Wednesday, February 20, 2019

MRT Jakarta Beroperasi 1 Mac 2019



Upacara pecah tanah bagi projek ini telah diadakan pada 10 Oktober 2013 dirasmikan oleh Presiden Jokowi, dengan Fasa 1 (Lebak Bulus ke Bulatan Hotel Indonesia).

Dengan 9 juta penduduk dan 4 juta dari jumlah tersebut di Daerah sekitar Jabodetabek terpaksa menempuh perjalanan dari kawasan tersebut ke kota setiap hari. Keadaan kesesakan lalu lintas dan masalah pengangkutan di ibu kota ini telah menarik perhatian politik di mana sekiranya tidak ada pengangkutan awam yang utama masalah kesesakan lalulintas yang melampau terpaksa dihadap menjelang tahun 2020.


Pengangkutan awam yang sedia ada hanya mampu menampung 56% perjalanan menggunakan komuter setiap hari. Dan angka ini perlu ditingkatkan. Maju mundurnya sesebuah negara dilihat dan diukur melalui system pengangkutan awamnya. Sekiranya, sistem pengangkutan awamnya tidak bersistematik akan menggambarkan pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara berdaya majudan impaknya tidak menjana kepada pembangunan negara.

Sebenarnya ujian penyepaduan dan pentauliahan adalah pada Ogos 2018 sehingga Februari 2019 dan akan dibuka sepenuhnya kepada orang awam pada 1 Mac 2019.


MRT Jakarta mempunyai 16 set 6 gerabak dijangka merentang sehingga 108km dan terdiri daripada 21.7km untuk laluan Utara - Selatan (dari Lebak Bulus ke Kampung Bandan) dan 87km untuk laluan Timur - Barat (dari Balaraja ke Cikarang). Laluan Utara - Selatan pula dibina dalam dua fasa.

Selepas siapnya MRT Fasa 1 dan Fasa 2, MRT bersama-sama dengan Transjakarta dijangka bakal memberi khidmat kepada 60 peratus jumlah perjalanan yang dibuat oleh warga Jakarta. Sepanjang 6km laluan Utara - Selatan mengikuti laluan 1 Transjakarta yang sedia ada.


Sumber: Wikipedia

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...