Thursday, December 21, 2017

Tak ada handphone boleh patah kaki

Suami balik tengok muka isteri monyok macam nak nangis.

Biasa muka sang isteri tersengih-sengih je. Terus tanya "kenapa awak ni muka masam je..."

"Henfon saya rosak. Screen tak boleh tekan. Entah entah Touchscreen problem..." jawab isteri dengan suara tertahan tahan nak nangis.

Maka si dia letak helmet, buka jaket ambil henfon terus cuba tekan tekan banyak kali tapi tak de respons. "Hmmm...tak boleh dah ni. Kena hantar kat kawan saya nak repair."

Isteri: Berapa lama nak repair? Kalau hantar arini esok siap boleh?

"Tak dapatlah, mau makan dua tiga empat hari jugak."

''Dua, tiga, empat hari dah jadi 7!"😭 Banyak taw whatsapp tak terbalas. Nanti customer tertunggu tunggu macam mana. Esok dah last delivery."

Sempat gak membebel. Muka dah sedih.

Suami bawak balik hadiah pun tak mampu nak meredakan jiwa kacau seorang isteri sebagai peniaga online. Senyum tapi dalam hati serabut. Kepala jadi berat. Setiap bunyi ting ting ting yang masuk buat jantung berdebar-debar. Nak buka henfon tak boleh. Mampu tengok screen je. Lip lap lip lap huhuhu.

Serius sedih. Hanya peniaga yang memahami apa yang ku alami ketika ini.

Terpaksalah redha. Esok kena hantar pergi repair. Bertabah lah dua hari outstation tanpa henfon di tangan. Maka henfon suami bakal jadi mangsa.

Syukur masih boleh guna laptop. Dapatlah balas whatsapp dan messenger dari customer. Seharian duduk mengadap ni. Kalau guna henfon boleh lah buat kerja sambil meniaga. Memang patah kaki takde henfon ni.

Biasa waktu sebegini dah duduk kat hall. Tapi la ni masih tercongok kat depan lappy huhu.

Monday, December 18, 2017

Hormati sesama peniaga

Ada orang ni. Dia seorang peniaga. Buat satu grup whatsapp. Dia add semua nombor telefon yang ada. Lepas tu beliau beriklan. Takpe.

Ramai yang left. Saya antara yang tak left. Sebab sama sama peniaga jadi kita faham dia nak promot produk dia. Jadi, #kitaok.

Lepas tu, tak cukup dalam grup beliau iklan lagi secara personal. Dah banyak whatsapp akak  pending tak berjawab. Masuk lagi whatsapp dari beliau. Masuk lagi iklan dalam grup yang telah ditubuhkan beberapa minggu yang lepas.

Hari ni, tak boleh tahan. Terpaksa tekan "left group". Tak sampai 4 minit beliau hantar lagi iklan secara personal. Aduhhh. 😑

Serius rasa dah lebih. Malas nak cakap banyak ai tekan Block then tekan Report & Block. #Sayonara

Benar, nak beriklan boleh. Nak promot PM semua nombor whatsapp yang ada pun boleh. Tak ada masalah. Tapi, berpada pada. Ini setiap masa, setiap hari, setiap jam. Memang buat orang menyampah.

Belajar menghormati orang lain pun sesuatu yang mahal.

Hadif dan Darlie 😂

Tadi pagi, plan untuk bawa anak anak mandi manda di Kolam Kanak-kanak KLCC. Jadi, semua anak anak dikerah untuk berus gigi sahaja. Tak mandi. Jimat sikit air. Nampak sangat kiasu kan.😂

Hadif seperti biasa mama yang beruskan. Sedang syok memberus gigi tiba tiba dia menangis sedih. Macam orang kena marah. Pelik juga kenapa la dia menangis. Tak pernah lagi dari umur 3 tahun menangis gosok gigi.

Air mata berjurai tu buatkan mama lagi tertanya-tanya dalam hati. Tiba tiba ai terbau sesuatu yang berangin. Kembang kuncup hidung ai.

Pulakkk. Rupa rupanya mama berus gigi adik guna ubat gigi Darlie. Patutlah dia meraung semacam kikikih. Kesian. Meleleh leleh air mata. Ampunkanlah mama ni sayang.

