Tuesday, January 20, 2015

Sebab apa kena denda

Masuk minggu kedua persekolahan jadual 2015. Hari ini hari keenam dia bersekolah dah kena denda balik lambat. Adessss... Tak pasal-pasal semua jadi lambat. Balik pukul 1.50 etang nye pasal. 

Kawan dia bff bagi tahu kata Hanif kena balik lambat sebab main dalam kelas. Beria aku tunggu dia tak muncul-muncul rupanya kena berdiri dalam kelas. Ingatkan dia sorang. Ramai rupanya. Empat orang termasuk dia.

Yang part mak mak pun hangin dah kena denda pun nak main-main lagi. Haishhh... One of the parents tu bagi tau dia ronda-ronda semua kelas darjah satu yang ada kat situ kelas anak-anak kami ni lah yang paling havoc.

macam tak ada apa-aa je kannn...

Dah balik lambat macam mana nak makan. Sampai rumah 2.10 petang. 2.30 pulak nak start sekolah agama. Memang tak makan tengaharilah dia. Dengan aku skali tak makan. Hangin plus geram plus sibuk. Rasa nak cekik pun ada.

Balik sekolah agama tadi dia kata air Ribena habis. Tinggal lagi satu botol mineral water. Sekolah petang aku slalu bekalkan dia air sedap hahaha...kalau tak nanti kerja nak membeli je. Baik beli dari mak ye dak. Papa je bising kata biar minum air kosong. Sangat tak setuju dengan pendapat papa kan hahaha... Musim panas dah tu sekolah dari pagi ke petang memang seharunya minum air yang sedap. Kalau tak buat apa budak-budak beratur kat kantin hanya semata-mata untuk beli air. Dah la tawar tak sedap pulak tu ngeee...

Dah tu pegi lah kedai makan nak makan... kebulur tau tak. Sangat tak pandang kiri kanan hokeyyyyy...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...