Sunday, January 25, 2015

Kenapa perlu pilih AIA Public Takaful?

Antara persoalan yang selalu bermain di fikiran kita apabila timbulnya rasa hati nak ambik perlindungan takaful. Perlindungan apa yang kita perlukan dan kenapa kita perlukan. Maksudnya apa keutamaan kita dalam perlindungan takaful yang akan kita ambil itu. Seperti jugak syarikat takaful-takaful lain yang terdapat di Malaysia ini semuanya menawarkan perlindungan seperti medical card simpanan dan perlindungan. Tetapi berbalik kepada persoalan seperti di atas. PERLINDUNGAN yang bagaimana yang anda mahu??? Kenalpasti risiko kita sendiri di mana kita harus bijak memilih produk.


Antara aspek yang perlu kita ambil kira sebelum mengambil perlindungan takaful untuk diri sendiri, keluarga dan anak-anak ialah:

Patuh Syariah
PENTING PENTING PENTING...Tersangatlah PENTING! Sebagai orang Islam kita hendaklah mengambil atau menyertai produk-produk Takaful yang patuh syariah.

Takaful Terbaik
Seperti yang diketahui atau tak diketahui hehe... AIA Public Takaful Berhad sekali lagi telah dinobatkan sebagai pemenang untuk Anugerah Produk Takaful Paling Cemerlang (The Most Outstanding Takaful Product) di KLIFF 2014 melalui produk medikal-kad terbaik iaitu A-Life Med Regular-i (dulu dikenali sebagai A-Medik)

Perlindungan Perubatan atau yang paling glamour kita panggil Medical Protection.
AIA Public Takaful merupakan Syarikat Takaful yang pertama di Malaysia yang memberikan perlindungan perubatan untuk semua ahli keluarga dalam satu polisi dengan kadar satu premium tetapi tidak berkongsi had perlindungan yang sama. Yang paling menarik ialah apabila anda mendapat anak yang baru, tiada bayaran tambahan yang dikenakan dan anak yang baru dilahirkan itu akan menikmati perlindungan yang sama dengan anak-anak yang lain secara automatik selepas 4 minggu. Pihak AIA Public Takaful sangat prihatin dengan masalah peserta yang dilindungi di mana mereka harus mengeluarkan wang untuk rawatan susulan. Jadi, dengan itu, AIA Public Takaful membenarkan peserta menuntut bil rawatan susulan untuk tempoh 120 hari dari selepas keluar dari wad serta menuntut bil rawatan pra kemasukan hospital untuk tempoh 60 hari sebelum masuk hospital. Dengan kos rawatan yang kian bertambah dari tahun ke tahun pihak AIA Public Takaful memberikan satu lagi MANFAAT kepada anda di mana tiada HAD SEUMUR HIDUP diberikan.

Faedah Penghospitalan (Hospital Benefit)
AIA Public Takaful Berhad memberikan Elaun Hospital untuk meringkan beban kita yang terpaksa meninggalkan kerja apabila dimasukkan ke dalam wad. Elaun yang diberikan maksimum RM400 sehari untuk dewasa dan sehingga RM150 untuk kanak-kanak. 

Pendidikan (Education)
Kos pendidikan di Malaysia kini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pihak Syarikat APTB cuba untuk memudahkan urusan keluarga dengan menyediakan persiapan untuk anak-anak melanjutkan pelajaran selepas tamat persekolahan. Sudah tentu kita sebagai ibu bapa ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak kita. Jadi kita tak perlu nak pening-pening bila anak nak sambung belajar ke Universiti tempatan atau luar nanti. Yang menariknya jika musibah (kematian awal, cacat kekal, penyakit kritikal) salah seorang dari ibu atau bapa, simpanan masih boleh diteruskan oleh pihak APTB atau boleh dikatakan nanti polisi anak anda itu APTB yang tolong bayar. Cuma tunggu anak-anak cukup umur baru boleh keluarkan simpanan. Jadi ini akan meringankan bebanan pasangan apabila musibah tersebut menimpa.

Untuk pertanyaan lanjut atau Quotation PERCUMA boleh hubungi saya:
SITI ZULAIKHA OLIVIA
012.293.5578 (whatsapp/telegram)
E-mail: zozuriq@gmail.com

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...