Pernah tak anda terfikir yang urutan adalah baik untuk bayi...Kajian klinikal telah membuktikan bayi yang kerap diurut kurang mengalami tekanan. Malah, urutan dapat melegakan ketidakselesaan akibat pertumbuhan gigi, kembung angin, kolik dan sembelit; memperbaiki saluran pencernaan, meningkatkan sistem ketahanan tubuh, merangsang tidur lena, meningkatkan deria kepekaan, membantu peredaran oksigen nutrien ke sel-sel tubuh, meningkatkan siatem pernafasan dan banyak lagi.
Lebih dari itu and turut mendapat manfaatnya. Selain dapat mengurangkan tekanan diri, anda berupaya mengenal sikap dan kehendak bayi dengan lebih baik. Hal ini dapat diketahui melalui tindak balasnya sepanjang sesi urutan berlangsung. Antara lain, anda dapat menyuntik rasa kasih sayang apabila dapat mengkhususkan masa berkualiti bersama si manja. Paling menarik, urutan dapat menggalakkan penyusuan susu ibu melalui perangsangan hormon!
Dalam mempersiapkan diri sebelum melakukan rutin urutan, anda seharusnya perlu tahu apakah bayi sudah bersedia untuk diurut ataupun sebaliknya. Jika dia menangis atau nyenyak tidur, jangan sesekali memulakan urutan. Ini bagi mengelakkannya terperanjat dengan sentuhan yang bakal dilakukan. Bagi bayi yang baru selesai menyusu pula, anda memerlukan masa sehinggga 45 minit jika dia menyusu ibu dan 1 jam bagi yang menyusu susu formula.
Kebiasaanya bayi itu sendiri akan menunjukkn kesediaannya untuk diurut. Apabila dia senyap, tidak menangis dan matanya segar, itulah tanda masa yang sesuai. Anda digalakkan untuk mengurut bayi pada waktu pagi dan petang. Namun pastikan rutin waktunya sama setiap hari. Misalnya, bayi biasa diurut pada jam 10 pagi, maka bila tiba jan 10 pagi, dia dengan sendirinya tahu itu masa untuk urutan. Malah dalam keadaan tertentu, bayi akan mengingatkan anda jika anda tidak melakukan sesi urutan pada waktu yang sepatutnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)
RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022) (Filem India paling mahal) HINDI MOVIES Genre: Action, Adventure, Drama, Historical. Stars: N.T Rama Rao...
-
Seperti kebiasaannya, sebelum tidur malam super rajin membaca. Terbaca pula kesan dari anemia semasa hamil. Selama ni tak ambik tau sangat ...
-
Pertama tama sekali sebelum nak mula buat kek atau biskut kita kena fikir nak makan sedap ke tak sedap.Off course la nak sedap. Rugi buat p...
-
Seperti yang anda ketahui, kek lapis ni ada yang tahan lama dan ada yang sekejap je dah kulat. Ada yang 1-7 hari boleh bertahan pada suhu bi...
tambahan jika hendak mengurut bayi anda, boleh gunakan minyak urut gamat aromaterapi. Baunya serai wangi boleh menghindari nyamuk gigit bayi kita n tak panas jadi beri keselesaan kpd bayi..anak sy sejak lahir mmg guna minyak ni je.. kalau nak tgk info tgk kat blog sy : www.jeligamat2u.blogspot.com sekadar berkongsi info bermanfaat:)
ReplyDelete