Begitulah kehidupan, terkadang ada masa kita terleka. Hilang fokus. Betul juga kan. Bukan senang nak fokus. Perkara rutin yang kita selalu buat setiap hari pun boleh hilang fokus. Inikan pula yang jarang-jarang dilakukan. 

Itulah manusia. Selalu kita fokus benda lain tapi buat lain. Pemikiran tak serasi dengan perbuatan yang dilakukan. Hilang fokus ni biasa. Yang penting jangan hilang jiwa hihi.

Wednesday, August 2, 2017

Antara jenama butter (mentega asli) yang ada di pasaran

Pertama tama sekali sebelum nak mula buat kek atau biskut kita kena fikir nak makan sedap ke tak sedap.Off course la nak sedap. Rugi buat penat penat akhirnya biskut atau kek yang dihasilkan tak menepati citarasa.

Tips nak biskut atau kek yang sedap senang je. Guna bahan-bahan yang berkualiti. Antaranya yang paling penting sekali ialah butter. Ramai yang tak tahu butter yang bagaimana dan jenis yang macam mana nak kena beli.

1. #Tatura Butter kerana harga yang paling murah diantara butter butter yang ada di pasaran. Dua kategori (Salted & Unsalted). Berat satu blok 250gm.


2. #Anchor Butter. Butter yang femes juga. Kat mana-mana pun ada jual. Cepat lembik dalam suhu bilik. Sedap untuk buat cookies dan kek. Ada Salted dan Unsalted. Saiz ada dijual dengan berat 227gm serta 250gm.


3. #SCS Butter. Harga agak mahal. Merupakan antara pilihan utama pembuat kek dan biskut. Tapi akak baker sangat jarang guna SCS. Dua kategori (Salted & Salted). Berat satu blok 250gm. Ada juga packaging 200gm.


4. #GoldenChurn Butter. Akak baker kenal Golden Churn ni dari kecik. Butter yang paling fofular di kalangan baker yang membuat #KekLapisSarawak. Tapi akak tak guna pun Golden Churn untuk buat #keklapis. Dijual dalam blok seberat 250gm dan dalam tin. Jangan terkejut Golden Churn Butter yang dalam tin tu lagi mahal.



5. #Emborg Butter. Bila sebut Emborg orang akan terbayang packaging cheese yang bermacam macam jenis yang dijual di pasaraya. Produk Emborg yang popular ialah Pizza Topping dengan Cheddar. Tapi uolls tak tau yang Emborg Butter ni sedap okay. Berlemak, wangi habis satu rumah ahahaha. Ada Salted dan Unsalted. Berat 250gm. Emborg Cook & Bake bukan dalam kategori Pure Butter ya.


6. #Lurpak Butter. The most delicious premium butter over hundred years taw! It's my lifetime favourite butter ever hihi... Akak baker biasa panggil Danish Butter. Ada juga Salted dan Unsalted. Harga agak mahal boleh cecah sehingga RM15.90 untuk 250gm. Tapi untuk makan sendiri pejam mata la beli. Kalau untuk berniaga akak baker tak guna sebab nanti harga kek dan cookiesakan jadi mahal. Nak meniaga kena jaga kos kita dan kos poket customer :D


Ada bermacam-macam jenis lagi butter yang ada di pasaran. Yang dinyatakan kat atas ni kecuali Lurpak Butter ada dijual di kedai bakeri. Yang paling senang jumpa di kedai bakeri ialah Tatura, Anchor dengan SCS Butter. Next time kita kupas lagi lebih detail tentang butter ya. Dah tau nak beli yang mana satu?

Silakan #SHARE tips ini dengan gembira. #muachiked Semoga bermanfaat :D

Tuesday, August 1, 2017

Teknik paling mudah untuk biskut yang sedap dan rangup : Asas-asas Baking

Selalu nak buat biskut takut tak jadi, Ada yang boleh buat kek tapi tak pandai buat bisku dan begitu juga sebaliknya. Tapi tak salah pun kita mencuba. Akak baker dulu kali pertama belajar buat kek butter. Alhamdulillah, BANTAT keknya hahaha...

Propa sangat kan.

Teknik teknik ni semua bukan boleh dipelajari dalam masa satu jam. Semua ni memakan masa yang lama melalui pengalaman sendiri. Dah rasa expert baru boleh menderhakakan resepi ikut suka. Kalau masih was was jangan dicuba nanti nangis dibelakang pintu lepas tu insoff tak nak buat biskut lagi.


