku bukan pemakan ikan siakap sebab bau hanyir dia kuat. Jadi kalau aku sensitif sikit dengan rasa kehanyiran ikan tu. Kalau takde bau tu aku makan la jugak.

Telur Dadar

Sotong Goreng Tepung

Daging Masak Merah

Tom Yam Campur

Siakap 3 Rasa

Kailan Ikan Masin

Sebab tu kalau pergi makan seafood aku rela order Ikan Kembung masak pedas atau 3 rasa. Kalau dengan family memang siakap jadi pilihan.

Tang Sotong Goreng tepung tu waduh. Sotongnya kecik tepungnya tebal sebeban. Tawar pulak tu. Okaylah faham tawar tu disebabkan ada sos untuk cicah disediakan. Tapi bukan semua orang suka cicah makan gitu. Budak² mana laa makan cili kan. At least bagi ada rasa masin sikit okay dah.

Tapi nasi kitaorang habis jugak. Sayang kan. Bayar mahal jugak. Lauk semua habis kecuali tom yam. Licin habis bukan sebab sedap. Tapi sebab sayang dah order dan time tu semua kebulur.

Cuba kalau datang waktu perut dah isi sesuku. Sah lah tak lalu nak makan hahaha.

Kesimpulannya, lepas ni kalau ke PD tak datang lagi dah kedai ni kecuali kalau takde pilihan.

Masa bayar tu aku siap cakap maaf ya kak saya nak bagitau meja tu busuk sangat tadi. Bau hanyir. Itu yang kita minta lap semula. Tapi lepas lap pun bau juga. Sampai pindah meja kami. Dorang lap guna kain tu, kain tak bersih. Sepatutnya cuci kain dengan air sabun. Tak pun lap meja dengan sabun bila dah habis kemas pinggan. Dua kali aku minta maaf. Dan akhirnya disudahi dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA. πŸ˜‚

Harap harapnya akan datang boleh dibuat penambahbaikkan dari segi kebersihan dan tahap kesedapan makanan.

#szoreview
#foodreview

LOGO BARU SUGARMELLO BAKERY

Assalamualaikum uol,

5 hari habiskan masa nak cari contoh dan buat logo ni. Susah nak cari logo yang universal.

Beberapa bulan lepas dah bayar minta orang lain tolong design tapi haihh sampai ke harini tak update. Mula² dah bagi design sampaikan aku tergelak tengok design tu. Mengenangkan yang diri sendiri boleh buat lebih cantik dari yang depa bagi. Disebabkan dah bayar aku mintak tukar. Still tak puas hati dengan design yang diberi.


So aku macam redho aje la. Update slogan. Dia kata okay. Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai dah habeh raya nak raya haji ni pun tak update lagi.

Kita memang tak tanya dah. Saja buat buat lupa. Nak tengok berapa lama dia feedback kat kita. Tengok ads dia kat facebook bukan main galak lagi. Customer yang sedia ada dilupakan. Dah laa sebelum nak design tu kena bayar full. Sabor aje.

Tergendala laa kerja nak buat sticker baru nak design semua tu.

Sudahnya baiklah buat sendiri. Nanti kalau dah ada duit kepuksss bagi orang design rega ribu riban. πŸ˜‚

Buat masa sekarang guna ajelah apa yang ada. Kalau dulu mungkin susah payah sebab guna Photoshop. Zaman now tak perlu. Guna aje Canva. Tak pun boleh design secara online kat website. Tak perlu pening² fikir. Bab² nak menyenangkan kerja ni aku memang expert hahahaha.

Korang yang tak ada idea, bisnes baru nak up, minta tolong saya design pun boleh. Sap sap sui setel.

Issh, taklah...

Nak buat yang ni pun berhari² fikir. Jadi sebelum awak nak suruh saya buat silakan fikir tema, niche bisnes etc tu.

Aku ada beberapa logo yang simple tapi simpan dulu. Kot kot nanti bosan yang ni guna aje yang lain.

