Sunday, December 9, 2012

Yakin berdikari, semua buat sendiri

Sejak akhir-akhir ni aku perasan dua tiga perubahan pada Hanif bila dah nak masuk 4 tahun. Salah satunya ialah semua benda dia nak buat sendiri. Nak mandi sendiri, pakai baju, nak pasang kipas, cuci pinggan, cuci sinki dan banyak lagi la. Sepatutnya sebagai seorang ibu aku happy lah kan sebab dia dah pandai berdikari. Semua buat sendiri. Akan tetapi dari satu sudut hati aku rasa sedih sebab tak lama lagi mesti dia tak perlukan mak dia untuk buat semua benda remeh temeh tu. Huwaaa sedih...

Makin lama makin terasa kurang kerja kalau nak dibandingkan masa dia masih baby dulu. Sekarang, kalau dia lapar dia mintak dan kalau haus pun mintak. Tak ada la nangis nangis macam dulu. Aku rindu sebenarnya time dia nangis-nangis huhu.

Dulu dia asyik demam dan sakit je. Aku yang bersengkang mata tak tido malam jaga dia. Tapi lepas operation "buang tonsil" tahun lepas Alhamdulillah dia dah sihat sehingga sekarang. Akan tetapi malam tadi aku tengok dia tak boleh tido rupa-rupanya hidung dia tersumbat. Nak kena flu. Sikit je pun tapi aku yang resah sepanjang malam.

Adakah semua ibu-ibu kat dunia ni sama dengan perasaan aku sekarang ni? Dari satu segi aku seronok tengok dia dah pandai dan bijak di samping selalu menunjuk kepandaian dia. Tapi jauh di lubuk hati aku tersentuh...

"Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau berkatilah hidup anakku sehingga ke akhir hayatnya"



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...