Antara tip-tip mudah ialah:

1. Gunakan "pure butter" atau mentega berbanding marjerin. Ada yang diperbuat dari lemak sayur-sayuran dan harga murah sikit. Yang ni bukan mentega asli ya. "Pure Butter" kebiasaan harganya lebih mahal dalam RM8.00 ke atas untuk 250gm di pasaraya. Melainkan kalau beli di kedai bakeri harga lebih murah dan beli dalam kuantiti yang banyak. Butter kegemaran akak baker ialah butter Emborg, Lurpak, Anchor, Golden Churn, Tatura. Tapi most of the time akak baker akan guna butter Emborg. Mentega asli ni akan membuatkan biskut kita jadi lagi berlemak, lebih sedap dan lebih crunchy. Simpan lama pun tak lemau. Akak baker pernah buat eksperimen simpan biskut selama setahun rasa tetap tak lari. Bau pun sedap. Lagi berlemak ada.

2. Menggunakan tepung biskut jenama (RED ROSE) untuk biskut lebih berkualiti dan rangup. Nak guna tepung gandum biasa pun boleh tapi lebih baik menggunakan "biscuit flour" seperti tepung RED ROSE. Harga RM1.99 untuk 900gm. Boleh cari di kedai bakeri atau pasaraya. Lebih untung kalau beli di kedai borong kalau nak beli dalam kuantiti yang banyak.

3. Boleh guna telur bersaiz B atau C. Kalau guna telur saiz A nanti doh biskut kita akan jadi lembik. Terpulang kepada individu. Biasa akak baker akan ikut resepi. Ada resepi kata guna telur saiz B. Ada pulak yang tulis berat telur 65gm. Berat 65gm telur ni telur saiz A tau. Boleh timbang telur tu siap siap.

4. Bila doh biskut menjadi lembik. Jangan menggeletar nangis tepi bucu meja. Just tambah tepung sikit dan kemudian bungkus dengan plastik lalu masukkan ke dalam peti ais supaya adunan menjadi keras sedikit. Senang nak kepal-kepal susun atas loyang pembakar.

5. Nak rangupkan biskut boleh masukkan Emplex ke dalam adunan. Tapi kan tak semua biskut sesuai dan helok dicampur Emplex. Nanti biskut uolls akan jadi lagi rapuh dan mudah pecah. Guna pure butter pun dah cukup rangup.

6. Sebelum membakar biskut pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.

7. Gunakan api atas bawah untuk membakar biskut supaya biskut masak dengan sekata. Idaklah bawah dah hitam tapi atas masih lagi tak masak. Hmmm...

8. Setelah mengeluarkan loyang dari oven silalah sejukkan biskut tu dulu yea. Jangan panas panas pi cedok biskut tu masuk dalam bekas. Lagi pun biskut kalau dikeluarkan dari loyang ketika masih panas nanti pecah dek non. Biskut masa tengah panas ianya lembik. Jadi sabaq naa, kena sejukkan dulu lepas tu masuk ke dalam bekas. Lagi satu, kalau masukkan biskut panas ke dalam bekas nanti biskut tu pun akan jadi lembik sebab panas-panas kita dah tutup bekas tu. Nanti dalam bekas akan berwap dan wap tersebut akan diserap balik oleh biskut kita tadi tu. Haah itu pasal la jadi lemau.

9. Bila biskut tu dah sejuk dalam 20minit selepas keluar dari oven bolehlah masukkan biskut tu ke dalam bekas udara. Biskut yang tanpa bahan bahan pengawet ni tahan 3 bulan. Kalau guna pure butter biasanya akan tahan lebih dari 3 bulan.

10. Aamaran Keras! Jangan campurkan biskut yang berlainan ke dalam satu bekas hanya kerana nak jimat duit malas nak beli bekas banyak-banyak yekk. Tolong jangan kedekut sangat ahahaha... Jahanam biskut uolls nanti. Red Velvet Cookies jadi rasa Chocolate Chip, Belgian Cookies jadi rasa Kuih Tart pulekkk. Nak makan sedap kenalah korban duit tenaga dan wang. Betul tak?! Kannn!

