Tuesday, November 25, 2014

Muntah-muntah dan cirit birit

Hari kelima menderita oleh cirit birit yang menyerang. Badan rasa lemah sangat. Otak tak berfungsi. Asal bangun je kau pening sepening pening nya. Macam nak pitam. Semua benda kau nak makan tapi bila beli kau cuma mampu makan 3-4 suap je. Syukur muntah-muntah hari pertama tu dah hilang. Aku pi telan ubat tahan muntah yang dah expired muahahaha.... *ini jangan ikut ok. Aku tak ada pilihan masa tu. Terpaksalah aku telan. Sebelum telan tu tanya hubby dulu boleh tak. Dia kata ubat dalam fridge tak pe lah boleh je. Syukur tak mati kan hahahaha...

Dengan rasa tak larat tu tetap jugak aku membuat dan menghantar brownies yang orang dah order. Apa nak buatttt.... Boleh bayangkan keadaan masa tu dengan angkut anak dua orang pastu drive lagi sampai ke PJ. Cekalkan hati. Lepas tu balik rumah terus memengsankan diri sepuas-puas hati.

Esoknya menghantar pulak Hanif berkhatan. Dalam larat tak larat tu redah je lah. Seperti biasa balik je terus pengsan.

Malam tadi pukul 8 dah pengsan. Alhamdulillah bangun pagi tadi rasa segar sikit. Terus terbayang-bayang briyani kambing hahaha...

Ye misi hari ni mencari briyani kambing. Sebelum tu kena hantar si abang Hanif pegi klinik check up "kukubird" yg dah sunat aritu. Tengok macam dah kecut sikit. Masuk hari ketiga ni baru nak cuci dengan air garam. So far dia ok je. Tak adalah malam malam bangun menangis melalak bagi sebab sakit. Tahan lasak anak bujangku sorang ni. Esok si kecik ni tak tahu pulak macam mana. Tengok macam wayang lagi lebih dari abang.

Saturday, November 22, 2014

Hanif Berkhatan, suka ke duka?

Sejak sebulan yang lepas si hanif ni dok kira hari je bila nak sunat. Hahaha...surprise tak? Dia memang takde rasa takut langsung. Bila jumpa orang je dia cakap nanti 22 haribulan Hanif sunat katanya. Excited betul. Kalau orang cakap sunat tu potong dia kata "taklah...sunat tu doctor bersihkan 'kukubird' je..."

Mula-mula dulu dia takut gak. Bila dah papa dia cerita kata doctor cuma bukak dan bersihkan je dia pun ok. Takut kalau ada worm. Kalau anak korang memang penggeli sesuai guna pendekatan ni.

Majlis berkhatan ramai-ramai ni anjuran Pemuda UMNO Bahagian Pandan di Sekolah Kebangsaan Kampung Cheras Baru. Peserta semuanya 100 orang termasuk Hanif dan 12 orang anak-anak yatim piatu. Semuanya FREE. Satu sen pun tak payah bayar. Selain dari kain pelikat dah tu dapat lagi satu set baju sekolah, kasut dan beg sekolah FREE. Oklah kan hahah....aku memang suka benda free free ni. Rezeki jangan ditolak. Tak cukup dengan tu, bukak akaun SSPN pun free tau. Walaupun hanya RM20. Adalah suara-suara sumbang bercakap "elehhh setakat baju sekolah dengan bukak akaun SSPN free apa lah sangat kan..." Yelah pasal korang tak dapat kan. Cuba kalau dapat. Rozita Che Wan pun tak tolak benda FREE okey walaupun dia boleh bayar tutup sebelah mata je...
Mula-mula sampai
Pagi tadi sampai je kat sekolah dia macam pelik sebab tengok ramai orang. Dok tanya kenapa orang ramai beratur. Dia kata sunat mana boleh orang ramai tengok haha...
3 Jejaka hatiku
Lepas isi borang bagai masuklah ke dalam dewan. Papa jadi peneman. Mama sibuk melayan si kenit yang tak reti duduk diam. Walaupun mama dan papa masih tak beberapa sihat lagi disebabkan muntah-muntah dan cirit birit tetap kita taknak melepaskan keseronokan ni. Gagahkan diri jugak pergi. Serius sangat tak larat. Tapi memikirkan excitement dan experience yang dia dapat nanti tak apalah. Sakit sakit tolak tepi. Laki bini tak makan dari pagi takut nanti terkeluar atas bawah ahaha...
Dah macam YB melawat kawasan
Sesudah pembahagian barang-barang FREE ada taklimat sekejap. Dah habis taklimat masing-masing kena keluar beratur kat depan pintu masuk sekolah untuk perarakan. Siap kompang lagi. Dah macam perarakan pengantin pulak.

