Wednesday, December 29, 2010

Minggu ke 36 (akhir bulan ke-9)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bertemu lagi kita di topik Tentang Kehamilan, yang mana agak begitu lama saya tak ''update". Entri ini merupakan entri terakhir tentang peringkat perkembangan bayi di dalam perut ibu. Lepas ni ada lagi topik mengenai kehamilan di mana saya akan cuba untuk share dengan kawan-kawan di luar sana.

Pada akhir bulan ke 9, uterus kini mencapai sehingga ke sangkar tulang rusuk dan mungkin menyebabkan sedikit ketidakselesaan. Ibu yang mengandung terpaksa membelakangkan bahunya untuk mengimbangi badannya. Pada masa ini, fetus berukuran 46cm dan beratnya 2500gm. Ia telah mengalami penambahan berat badan yang banyak, iaitu 700gm dalam masa empat minggu sebelumnya. Ini adalah kerana lemak dilonggokkan di bawah kulitnya dan di sekitar bahunya. Fetus telah berisi, dan badannya berbentuk bundar dan mukanya tidak lagi berkedut. Kukunya telah menjangkau hujung jarinya. Jika bayi yang dilahirkan ketika ini, ia mempunyai peluang lebih dari 90 peratus untuk hidup.

Hamil kini berada di tempoh yang genap. Ibu yang mengandung menunggu kelahiran anaknya dengan perasaan gelisah. Bayi itu panjangnya 50cm (20 inci) dan beratnya kira-kira 3,300 (7 Ib 4 oz), bayi lelaki biasanya 100gm (3 oz) lebih berat dari bayi perempuan. Berat bayi yang dilahirkan adalah berbeza-beza dan bagi bayi genap tempohnya yang normal dan sihat, beratnya paling kurang 2,500gm (51/2 Ib) atau sehingga 4,500gm (10 Ib). Kadang-kadang berat bayi lebih dari itu. Kulit-kulitnya masih dilitupi oleh vemix caseosa yang berminyak. Kepalanya dilitupi rambut yang tidak sekata jumlahnya. Tulang-tulang kepala lebih kukuh dan lebih rapat antara satu sama lain tetapi kawasan lembut yang berbentuk ketupat di sebelah atas dahi dan kawasan berbentuk-Y di belakang kepala itu masih boleh dirasa. Kepalanya pada ketika ini berkadar dengan badan, berukuran kira-kira seperempat dari panjang badan. Matanya terbuka tapi biasanya berwarna kebiru-biruan - warna yang kekal muncul kemudiannya. Telinganya pula terkeluar dari kepala dan hidungnya terbentuk dengan baik. Alat jantinanya terbentuk dengan baik dan jika bayi itu lelaki, buah zakarnya berada dalam skrotum.

Award Dari Kak Anna

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Memang hargai sangat kepada sesiapa yang sudi bagi "award" kat blog saya yang tak seberapa nie.
Terima kasih saya ucapkan kepada Kak Anna kerana sudi memberi "award" kepada saya ;)


Inilah awardnya..memang nampak cool, saya sangat suka ;)

Nak kena jawab soalan:

1. Apa Benda Paling Cool Dalam Hidup Korang?
ermmm, tak tau nak jawab apa sebab rasanya "everything is cool" hehe...

2. Siapa Orang Paling "Cool" Korang Pernah Jumpa?
Dalam ramai-ramai yang saya pernah jumpa, My Hubby is the coolest man in the world.
Tak kesah orang nak cakap apa pun dia rilek jer.
Silap haribulan orang lain yang naek marah hehe.

Pass Kepada 3 Blogger:


Tuesday, December 28, 2010

HOSPITAL KUALA LUMPUR DAN PERKHIDMATANNYA


"Kalau aku tak sakit, aku pun tak nak datang sini!!!", jeritan dari seorang pak cik semasa semua pesakit sibuk beratur menunggu di bilik Pendaftaran di HKL pagi tadi. Aduhhai...sayu hati saya. Pak cik tu memang mengamuk sakan. Kalau polis bantuan tak datang tadi memang haru-biru lah staff kat kaunter borang tu tadi. Mana tak nya, pak cik berkenaan dah lama sangat tunggu giliran untuk buat pendaftaran. Kena pulak system nombor giliran kat bilik pendaftaran tu rosak hari nie. Jadi, semua orang kena beratur. Nasiblah, kalau yang nombor corot bila beratur je dah kat depan. Macam saya nombor 1805, tapi beratur kat belakang sekali. Apa citer?! Memang tak adillah kan??? Mungkin brader yang jaga kaunter borang tadi tu agak "kureng ajar" sikit bila pak cik ni bertanya kenapa lama sangat dia kena tunggu.
Ni bukan nombor saya