Dapat sesuatu? Sehari akak baker nak menyiapkan entri ni tau.

Monday, July 31, 2017

12 Tips Baking Untuk Yang Baru Mula : Asas-asas Baking

Kali ini saya akan share tip tip baking kepada yang baru pertama kali nak buat biskut atau kek. Walaupun akak baker bukan seorang yang professional dan expert tahap maharaja indera kayangan tapi akak baker akan share dengan awak awak semua melalui pengalaman akak selama terlibat dalam dunia baking membaking ni. Lama juga tak update entri terbaru ni haha. Tak ada idea nak tulis apa. Akak baker pula jenis yang tak pandai untuk berkongsi carta jadual hidup seharian. InsyaAllah, akan cuba memanfaatkan blog yang bersawang sekian lama ini dengan sehabis baik. Doa doakan agar akak diberi kekuatan sentiasa punya masa untuk menaip. Target satu hari satu entri hahh gitu semangatnya.

Berbalik kepada topik di atas. Ada banyak tips yang perlu kita ambil tahu sebelum mula membuat biskut atau kek. Tapi, saya akan cuba share 12 tips yang mudah ingat. Maknanya tidak kira nak buat kek ke biskut ke 12 perkara penting ni mesti kena buat okay?


Tips Baking Untuk Yang Baru Mula

1.Sukatan bahan-bahan sangat penting dalam baking. Boleh guna sukatan cawan dan sudu yang standard atau labur sikit duit untuk membeli "timbang digital"yang khas untuk dapur. Contoh kalau resepi menyatakan 1 cawan tepung jangan pula kita padat padatkan tepung tersebut kat dalam cawan tu. Aandai terlebih cuma ratakan dengan menggunakan pisau dengan membuang lebihan tepung kat cawan tu je.

2. Paling penting, sebelum nak mula membaking perkara pertama yang kita kena buat ialah dengan membaca resepi dengan teliti. Baca dua tiga kali untuk memastikan yang dapur kita ada bahan-bahan yang dinyatakan. Sediakan bahan-bahan serta barang barang yang diperlukan di depan mata supaya tak ketinggalan satu pun. Alaskan "kawasan" membaking dengan surat khabar supaya mengurangkan kerja pembersihan selepas proses pembuatan. Buat memang best, bagi berterabur dan sepah pun best. Bila tiba masa untuk mengemas baru tahu langit tinggi atau rendah. Mulalah mengantuk je hehe...

3. Keluar dan letakkan bahan-bahan untuk baking di dalam suhu bilik. Kenapa? Kerana bahan bahan yang berada dalam suhu bilik lebih mudah untuk diadun dan adunan akan menjadi lebih banyak.

4. Guna bahan bahan yang fresh untuk hasil yang memuaskan dan berkualiti. Jangan guna tepung yang telah disimpan agak lama dan pilih bahan-bahan yang berkualiti.

5. Sediakan loyang sebelum proses membakar. Griskan loyang dengan marjerin dan tabur dengan sedikit tepung untuk mengelakkan biskut yang telah dibakar melekat kat loyang. Kalau dah malas sangat guna la alternatif lain. Boleh jugak letak parchment paper atas loyang. Lagi senang. Kurang sikit kerja membasuh hehe..

6. Kalau ada guna bahan-bahan seperti buah buahan kering ke kekacang ke kenalah campurkan dengan sedikit tepung supaya bahan-bahan tu tak mendap berada di bahagian paling bawah sekali bila time membakar kek tu.

7. Sentiasa pre-heat oven sebelum proses membakar biskut dan kek. Kebiasaannya akak baker akan pre-heat oven selama 10-15 minit dengan suhu 200 darjah celcius untuk brownies dan 180 darjah celcius selama 15 minit untuk biskut dan kek. Selepas pre-heat tolongggglah masukkan kek atau biskut cecepat ya, Kalau tak nanti kek tu kerasss.

8. Jangan terlebih adun (over mix) bila bahan-bahan dah dimasukkan ke dalam adunan tepung tadi. Just kacau sikit-sikit dengan menggunakan sudip kayu. Kalau guna mixer boleh tukar kelajuan mixer tu ke speed yang paling sloww.

