Saturday, May 21, 2022

NASI DAGANG DI SELERA PANTAI TIMUR (PORT DICKSON)

Assalamualaikum uols,

Kekadang rasa serba salah jugak tak menulis diblog. Sebab bila tengok trafik ada je yang datang melawat. Tapi itulahhh. Ada masa tu sempat la nak copy paste tapi masalah tang nak upload gambar tu huhuhu. Jadi aku try eh update juga kat blog. Kalau takde tu maknanya korang baca je lah page aku ni walaupun bosan namatey. 🤣

Okay sambung. 

Last week masa pergi PD kita as usual pergi lepas Subuh. Selepas hantar papa kat Dickson Bay kami tiga beranak sarapan di Selera Pantai Timur. Lokasi kedai ni betul² depan Dickson Bay dan sama laluan masuk dengan Ehsan Waterpark. 

Aku datang sini pun pasal laki aku cakap sedap Nasi Dagangnya. Punya frust dia tak dapat sarapan sini haritu sebab kedai ni tak buka lagi. Member start game pukul 8 pagi heheheh. 

Kami la yang buka kedai masa tu. 🤣

Peel yang susah sangat nak dibuang. Kiasu bebenor kan. Kalau buleh semua tempat nak jadi orang pertama sampai. 

Dah sampai tu aku dengan Hanif order Nasi Dagang. Hadif macam biasa tak habes² dengan roti canai dia. 

Korang nak tau reviu kan. Ni saya kasi reviu jujur key. 



Nasi Dagang dia pada aku just so so aje. Laki aku yang cakap sedap gila. Aku tak gemar tang gulai dia. Macam terasa rempah. Tapi boleh makan lagi. Mahal weyh. Kena laa jugak habiskan. Aku pernah makan lebih sedap dari ni. Yang aku pi makan Nasi Dagang Pak Malau tu better dari ni. Tapiii, ini aku punya tekak. Tahap kesedapan kita berbeza. Untuk harga RM8.00 okay. Nak kata mahal pun kita semua sudah sedia maklum harga barang makin naik. Ikan tongkol dulu dulu sekilo RM5.00 je sekarang dah jadi RM12-RM16. Itu kalau tongkol hitam. Hat putih murah sikit.

Roti canai biasa². Kuah dal Hadif tak suka. Cair dan takde rasa. Dia makan roti kosong gitu je. Syukur ada nugget dan hot dog sebagai penyelamat. Itulah tu makan macam makan kat rumah. Siap tambah lagi ye. Hangin betul aku. Mahal tau nak bayar. Masa aku bebel bebel tu dua dua mata terkebil². Bukan korang tak selalu makan kan. Mau tak maghoh sis.

Tang air. Biasa. Bebudak ni order Milo Ais.  Air kedai Melayu kita dah tau rasa macam mana. Jarang jumpa yang betul² kena dengan tekak. Susah nak buat Milo sedap. Biasa banyak susu.

Overall kitaorang makan kat sini kena bayor RM34.50 🤣

Pada aku mahal laa sebab dorang ni makan nugget dengan hotdog.

Aku bagitau kat sini supaya bila korang datang nak try boleh agak bajet berapa. Nugget dan hot dog jangan ambik. Kalau dua benda tu takde mungkin aku cuma bayar RM23-RM25 macam tu. 

Korang mana yang tak pernah try boleh try eh. Bukan selalu pun. Kalau rasa sedap datang lagi. Tak kena dengan tekak pergi je tempat lain. 

Kat PD tu banyak tempat sarapan yang sedap. Walaupun PD tu dah lama jadi rumah nombor dua, aku pun tak habis tawaf lagi tempat tempat makan dia. 😅

#szofoodreview

#nasidagang

#roticanai

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...