Yang saya ni pergi HKL atas sebab-sebab kesihatan. Minggu lepas dah pergi klinik tapi masih tak ok. Nak kena tunggu tahun depan baru boleh buat MRI(Magnetic Resonance Imaging). Macam kritikal jer kan bila sebut MRI nie. Tapi tak semestinya bila kena buat MRI je penyakit tu kritikal. Kebanyakan doktor suggest buat MRI ni sebab MRI ni boleh memberikan hasil ataupun keputusan yang lebih tepat tentang penyakit yang dideritai dan ubat yang sesuai oleh seseorang pesakit. Nanti tak ada lah nak berulang-alik pergi hospital dan asyik menerima ubat-ubatan yang sama sahaja padahal penyakitnya main agak-agak je. Bila dah teruk baru sibuk nak hantar pesakit buat MRI. Pada kebiasaannya kalau pergi Hospital Swasta sememangnya doktor akan terus rekemenkan MRI. Tapi tengok jugak pada penyakitnya. Bukan main sesuka hati jer. Mahal tau kos nak buat MRI nie!! Kalau pergi hospital kerajaan semata-mata nak buat MRI dengan bawak surat dari doktor dari klinik swasta memang kosnya mencecah RM3000 lebih kurang. Kalau direkemenkan oleh doktor dari hospital kerajaan sendiri, FOC - free of charge. Tapi, nak tunggu tu "mak aii!!", setahun ada la kot.

Contoh ye:
Mula-mula pergi klinik pesakit luar. Bila doktor dah check doktor akan cakap "it is normal"(tengok penyakit), so doktor-doktor ni akan keluarkanlah statement-statement yang kadang-kadang menyakitkan hati macam ("memang ramai pesakit kita mengalami keadaan yang macam ni"). So, bagi ubat then balik. Cuti sakit pun tak bagi (mungkin takut pesakit tipu). Kali kedua pergi pulak, perkara yang sama yang akan diberitahu kepada pesakit tapi ubat mereka akan bagi yang "higher dose" then balik. Kali ketiga datang dengan penyakit yang sama, baru nak buat X-ray. Bila tengok macam okey jer bagi ubat lagi then balik.... Kalau tak okey jugak baru nak suggest buat terapi yang bersesuaian dengan penyakit. Berapa lama? 6 bulan lebih kurang, iaitu 2 minggu sekali. 



Tak tahu berapa saringan dan berapa kali pesakit kena datang hospital semata-mata untuk mengetahui penyakit yang sebenar. Silap-silap, kritikal dulu barulah boleh detect. Bayangkan berapa banyak proses yang kita kena hadapi... Oleh itu, wujud lah hospital-hospital swasta yang menawarkan service terbaik untuk pesakit. Tetapi semua yang terbaik kita perlu bayar dengan wang ringgit yang banyak. Tidak semua rakyat mampu untuk membayar kos perubatan yang sangat mahal melebihi kemampuan. Walau macam mana teruk perkhidmatan Hospital Kerajaan, rakyat sanggup menunggu 1-2 jam untuk pendaftaran, 1 jam untuk berjumpa doktor, 1-2 jam untuk ambil urine @ blood test dan tunggu keputusan. 30-45min untuk berjumpa doktor semula untuk bagi keputusan makmal dan akhir sekali 30-1 jam untuk menunggu giliran di farmasi.

Sebab tue ramai orang yang dah agak berduit tak nak pergi Hospital Kerajaan. Sebab nak tunggu tu pun dah memakan masa. Lepas tu perkhidmatan, hmmm...tak tahu lah. Ada masa ok, ada masa tak ok. Kena bersabar je lah. Kalau pergi hospital swasta pun, apa-apa kes yang serius pun mereka akan REFER kat HKL jugak. Apa-apa pun HKL memang hospital yang terbaik. Cuma nak dapat perkhidmatan yang terbaik dari HKL kena pergi Hospital Swasta dulu rasanya. 