9. Guna rak yang paling tengah semasa membakar kek atau pun biskut melainkan di resepi kata bakar paling bawah ke paling atas okay.

10. PALING PENTING! TOLONGGGLAH, jangan sesekali buka pintu oven semasa kek sedang dibakar. Tenggelam ke lautan biru la kek uolls nanti tau. Masa tu bakar lah 3 jam pun kek tu takkan naik dah. BANTAT!!

11. Jangan terlebih bakar. Bila dah oven tu berbunyi "TINGGGGG..." terus buka pintu oven dan cucuk kek tu kat tengah tengah dengan "cake tester" atau pencungkil gigi (yang belum pakai yeee). Bila dikeluarkan tu nampak bersihh je maknanya kek tu dah masak. Kalau sebaliknya bakar semula kek tu untuk beberapa minit lagi.

12. Dah masak keluarkan kek dan kemudian sejukkan sebelum memulakan aktiviti menghias kek. Hias masa masih panas panas cair melelehhh buttercream uols nanti.


Okay, setakat ni berguna tak tips kat atas ni? Untuk permulaan boleh hafal yang 12 tip ni dulu. Sebenarnya ada banyakkk lagi tip tip baking yang kita perlu tau. Buat masa ini akak baker share yang ni je la ye. Nanti akak baker share extra tips pulak okayyy... muah muah muahhhh 

Friday, February 10, 2017

Isu Kantin Halal di Sekolah Cina

Sebelum penghabisan semester terakhir tahun 2016 sudah terdengar ura-ura makcik yang selalu berniaga di sebelah Kantin Sekolah Cina anak saya SRJK (C) Tsun Jin bakal dimansuhkan mendatangkan pelbagai anggapan terhadap pihak pengurusan sekolah.

Dah lah isu rasis memang sedang hangat diperkatakan. Jadi mula la isu isu cerita yang tidak sedap didengar kan. Ada yang kata Tokey Kantin (Chinese Owner) buat aduan kata makanan yang mereka jual tak laku disebabkan mak cik ni meniaga kerana kebanyakan pelajar dan guru pun suka membeli kat mak cik ni.


Nak tau, anak saya Muhammad Hanif memang suka sangat membeli kat mak cik ni. Menu dia Nasi Ayam sebab makanan seperti mee goreng, bihun goreng semuanya pedas. Yang tak pedas nasi ayam je hahaha... Jadi dia akan beli lah nasi ayam. Kadang-kadang dia beli harga RM2 ada masa RM3. Pernah saya bertanya kenapa Nasi Ayam yang makcik tu jual ada harga RM2 dan ada yang berharga RM3. Jawapan yang saya dapat ialah sebab yang RM2 nasi ayam dengan sup sahaja. Tapi RM3 (nasi ayam + sup + ayam) hihi... Oklah kan, budak-budak nak makan. 

Jadi, tahun ini memang setiap hari Hanif bawak bekal. Dulu pun bawa bekal tiap hari akan tetapi hari Jumaat hari special untuk dia di mana dia dibenarkan untuk berbelanja di sekolah. Tahun ini no more special day. Har-hari sama je. Menu nasi dengan telur, nasi dengan ayam, nugget, maggi goreng dan macam-macam lagi. Most of the time dia lebih suka roti sebab senang dan cepat nak makan. Habis makan boleh terus main-main tanpa risau nak basuh tangan bagai... Mak dia pun dah tak larat nak masak. Sampai kehabisan idea. Mak pun bukannya kreatif.

Balik dari sekolah tadi terus dapat surat yang menyatakan makanan bermasak untuk Murid Islam disediakan dengan bantuan dari SK Puteri Pandan 1. Alhamdulillah lega rasanya. SK Puteri Pandan 1 ini merupakan sekolah yang berdekatan je di kawasan tu. Seberang ialah St. Gabriel dan sebelahnnya ialah Kompleks Sukan Paralimpik Pandan. Terima Kasih kepada pihak pengurusan SRJK(C) Tsun Jin atas keprihatinan anda :)

Tak perlulah nak risau andai kata anak kelaparan untuk membeli makanan. Sebagai seorang mak yang berjimat cermat tetap juga saya tak galakkan Hanif membeli di kantin tersebut. Simpan duit. Nak makan balik rumah hahahahaha...

Kenapa awak berblogging?

