Thursday, June 17, 2010

PENGALAMAN PERTAMA SEBAGAI MAMA

Umur Hanif dah hampir menjangkau setahun enam bulan, akan tetapi aku tak pernah lupa saat-saat pertama kali bergelar seorang ibu..di mana hari pertama kelahiran Hanif. terharu, gembira serta perasaan lain yang bercampur baur pada ketika itu...Bestnye feeling time tue...Sampai bila-bila pun mama takkan lupakan.

Dari masa lahir Hanif dah biasa dengan susu ibu. Tak pernah lagi la dicampur dengan FM. Masa baru lahir pun aku aku tak pernah bagi Hanif air sehingga dia berumur 5 bulan. Hari pertama Hanif di dunia aku dah suapkan dia susu ibu, walaupun pada masa itu Hanif tak pandai lagi nak hisap tetapi, mengikut nasihat jururawat semasa dalam taklimat kempen penyusuan ibu bagi je puting susu kita kat baby walaupun baby tak pandai nak menyusu lagi. Apalagi, bertungkus-lumus la mama susukan Hanif...Seksa jugak rasanya sbb nak kena paksa Encik Hanif menyusu walaupun susu tak keluar lagi. Tapi exciting...

TIGA GAMBAR YG SENTIASA MENJADI KENANGAN DLM INGATAN

Selepas melalui proses kelahiran yang sukar akibat saiz tubuh badan Hanif di tambah pula dengan mama dia yang kecik, Hanif selamat dilahirkan ke dunia ini di HKL. Bermulalah episod hidup aku dengan seorang yang bernama anak. Kali pertama Hanif dibaringkan di sebelah mama, tak terasa air mata mengalir dek kerana perasaan yang bercampur baur. Gembira, terharu ...boleh dikatakan tak terkata jugak. "Ya Allah, inilah anugerah yang terindah Engkau berikan kepada aku", ungkap ku di dalam hati. Pada malam pertama di hospital selepas kelahiran Hanif memang mencabar kerana malam tu Hanif asyik menangis jer. Tak tau berapa kali Hanif buang air besar hihihi...Syukur la mama dia tak tidur malam tu. Memang la penat yang amat sangat tetapi aku tak dapat nak lelapkan mataku akibat rasa excited. Ye la...first time dapat baby katakan...rasa macam tak percaya je aku dah ada anak. Yang paling kelakar sekali bila kali pertama tukar dan pakaikan pampers, berpeluh-peluh dibuatnya. Memanglah aku selalu pakaikan pampers untuk adik-adik dan anak buah aku dulu tapi bila nak buat untuk anak sendiri rasa lain pulak. Macam tak boleh blah pon ada...

Keesokan harinya selepas pemeriksaan doktor yang terakhir kami dua beranak dibenarkan pulang. Kira selepas tengahari jugak la. Sementara kami dalam perjalanan pulang, di rumah atuk Hanif (ayah mertuaku) tidak sabar menanti ketibaan cucu tersayang. Bila sampai je rumah terus dipeluk ciumnya Hanif disertakan dengan air mata kegembiraan. Terharu kan. Aku pun terharu jugak masa tu. Maklumla, cucu lelaki pertama kesayangan atuknye...Bermulalah episod hidup Hanif bersama papa, mama, nenek dan atuk...

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...