Monday, July 31, 2017

12 Tips Baking Untuk Yang Baru Mula : Asas-asas Baking

Kali ini saya akan share tip tip baking kepada yang baru pertama kali nak buat biskut atau kek. Walaupun akak baker bukan seorang yang professional dan expert tahap maharaja indera kayangan tapi akak baker akan share dengan awak awak semua melalui pengalaman akak selama terlibat dalam dunia baking membaking ni. Lama juga tak update entri terbaru ni haha. Tak ada idea nak tulis apa. Akak baker pula jenis yang tak pandai untuk berkongsi carta jadual hidup seharian. InsyaAllah, akan cuba memanfaatkan blog yang bersawang sekian lama ini dengan sehabis baik. Doa doakan agar akak diberi kekuatan sentiasa punya masa untuk menaip. Target satu hari satu entri hahh gitu semangatnya.

Berbalik kepada topik di atas. Ada banyak tips yang perlu kita ambil tahu sebelum mula membuat biskut atau kek. Tapi, saya akan cuba share 12 tips yang mudah ingat. Maknanya tidak kira nak buat kek ke biskut ke 12 perkara penting ni mesti kena buat okay?


Tips Baking Untuk Yang Baru Mula

1.Sukatan bahan-bahan sangat penting dalam baking. Boleh guna sukatan cawan dan sudu yang standard atau labur sikit duit untuk membeli "timbang digital"yang khas untuk dapur. Contoh kalau resepi menyatakan 1 cawan tepung jangan pula kita padat padatkan tepung tersebut kat dalam cawan tu. Aandai terlebih cuma ratakan dengan menggunakan pisau dengan membuang lebihan tepung kat cawan tu je.

2. Paling penting, sebelum nak mula membaking perkara pertama yang kita kena buat ialah dengan membaca resepi dengan teliti. Baca dua tiga kali untuk memastikan yang dapur kita ada bahan-bahan yang dinyatakan. Sediakan bahan-bahan serta barang barang yang diperlukan di depan mata supaya tak ketinggalan satu pun. Alaskan "kawasan" membaking dengan surat khabar supaya mengurangkan kerja pembersihan selepas proses pembuatan. Buat memang best, bagi berterabur dan sepah pun best. Bila tiba masa untuk mengemas baru tahu langit tinggi atau rendah. Mulalah mengantuk je hehe...

3. Keluar dan letakkan bahan-bahan untuk baking di dalam suhu bilik. Kenapa? Kerana bahan bahan yang berada dalam suhu bilik lebih mudah untuk diadun dan adunan akan menjadi lebih banyak.

4. Guna bahan bahan yang fresh untuk hasil yang memuaskan dan berkualiti. Jangan guna tepung yang telah disimpan agak lama dan pilih bahan-bahan yang berkualiti.

5. Sediakan loyang sebelum proses membakar. Griskan loyang dengan marjerin dan tabur dengan sedikit tepung untuk mengelakkan biskut yang telah dibakar melekat kat loyang. Kalau dah malas sangat guna la alternatif lain. Boleh jugak letak parchment paper atas loyang. Lagi senang. Kurang sikit kerja membasuh hehe..

6. Kalau ada guna bahan-bahan seperti buah buahan kering ke kekacang ke kenalah campurkan dengan sedikit tepung supaya bahan-bahan tu tak mendap berada di bahagian paling bawah sekali bila time membakar kek tu.

7. Sentiasa pre-heat oven sebelum proses membakar biskut dan kek. Kebiasaannya akak baker akan pre-heat oven selama 10-15 minit dengan suhu 200 darjah celcius untuk brownies dan 180 darjah celcius selama 15 minit untuk biskut dan kek. Selepas pre-heat tolongggglah masukkan kek atau biskut cecepat ya, Kalau tak nanti kek tu kerasss.

8. Jangan terlebih adun (over mix) bila bahan-bahan dah dimasukkan ke dalam adunan tepung tadi. Just kacau sikit-sikit dengan menggunakan sudip kayu. Kalau guna mixer boleh tukar kelajuan mixer tu ke speed yang paling sloww.

9. Guna rak yang paling tengah semasa membakar kek atau pun biskut melainkan di resepi kata bakar paling bawah ke paling atas okay.

10. PALING PENTING! TOLONGGGLAH, jangan sesekali buka pintu oven semasa kek sedang dibakar. Tenggelam ke lautan biru la kek uolls nanti tau. Masa tu bakar lah 3 jam pun kek tu takkan naik dah. BANTAT!!

11. Jangan terlebih bakar. Bila dah oven tu berbunyi "TINGGGGG..." terus buka pintu oven dan cucuk kek tu kat tengah tengah dengan "cake tester" atau pencungkil gigi (yang belum pakai yeee). Bila dikeluarkan tu nampak bersihh je maknanya kek tu dah masak. Kalau sebaliknya bakar semula kek tu untuk beberapa minit lagi.

12. Dah masak keluarkan kek dan kemudian sejukkan sebelum memulakan aktiviti menghias kek. Hias masa masih panas panas cair melelehhh buttercream uols nanti.


Okay, setakat ni berguna tak tips kat atas ni? Untuk permulaan boleh hafal yang 12 tip ni dulu. Sebenarnya ada banyakkk lagi tip tip baking yang kita perlu tau. Buat masa ini akak baker share yang ni je la ye. Nanti akak baker share extra tips pulak okayyy... muah muah muahhhh 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...