Bila sudah mula menulis kegianan itu akan datang. Tak perlu susah susah untuk memerah otak. Idea menulis itu akan datang sendiri.

Saya bukanlah penulis novel bukan juga pengarang jiwang karat. Tujuan saya buat blog adalah untuk merakam dan menceritakan tentang detik detik manis bersama-sama anak, tip-tip keibubapaan dan tip-tip kesihatan.

Ada banyak tips saya ambil dari majalah Ma&Pa. Anda boleh tahu kerana setiap post dibawah akan ada kredit untuk majalah tersebut.


Bukan sebab saya tak ada idea. Tapi sebab senang untuk saya jadikan rujukan dimasa akan datang. Kebanyakan majalah semua saya dah buang. Jadi hanya tinggal alam maya ini untuk menjadi rujukan saya.

Seperti tempoh hari ada seorang ibu yang anak beliau terkena gatal-gatal dibadan. Si ibu bertanya kepada saya ubat apa yang perlu diberikan kepada anaknya. Saya rujuk kembali di blog ini apa yang saya buat dan ubat apa serta food supplemen apa yang saya ambil ketika saya diserang gatal-gatal atau dikenali sebagai eczema sementara beberapa tahun yang lepas.

Ya, ia sangat membantu mak yang mempunyai Vitamin L ini haha...

Terpulang nak buat blog atas sebab dasar apa. Nak buat blog gosip nak buat blog berinformasi nak buat blog politik itu semua pilihan masing-masing.

Saya memilih untuk membuat blog syok sendiri hahahaha...

Okay, nak jadi driver anak pula. Alhamdulillah banyak kerja dah setel terutamanya dokumentasi dokumentasi penting.

Nanti sambung ye...


Bye... 

Kelas Membuat Biskut Yang Pertama ! 19 Februari 2017, Ahad

Berikutan dari posting Kelas Memasak Yang Pertama tahun ini pada 18 Februari 2017, akan di adakan pula Kelas Membuat Biskut yang Pertama bagi tahun 2017 ini.

Doa-doakan agar semuanya berjalan dengan lancar. Takpe student datang sorang aje pun kami akan ajar je nanti hehehe...

Okay untuk Kelas Cookies pula akan diajar 3 resepi sekali. Sebelum itu nak bagitahu kelas akan bermula pada pukul 10am sehingga 2pm atau sehingga habis. Biskut yang dah siap dibuat tu semua boleh bawak balik yaaa. Jadi balik nanti boleh makan biskut buatan sendiri.


Antara 3 jenis resepi pada hari tersebut ialah:

1. Belgian Cookies

Merupakan cookie yang paling fofular di kalangan peminat peminat chocolate chips. Ini kerana ia sangat sedap. Tak kira boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja. Berebut rebut orang nak belajar cookie ni tau. Ada yang nak belajar online ada yang nak belajar offline. Resepi dan tips membuat Belgian Cookies ini akan diberi. Nak buat sendiri boleh tapi bereksperimen lah. Pertama kali buat belum tentu jadi punya. Bercakap melalui pengalaman sendiri hehe...

2. Makmur Sedingin Salju

Ini lagi satu biskut yang HOT. Permintaannya sangat tinggi terutamanya di musim Hari Raya. Ada yang panggil Biskut Putri Salju. Ada pula yang memanggilnya Biskut Mor. Realitinya berapa ramai yang betul betul terer buat biskut ni? Saya sendiri belajar buat biskut Makmur dengan mak. Macam-macam kena adjust lebihkan atau kurangkan sana sini. Adunan pertama yang saya buat semuanya masuk tong sampah. Ini kira belajar hentam kromo je. Itu sebabnya penting untuk kita belajar depan-depan supaya senang. InsyaAllah akan kurang buat silap kan. 

3. Crunchy Cornflakes

Seperti juga biskut makmur Crunchy Cornflakes ini biskut seasonal orang kata. Crunchy Cornflakes ni sedap, crunchy dan boleh membuatkan kita ketagih. Dah makan satu nak dua, dah makan dua nak tiga... sudahnya habis satu bekas. Setiap gigitan tu memang fuh kerangupan yang mengujakan hehe...over pulekkk kan hahah... But seriously biskut ni memang sedap.