Sunday, December 26, 2010

Tabiat makanan yang sihat

fuhh...lama jugak saya tak update blog nie. Bukanlah saja-saja tak nak tulis entri terbaru tapi, acik ni study lagi jadi assignment nak kena hantar sebelum "dateline". Dah tu tak berap sihat pulak sejak kebelakangan nie. Tapi Alhamdulillah dapat jugak acik siapkan walaupun dalam keadaan yang kurang mengizinkan. So, Jumaat lepas dah setel untuk assignment. Just tunggu another 2 weeks untuk Final Exam. Dalam minggu nie sambung balik aktiviti blogging dan especially kerja menjahit acik yang dah lama tertangguh heee~


Okey, bercerita tentang pemakanan yang sihat, tentu semua masih tertanya-tanya apa sebenarnya Tabiat pemakanan yang sihat ni. Boleh dikatakan setiap orang ada jadual pemakanan yang tersendiri untuk kekeal sihat betul tak? Tetapi adakah kita bersedia untuk mengikut jadual tersebut? Saya terbaca di dalam sebuah Majalah kesihatan yang menyatakan adalah amat penting untuk kita mengamalkan Julat pemakanan yang betul sekiranya kita mahu tubuh berada di dalam keadaan yang seimbang, sihat dan sempurna.


Antara 7 perkara penting yang perlu kita patuhi ialah:

1. Amalkan tabiat makan sajian makanan yang seimbang.

2. Sering mempelbagaikan makanan yang dimakan, dan tidak memilih makanan yang digemari sahaja.

3. Makan mengikut waktu, bukan makan kerap makan atau biarkan perut terlalu kosong.

4. Disiplin diri dalam pengambilan makanan dengan aktiviti supaya sihat dan berat badan dapat dikawal.

5. Mengamalkan pengambilan makanan yang terjaga kebersihannya.

6. Minum air masak secukupnya kerana tiga peremppat tuguh badan manusia terdiri daripada air.

7. Jangan muidah dipengaruhi iklan untuk memakan makanan yang manis, tinggi kandungan garam, terlalu berlemak dan berminyak.

Wednesday, December 15, 2010

Pilihan Kasut


*Kasut rata
Kasut sebegini bagus kerana kita boleh bergerak dengan mudah dan pantas. Terdapat banyak pilihan kasut rata. Antaranya seperti kasut balet, kasut rata terbuka mahupun tertutup. Lazimnya, kasut rata seperti kasut balet mempunyai tumit yang sangat tipis. Jadi, anda pasti dapat berjalan dengan selesa tanpa perlu hiraukan tentang keseimbangan tubuh yang mungkin tidak stabil akibat menggunakan kasut bertumit tinggi.

*Kasut sukan
Ia sangat bagus dan selesa. Kita patut memiliki sepasang kasut sukan yang boleh disuaipadankan dengan busana hamil yang ada. Memandangkan senaman tetap perlu dilakukan ketika hamil, jadi gunakan kasut ini ketika berjalan-jalan sambil menghirup udara segar di taman rekreasi. Dengan yang demikian, pengaliran darah di kaki akan berjalan dengan lancar. Malah kasut yang sama boleh digunakan ketika membeli-belah kelengkapan bayi di pusat membeli-belah nanti.

*Sandal
Kasut jenis ini pun amat sesuai dipakai. Ini kerana reka bentuknya yang menarik dan selesa. Kebanyakan wanita hamil memilihnya atas faktor ekonomi dan keselesaan tatkala digunakan di cuaca yang panas. Namun jika tempat kerja berhawa terlalu dingin, kasut sebegini tidak begitu sesuai untuk kegunaan semasa bekerja. Walau bagaimanapun, jika kita senang dengan pemakaiannya, ia tetap menjanjikan keselesaan berpanjangan.