Berarak dengan pukulan kompang

Part yang paling best kena siram dengan abang-abang bomba. Menjerit-jerit suka budak-budak ni. Seronok... Hanif memang kagum. Orang sibuk snap ambar ramai-ramai dia pun tak heran. Dok usha abang-abang bomba je. Dia cakap itu abang bomba askar ngeee...
Ready nak kena siram  

Lencun...

Dah kena siram basah kuyup masing-masing tukar baju dan pakai kain pelikat. Dah sejuk-sejuk kurang sikit sakit tu nanti kan...Pastu masuk balik dewan sementara menunggu giliran. Hanif nombor 45. Macam lama je tunggu kan. Tapi tak pun. Bagi aku normal lah. Dia boleh enjoy the moment lama sikit.
Lepas kena siram

Nak amik gambar dengan abang-abang bomba

Snap gambar dengan mama itu penting hehe...

Papa tolong mandikan dan tukar baju, pakai kain pelikat

Bila dah kena bius dia dok pegang-pegang "kukubird" sebab sakit nyut nyut. Dah kena bius duduk kat luar kejap 5 minit sebab ubat bius tu effect dalam masa 5 minit. Jadinya masa tengah sunat tu member relax je makan gula-gula lolipop. Dia tengok je doktor tu buat apa. Tapi tak nampak 100%.

Dah salin baju dan kain pelikat masuk balik dalam dewan tunggu giliran. Makan ubat tahan sakit dengan antibiotik dulu...


Si adik datang je terus terkam abang

Hadif ni memang penghibur hati budak-budak kat dalam tu hehe...

Sempat lagi selfie dengan papa

Dah bius, tanya geng sebelah sakit ke tak

Aku yang tunggu kat luar pulak rasa cuak. Risau dia menangis ke menjerit ke. Nak masuk dalam tak boleh sebab parents tidak dibenarkan masuk. Jadi kami bertiga tunggu je kat luar. Syukur ada sorang brother ni boleh tolong ambikkan gambar masa tengah sunat tu. Adalah kenangan dia tengok masa besar nanti.  Keluar dari Bilik Berkhatan tu muka dia cool je hahaha...Banyak kali aku dengan papa dia cakap "goodboy!!!" So dia pun lagi confident. Tak nangis langsung. Alhamdulillah. Papa dia kata ada budak-budak yang nangis tapi doktor tak bagi keluar selagi tak stop nangis. Ye lah... disebabkan sorang yang nangis dah budak-budak lain pun takut. Gila woo nak kejar budak-budak lari kang...satu hal pulak.

Ni sudah lah ni hahaha...macam cool tak? Mana sakit...kannn

Alhamdulillah sepanjang Majlis Berkhatan ramai-ramai ni semuanya berjalan dengan lancar. Dua hari sebelum ada Majlis bacaan Yasin dan doa selamat agar Majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah everything goes well. Hanif pun okey. Lega rasa hati. 

Dalam perjalanan balik tu dia cakap doktor cucuk sakit. Pastu doktor tak check pun... Rasa tertipu kot dengan papa dia. Then papa explain balik doktor cucuk tu sebab nak kena bagi mati "worm". Bila dah takde "worm'' ''kukubird'' abang bersih lah... Hanif cuma cakap "ooooo...." means dia faham lah tuh. 

So far ok je dia. Cuma bila time nak poop tadi papa kena bukak plaster. Terkejut haaah tengok "kukuburd" jadi lain. Soalan dia "why my kukubird like this??" hahaha... lepas tu nangis-nangis kata "i don't want my kukubird like this...!" KEKEKEKE...tergelak dengar okey.

p/s: lain anak lain cara pujuknya...kalau kita cakap sunat tu untuk bersihkan "kukubird" supaya takde "worm" InsyaAllah okey. Bukan amik masa sehari dua je nak fahamkan dia. Lama gak nak explain sebab dia tanya banyak kali....