Dannnn, untuk ketiga-tiga resepi biskut diatas hanya RM150 seorang, maksimum 6 orang. Deposit RM100 untuk pendaftaran dan booking slot.

Lagi satu ! Setiap resepi yang diajar tidak akan diajar untuk kelas yang berikutnya. Mungkin kita akan rotate juga tapi selepas 3 atau 6 bulan mungkin lah. Oleh itu, adalah lebih baik untuk anda merebut peluang ini.

Selain itu kita juga akan share

- Bagaimana nak buat costing dengan betul
- Bagaimana nak menjual dengan betul
- Bagaimana untuk mempromosi dengan betul
- Bagaimana menjual di media sosial
- Bagaimana menjual secara offline

Cukup tak?

Tak cukup tak apa. Sediakan soalan-soalan yang ingin ditanya dan boleh tanya terus kepada tenaga pengajar okay.

Jumpa anda pada 19 Februari 2017 ini ya ! 




Thursday, February 9, 2017

Kelas Memasak yang pertama ! 18 Feb 2017, Sabtu

Selama ini saya tidak aktif untuk update entri entri terbaru rentetan dari masa yang agak terhad. Sayalah driver sayalah tukang masak sayalah baker sayalah marketer sayalah runner dan macam macam. Pendek kata semua kerja berkuli saya buat hihi... Jadi bila dah malam kena update Facebook, Instagram dan sebagainya. Untuk blog baru nak fikir idea untuk ayat pertama dah lelap...

Kini dengan bersemangat waja (tak tahu semangat waja ni boleh tahan berapa lama) saya akan cuba update setiap aktiviti bakeri saya di dalam blog ini. Saya memang tidak mempunyai masa yang cukup untuk handle lebih dari satu blog. Memang ada blog khas untuk Sugarmello Bakery dulu, kini saya tutup blog tersebut buat sementara waktu demi untuk menjaga kualiti ecececehhhh...kononya lah haha...

Okayyy ! Back to the topik. Kelas pertama yang akan dianjurkan oleh Bake And Cook Studio. Ehh... Apa Bake And Studio? Tak apa. Nanti kita cerita di entri lain berkenaan dengan Bake and Cook Studio. Kali ni saya nak cerita sedikit tentang kelas yang bakal diadakan minggu hadapan.


Kelas yang pertama diadakan pada 18 Februari 2017 merupakan kelas memasak yang digabungkan dengan kelas dessert. Ada empat jenis resepi yang akan diajarkan pada hari tersebut:-

Resepi 1: Open Faced Grill Chicken Cordon Bleu

Merupakan antara menu di restoran-restoran di US di awal tahun 1960. Ia dikenali sebagai salah satu menu yang trendy dan kebiasaannya hanya akan dihidangkan di restoran kelas atasann gituuu... Manakala di Malaysia ia cuma dihidangkan di hotel hotel bertaraf 5 bintang !

Resepi 2: Mushroom Soup

Alah mushroom soup aje kita pun boleh buat ! Helo helo mushroom soup ni bukan mushroom soup instant yang dalam paket dijual di pasaraya pasaraya fofular okey. Yang ni pun mushroom soup tahap hotel 5 bintang punya !

Resepi 3: Rossie Mango Cheesecake

Antara dessert yang makin hot, makin dikenali dan paling ramai peminat. Dah pernah rasa mango cheesecake? Sedappppp sangatttt ok ! Tak pernah rasa inilah masa terbaik untuk datang belajar dan rasa air tangan sendiri kerana Rossie Mango Cheesecake ini merupakan dessert 5 bintang yang paling banyak permintaannya.

Resepi 4: Pannacota

Hidangan dessert yang berasal dari Itali. Ada yang mengenali Pannacota ini sebagai Susu Inggeris sebab bentuk fizikal hidangan yang ala ala susu. Ia merupakan hidangan yang sangat popular di US sekitar tahun 1990-an.


Jadi, empat hidangan yang bertaraf 5 bintang hanya untuk RM300.00 sahaja. Deposit RM100 untuk book slot sebab kelas ini hanya untuk 6 orang sahaja.

"Selain dari 4 resepi di atas apa lagi yang saya dapat kak.."

Okayyy...