*Flip-Flop
Ia merupakan satu jenis kasut yang ringkas di mana terdapat permisah di antara ibu jari kaki dengan ibu jari kaki yang lainnya. Kasut ini sangat selesa tetapi pemakaiannya bergantung kepada cuaca persekitaran. Namun yang demikian, kasut ini digemari ramai kerana berupaya memberi "kebebasan" kepada kaki kala digunakan.

*Kasut Tertutup
Lazimnya, kasut jenis ini menutup keseluruhan kaki dengan ketinggian tumit tidak melebihi2 inci. Biarpun begitu, tumitnya tebal. Ia sangat sesuai untuk kegunaan wanita hamil yang bertugas di sektor corporate.

*Kasut sarung/serelum
Kasut sarung atau serelum ini kelihatan sama seperti kasut tertutup. Bezanya ia mempunyai bahagian yang boleh dibukan di belakang kasut. Antara lain ialah kasut tertutup biasa dipakai ketika bekerja, manakala kasut sarung/serelum yang lebih digemari di saat bersantai. Sesetengah kasut sarung atau serelum mempunyai tumit tinggi. Namun ada juga yang rata.

Sumber: Majalah Pa&Ma

Thursday, December 9, 2010

Panduan Pilih Kasut Ketika Hamil

Biarpun hamil, akan tetapi kita masih boleh bergaya. Namun kasut yang mahu digayakan seharusnya mampu menjanjikan keselesaan. Apatah lagi, kita pasti mahu bergerak dengan mudah ketika hamil. Tanpa kasut yang sesuai. Tanpa kasut yang sesuai, agak sukar untuk merealisasikannya jika anda tidak selesa dengan kasut yang disarungkan.

Malah, jangan pula nanti musibah menimpa gara-gara kasut yang dipakai tanpa sengaja menimbulkan kemalangan. Tersadung atau terjatuh terutamanya ketika menuruni mahupun menaiki tangga sangat berbahaya. Kecelakaan sebegitu boleh menyebabkan trauma kepada bayi malah ia mungkin mencetuskan komplikasi keguguran. Sebagai langkah pencegahan awal dan pada masa yang sama masih berupaya mengekalkan gaya di sepanjang kehamilan, panduan seperti di bawah mungkin dapat membantu.

1. Elak tumit tinggi
Pilih kasut tanpa tumit yang lembut dan lebar. Walau bagaimanapun, jika masih mahu memakai kasut bertumit, pilih kasut dengan ketinggian tumit maksimum 1 hingga 2 inci sahaja. Untuk langkah keselamatan, seelok-eloknya pakai kasut bertumit ini sebelum kandungan mencecah 6 bulan.


2. Tidak perlu mahal
Kaki kita mungkin semakin melebar dan membengkak terutamanya di akhir usia kehamilan. Pada kebiasaannya bengkak ini akan surut selepas melahirkan tetapi lebarnya berkemungkinan kekal. Jadi, usah membazir wang dengan membeli kasut yang mahal dan berharap dapat berterusan memakainya selepas bersalin. Jika hal ini berlaku, ukuran kasut mungkin akan bertambah kepada saiz 1/2 hingga 1.

3. Jenis sarung
Pilihan kasut sebegini adalah langkah bijak kerana kita tidak perlu membongkokkan tubuh ketika memakai atau mengikat tali kasut. Apabila perut semakin membesar, pasti kita semakin sukar membongkok bagi mencapai kaki. Langkah terbaik, beli kasut sarung agar anda boleh terus sarungkannya di saat memerlukan.

4. Daya sokongan kuat
Kasut yang dipilih seharusnya berupaya menyerap hentakan yang kuat. Jadi, pilih tapak kasut yang mencengkam dan hindari kasut dengan tapak yang licin dan mudah tergelincir.


5. Jangan sekadar muat
Beli kasut pada waktu petang atau malam. Ini kerana di waktu sebegini, saiz kaki berada pada tahap maksimum. Dalam pada itu, elakkan membeli kasut yang ketat atau sekadar muat bagi mengelakkan masalah pengaliran darah di bahagian kaki.


6. Kasut sukan
Jika sesuai dengan corak tugasan seharian, anda digalakkan untuk memakai kasut sukan kerana ia lebih menjamin keselesaan dan memberi lebih keseimbangan.

Sumber: Majalah Pa&Ma