Thursday, November 13, 2014

Nursery hunting mission

Dah dua tiga minggu dok search sana sini mencari info nursery atau taska yang sesuai untuk Muhammad Hadif. Memang payah mencarik nursery untuk si kenit mama sorang ni. Sebab si adik ni tak macam abang dia. Risau kalau orang lain jaga takut boleh hilang sabar. BTW saya suka nursery Hanif yang lama dulu. Yang tek perfect if nak cerita memang tak cukup satu entri. For me, biasalah takkan nak expect the best bila fees pun ok kan. Nak nasi lemak harga RM1.50 tapi ko nak ayam, ko nak telur mata, ko nak paru...haah agak2 boleh ke dapat? Sah-sah kena bayar extra kan. Jadi macam tu lah konsepnya. 

Selama beberapa minggu ni saya dok search sana sini. Pening tau. Tahun depan mama dah nak start kerja balik. Tapi mencari nursery yang sesuai ni memang sangat payah. Adakah kerana aku dah choosy?? hahaha... Nak fees dalam range tak mahal tak murah. Tapi ahkak nak yang macam Children Playhouse tu ekekeke... Memang statement nak kena penampar!

Berbalik kepada cerita "Nursery Hunting" ni. Actually banyak aspect yang aku survey. Dari segi school fees ke programme ke syllabus ke timing. Bukan apa. I prefer school yang bukak paling awal 8.30 pagi dan sampai petang pukul 4 atau 5. So mama ada masa la nak membuat kerja... Ada sesetengah pre-school sampai setengah hari je. Tak sempat nak buat kerja dah kelam kabut nak balik. Tahun depan abang pulak sekolah rendah dan sekolah agama. Memang pening dibuatnya. Sudahnya mama pun tak kerja nanti. 

Result?

I have not found any Nursery yang sesuai untuk Muhammad Hadif yet. Maknanya kena turun padanglah ni. Kena terjah semua nursery yang ada kat Ampang dan Kampung Pandan ni satu persatu. Ni dah November. Lagi sebulan je dah masuk tahun 2015. 

Semoga aku jumpa apa yang dicari.



Monday, November 3, 2014

Cash out Nuffnang

Dah bertahun aku berblogging tapi tak pernah terfikir untuk cash out income yang dapat dari nuffnang. Lagipun tak banyak pun. Tak lah sedebuk sedebak macam blogger lain yang aktif kecuali untuk 2 tahun lepas. Adalah sikit-sikit tapi still aku malas nak cash out. Tengok je amount tu.

Tapi, since blog aku kena block dengan Google hari itu aku dah tak dapat nak menyaksikan income nuffnang bertambah. Dah lah berblog pun macam tenggelam timbul. Jadi sekarang ni static je lah duit tu kat situ. Semuanya kena bermula dari bawah semula.

Kira sekarang aku buat entri untuk aku sorang je baca. In future anak-anak aku lah maybe. Itupun if depan rajin membaca. Tak semua memori ada dalam ni. Pasalnya tak dan mengarang. Ini pun update guna handphone. Boleh lah dari takde hahaha

Mata dah ngantuk sangat. Sudah tiba masanya untuk aku melelapkan mata. Pukul 2.15 pagi. Nanti drag makin teruk typo! Hahah...

Banyak banyak benda syiling jugak kau telan!

Entri 29 Oktober 2014

"Mengabadikan kisah yang agak tragik tapi kemudian tak beberapa nak tragik. Bila awak dah besar esok awak baca lah apa yang mama tulis ni ye Hanif."

Kisah semalam sedang aku santai menyusukan Hadif dan papa pun lepak dalam bilik main game. Tiba-tiba pintu diketuk bagai nak roboh. Kakak iparku panggil dengan suara cemas kata Hanif telan duit syiling.

Lokasi syiling lepas satu hari

Zupppp...terus darah naik ke kepala. Bukan darah je naik. Kepala pun ting tong. Tak boleh berfikir sekejap. Cuak giler kau!

Aku keluar terus pergi kat dia tanya "kenapa hanif telan duit!!??"

Aku ni satu...kalau panik confirm suara akan jadi tinggi. Padahal badan masa tu menggigil-gigil. Rasa macam nak goncang-goncang je badan Hanif tanya "why?...why?...why?..." haaah macam drama gitu kan haha...

Kak iparku cakap jangan marah dia. Aku memang tak marah cuma di kala situasi cemas yang membuatkan otak lambat berfungsi automatik suara akan meninggi. Walaupun aku ni "First Aider" tapi bila kena batang hidung sendiri dua tiga minit pertama tu pun tak boleh nak berfikir dengan betul.

