Thursday, August 12, 2010

Bulan Ramadhan

Salam dan selamat sejahtera untuk semua pembaca. Rasa macam lama sangat tak update blog nie. Tapi bukan rasa dah, memang lama pun. Sebulan lebih macam tu jugak la kan. Bukan saja-saja tak nak update. Masa yang cemburu dengan aku nie. Bila nak update je ada  je kerja yang nak kena buat. Bila dah tengah malam tu mengantuk la pulak. Bila dah mengantuk tu tau aje la. Memang membutalah jawabnya.
Sebelum aku berceloteh dengan lebih panjang lebar lagi, terlebih dahulu aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada umat Islam di seluruh dunia ini. Semoga kita beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini. Bukan senang nak puasa ni kan. Lebih-lebih lagi cabaran kita untuk menahan lapar dan dahaga. Bukan itu je, banyak aspek yang perlu kita jaga pada bulan puasa nie contohnya percakapan (jangan cakap macam mencarut-carut, sumpah orang, tak baik) - orang kata "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". Selain itu, dari segi perbuatan kita pun harus dijaga, cobtohlah; jangan la time bulan puasa ni lah nak pergi disco la, karaoke la dan macam-macam lagi. Pergi la berbuat amal ibadat; sembahyang terawih ker mengaji ker. Bulan mulia ni beb, takkan lah tak rasa apa-apa. Tapi itu pandai-pandailah. Semuanya terpulang pada diri sendiri. Lu pikir la sendiri!!

Bagi aku, puasa tahun ini memang banyak bezanya dengan puasa pada beberapa tahun yang lepas. Tahun ini merupakan tahun pertama kami sekeluarga berpuasa tanpa ayah mertuaku disisi. Arwah telah meninggalkan kami untuk selama-lamanya pada 26 Julai 2010 yang lepas. Hari pertama puasa bagi aku sungguh menyentuh hati, apabila kami sekeluarga bangun bersahur tanpa arwah. Mesti ramai lagi yang mengalami nasib yang sama seperti kami sekeluarga. Terasa kesunyian walaupun semasa hayatnya arwah hanya terbaring dan bangun sekali-sekala sahaja. Walaupun aku hanya seorang menantu, tetapi aku juga sayang pada arwah. Arwah tidak pernah menganggap aku ni orang luar tetapi arwah juga menyayangi aku. Kesedihan tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. Aku hanya mampu berdoa, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...