Itulah kelebihan meniaga sendiri. Selagi tak daftar "trademark" sesuka hati nak tukar logo pun takde sapa nak marah. 🀣🀣🀣

Soon laa sampai aku rasa berpuas hati dengan logo sendiri kita akan daftar MyIPO. Buat masa sekarang i feel fun fun change logo.

#bolehjadidesignerprojuga
#lovewhatido
#szobakerstory
#canvacreator
#canvaexpert

Sunday, May 22, 2022

ARLA BUTTER DI KEDAI BAKERI

Assalamualaikum uols,

Hari ini adalah hari yang penuh dan padat dengan jemputan open house. Disebabkan kerja yang memanggil (walaupun dah declare tempoh hari yang kami cuti) tetap kena menunaikan tanggungjawab gituuu. Jadinya, tak dapat nak join rumah terbuka sana sini.

Seperti biasa, bila dah curi opkos banyak bahan² mentah yang habis. Nak tak nak, suka tak suka kena pergi juga beli barang topup stok. Butter nang licin habis. Begitu juga gula. Tepung adalah sekotak.

Sebagai seorang pem"baker" kental dan setia sah sah aku ni supporter tegar Bake With Yen. πŸ˜‚

Kemana lagi aku nak sopink kan.

Okay. Misi datang BWY kali ni nak berdiri depan chiller dia dan decide nak beli butter apa hahahaha. Rasa bosan dengan Lurpak nak try butter lain. Sebenarnya, aku mencari Echte Boter. Butter yang best pada aku. Tapi dah berbulan Sold Out kat BWY.

Bila ternampak ARLA BUTTER aku pun syok. Bukan senang nak jumpa Arla Butter di kedai bakeri. Korang tengok rega Arla Butter kat supermarket macam mana kan. Sama level dengan Anchor dan Lurpak. Aku pernah try butter ni sebab kat Giant Pandan Indah masa tu ada PROMO penghabisan stok.

Bayangkan masa tu harga Arla Butter ni RM3.30 per 250gm. 100 block dihangkut bawak balik rumah. Habis lah kat rak chiller tu. Kalau barang murah bila membeli selagi rak tu tak licin bukan Siti namanya. Suami sendiri pun sudah sedia maklum perangai tak senonoh ini. πŸ˜…

Arla Butter satu company dengan Lurpak iaitu dibawah Arla Foods. Diperbuat dari krim tulen dan sudah semestinya dari lembu bukan dari kambing. Butter ni mudah mencair. Sama macam butter Lurpak. Dah mak ayah pun sama kan hehehe. Bau dia wangi bau susu sama macam Lurpak. Letak seharian kat kuar boleh basi dan bau masam. Kalau untuk sapu kat roti janganlaa letak kat luar lama sangat. Untuk baking bila dah adun tepung tu terus buat. Jangan biar sampai berbau masam. Tak habis buat adunan tersebut simpan dalam freezer.

Ada juga sesetengah butter walaupun buat dari cream tak kuat bau susu. Salah satunya butter  Carnapole. Tapi bila buat kuih tu adalah rasa creamy nya.

Orang yang tak biasa bermain dengan butter memang takut nak cuba butter lain selain dari yang pernah mereka makan.

Tapi, jangan risau selagi namanya butter, lemak tinggi, kalori tinggi itu kira mentega asli. Masa aku mula² belajar nak kenal butter mana yang okay aku banyak membaca food labelling bahagian Nutrition Facts.

Okay. Harga untuk Arla Butter di BWY adalah RM9.50 per block (250gm). Kat pasaraya harga dia boleh tercekik nak bayar. Yang ni pun dah tersedak sedak.

