Monday, November 3, 2014

Banyak banyak benda syiling jugak kau telan!

Entri 29 Oktober 2014

"Mengabadikan kisah yang agak tragik tapi kemudian tak beberapa nak tragik. Bila awak dah besar esok awak baca lah apa yang mama tulis ni ye Hanif."

Kisah semalam sedang aku santai menyusukan Hadif dan papa pun lepak dalam bilik main game. Tiba-tiba pintu diketuk bagai nak roboh. Kakak iparku panggil dengan suara cemas kata Hanif telan duit syiling.

Lokasi syiling lepas satu hari

Zupppp...terus darah naik ke kepala. Bukan darah je naik. Kepala pun ting tong. Tak boleh berfikir sekejap. Cuak giler kau!

Aku keluar terus pergi kat dia tanya "kenapa hanif telan duit!!??"

Aku ni satu...kalau panik confirm suara akan jadi tinggi. Padahal badan masa tu menggigil-gigil. Rasa macam nak goncang-goncang je badan Hanif tanya "why?...why?...why?..." haaah macam drama gitu kan haha...

Kak iparku cakap jangan marah dia. Aku memang tak marah cuma di kala situasi cemas yang membuatkan otak lambat berfungsi automatik suara akan meninggi. Walaupun aku ni "First Aider" tapi bila kena batang hidung sendiri dua tiga minit pertama tu pun tak boleh nak berfikir dengan betul.

Papa kata memupuk minat membaca. Tapi dia baca satu mukasurat je haha

Otak aku masa tu takde fikir lain. Hospital...hospital...hospital... Dalam keadaan yang mencemaskan tu papa dengan selamba cakap "bagi telan nasi..."

Aku pandang muka papa dengan kening kerut sejuta. Boleh ke? Yang aku tau tulang ikan boleh lah. Duit syiling mana mungkin. Tapi aku taknak bertekak time tu aku ikutkan jugak. Paksa Hanif telan nasi pastu minum air. Kepal lagi nasi tu dan bagi dia telan pastu minum air.

Lepas tu aku tanya ada lagi tak. Dia geleng-geleng kepala. Maknanya syiling tu dah tak sangkut kat tekak lah tu. Dia cakap "mama...hanif tak nak mati... Hanif tak nak masuk kubur" ahahah...tau takut. Takut tak jumpa mama papa dengan adik dia kata. Agaknya macam mana dia membayangkan mati tu apa? Masuk kubur tu macam mana?

Dapat kawan borak sementara nunggu. Siap borak borak lagi tanya kawan dia buat apa datang hospital. Kawan dia kata tengok nenek. Hanif story lah dia kata "kita nak jumpa doktor sebab kita telan syiling"hahaha

Agak-agak emosi dia stabil aku tanya lah dia telan syiling yang mana. Dia kata 20 sen. AKu macam tak percaya je lalu aku pun susun semua jenis duit. Dia kata semuanya bukan. Kalau bukan maknanya dia telan 5 sen lah. Dia cakap "takkk...hanif telan twenty cents"

Aku berkeras nak bawak pegi hospital, papa kata nanti akan keluar ikut "poop" dia. Semalam aku monitor dia tengok dia ok ke tak. Muntah ke tak. Sakit perut ke tak. Elok je melompat sana sini macam takde apa yang jadi. Siap bawak main kat taman lagi.

Muka cuak nak jumps doktor

Hari ni papa bawak dia pergi HKL. Aku yang tak senang hati sebenarnya. Sebab tak tau lokasi duit syiling tu kat mana. Kat perut kaa...kat dada kaa... Aku nak kepastian. At least bila dah x-ray kita boleh tau syiling tu ada dalam badan dia ke tak.

Disebabkan dia telan semalam hari ni tengok kat x-ray dia lokasi duit tu kat perut dah. Doktor bagi masa sampai esok pagi. Kalau tak keluar jugak kena pergi paediatric HKL untuk tindakan selanjutnya. Mungkin ''mini operation". Berdoalah agar duit tu keluar hari ini kan.

Balik dari hospital dengan happynya si Hanif ni kata "mama...doktor cakap Hanif kena makan banyak. Kena makan banana, papaya, nasik..." Baru je aritu pegi klinik doktor kata jangan makan banyak takut nanti gemuk hahaha...

15 minit selepas makan dia dah mengeluh sakit perut kata nak "poop"... Kebetulan masa tu si Hadif dah merengek nak menyusu. Jadi aku susukanlah dia dulu. Si Abang Hanif pulak aku suruh poop kat atas lantai toilet tuh. Sebenarnya pagi tadi dia nak "poop" tapi sebab tak biasa dan tambahan pulak penggeli tak jadi lah. Ini agaknya dah tak tahan sangat tu yang lancar je kot.

Dah poop tu kena lah check kan. Disebabkan aku menyusukan Hadif jadi yang ambil alih tugas tu ialah papa!!! hahaha...

Lengkap pakainya 

Dengan bersiap macam kerja kat makmal kimia papa memulakan projek mencarik syiling. Akhirnya jumpa syiling tu. Bukan 20 sen tapi syiling 5 sen!!

Syiling 5 sen yang ada dalam perut

ALhamdulillah...syukur sangat. Lega dan senang rasa hati. Aku dah bersiap sedia for the worst. Ye la kena esok tak kuar duit tu sah kena operate. Dah kene operate sapa nak jaga kat sepital. Dah get ready kalau doktor kata operate je aku nak mintak tukar hospital Ampang Puteri. Dapat lah jaga dia bawak Encik Hadif.

Hanif ni memang suka buat experiment. Bila aku tanya kenapa telan duit. Jawapan dia "TAK TAHU"

p/s: kot kot mama lupa kisah awak telan duit macam mana boleh lah baca sini ye nak =)

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...