Friday, June 18, 2010

AKTIVITI DI HARI JUMAAT NI

Hmmm...hari Jumaat. kadang-kadang memang membosankan. Yelah tak ada aktiviti menarik yang perlu dibuat. Tapi, untuk rakan-rakan dan sahabat handai yang bekerja hari Jumaat la hari yang paling dinanti-nantikan. Maklumlah, Sabtu dan Ahad kan cuti. Oopss...kalau ada yang akan bekerja pada hari Sabtu, itu mak cik tak boleh buat apa la. Cari rezeki. Kalau kerja hari Ahad pulak.bItu nak cari rezeki lebih la, buat menambah apa yang ada. Alhamdulillah..


Yang aku ni pulak, dah la sakit kepala, selesema adoi...Bosan betul. Lagi la tak ada mood nak buat apa pun. Ni semua virus dari hubby. Hubby pulak dapat virus selesema, masa balik kampung minggu lepas. Cuma risau takut Hanif terkena pulak. Budak kecik kan memang sensitif dengan penyakit-penyakit nie. Lagi-lagi selesema. Risau kalau kena memang tak boleh tidur malam dibuatnya. Merengek jer. Alamat nya memang mama kena buai la sampai pagi.
(macam nie la aku)
Tak banyak yang menarik untuk hari ni. Just masak untuk husband dan anak tersayang. Tak terkecuali mak dan pak mertua den. Menunya Ayam Nyonya...fuhh sedap beb. Sebenarnya aku tak pernah pun masak menu tu. Ini la first time aku try. Ingatkan tak jadi. Jadi jugak hehe...bahan-bahannya ada yang tak cukup. Bukannya apa, pasal aku malas nak cari jadi aku 'belasah' je apa yang ada, oter-oter sikit, sudahlah.

Dahlah pagi ni bangun lambat sefamily huhu..pukul 10.45am baru bangun. Encik Hanif pun tak skool ari nie. Mana tak nye. Bila mama dia bangun pagi dia pon bangun. Bila mama die lelap dia pun lelap. Tengok jam pukul 9.30am, hmmm...malas la nak bangunkan dia. Sambung je la tidur. Mama ngan papa pun bangun lambat pasal dok layan World Cup. Tapi mama tido cepat sikit dalam pukul 3.00pagi macam tu. Dah tak larat dah...Kepala pun dah wenggg...Hari-hari tidur lambat je.

Petang ni tak tau nak buat apa. Ingat nak ajak hubby pergi Melawati nak cari barang-barang untuk jahitan. Tak complete lagi. Ada je yang kurang. Aku ni pulak kalau ada yang kurang memang tak boleh buat kerja. Mesti nak kena complete equipment baru kerja boleh jalan. Kalau boleh tak nak pergi petang sangat, sbb nanti nak balik tengok World Cup pukul 7.30mlm hahaha...Rasa-rasanya kalau tak silap Germany vs Serbia...Mesti gempak sebab nak tengok Germany menang.. :p

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...