Papa kata memupuk minat membaca. Tapi dia baca satu mukasurat je haha

Otak aku masa tu takde fikir lain. Hospital...hospital...hospital... Dalam keadaan yang mencemaskan tu papa dengan selamba cakap "bagi telan nasi..."

Aku pandang muka papa dengan kening kerut sejuta. Boleh ke? Yang aku tau tulang ikan boleh lah. Duit syiling mana mungkin. Tapi aku taknak bertekak time tu aku ikutkan jugak. Paksa Hanif telan nasi pastu minum air. Kepal lagi nasi tu dan bagi dia telan pastu minum air.

Lepas tu aku tanya ada lagi tak. Dia geleng-geleng kepala. Maknanya syiling tu dah tak sangkut kat tekak lah tu. Dia cakap "mama...hanif tak nak mati... Hanif tak nak masuk kubur" ahahah...tau takut. Takut tak jumpa mama papa dengan adik dia kata. Agaknya macam mana dia membayangkan mati tu apa? Masuk kubur tu macam mana?

Dapat kawan borak sementara nunggu. Siap borak borak lagi tanya kawan dia buat apa datang hospital. Kawan dia kata tengok nenek. Hanif story lah dia kata "kita nak jumpa doktor sebab kita telan syiling"hahaha

Agak-agak emosi dia stabil aku tanya lah dia telan syiling yang mana. Dia kata 20 sen. AKu macam tak percaya je lalu aku pun susun semua jenis duit. Dia kata semuanya bukan. Kalau bukan maknanya dia telan 5 sen lah. Dia cakap "takkk...hanif telan twenty cents"

Aku berkeras nak bawak pegi hospital, papa kata nanti akan keluar ikut "poop" dia. Semalam aku monitor dia tengok dia ok ke tak. Muntah ke tak. Sakit perut ke tak. Elok je melompat sana sini macam takde apa yang jadi. Siap bawak main kat taman lagi.

Muka cuak nak jumps doktor

Hari ni papa bawak dia pergi HKL. Aku yang tak senang hati sebenarnya. Sebab tak tau lokasi duit syiling tu kat mana. Kat perut kaa...kat dada kaa... Aku nak kepastian. At least bila dah x-ray kita boleh tau syiling tu ada dalam badan dia ke tak.

Disebabkan dia telan semalam hari ni tengok kat x-ray dia lokasi duit tu kat perut dah. Doktor bagi masa sampai esok pagi. Kalau tak keluar jugak kena pergi paediatric HKL untuk tindakan selanjutnya. Mungkin ''mini operation". Berdoalah agar duit tu keluar hari ini kan.

Balik dari hospital dengan happynya si Hanif ni kata "mama...doktor cakap Hanif kena makan banyak. Kena makan banana, papaya, nasik..." Baru je aritu pegi klinik doktor kata jangan makan banyak takut nanti gemuk hahaha...

15 minit selepas makan dia dah mengeluh sakit perut kata nak "poop"... Kebetulan masa tu si Hadif dah merengek nak menyusu. Jadi aku susukanlah dia dulu. Si Abang Hanif pulak aku suruh poop kat atas lantai toilet tuh. Sebenarnya pagi tadi dia nak "poop" tapi sebab tak biasa dan tambahan pulak penggeli tak jadi lah. Ini agaknya dah tak tahan sangat tu yang lancar je kot.

Dah poop tu kena lah check kan. Disebabkan aku menyusukan Hadif jadi yang ambil alih tugas tu ialah papa!!! hahaha...

Lengkap pakainya 

Dengan bersiap macam kerja kat makmal kimia papa memulakan projek mencarik syiling. Akhirnya jumpa syiling tu. Bukan 20 sen tapi syiling 5 sen!!

Syiling 5 sen yang ada dalam perut

ALhamdulillah...syukur sangat. Lega dan senang rasa hati. Aku dah bersiap sedia for the worst. Ye la kena esok tak kuar duit tu sah kena operate. Dah kene operate sapa nak jaga kat sepital. Dah get ready kalau doktor kata operate je aku nak mintak tukar hospital Ampang Puteri. Dapat lah jaga dia bawak Encik Hadif.

Hanif ni memang suka buat experiment. Bila aku tanya kenapa telan duit. Jawapan dia "TAK TAHU"

p/s: kot kot mama lupa kisah awak telan duit macam mana boleh lah baca sini ye nak =)