Friday, January 16, 2015

Hari Pertama ke Sekolah

12 Disember 2015....

Hari pertama Encik Hanif ke sekolah. Umur baru je 6 tahun sebulan. Ikut tahun kira 7 tahun la ehe...Bersedialah untuk menghadapi segala kemungkinan yang melanda. Sekolah Cina pulak tu. Macam mana lah anakku ni nanti.

Pagi sekolah cina, petang pulak sekolah agama. Boleh bayangkan betapa penatnya dia. Bangun pagi seawal pukul 6 dan tidur seawal pukul 9-10 malam. Mau nye tak penat.

Hari pertama tunggu kat sekolah dah rasa nak pengsan. Pukul 10 lebih lepas waktu rehat kami balik rumah lah. Penat menunggu. Balik rumah boleh rehat-rehatkan badan.

#bff

Tengok dia bukan main seronok lagi. Ingat sekolah ni tempat main kot. Perangai tadika terbawa-bawa ke sekolah rendah. Terlompat sana sini. Otomen sana sini. Dengan bff dia tak apa lagi. Ini dengan ada sorang budak Cina ittew yang mak dia dok jegil-jegil mata kat anak dia. Hanif tak ajak pun dia main. Agaknya budak tu tengok macam best je kan dengan muka tak malu terus join the club. Masing-masing dulu belakang. Menahan rasa lah mak budak cina tu hahaha...

Satu kelas ni 40 murid

Balik tengahari terus mandi, makan dan siap-siap terus pergi Sekolah Agama pulak. Terpaksa tinggalkan dia sebab ada meeting pukul 3 petang. Itupun dah inform nak datang lambat. Pastu dah habis meeting ambik adik kat Bukit Indah then terus shoot ke sekolah agama dia. Bila balik tu dia tunjuk duit syiling 50 sen. Terkejut nengok. Bagi seringgit je pun. Yang sebenarnya dia tak reti nak berbelanja. Tu pasal la mak dia ni bulat-bulat mata. Bila ditanya dia kata dia beli air (purple) aka air anggur. Teringin katanya.


Mama dah siap bagi bekal kat hanif kan, aku cakap. Dengan selamba dia jawab, alaaa hanif teringin lah air tu nampak sedap je. Hmmm...ye lah tu.

Balik rumah papa bising kenapa belanjakan duit...patutnya duit tu simpan masuk tabung. Aku cakap takpelah 50 sen je. Yang lagi 50 sen tu baru boleh masuk tabung. Papa pulak jegil mata kat mama hahaha...

Yang kelakarnya masa duduk dalam kereta tu dia boleh tanya kenapa mata dia merah (pedih). Rasa macam nak tutup je. Aku diam je tak nak jawab. Mulalah dia kata tak nak sekolah la...hanif nak tidur kat rumah je, hanif penat, hanif ngantuk. Itulah penangan sekolah satu hari. Aku tengok pun kesian tapi papa kata tak apa nanti lama-lama akan jadi biasa. 

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...