Yang Golden Churn tu untuk makan sendiri. Bukan untuk buat kuih. Guna untuk buat kuih pengsan laa tokey macam ni. Mau dapat title Yahudi tu sampai matey. Kalau korang nak buat kuih untuk makan sendiri boleh beli Golden Churn. Silap haribulan kuih tu awak buat, awak makan sorang. πŸ€­πŸ€£πŸ™„

#arlabutter
#goldenchurn
#szobakerstory

Saturday, May 21, 2022

NASI DAGANG DI SELERA PANTAI TIMUR, PORT DICKSON

Assalamualaikum uols,

Kekadang rasa serba salah jugak tak menulis diblog. Sebab bila tengok trafik ada je yang datang melawat. Tapi itulahhh. Ada masa tu sempat la nak copy paste tapi masalah tang nak upload gambar tu huhuhu. Jadi aku try eh update juga kat blog. Kalau takde tu maknanya korang baca je lah page aku ni walaupun bosan namatey. 🀣

Okay sambung. 

Last week masa pergi PD kita as usual pergi lepas Subuh. Selepas hantar papa kat Dickson Bay kami tiga beranak sarapan di Selera Pantai Timur. Lokasi kedai ni betul² depan Dickson Bay dan sama laluan masuk dengan Ehsan Waterpark. 

Aku datang sini pun pasal laki aku cakap sedap Nasi Dagangnya. Punya frust dia tak dapat sarapan sini haritu sebab kedai ni tak buka lagi. Member start game pukul 8 pagi heheheh. 

Kami la yang buka kedai masa tu. 🀣

Peel yang susah sangat nak dibuang. Kiasu bebenor kan. Kalau buleh semua tempat nak jadi orang pertama sampai. 

Dah sampai tu aku dengan Hanif order Nasi Dagang. Hadif macam biasa tak habes² dengan roti canai dia. 

Korang nak tau reviu kan. Ni saya kasi reviu jujur key. 



Nasi Dagang dia pada aku just so so aje. Laki aku yang cakap sedap gila. Aku tak gemar tang gulai dia. Macam terasa rempah. Tapi boleh makan lagi. Mahal weyh. Kena laa jugak habiskan. Aku pernah makan lebih sedap dari ni. Yang aku pi makan Nasi Dagang Pak Malau tu better dari ni. Tapiii, ini aku punya tekak. Tahap kesedapan kita berbeza. Untuk harga RM8.00 okay. Nak kata mahal pun kita semua sudah sedia maklum harga barang makin naik. Ikan tongkol dulu dulu sekilo RM5.00 je sekarang dah jadi RM12-RM16. Itu kalau tongkol hitam. Hat putih murah sikit.

Roti canai biasa². Kuah dal Hadif tak suka. Cair dan takde rasa. Dia makan roti kosong gitu je. Syukur ada nugget dan hot dog sebagai penyelamat. Itulah tu makan macam makan kat rumah. Siap tambah lagi ye. Hangin betul aku. Mahal tau nak bayar. Masa aku bebel bebel tu dua dua mata terkebil². Bukan korang tak selalu makan kan. Mau tak maghoh sis.

Tang air. Biasa. Bebudak ni order Milo Ais.  Air kedai Melayu kita dah tau rasa macam mana. Jarang jumpa yang betul² kena dengan tekak. Susah nak buat Milo sedap. Biasa banyak susu.

Overall kitaorang makan kat sini kena bayor RM34.50 🀣

Pada aku mahal laa sebab dorang ni makan nugget dengan hotdog.

Aku bagitau kat sini supaya bila korang datang nak try boleh agak bajet berapa. Nugget dan hot dog jangan ambik. Kalau dua benda tu takde mungkin aku cuma bayar RM23-RM25 macam tu. 

Korang mana yang tak pernah try boleh try eh. Bukan selalu pun. Kalau rasa sedap datang lagi. Tak kena dengan tekak pergi je tempat lain. 

Kat PD tu banyak tempat sarapan yang sedap. Walaupun PD tu dah lama jadi rumah nombor dua, aku pun tak habis tawaf lagi tempat tempat makan dia. πŸ˜…

#szofoodreview

#nasidagang

#roticanai