Sunday, June 20, 2010

CERITA YANG MENYAKITKAN HATI

Sejak kebelakangan nie aku selalu layan cerita-cerita Melayu kat TV. Tak kiralah drama ke movie ke semua aku zass. Mungkin disebabkan Chanel Movie Astro yang kureng ummphh sekarang ni. Jarang sekali ada movie yang best untuk dilayan. Cuma yang aku suka Chanel AXN sebab banyak series yang menarik macam CSI, Leverage, Justified, 24, NCIS dan banyak lagi series yang aku rasa ok. Memang tak boleh miss punya. Cuma sekarang jer aku ada terlepas jugak sebab World Cup punya pasal.


aku minat betul kat dia nih

Okay, sambung semula kepada tajuk di atas. Bila aku layan cerita atau drama Melayu ni, bukannya semua tak bagus dan tak berkualiti. Bagi aku bila aku layan je aku akan interpret chewahh..macam mana ending cerita tue dan pengajaran yang tersirat dan tersurat hehe macam sasterawati la pulak. Bagi aku banyak pengajaran yang kita dapati dari filem-filem Melayu ni terutamanya bila bab; anak derhaka dengan orang tua, isteri yang derhaka dengan suami, suami yang kejam dengan isteri, mek mertua kejam dengan menantu dan begitu juga sebaliknya.

Jalan cerita ok, konflik ada tapi bila tengah syok layan sampai habis sekali ending macam hampeh. Memanglah tak semua happy ending. Tak kisah sangat pasal happy ending atau sad ending, tapi sekurang-kurangnya jangan biar tergantung. Ini tidak, kadang-kadang tue terkejut tetiba jer cerita tu habis. Aikk. Macam mana pulak tue? Sesetengah cerita tue boleh agak macam mana akhirannya walaupun tergantung tapi sesetengah cerita tue tak boleh pikir ending macam mana. Boleh ke macam tu? 

2 comments:

  1. haah ... ada yang ending entah apa-apa

    ReplyDelete
  2. touyakaruma, betul tue kekadang takde kene-mengena pon ngn jln citer sebelum tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...