Tuesday, January 19, 2010

BUANGKAN TABIAT BOTOL BAYI ANDA

Aku ada terbaca satu artikel yang boleh dikatakan menarik untuk para ibu. Ini saya baca dari majalah mami & baby bulan Januari. Kepada sesiapa yang membeli Majalah mami&baby ini mengkin anda semua dah tau... Kalau mana yang belum beli lagi korang baca la kat sini wokey...

Menceraikan anak anda dari botol adalah amat penting kerana:

(1) Gigi rosak akibat botol
      Meminum dari botol terlalu lama boleh merosakkan gigi susu
(2) Kurang mendapat makanan pepejal
      Susu merupakan sumber penting untuk mendapatkan zat. Anak-anak yang hanya menyusu botol berkemungkinan besar tidak berminat kepada makanan pepejal.
Memang ia merupakan satu tugas yang mencabar. Jangan risau ada tips-tips atau cara-cara yang dapat memudahkan peralihan ini:

Mulalah awal-awal
benarkan anak anda membiasakan diri memegang cawan. Ini boleh diperkenalkan seawal 3 hingga 6 bulan usianya. Pastikan cawan itu tidak berisi air.

Sebagai Penggantian
Beri dia cawan cegah tumpahan. Cawan begini mempunyai muncung khas untuk disedut. Pilihlah masa dia biasanya meminum sedikit air, dan bukannya masa memakan sajian utama. Guna masa yang sama setiap hari untuk menggunakan cawan cegah tumpahan selama seminggu untuk membiasakannya.

Ceraikan botol beransur-ansur
Mula dengan mengurangkan penggunaan botol secara beransur-ansur daripada jadual makannya. Misalnya, jika anak anda meminum dari botolnya tiga kali sehari, mulalah dengan menghentikannya pada waktu pagi sahaja. Galakkan dia dan katalah bahawa dia sudah besar sekarang dan dibenarkan meminum dari cawan pula. Ini akan menggembirakannya seolah-olah suatu hadiah dan bukannya tugas.

Lakukan secara halus
Berilah si kecil minuman yang paling digemarinya di dalam cawan dan minuman yang kurang digemarinya pula di dalam botol.

KECEKALAN ADALAH PENTING
Masa yang diperlukan untuk menceraikan anak anda dari botol kepada cawan adalah berbeza-beza tempohnya, tetapi secara kasarinya ia memakan masa antara beberapa minggu hingga beberapa bulan lamanya. Kejayaan bergantung kepada umur dan peringkat perkembangan kanak-kanak tersebut dan juga betapa kecekalan ibu bapa yang mencuba. Jangan mula menceraikan botol anak anda apabila anak anda melalui peringkat yang baru, tunggulah sebulan dua lagi

Tentu ada masa-masa yang sukar dan sentiasa beringat untuk memberi galakan dan bersabar. Paling penting sekali, jangan layan kehendak anak untuk berbalik setelah mencapai kemajuan...

Nota Penting:
Jangan biarkan anak anda tertidur dengan botol masih berada di dalam mulutnya. Ini akan boleh merapatkannya lagi dengan botolnya dan menimbulkan risiko berlakunya lubang pada gigi dan jangkitan pada telinga....

(Hanif pulak minum pakai straw...huhuhu)


2 comments:

  1. bergunan untuk bakal ibu bapa
    ok
    akan diingatkan

    ReplyDelete
  2. mmg betul...i perasan ade budak yang still isap susu dlm botol ni gigi dia macam kena terhakis..pas2 itam2...

    ReplyDelete

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...