Sambil belajar tenaga pengajar akan berkongsi serba sedikit tentang

- Bagaimana nak buat costing dengan betul
- Bagaimana nak menjual dengan betul
- Bagaimana untuk mempromosi dengan betul
- Bagaimana menjual di media sosial
- Bagaimana menjual secara offline

Cukup tak?

Tak cukup tak apa. Sediakan soalan-soalan yang ingin ditanya dan boleh tanya terus kepada tenaga pengajar okay.

Jumpa anda pada 18 Februari 2017 ini ya ! 

Potty Training untuk Muhammad Hadif

Selepas cuti panjang Chinese New Year bulan lepas bermulalah misi untuk potty train Hadif. Kalau ikutkan papa dia memang dari tahun lepas lagi suruh potty training. Akan tetapi mama dia ni malas hihi...

Sebenar bagi saya untuk umur 3 tahun seperti Hadif memang tak ready untuk mula potty training. Tambahan pulak belum lagi pandai bercakap sepenuhnya. Pelat tak hilang. Kita cakap pun dia faham tapi untuk nak memberitahu mama i wanna pee tak pandai lagi ketika itu.

Ada je yang mula potty training seawal dua tahun. Yang ni memang saya tabik sebab saya tidak punya kesabaran yang cukup tinggi untuk mengelap kencing mengemop lantai dan membasuh kain haha..



Jadi baik mulakan potty training lambat sikit asalkan emosi mama dia ni terjaga. Kang nanti tak lama dapat darah tinggi. 

Berbalik kepada proses potty training Hadif. Saya mulakan sehari sebelum hari persekolahan selepas cuti Tahun Baru Cina. Kira waktu itu mental dan fizikal saya dah ready untuk menghadapi dugaan potty training Hadif. Umur Hadif pula tahun ini dah 4 tahun walaupun lahir Ogos. Alhamdulillah selepas saya hantar ke nursery sebulan dah makin pandai bercakap so memang bolehh sangat dah nak mula potty training.

Untuk pertama kalinya selepas mandi pagi saya pesan kat Hadif begini "Adik today you no need to wear pampers okay, if you wanna pee just tell mama... "mama adik nak pee..."" Dia angguk angguk then kata, "okay mama..."

Selepas 1 jam sedang bermain-main dia bangun terus cakap "mama adik pee...adik pee...adik peee'' padahal mama dia dah terleka masa tu *ngeee*

Kelam kabut sebab ngatkan dia dah terkucil. Rupa-rupanya dia nak terkencing haha... terus pergi toilet minta buka seluar. Dah buka seluar masuk toilet terus mencangkung dan shi shi...

Masa tu Happynya rasa hati. Sekali aje ajar dan pandai. Hanif dulu potty training berjalan selama 3 hari pertama tu memang lah setiap satu jam paksa dia ke toilet. Kalau tidak memang banjir laaa lantai hall. Adik dia satu hari dah pandai. Serius terkejut mak. 

Tidur siang pun tak pakai pampers tawww ;)

Esoknya saya hantar ke nursery dan bagitau babysitter Hadif dah tak pakai pampers. Balik petang surprisingly babysitter dia kata Hadif pandai bagitau nak pee. Ambik petang tu pun tak pakai pampers.

Masuk hari ini kira 8 hari dah pampersless di siang hari. Malam sebelum tidur pakai lah pampers. Mama dia tido mati kang banjir satu tilam. Satu hal pulak nak jemur nanti kan kan kan...

Keseluruhannya (ayat sastera) tidak ada dugaan "besar" dalam potty training Hadif cuma, setiap kali dia rasa nak "poop" dia akan request "mama adik nak cheypers (pampers)". Terpaksa lah bagi pakai. Kalau tak nanti dia terberrrr dalam seluar lagi naya. Dah terkena dahhhhh...sebab tu serikk dan tak akan pisang berbuah dua kali hahahaha...

p/s: Ibu ibu yang nak potty train anak jangan rasa resah anak tak pandai lagi. Beri masa. Bagi mereka faham. Pada pendapat saya umur yang paling sesuai untuk memulakan potty training ialah pada anak-anak berusia 3-4 tahun. Sebab pada umur ni mereka sudah agak faham sedikit tentang kebersihan kotor dan sebagainya. Kalau anda sangat yakin tak salah ajar anak bermula umur dua tahun.

All the best mommies...