Tuesday, December 28, 2010

HOSPITAL KUALA LUMPUR DAN PERKHIDMATANNYA


"Kalau aku tak sakit, aku pun tak nak datang sini!!!", jeritan dari seorang pak cik semasa semua pesakit sibuk beratur menunggu di bilik Pendaftaran di HKL pagi tadi. Aduhhai...sayu hati saya. Pak cik tu memang mengamuk sakan. Kalau polis bantuan tak datang tadi memang haru-biru lah staff kat kaunter borang tu tadi. Mana tak nya, pak cik berkenaan dah lama sangat tunggu giliran untuk buat pendaftaran. Kena pulak system nombor giliran kat bilik pendaftaran tu rosak hari nie. Jadi, semua orang kena beratur. Nasiblah, kalau yang nombor corot bila beratur je dah kat depan. Macam saya nombor 1805, tapi beratur kat belakang sekali. Apa citer?! Memang tak adillah kan??? Mungkin brader yang jaga kaunter borang tadi tu agak "kureng ajar" sikit bila pak cik ni bertanya kenapa lama sangat dia kena tunggu.
Ni bukan nombor saya

Yang saya ni pergi HKL atas sebab-sebab kesihatan. Minggu lepas dah pergi klinik tapi masih tak ok. Nak kena tunggu tahun depan baru boleh buat MRI(Magnetic Resonance Imaging). Macam kritikal jer kan bila sebut MRI nie. Tapi tak semestinya bila kena buat MRI je penyakit tu kritikal. Kebanyakan doktor suggest buat MRI ni sebab MRI ni boleh memberikan hasil ataupun keputusan yang lebih tepat tentang penyakit yang dideritai dan ubat yang sesuai oleh seseorang pesakit. Nanti tak ada lah nak berulang-alik pergi hospital dan asyik menerima ubat-ubatan yang sama sahaja padahal penyakitnya main agak-agak je. Bila dah teruk baru sibuk nak hantar pesakit buat MRI. Pada kebiasaannya kalau pergi Hospital Swasta sememangnya doktor akan terus rekemenkan MRI. Tapi tengok jugak pada penyakitnya. Bukan main sesuka hati jer. Mahal tau kos nak buat MRI nie!! Kalau pergi hospital kerajaan semata-mata nak buat MRI dengan bawak surat dari doktor dari klinik swasta memang kosnya mencecah RM3000 lebih kurang. Kalau direkemenkan oleh doktor dari hospital kerajaan sendiri, FOC - free of charge. Tapi, nak tunggu tu "mak aii!!", setahun ada la kot.

Contoh ye:
Mula-mula pergi klinik pesakit luar. Bila doktor dah check doktor akan cakap "it is normal"(tengok penyakit), so doktor-doktor ni akan keluarkanlah statement-statement yang kadang-kadang menyakitkan hati macam ("memang ramai pesakit kita mengalami keadaan yang macam ni"). So, bagi ubat then balik. Cuti sakit pun tak bagi (mungkin takut pesakit tipu). Kali kedua pergi pulak, perkara yang sama yang akan diberitahu kepada pesakit tapi ubat mereka akan bagi yang "higher dose" then balik. Kali ketiga datang dengan penyakit yang sama, baru nak buat X-ray. Bila tengok macam okey jer bagi ubat lagi then balik.... Kalau tak okey jugak baru nak suggest buat terapi yang bersesuaian dengan penyakit. Berapa lama? 6 bulan lebih kurang, iaitu 2 minggu sekali. 



Tak tahu berapa saringan dan berapa kali pesakit kena datang hospital semata-mata untuk mengetahui penyakit yang sebenar. Silap-silap, kritikal dulu barulah boleh detect. Bayangkan berapa banyak proses yang kita kena hadapi... Oleh itu, wujud lah hospital-hospital swasta yang menawarkan service terbaik untuk pesakit. Tetapi semua yang terbaik kita perlu bayar dengan wang ringgit yang banyak. Tidak semua rakyat mampu untuk membayar kos perubatan yang sangat mahal melebihi kemampuan. Walau macam mana teruk perkhidmatan Hospital Kerajaan, rakyat sanggup menunggu 1-2 jam untuk pendaftaran, 1 jam untuk berjumpa doktor, 1-2 jam untuk ambil urine @ blood test dan tunggu keputusan. 30-45min untuk berjumpa doktor semula untuk bagi keputusan makmal dan akhir sekali 30-1 jam untuk menunggu giliran di farmasi.

Sebab tue ramai orang yang dah agak berduit tak nak pergi Hospital Kerajaan. Sebab nak tunggu tu pun dah memakan masa. Lepas tu perkhidmatan, hmmm...tak tahu lah. Ada masa ok, ada masa tak ok. Kena bersabar je lah. Kalau pergi hospital swasta pun, apa-apa kes yang serius pun mereka akan REFER kat HKL jugak. Apa-apa pun HKL memang hospital yang terbaik. Cuma nak dapat perkhidmatan yang terbaik dari HKL kena pergi Hospital Swasta dulu rasanya. 

2 comments:

  1. Assalamualaikum.
    akak, betul ke kos nak buat MRI ni sampai ribu2 macam tu ? takut jugak saye.
    saye mungkin akan buat MRI kat PPUM.
    rase2 nye berape kos nye ye ?
    sebelum ni saye buat kat KPJ damansara.
    kos yang tu company tanggung.
    saye nak dapatkan 2nd opinion kat PPUM. atas belanje sendiri. tu yang saye tanye akak.
    tolong ye kak.

    ReplyDelete
  2. Pehhh..if dkt sethn br dpt wat mri,mcm mana la hati nak tenang slagi xtau punca sbnr penyakit.duit blh dicari,kesihatan yg utama.hari ni sy dijadualkn utk mri brain kat kpj tawakal.cost rm850 per section.if doc order utk 2 part so cost kene kali 2.itu hanya utk procedure.blm masuk kos consultation doctor n jika contrast diperlukan semasa procedure maka kosnya juga akan bertambah

    ReplyDelete

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...